Khayalan Atau Benar?

Salam, terima kasih kepada admin if sudi postkan cerita aku. Aku just nak cerita pengalaman aku. I’m not sure kalau cerita ni pelik bagi korang sebab aku yang mengalami lagi pelik dan cuak kebebeh okay. Hahaha. Shhh, marilah kita menyelusuri kisah misteri nusantara.

Okay pengalaman pelik yang berlaku dekat aku yang sampai sekarang masih segar kat otak ni bila aku tengah syok sidai baju sekolah pada waktu malam around pukul 11-11.30 malam .Sedang syok sidai baju, aku dengar ada perempuan gelak. Gelak tu macam gelak yang sopan macam anak dara zaman dulu punya gelak. Aku pun apa lagi, usha laa kat jiran sekeliling yang takda segan silu gelak sampai aku boleh dengar tapi takda okay.

Rumah yang budak kolej duk sewa tu gelap sebab cuti sem. Tapi gelak tu still ada. Aku ikut arah gelak tu. Korang boleh bayangkan tak bila aku toleh kanan, gelak tu belah kiri, bila aku toleh kiri gelak tu kat belakang. So bila dah jadi macam mana tu , aku tinggalkan kerja sidai menyidai tu dan masuk dalam rumah terus.

Pengalaman kedua pula, selepas sebulan arwah nenek aku meninggal. Aku ikut ibu dengan ayah balik kampung untuk bersihkan rumah arwah. Tugas aku kemas bahagian dalam rumah, ibu dengan ayah aku kemas kat belah laman. So selesai urusan kemas mengemas, aku tidur laa kat sofa ruang tamu tu. Tengah syok nak lelapkan mata, tiba-tiba ibu jari kaki aku belah kiri kena tarik dengan satu benda yang sejuk sangat. Aku terus bangun dan lari keluar rumah. Ayah dengan ibu pelik tengok aku sebab muka aku pucat. Tapi aku tak cerita pun kat dorang sebab mesti korang dapat agak kan apa yang akan keluar dari mulut dorang ? “Haaa, tidur lagi waktu asar!” Takpun “merepek laa kamu ni”, so better diam laa jawabnya.

Pengalaman ketiga, ni berlaku kat rumah aku sendiri. Aku tengah syok tidur kat ruang tamu tapi aku macam bermimpi situasi yang sama. Hmm macam posisi tidur, baju aku sama macam mimpi. Faham tak? Okay then, mata aku terbuka stare kat depan. Tiba-tiba, ada makhluk perempuan yang sangat cantik tengah pandang aku. Dia senyum je. Pakaian dia macam ala-ala zaman dulu. Tak tahu nak describe macam mana. Tapi makin lama, makin dekat dia berjalan ke tempat aku tidur ni dan dia sentuh bahu aku.

Aku terus terjaga dan guess what? Badan aku meremang okay dan aku berpeluh. Haa satu lagi cerita sebelum aku terlupa, aku pernah bermimpi yang aku ni menangis di depan makhluk berpakaian jubah yang pegang tongkat. Bila aku sedar dari tidur, aku still menangis. Aku tak tahu sebab apa sampai sekarang. Hmmm curious kan?

Okay ni last pengalaman yang berlaku dekat aku buat masa ni. Time ni aku dekat rumah sewa yang aku duduk time aku internship. Housemate aku balik rumah dia so aku tinggal laa kat bilik tu sorang. Siap kunci pintu aku pun macam biasa lah lepas solat, lepak, tengok tv kecil yang ada kat bilik tapi aku tertidur. Tv still on dan remote tu kat meja dalam keadaan terbalik dan bertangkup. Tiba-tiba pukul 3 pagi aku terjaga dan aku terpandang perempuan yang cantik yang dulu tu kat penjuru bilik tidur tapi nampak samar je. Aku teringat yang tv tak tutup, dan apa yang terjadi adalah tv bertutup dan remote tv tu dalam keadaan asal.

Okay time tu aku cuak sebab aku tahu kalau tv tak bertutup dia akan keluar tiada siaran sebab rancangan tv dah habis macam tv 1 semua tu sebab aku selalu buat macam tu. Haa sampai kesudah aku terjaga sebab takut. Esok tu aku call ibu aku dan cerita. Ibu aku nak sedapkan hati dia cakap macam ni kat aku, “hmm maybe kamu mamai kot, kamu pergi tutup tv sebab kamu nak tidur”. Aku pelik laa jugak sebab aku pukul 3-4 pagi akan bangun sebab nak pergi toilet ataupun solat sunat dan aku akan sedar kalau aku bangun sebab dah jadi rutin harian aku.

Bila dah kena ganggu macam ni, aku ada cuba bertanya kat ustaz. Dia cuma cakap perbanyakkan baca al quran, jaga solat dan tingkah laku. Insyaallah Allah akan lindungi kamu. Amin. Sekarang aku tidak kena ganggu lagi. Cuma aku dapat rasakan bila ada benda yang datang. Moga benda yang baik-baik. Wallahualam.

Semoga kita dijauhkan daripada gangguan syaitan dan fitnah dajjal. Dan sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya. Amin

Gadis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Khayalan Atau Benar?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.