Kerana Hasad, Saudara Islam Terkorban

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Ini merupakan kali pertama saya menulis dan maaf jika penulisan saya tak sempurna (dah 8 tahun x tulis karangan haha). Saya Dee berasal dari utara. Kisah yang saya akan kongsikan ini adalah kisah benar mengenai jiran, saya sorang ustaz yang dikenali ramai, beliau berasal dari negara Arab. Saya namakan beliau Ustaz Musa (nama samaran).

Kerana hasad dengki, seorang saudara Islam terkorban.
Rumah keluarga saya berjiranan dengan sebuah Tahfiz dan sudah lebih kurang 18 tahun kami berjiran. Tahfiz tersebut merupakan tahfiz lelaki. Dihadapan tahfiz terdapat sebuah rumah, rumah tersebut merupakan rumah Ustaz Musa.

Ustaz Musa telah berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari utara Malaysia, saya namakan isterinya sebagai Ustazah Wawa (nama samaran). Mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata, 3 lelaki dan 2 perempuan. Ustaz Musa merupakan seorang yang sangat baik hati.
Pada tahun 2014, Ustaz Musa telah diserang penyakit misteri selepas pulang berdakwah dari Negara China. Pada mulanya beliau hanyalah demam biasa dan dimasukkan ke hospital tapi malangnya semakin hari penyakit yang dialami oleh beliau semakin kritikal.

Sebelum beliau pergi berdakwah, beliau telah menguruskan urusan pembelian tanah untuk memperluaskan pusat tahfiz tersebut. Dalam pada masa yang sama, terdapat pembeli lain yang berminat untuk membeli tanah tersebut. Oleh kerana Ustaz Musa bersetuju untuk membayar cash kepada tuan tanah, jadi beliau berjaya membeli tanah tersebut.
Berbalik kepada tadi, penyakit yang Ustaz Musa alami semakin kritikal. Doktor yang merawat Ustaz Musa merupakan seorang doktor berbangsa india.

Pada mulanya, doktor tersebut bertanya kepada ibu saya. β€œ Puan kenal pesakit ni? Boleh I tahu pesakit ni orang nya macam mana ya? ”. Ibu saya pun menjawab β€œDia orang yang baik. Dia adalah seorang ustaz”. Doktor itu pun membalas, β€œ Boleh saya tahu, ada orang yang tidak berpuas hati dengan dia ke? Dulu I pernah belajar di India, penyakit yang dialami pesakit ini bukanlah penyakit yang boleh diubati di hospital. I rasa, you better cari perubatan cara kampung juga.”

Untuk pengetahuan pembaca, Ustaz Musa menghidapi penyakit kulit yang sangat teruk ketika itu. Hampir seluruh kulit Ustaz Musa ditumbuhi sejenis gelembung air yang kelihatan seperti β€œchickenpox”, tetepi yang ini lebih serious lagi. Semua di bahagian dalam mulut beliau dipenuhi ulser, seluruh dalam bahagian mulut putih je, bayangkan sakitnya. Isteri beliau Ustazah Wawa terpaksa menggunakan spray untuk beliau jika beliau dahaga. Ustaz Musa langsung tidak mampu untuk duduk apatah lagi berdiri, beliau hanya mampu berbaring di atas katil. Betapa seksanya penderitan yang beliau hadapi ketika itu.

Ibu dan ayah saya berusaha untuk mencari ustaz yang dapat membantu untuk sembuhkan beliau. Tetapi apakan daya keadaan Ustaz Musa ketika itu terlalu kritikal, Allah S.W.T lebih menyayanginya. Ustaz Musa telah kembali ke rahmatullah ketika berusia 38 tahun. Sebelum Ustaz Musa meninggal dunia, perubat islam itu ada mengatakan bahawa orang yang menyihir beliau agak handal dan memang berniat untuk menyihir beliau sehingga m**i. Semasa isteri dan anak-anak beliau dirumah, mereka jugak terpaksa menghadapi beberapa kejadian misteri. Tetapi alhamdulillah ramai yang datang membantu.

Saat yang paling menyedihkan dan tidak dapat dilupakan adalah apabila sebelum Ustaz Musa menghembus nafasnya yang terakhir, beliau ada berpesan kepada ayah saya semasa ayah saya menziarahinya di hospital, Ustaz Musa memanggil ayah saya dengan panggilan Abang Ali β€œ Abang Ali, nanti kita jumpa lagi di akhirat ya” ayat itu terus membuatkan ayah saya menitiskan air mata. Sebelum pemergian Ustaz Musa, beliau selalu ingin berjumpa dengan anak bongsu beliau yang ketika itu berusia dalam lingkungan satu tahun. Mungkin beliau berasa sedih kerana terpaksa tinggalkan semuanya dalam sekelip mata dan tak sempat untuk melihat anak-anaknya besar dan meningkat dewasa.

Semasa Ustaz Musa sedang dikafan, Ustazah Wawa rebah dan menangis sambil ditenangkan oleh ahli keluarganya. Suasana sayu menyelubungi rumah mereka ketika itu. Saya lihat dengan mata saya sendiri wajah beliau sangat berseri. Semua parut luka semasa beliau mengidap penyakit misteri tu hilang tanpa kesan. Seperti orang yang sedang tidur. Serinya wajah orang-orang yang beriman. Semua bekas pelajar Ustaz Musa datang untuk mengziarahinya termasuk yang sedang berada di luar negara. Masjid dipenuhi beratus orang semasa solat jenazahnya.

Ustaz Musa dimakamkan dibelakang madrasah dimana tempat beliau mengajar. Selepas dua tahun Ustaz Musa meninggal, pihak mufti majlis agama membuat keputusan untuk memindahkan jenazah arwah Ustaz Musa di perkuburan umum. Apa yang menakjubkan seperti yang dijangka janji Allah S.W.T, jasatnya masih elok tidak reput, dapat dilihat jasatnya yang masih utuh seperti masa baru dikebumikan dan masih ada d***h di kain kafannya. Alhamdulillah itu janji Allah S.W.T kepada orang-orang yang m**i syahid, orang yang sudah m**i tetapi sentiasa hidup disisi Allah S.W.T.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Dee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

24 thoughts on “Kerana Hasad, Saudara Islam Terkorban”

  1. Huhu story macam ni selalu buat aku sebak and nak nangis. Sedihnya. Subhanallah.Nice story.Best sangat sangat. 10/10 🌸

    Reply
  2. Subhanallah, tapi tak faham lah Kenapa lah sampai main sihir ni, tak berfikiran ke? Dah rse dunia ni dia punya ke haisss,

    Reply
  3. Semoga isteri arwah tabah dan redha dengan apa yang terjadi . Moga keluarga arwah dilindungi Allah S.W.T . Aminn ..

    Reply
  4. SubhanAllah… Maha Suci Allah, Tuhan Sekalian Alam….. Pengajaran kepada yang hidup… Hidup ini satu perjuangan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.