Kes Misteri Hotel Terkemuka

Kisah ini berlaku ketika saya pergi bercuti bersama seorang rakan sekolej (Taylor’s). Pada penghujung 2016, saya dengan Sham pergi bercuti ke Pulau Pinang. Kami menginap sebuah hotel yang agak ternama.

Kami check-in dalam jam 2:30 petang macam tu. Siangnya, kami beraktivitlah. Malas saya nak ceritakan di sini. Tak ada point pun. Malam pertama, tak ada apa-apa yang berlaku.

Tapi, malam kedua, kami balik hotel lewat. Sangat lewat. Dalam jam 3 pagi macam tu. Sedang kami berjalan dari lif nak ke bilik, kami dapati manager hotel (kami tahu sebab nametag-nya tertulis perkataan ‘manager’) sedang berdiri di luar pintu sebuah bilik tidak jauh dari bilik kami.

Sebaik terpandang kami, dia macam terkejut sedikit, lepas tu terus masuk ke dalam bilik yang pintunya terbuka tu. Sempatlah kami tinjau ke dalam bilik tu. Ada tiga orang polis. Salah seorangnya nampak macam berpangkat besar, tengah berdiri depan tandas. Dua orang lagi tengah buat apa entah. Ada kami nampak flash kamera sekai dua sebelum pintu bilik itu ditutup kasar.

Kami pelik juga. Tapi disebabkan keadaan Sham yang mengantuk gila macam orang mabuk, kami pun berlalu masuk ke dalam bilik.

Malam tu saya tak dapat tidur, meneka apa sebenarnya yang berlaku dalam bilik tu. Sebab beberapa kali juga saya terdengar orang lalu lalang di luar bilik kami.

Saya buat keputusan untuk jadi spy tidak berbayar. Saya buka pintu bilik perlahan-lahan, tinjau ke luar.

D***h saya berderau! Saya ternampak macam lembaga bapak besar lalu depan bilik. Rupa-rupanya lembaga tu katil yang ditegakkan dan diletakkan atas troli beroda. Ditolak oleh seorang staf hotel. Troli tu berhenti depan bilik yang ada polis tadi.

Mereka tukar katil bilik tu. Dah kenapa tukar katil pagi-pagi buta? Lepas tu, staf dua orang staf lain pula bawa keluar katil yang dah sedia ada dalam bilik tu. Tak ada cadar, tapi pada tilam katil tu saya nampak ada kotoran kemerah-merahan!

Sejuk juga tangan saya masa tu! Apa sebenarnya yang berlaku dalam bilik tu? Sampai tukar-tukar katil pula.

Saya masih dok terhendap-hendap dari balik pintu bilik. Manager hotel tu macam tengah bagi arahan pada polis berpangkat tinggi. Suaranya diperlahankan sampai saya yang duduk selang beberapa bilik tu pun tak dapat nak dengar.

Lepas tu, lampu hallway bilik tu dipadam. Yang ada cuma suluhan torchlight polis. Saya nampak mereka bawa keluar beg hitam besar gila atas stretcher yang macam dekat padang bola tu. Saya dah dapat tangkap masa tu apa sebenarnya yang berlaku.

Kalau dah sampai padam-padam lampu, mesti ada yang mereka sorokkan. Mereka turun pun ikut lif lain. Bukan lif biasa yang penginap guna, sebab mereka berjalan ke arah lain.

Esoknya tu, saya cerita pada Sham. Kami tunggu juga berita dekat TV, kot-kot ada apa-apa berita tentang kejadian malam tu. Tapi sampai keesokan harinya, tak ada apa-apa berita. Gigih jugalah saya dengan Sham beli dua tiga surat khabar nak cari berita tentang kejadian tu. Tapi tak ada!

Betul juga macam Sham kata, jarang sekali kita dengar kes-kes yang melibatkan penginap hotel terkemuka, kan? Kalau ada pun berita kes-kes yang berlaku dekat hotel suam-suam suku.

Macam tu rupanya hotel-hotel ni jaga nama baik mereka. Sampailah sekarang, saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi start dari malam tu sehingga hari-hari seterusnya, hallway tingkat kami tu memang ada bau pelik. Macam bau bahan kimia macam tu. Entah apa yang mereka guna pun saya tak tahu.

Kepada yang duduk hotel tu, berhati-hatilah. Saya syak sebenarnya banyak ke kes-kes macam tu berlaku dekat dalam bilik hotel-hotel ni. Tapi kesnya mesti ditutup tanpa pengetahuan umum. Itu pendapat saya sajalah. Tak tahulah kalau-kalau memang syarat hotel nak tukar katil kena panggil polis.

Itu sahaja saya nak cerita. Tak ada hantu pun. Cuma saya rasa cerita ini perlu dikongsikan.

Terima kasih admin kalau kisah saya ini dipublish. Terima kasih juga kepada yang membaca.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

15 thoughts on “Kes Misteri Hotel Terkemuka”

  1. “Tak tahulah kalau-kalau memang syarat hotel nak tukar katil kena panggil polis.”

    mungkin mmg cara drng ni tukar katil malam2 .
    bersangka baik je la kan..haha

    Reply
  2. 4/10

    tiada unsur seram.

    aku nak tahu pembunuhan tu mcm mana.bukan Hotel je sembunyi hal mcm ni.Chalet pun ade juga.lagi tempat percutian.

    Reply
  3. Tahun 2005 stay di Golden Sands, dapat bilik sea view hujung2 floor dah.

    Masa tu, antara tido n jaga, perasan ada perempuan rambut panjang tutup muka dia, baju putih (cliche, I know) Tengah pandang ke arah aku kat hujung katil..
    Mula2 jauh, makin lama makin mendekat.. gaya mcm nak cekik.

    Menggelejat bangun tu serentak Celik mata terus.. fuhhh. Rasa real sangat.. mmg aku tak tido malam tu. Demam besoknya.

    Bila baca tulisan ni, aku dapat recall balik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.