Kerana Kayu Tas

Cerita ini berlaku pada tahun 1999. Saya seorang anggota pasukan keselamatan yang waktu itu bertugas di Sarawak. Menjadi kebiasaan sebagai seorang pasukan beruniform akan bertugas atau beroperasi menjaga keamanan di sempadan di sana. Semasa mengambil alih memang akan ‘diserah sekali’ cerita yang menyeramkan dan pantang larang di kawasan tersebut.

Dipendekkan cerita, semasa bertugas disana adalah menjadi rutin menjaga kebersihan tempat tinggal agar tidak dijangkiti sebarang penyakit. Jadi pada suatu pagi, saya dan kumpulan saya melaksanakan pembersihan sekitar penginapan termasuk luar kawasan tempat tinggal. Semasa melaksanakan pembersihan diluar kawasan penginapan kami telah menjumpai satu kubur yang dikelilingi oleh anak pokok kayu tas. Kawasan kubur tersebut bersih seperti ada orang yang menjaganya. Pada waktu itu, kami tak de lah keinginan hendak tahu kubur siapa, kami abaikan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jadi kami pun bersihkan sahaja laluan ke kubur dari kawasan penginapan kami.

Pada hari yang sama, selepas maghrib adalah menjadi kebiasaan saya dan beberapa orang akan turun ke rumah Ketua Kampung untuk menonton berita. Setelah 10 min menonton berita, beberapa orang anggota turun tergesa-gesa memanggil kami. Kami segera turun ke bawah rumah dan bertanyakan permasalahan yang dihadapi. Beliau mengatakan ada ‘orang kg’ buat kacau di kawasan penginapan kami dengan membaling tanah ke atas bumbung penginapan, gelanggang takraw dan juga balai pengawal penginapan kami. Saya dan anggota semua terus bergegas ke kawasan penginapan. Semua anggota pada waktu itu telah bersiap sedia dengan senjata di kubu masing-masing.

Pada ketika kami merancang melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah pada waktu itu, kami telah dikumpulkan di gelanggang takraw untuk dimaklumkan untuk tindakan seterusnya. Dalam masa perbincangan tersebut kami dihujani oleh tanah seperti dibaling oleh ‘orang’ yang berada di dalam semak jarak 20-30 meter dari penginapan kami. Kami seramai 5 anggota telah diarahkan agar membawa senjata tajam bagi tujuan keselamatan dan menyusup ke kawasan semak tersebut. Sesampainya kami disitu, salah ketua kumpulan mengarahkan kami melakukan penyusupan dari arah kiri terus ke kanan iaitu sehingga dipinggir bukit semak tersebut. Beliau menyatakan senjata tajam senantiasa dihadapan dan bersedia kecuali terdesak baru gunakan senjata yang ada sekiranya terjumpa ‘orang’ yang melakukan kekacauan tersebut.

Penyusupan pun berlaku yang mengambil masa hampir 1/2 jam. Dalam masa penyusupan tersebut, masih berlaku balingan tanah ke arah penginapan kami. Setelah semua anggota penyusupan sampai dihujung bukit, semua menyatakan tiada apa yang dijumpai malah lorong laluan manusia pun tiada di kawasan tersebut. Kami menjadi musykil. Maka ketua kami mengarahkan semua sekali berada di kawasan penginapan dan bersedia dari sebarang kemungkinan. Selang sejam kami dibaling tanah dari arah penyusupan pencarian tersebut dilakukan. Dalam masa menunggu pagi ada beberapa peristiwa lagi berlaku (panjang lagi cerita nanti, saya ambik yang penting je ye). Sehingga jam 5 pagi baru tiada gangguan dari ‘orang’ tersebut.

Pada keesokan harinya, ketua kami telah mengarahkan berkumpul di dewan makan. Beliau bertanya siapa dikalangan anggota yang membawa ‘sebarang barang’ dari luar kawasan penginapan. Salah seorang dari kami telah mengaku mengambil barang dari kawasan perkuburan yang dijumpai di belakang kawasan penginapan kami. Ia telah mengambil ‘Kayu Tas’ untuk dijadikan tangkal. Ketua kami mengarahkan agar kayu tersebut diletakkan semula di kubur tersebut. Setelah perkara tersebut diketahui, ketua kami telah mengambil tanah yang dibaling oleh ‘orang’ tersebut dan membandingkan dengan tanah sekitar kubur tersebut dan disahkan tanah tersebut adalah dari kawasan perkuburan tersebut.

Setelah itu, tiada apa yang berlaku gangguan dari ‘orang’ tersebut. Setelah disiasat, rupa-rupanya kubur itu adalah kubur lama seorang perempuan yang meninggal semasa melahirkan anak. (Patutlah tukang masak saya selalu jumpa rambut panjang di tempat masak dan selalu nampak kelibat beliau di belakang kem). Masih menjadi misteri, siapa yang bersihkan kubur tersebut tak diketahui sampai sekarang kerana sepanjang kami bertugas disana tak pernah pulak nampak ada orang yang datang membersihkan kubur tersebut. Sekian terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Shahril

26 comments

  1. Kat rumah parents aku ada kayu tas. Arwah moyang aku bawa ori from pagar ruyung sebab dia memang dari sana.
    Nak potong tak boleh pakai pisau or parang biasa. Kena pakai gergaji besi. Kemain keras.

      1. Pun tak faham kenapa dia keras sangat. Hahahaha. Padahal kayu je pun. And orang rajin minta untuk buat batu cincin.

        Kata orang, kayu tu untuk elak binatang berbisa or buas. Sebab dia ada bau apa entah. Kata orang lah.

  2. Masa aku stay kat S’wak dulu.. aku ada beli dua btg kayu tas.. yg 1 jntn yg 1 betina.. aku tk tau la btul ke tk kayu tas ni ada jntn betina.. aku main beli jer.. kat sana diorang panggil kayu ni, kayu hujan pns..

    1. Yes, pernah dengar pasal jantan and betina ni. Jantan, tak ada bau. Yang betina, dia macam ada bau wangi sikit. Kat rumah aku, jantan. Sebab tak ada bau. Hahahahaha. I is kenot brain.

  3. Ade org ckp, kayu tas ni blh buat rukyah…pukul (slow2, bkn libas tau) kt org yg kne rasuk, nnt bnde tu lari..tp kne tau cara la kan..allahu a’lam..

    1. Sebenarnya saya lah bos masa operasi kat sana. Pasukan saya waktu tu campur skali dengan non muslim jadi banyak kepercayaan dan pengetahuan yang diaorg bawa turun temurun. Banyak cerita seram sepanjang jadi pasukan beruniform ni cuma tak larat nak mengarang. Kalau ada yg bole keluar ayat teruskan senang, kita sebut je. hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *