#khianat
Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Nama aku ida. Kisah yang akan aku ceritakan ni terjadi pada mak dan ayah aku. Mungkin banyak kes yang sama berlaku di luar sana. Tapi aku harap cerita ni boleh dijadikan pengajaran dan buat pembaca lebih berhati2. Ok, harap admin approve and terima kasih terlebih dahulu, hehe
Ok aku mulakan, aku cuba ringkaskan cerita ni sebaik mungkin supaya pembaca senang faham. Aku Ida, anak sulung dari tujuh adik beradik, aku dah kerja. Sekarang menetap di Kuala Lumpur. Adik aku tiga orang masih lagi bersekolah, tinggal bersama mak dan ayah aku di kampung. Seorang lagi melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Mak dengan ayah aku ni usahakan sebuah kedai makan. Lokasi tak jauh sangat dari rumah kami. Mak aku sewa sejak dua tahun lepas. Sebelum ni mak aku meyewa di tempat lain dan memilih tempat baru sebab senang dekat dengan rumah. Kedai mak aku jenis rumah kedai, agak besar, ada bilik ada tandas semua. Selesa untuk berehat dan sebagainya.
Dekat kawasan mak aku meniaga, ada lagi sebuah kedai makan tak jauh dari situ. Kedai ni dah lama dah. Kira2 sepuluh ke sebelas tahun la kedai ni masih bertahan. Tuan kedai ni aku namakan Pak Samad. Tempat tinggal dia pun tak jauh dari rumah kami. Kiranya, ayah aku dengan Pak Samad ni dah kenal lama dan berkawan baik. Dulu, sebelum ayah aku meniaga, kedai Pak Samad ni antara tempat ayah aku suka lepak2, jumpa kawan2 dia. Bezanya kedai kami, Pak Samad ni kedai dia pukul 3 ke 4 petang dah tutup. Kedai mak aku ni buka sampai malam, pukul 9 ke 10 malam gitu. Menu masakan pun jauh sangat berbeza. Ada satu ke dua masakan saja yang sama. Jadi pelanggan kalau nak cari makanan kat situ memang banyak pilihan.
Mula2 meniaga, Alhamdulillah, ramai sangat pelanggan. Makanan yang dijual selalu habis. Mak aku pun boleh nampak la happynya. Setiap kali aku call, mesti dia bagitau ada je orang puji masakan dia. Bangganya ye, hehe. Aku pun sambung puji la jugak. Kembang bermangkuk2 la mak aku masa tu. Masakan mak mana yang tak sedap kan. Mak aku mula terima tempahan makanan dari orang kampung. Kalau ada majlis kecil-kecilan kat kampung, diorang akan upah mak aku untuk masak. Yang mana sempat dia ambil. Dapat la income lebih kan.
Hampir setahun, perniagaan berjalan lancar. Tapi tu la kan, mak aku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Ni hujan pakej ribut taufan sekali agaknya. Huhuhu. Pelanggan yang datang ke kedai makin berkurang. Mak aku fikir, mungkin orang dah jemu dengan masakan dia. Dia decide untuk tukar menu sikit2. Tapi keadaan masih sama. Ada satu hari tu, langsung tak de orang masuk makan atau bungkus makanan. Sedih tak payah cakap la. Tengok kedai Pak Samad, ramai je orang. Lagi mak aku sedih. Mak aku tak terfikir langsung pasal khianat atau sebagainya sampailah terjadi beberapa perkara pelik pada mak dan ayah aku.
Cerita mak aku.
Satu malam ayah nak balik rumah ambil barang, tinggal mak sorang2 jaga kedai. Masa ayah keluarkan motorsikal, mak ikut sekali sampai depan kedai. Rasa tak sedap hati tiba2. Mak pesan supaya ayah balik cepat, ayah angguk je masa tu. Tak jauh pun ayah jalan, tiba2 dia patah balik. Mak pelik, dia tak sempat masuk kedai pun lagi. Bila dia tanya, ayah kata takde apa dan ajak mak ikut balik rumah sama2. Malam tu, kedai tutup awal. Bila dah sampai rumah baru ayah cerita. Sewaktu dia gerak keluar dari kedai, melalui cermin pandang sisi moto, dia ternampak ada bayangan hitam berdiri di sebelah mak. Sebab bimbangkan keselamatan mak, dia terpaksa patah balik.
Hari berikutnya, tengah mak masak menu masakan tengahari, dia ternampak kelibat seorang lelaki tua tak jauh dari pintu dapur. Mula2 dia ingatkan mainan mata dia saja, so dia abaikan. Mak sambung masak. Mak biarkan masakan atas dapur, dia keluar kemas meja dan angkat cawan kotor untuk dibasuh. Masa dia nak masuk ke pintu dapur, dia nampak pakcik tua berpakaian serba putih tengah duduk di ruang tengah dapur. Betul2 hampir dengan tempat mak masak tadi. Bila diamati, yakinlah tu bukan manusia biasa. Mak aku ni bukan jenis yang penakut. Malam2 keluar rumah sorang2 tak bawak lampu suluh, rilek je dia. Pernah beberapa kali rumah kami berlaku kejadian mistik, mak aku la orang paling cool. Tak gaya takut langsung. Tapi hari kejadian, mak terpaksa tunjuk skill larian, cari ayah yang masa tu tengah rehat dalam bilik. Bila ayah dengan mak kembali ke dapur. Benda yang mak lihat tadi dah hilang.
Selepas kejadian, mak kerap dengar bunyi seolah ada sesuatu di atas bumbung. Ayah pula kena gangguan melalui mimpi. Dia selalu mimpikan pakcik tua yang mak pernah nampak sebelum ni dan beberapa kali mimpi buruk. Ayah pernah beberapa kali jatuh sakit dan sangat lemah keadaannya. Tapi ayah aku ni jenis yang degil, bila diajak ke klinik ataupun hospital, memang dia tak akan ikut. Sampailah gangguan berterusan, baru dia cari ustaz dan minta tolong tengok2 kan kedai. Menurut ustaz, memang ada benda yang dihantar pada ayah aku. Orang tersebut memang tak sukakan ayah aku dan perniagaannya sekarang. Ayah aku dikira pesaing yang ingin dia hapuskan. Mula2 ustaz tolong bersihkan kedai. Kemudian dia tolong ubatkan ayah aku.
Diringkaskan, kedai makan mak dan ayah aku terpaksa ditutup akhirnya. Ayah aku terpaksa tanggung banyak hutang dan sewa kedai yang tertunggak sebelum ni. Ayah aku masih lagi belum pulih sepenuhnya dan masih dalam proses berubat. Dia sudah maklum siapa dalang di sebalik kejadian. Aku rasa pembaca pun dah boleh agak. Kesimpulannya, bila sifat dengki dan iri hati menguasai, manusia boleh berubah sekelip mata. Aku tahu ramai yang pernah mengalami pengalaman yang sama.
Aku ingin berpesan pada pembaca, sentiasalah berhati2 walau dengan siapa sekalipun. Jangan mudah percaya pada orang. Rambut je sama hitam, hati lain2 weh. Ingatlah, kita ni menumpang ja di bumi Allah, sama2 cari rezeki. Jangan sekali2 khianat kat orang. Kesiankanlah kat orang tu dan keluarga dia. Macam mak dengan ayah aku, diorang cari rezeki nak besarkan kami adik beradik ja pun. Tak payah la nak dengki sangat. Kami tak pernah kacau hidup orang lain pun sebelum ni, tapi orang tetap kacau kami. Seronok tengok hidup kami hancur dan musnah. Kesianlah sikit dekat keluarga mangsa. Sebab perbuatan khianat awak, mangsa terpaksa menanggung kerugian dan sebagainya. Aku tahu, pembaca FS semua baik2 kan. Apa2 pun terima kasih kerana sudi membaca cerita aku ni.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Macam cerita lengloi.. best giler
novel tu
lengloi yg cover dia perempuan pakai kebaya tu ker??
dunia da akhir zaman…memang mcm tu lh,da xtau mana halal or haram…ingt satu je,tuhan akn bg rezeki tu kat semua umat yg sentiasa ingt-NYA