Kepala Botak

Assalamualaikum, aku tak tahu macam mana nak cerita betapa terujanya aku jumpa Fiksyen Shasha ni. Aku selalu baca je. Rupanya aku baru tahu. Boleh cerita kisah kita juga dalam ni. Kalau korang nak tahu harini je dah masuk cerita ketiga. Entahlah banyak benda yang aku rasa nak cerita masa dalam pejabat ni.

Sebelum tu, nama aku Wada. Umur 19, tinggal dekat Subang, Selangor. Kisah ni masa aku darjah lima kot. Maaf kalau silap. Masa ni aku dengan kawan-kawan join satu kem ni dekat mana entah. Tak ingat… aduh.

Ringkas je cerita ni, masa kami dekat kem tu memang best. Macam-macam aktiviti. Yang tak bestnya, bila dah masuk malam. Kitaorang tidur kat dalam khemah. Khemah tu dekat hutan. Dahlah dekat hutan, lepastu khemah aku paling hujung pulak tu. Aduhmakkk.

Dalam satu khemah tu ada 4 orang. Nasib baik kawan-kawan aku jenis memahami aku. Aku minta nak tidur tengah. Dorang pun bagi. Masa tu memang letak Yaasin bawah bantal. Masa dah nak tidur tu tetiba pulak… bunyi perempuan menangis. Lepastu ada orang baca Yaasin.

Aku keluar… ya, memang perempuan menangis. Ish, buat suspense je! Sebab apa entah dia menangis. Aku pun masuk balik dalam khemah. Masa nak tidur tu tetiba pulak…. Kepala botak lalu. Gaya berjalan pulak macam orang tempang. Terhencut-hencut.

Aku dah pelik…

Kem kitaorang lelaki tak boleh masuk kawasan perempuan. macamlah kem lain boleh masuk. Entah pape entah aku ni. Bentuk tu memang tak Nampak macam pakai tudung pun. Tak!

Aku pun diam je. Lepas tu tidur. Esoknya aku tanya kawan aku. Dengan muka cuaknya, kawan aku cakap dia pun nampak. Ya Allah siapa je tak gembira kalau orang lain pun juga.

Tak habis sampai situ je. Lepas kem dah habis kami balik ke rumah semula. Masa tengahari tu aku tengah basuh pinggan. Aku nampak dekat dinding depan tu. Matahari terpancar dalam dapur aku. So boleh Nampak bayang-bayang. Aduh… aku nampak kepala botak lalu. Memang sama! Rentak dia berjalan tu pun sama. Aku ingat sebab dia jalan macam terhencut-hencut. Aku pun kelam-kabut basuh cepat-cepat.
Tapi aku tak pastilah kalau-kalau itu kepala jiran aku ke apa. Sebab ada jiran aku yang kepala botak, apatah lagi tempang. Lagipun orang kata ‘benda’ tu mana ada bayang-bayang. Hm maaf merepek.

Wallahualam. Maaf kalau ada silap cerita. Assalamualaikum.

WADA
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

67 comments

  1. adik. boleh perbaiki lagi penyampaian. betul ke 19 tahun ni? gaya penulisan mcm sekolah rendah. entahlah. ok itu saja.

    1. terima kasih tegur sebab masa ni mmg bosan and tak tahu nk buat apa kat office. cerita pun sebab nak hilangkan bosan

  2. Aku cadangkan admin fiksyen shasha ni buat rating utk setiap story dekat timeline supaya readers boleh decide on what stories to read and utk elakkan masa terbazir membaca sampah. Sekian. Mohon admin ambik tindakan.

    1. maksudnya siapa yang dah bacalah yang rate kan? ye ye je admin ni nak nilai sendiri. label fiksyen atau pengalaman benar pun dia tak buat. cerita pun main siar je. aku tak rasa dia peduli la. jujurnya aku tak kisah dia nak letak iklan pun tapi tak payahlah sampai bagi cerita entah apa-apa cuma untuk dapat klik. eh marah pula aku.

    2. awak ni serious sangat lah. saya cerita ni pun sebab saya bosan je. kalau takde nak layan cerita cerita dlm ni HAHA

  3. Wada,

    Aku senyum baca cerita kamu, bukan bermaksud aku perli… tapi sebab kamu teruja. ini kali pertama kamu hantar kan? Jadi aku fahamz. Kamu pun dah kata eksaited sebab jumpa fiksyen shasha.

    Bagi aku yang membaca, tiada masalah. Sebab kamu sendiri kata ianya kisah benar. Jadi bukan tugas kamu untuk tmbah ajinamoto dalam cerita. X salah juga, bila reader lain bosan membaca, sebab masing2 ada pendapat sendiri.

    So next time, perbaiki struktur ayat. Aku bukan lah pandai, tapi boleh lah sikit2 nak menilai.

    1. U r rait. Bonda agree. Percubaan pertama xk semesti tiba2 perfek. Beri peluang utk penulis asah bakatnya. Kipidap. Dongivap.

  4. Ko tak sepatutnya keluar daripada khemah bila dengar bunyi pelik2.. lain kali duduk je kat dalam khemah tu dik. Sebab apa? Sebab benda ni boleh nampak kau sedangkan ko tak boleh nampak dia. Bila ‘dia’ nampak ko, besarrrr kemungkinan dia akan berkenan dengan ko dik.. sebab tu kadang2 dia ikut balik sampai ke rumah >:) hihi

  5. Wada, buat masa ni mungkin awak tak pandai nak olah cerita jadi lebih menarik. Banyakkan membaca dan nanti mesti boleh menulis dengan baik. Manatahu boleh tulis kisah cinta dihati saya. #abangguraujer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.