Kifarah : Rumah D13A

Haritu dah hujung February. Due aku untuk bersalin anak kedua lebih kurang sebulan lagi. Tapi aku punya contraction dah tak ingat dunia.Sakitnya memulas macam dinding vagina aku dah nak bocor. Jalan pun terkangkang sebab rasa macam dah tak selesa. Since last week, mama dah ada kat KL temankan aku sebab husband aku amat busy plak bulan tu. Tambah pula dia baru tukar kerja kat one of asset management bank kat KL ni. And masa ni, dia tengah project 1 account besar yang akan jadi first account dia dalam team ni.

Mama cakap, hari-hari dia berdoa supaya sakit aku dikurangkan. Dah 2x ulang alik Tawakal buat CTG and seluk sebab contraction level tinggi sangat. Tapi macam first pregnancy, jalan tak buka. Sampai meraung-raung and tertonggeng-tonggeng aku memahan sakit siang malam. Lastly, kami dapat visit dari Ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz buatkan aku satu air doa. Kata Ustaz Hafiz, lepas minum insyaAllah dengan izin Allah aku akan dimudahkan bersalin. Waktu sebelum aku minum, entah dari mana datang keputihan yang sangat banyak and berbau sedangkan selama 9 bulan aku memgandung, tak permah ada.

Lately ni jer baru ada. And I guess tu sign nak bersalin la gamaknya. Lepas aku minum air yang Ustaz Hafiz buat, esoknya aku start turun d***h. Aku dibawa ke hospital dan bersalin dengan kaedah czer. Rupanya menurut Ustaz Hafiz dan Haji Zul, jalan aku ditutup/disekat supaya aku menderita sakit and anak aku lemas. Bila aku dengar, aku tak rasa marah sebab bukan dia yang tentukan hidup m**i aku. Tapi aku kesian dengan dia sebab jiwa dia macam parah sangat sakit hati dengan aku. Mesti korang pelik dan tertanya-tanya apa masalah dia? Kenapa dia buat macam tu?

Kadang-kadang untuk jadi jahat tak perlu alasan kukuh. Cukup dengan 1 sebab yang kau rasa dah padu untuk kau tak suka dia, macam aku tak suka Azy (wife kembar husband aku). Sama lah dengan dia. Pada yang dah mengikuti kisah sebelum ni, semua sedarkan yang permulaan kami dah tak cukup bagus, kan? And lepas kahwin, makin berlarutan. Nak pula bila kau kahwin dengan spesies kembar, kalau tak sesama diorang nak tunjuk bagus, mesti wife dorang yang macam bagus. Dalam hal ni, Azy lah yang macam tu. Hahaha! Aku serious. Aku bukan nak put all the blame rest on Azy tapi yang mana kawan-kawan aku and husband aku kenal si Azy ni, maka tahulah.

Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah bertegur dengan Azy dari hari pertama selepas nikah. Dengan SIL aku, Hana pernah juga aku cuba berbaik tapi dia balas dengan menghempas pintu kat batang hidung aku yg dari azali tak mancung ni. Tapi aku tak give up. Aku try lagi macam husband aku cakap, 3x. MIL aku pun cakap benda sama. End up, husband aku and MIL aku cakap don’t be nice to her anymore..tak berbaloi. Aku stop. Fuuuhh…(Lega tak payah ambik hati orang). Lain pula cerita dengan Azy. Actually aku ada kisah tersendiri sejak malam pertama aku bermalam di rumah mertua.

Waktu tu aku bangun ke tandas and tak semena-mena time tu la jugak tekak ni nak haus. Aku minta husband aku temankan ke dapur sebab tak biasa lagi kan. Lepas minum air, aku tunggu husband aku kat family hall sementara husband guna tandas kat dapur. Tiba-tiba Azy, or sebenarnya sesuatu yang berupa Azy lalu depan aku and menuju ke living room. Aku pun gi la jenguk and aku nampak dia berdiri kat sliding door library sambil menghadap ke luar. Mungkin sedar aku memerhati, dia toleh pada aku dan senyum (muka dia sangat scary walaupun still muka Azy) sebelum hilang macam tu jer. Aku berpeluh sampai ke pagi. Actually, ada dia buat percubaan nak salam dengan aku time raya and nak tegur aku tapi semua tu dia buat depan FIL aku jer. Belakang FIL aku, memang takla.

Mungkin ada yang fikir kenapa aku tak cuba berbaik, tapi korang pernah rasa tak bila orang tu ikhlas or jahat dengan korang? Dalam kes Azy, dia penuh muslihat. Even bibik pun suruh berhati-hati sebab dia licik. And sorang lagi abang ipar aku pernah datang jumpa husband aku and bagitahu suruh berhati-hati dengan Azy. Bila husband aku tanya, dia kata cukup la apa yang dia dah tahu and dia nampak sendiri apa yang Azy buat kat rumah time semua orang keluar bekerja. And sebab tu jugalah dia takkan makan kat rumah kalau Azy yang masak. Sampailah abang ipar aku tu dah bercerai dengan kakak husband aku, (hasil perbuatan Azy) dia tak pernah makan masakan kat rumah tu sebenarnya. Sebab tu bila aku dapat tahu pasal SIHIR PEMISAH melalui perfume tu, aku just diamkan diri jer takde nak pi tampar muka dia laju-laju. Tapi takde lah kami membenarkan perbuatan dia. Tapi nak buat macamana, even husband aku dah mengadu kat FIL aku, tapi FIL aku pun tak tahu nak buat apa.

Macam-macam politik kekeluargaan nak kena dijaga. Tapi MIL aku tahu sebab dialah yang bawa aku jumpa pakcik dia kat Pandan masa aku kena rasuk time Rumah No.9 tu. FIL aku plak macam aku cakap haritu, gitulah dia. Nak story dengan kembar husband aku, nak betah kata wife dia pun dia tak berani. Iyer..betul! Sumpahlah, takkan aku nak tipu. Cuma aku pelik bila Azy maki husband dia depan FIL aku and adik beradik husband aku yang lain, tak pernah ada yang tegah. MIL aku jer yang pernah bersungut tentang hal ni. Tu pun belakang-belakang. Tapi kalau aku eheemm sikit jer kat husband aku, terusnya diamboi-amboikan aku. Gittew la kan? Haha. So harap-harap menjawab la persoalan korang yang aku baca dari komen. Hehe.

Dah macam acara tahunan, setiap April akan ada tahlil sempena kematian one of family members keluarga husband aku ni. Tahun tu, aku tak dapat ikut serta sebab aku dalam pantang bersalin. Sebenarnya memang aku tak nak pergi pun. So aku wakilkan jer husband aku ke sana. Dari jam 9 pagi husband aku kat sana, akhirnya dia pulang membawa lauk pauk kenduri yang masih panas sebab bibik dah hangatkan. Hehe. Sape pernah makan lauk Langat Catering, tahulah kan yang lauk dorang not bad and tahan lama (tak mudah basi). Waktu aku hidangkan lauk tu, everything went well. Tapi bila duk makan, alih-alih lauk tu basi. Kuah darca yang awalnya likat tiba-tiba berbuih dan berbau. Ayam merah pun jadi masam termasukah laksa johor yang semua basi dan rosak. Frust lah mama and husband aku walaupun sebenarnya dorang sempat makan sikit tadi. Malam tu, mama masak jer makan malam. Lepas dinner, kami bersantai kat ruang tamu sampailah mama masuk ke bilik untuk solat Isyak.

Tak lama lepas tu aku dengar suara mama dah bising-bising kat bilik. Husband aku minta aku bawakan segelas air untuk mama kasi sejukkan hati. Lain pulak jadinya bila aku yang kena maki sebab menyibuk kata mama. Dah kenapa? Mama tutup pintu and aku pun bawalah diri duduk kat ruang tamu. Tak semena-mena ada angin kuat melanggar sliding door macam hujan ribut la puloook! Aku pandang husband, dia pandang aku.Sudahnya kami pandang TV buat tak tahu. Kejap jer camtu, tiba -tiba bunyi pintu dapur dirempuh dengan kuat dari luar serentak dengan tu jugak ada bunyi grill tingkap kat dapur bergegar. Aku dengan pantas menuju ke dapur, tak sempat jenguk, mama pula berlari keluar dari bilik. Kata mama, ada makhluk hitam besar datang goncang grill tingkap padahal grill tu belah dalam. Bukan belah luar. Macam mana dia boleh capai pulak grill tu? Sebab bimbangkan safety mama, aku tidur dengan biarkan pintu bilik terbuka. Kononnya kalau ada ape-ape boleh senang dengar.

Tapi sebenarnya ,malam tu mama ditindih dan kami semua tidur m**i. Esok bila mama cerita barulah kami tahu. Malam berikutnya, sekali lagi mama ditindih and kami tidur m**i lagi sekali. Tapi esoknya, ada new package bila rumah kami selalu berbau najis yang sangat busuk. Tapi bau tu come and go. Anak yang kecil asyik merengek, yang besar pulak sikit-sikit ngigau padahal tidur siang jer pun. Takat ngigau ok lagi, ni sekali dengan meraung melalak. Boleh plak dorang bergulir-gilir buat peel tu. Sudahnya malam tu anak yang sulung, tidur dengan mama. Masih lagi tidur dengan pintu bilik dibuka supaya mudah anak aku keluar masuk bilik kami dengan bilik nenek dia. Dalam pukul 3 pagi lebih-lebih skit, aku terjaga sebab rasa macam ada orang kat sebelah. Bila buka mata, aku cuma sempat nampak satu bayang besar menyusup keluar dari bilik.

Bila pandang dalam baby court kat sebelah ni, anak aku yang baru lahir tu tengah nangis tak keluar suara. Yang sulung plak dah menempel dengan husband aku. Cepat-cepat aku angkat dan kejutkan husband aku sebelum tiba-tiba aku dengar suara mama dalam bilik tengah mengerang. Rupanya mama ditindih lagi sekali oleh bayang yang amat besar. Bila husband aku azan, bergegar grill tingkap sebelum bunyi kerusi meja diseret dengan kuat kat rumah atas. End up, aku dan mama berjaga sampai ke subuh. Lepas bagi mama tidur, aku plak qada’ tidur sampai tengahari. Ingatkan dah habis, rupanya mama ngadu waktu dinner yang masa dia tidur lepas berjaga malam tu, dia disergah oleh makhluk tu. Lain pula kisahnya dengan aku. Aku tengah lena, tiba-tiba jer datang jerit kat tepi telinga. Nyaring! Lepas dengar cerita kami, husband aku pagarkan rumah guna air ruqyah and azan di-4 penjuru rumah. Kami pasang juga cd Ruqyah kat ruang tamu sampai ke subuh. Alhamdulillah cuma ada minor gangguan jer malam tu macam bunyi guli and ketuk-ketuk manja kat tingkap.

Minggu depan kami nak buat majlis cukur jambul and kalau time anak sulung kami buat kat Kelantan, kali ni kami decide nak buat di KL jer sempena husband dah jadi geng surau di kondo kami. Hehehe. Jadi seminggu sebelum majlis ni, banyak la yang perlu kami siapkan especially senarai tetamu, menu, and few things. Nak dijadikan cerita, minggu ni la jugak husband aku buat hal gigih duk jadi orang tengah dalam masalah cinta kawan baik dia time kat SIDC dulu. Makanya dia akan luangkan masa dengar masalah Paul and Reen sambil minum coffee almost everyday. Itu tak cukup mendatangkan kemarahan lagi sebenarnya. Yang mendatangkan kemarahan bila aku terjumpa whatsapp Reen kat husband aku by calling my husband as “abang” & “sayang” instead of using his own name. Bullshit la kan? So lepas aku soal siasat dan before it takes two to tango, aku suruh husband call Reen and bagitahu she’s not supposed to text my husband macam tu. Maybe sebab malas nak panjangkan masalah tu, dia call Reen and that girl minta maaflah.

Lepas dah puas bebel, aku masuk bilik. Takleh lama stay kat luar, kang nanti banyak permasalahan berbangkit. Aku duk asyik scroll FB and Instagram sampai akhirnya tertido. Bila aku terjaga, aku nampak husband aku masuk amik handphone kat bilik. Sebelum dia keluar, dia jeling aku muka tak puas hati. Nyampah dan meluat plak aku tengok dia. Tapi aku biarkan jer sampailah aku dah basuh muka semua, aku pun keluarlah ke ruang tamu. Awalnya nak cakap elok-elok, tapi bila aku tanya nak makan ape malam ni, dia buat bodoh jer. Tu satu hal. Lagi sakit hati bila aku tanya dengar ke tak aku tanya, dia bole jawab, “tak cukup ko cakap aku tak guna, ni kau nak cakap aku pekak plak?”. Pastu dia sambung membebel plak ntah ape-ape sampai aku speechless. Sepatah pun aku tak leh hadam. Malas nak pening-pening, aku pandang dia and aku cakap jaga mulut tu, jangan melampau. Malas nak layan, lantaklah. Tu jer.

Lepas tu dia punya perangai jadi macam teruk. Aku nampak dia dah tak ubah macam beast. Now I can sense something fishy in our scenario bila husband aku bercakap, air liur dia meleleh macam tak terkawal berjejer. Aku suruh dia istighfar, tapi dia maki aku balik cakap aku yang patut istighfar. Beria dia kata aku kena rasuk and duk provoke aku dengan insulting aku dengan macam-macam gaya. Bila mama dah masuk campur, dia yakinkan mama yang kat depan dorang bukan aku tapi setan/jin yang berpura-pura jadi aku. Sebab aku ni kan sering kena rasuk dan diganggu, of course mama lebih percayakan dia sebab sapelah diri aku. Bertahun kena ganggu and kena rasuk, sape nak percaya aku boleh sembuh dengan mudah? Masa tu sedihnya sebab aku all alone. Apa aku cakap jadi senjata yang dia twist untuk kelirukan aku dan mama. Aku pun keliru. Dia campak yaasin suruh aku baca, aku dalam hadas, macam mana nak baca.

Bila aku tak baca, dia suruh mama percaya yang betullah aku setan yang sedang berlakon tu. Mama ambil air penawar suruh aku minum, aku minum and sua kat dia. Tapi dia taknak minum. Dia cakap dia sihat. Aku yang katanya sakit takleh bezakan and sedang keliru. Aku capai kunci kereta nak keluar sebab ak rasa macam dinding rumah ni semua nak menghentam aku. Masa aku masuk bilik nak ambil purse, mama datang and kunci pintu dari dalam. Mama slow talk dengan aku and cuba pujuk aku. Konon nak tenangkan aku. Nasiblah mama bawa sekali anak-anak yang tengah tidur and letak kat atas katil. Masa ni dia ketuk pintu, terajang pintu dah macam orang gila. Mama jerit dari dalam minta dia tenang, sedangkan aku suruh mama buka pintu sebab aku rasa something bad will happen. And yes, akhirnya dia tumbuk pintu sampai pecah. Bayangkan pintu sekeping tu, pecah berderai berlubang kat tengah-tengah. Tergamam mama aku sebab dia tak pernah nampak keadaan menantu dia camtu.

Aku plak dah pernah nampak sekali (Rasuk: Rumah Tingkat D13A). Dia datang kat mama sambil mendengus, nyaris dia tolak mama sampai terjatuh nasib baik balancing mamaa still ok. Hehe. Aku yang berdiri di sebelah kiri bilik, sekali dia hayun tangan dia jer terus tercampak atas katil, nyaris tertimpa anak-anak yang tengah tidur. Budak-budak ni pun tidur macam tak dengar ape-ape. Dia angkat kaki, dia pijak perut aku yang baru lepas czer sambil cakap dia dah lama menyampah dengan attitude aku, benci tengok muka aku. Katanya aku menyusahkan, perasan bagus dan banyak lagi. Seriously masa ni aku kecik hati gila. Tapi bila dia cakap, aku ni tak berguna, selalu gagalkan rancangan dia, rampas hak dia ..aku dah pelik. Sape sebenarnya kat depan aku tengah bercakap ni?

Mata dia still melilau bila dia mungkin dah tahu yang aku dah perasan dia bukan husband aku. Mama dah bawa anak -anak ke bilik sebelah. Risky kalau letak budak-budak kat sini. Bukan dia sedar pun apa dia tengah buat. Last sekali, aku perasan dia tenung set mekap aku kat atas dressing table. Dalam hati dah macaam berdebar-debar. Janganlah dia buat perangai gi smash benda tu semua. Penat aku kumpul and most of the set limited edition kot. Hurm, tak sampai sedetik, sekali dia libas tangan, licin! Dressing table tu licin..meleleh airmata aku. Dia pandang aku sambil sengih, and cakap tak sengaja. Psycho kan? Aku pandang dia dengan penuh rasa marah kot time tu sampai aku jerit, “ape masalah kau ni hah?!”. Boleh plak dia jawab padan muka aku?! Dia kata cenggini, buat aku ingat sampai hari ni, ”Kau ingat kau cantiklah pakai mekap mahal? Kau rasa baguslah barang-barang kau mahal? Handbag kau mahal? Sekarang padan muka kau! Kau tak layak tahu tak.N ak masuk family #TM pun kau tak layaklah. Puas hati aku”.

Mama datang bila dengar bunyi barang-barang berterabur and botol perfume berkecai. Mama suruh husband aku bertenang tapi mama pula yang dimaki sampai mama bawa diri duk kat bilik. Sedang aku duk kutip barang-barang yang pecah tadi, tiba-tiba aku rasa macam kepala aku disepak dengan kuat. Bila sedar,rupanya dah almost 2jam aku pengsan. Waktu aku sedar pula, husband aku dengan mama duk bacakan Manzil kat sebelah. Bunyi ayat quran dari CD Pun tengah berkumandang. Aku nampak ada d***h kat dinding, kat pintu, and kat lantai. Lantai plak basah lencun dengan d***h bercampur air.

Cerita mama, waktu tu dah nak masuk Asar. Dia jenguk ke bilik and nampak aku masih lena. Bila jenguk kat ruang tamu, menantu dia tengah main game kat Ipad dengan TV terpasang. Mama masuk ke tandas untuk mandi and berwudhuk. Niat dihati nak mengaji sebelum masuk waktu. Tengah rancak mengaji, dengar suara bertekak hebat tapi dia biarkan. Lepas mengaji mama sambung dengan solat Asar tapi nak solat pun tak khusyuk bila nampaknya makin hangat kat ruang tamu tu. Bila mama keluar, menantu dia tengah duk cekik aku kat ruang tamu. Bila suruh berhenti, dikatanya yang aku sedang dirasuk. Mama tolong apa-apa patut. Bagi minum air penawar tapi nampaknya tak effective. Bila keadaan makin keruh, her last resort nak panggil polis jer mama fikir masa tu. Sampailah lepas menantu dia dah pecahkan barang-barang kat bilik, dia datang jenguk and nampak aku sedang kutip barang-barang make-up sambal menangis. Kemudian, tak semena-mena aku bangun and meluru ke dapur sambal diekori oleh menantunya.

Tak sampai 2 minit, dia dengar menantu dia terjerit-jerit minta tolong sambal berlari ke dalam bilik. Bila dia jenguk, dia nampak aku berjalan dengan penuh semangat sambil genggam sebilah pisau p****g daging kat tangan sambil mengilai-ngilai. Nampak muka mama, aku terkekek ketawa tapi aku tak cuba cederakan mama. Kata mama lagi, aku tendang pintu. Aku tikam pintu sambil jerit-jerit nama husband aku dengan ulang-ulang cakap yang aku dah lama sakit hati dengan husband aku. Beria aku nak b***h husband aku sampai akhirnya mama angkat satu tong air zamzam, dia curah kat aku. Tak cukup air zamzam, 1 tong lagi air yaasin dia korbankan. Hahaha..tapi tak jalan. Entah bila kata mama, menantu dia menyusup jeluar dari bilik. Dia ambil sebotol air penawar, dia curah juga pada menantu dia sebelum terjadi lagi apa-apa benda buruk. Mama takut ada sesi mem-provoke kang, lagi naya.

Waktu menantu dia tengah bergelut dengan aku, akhirnya pisau berjaya dirampas. Masa ni mama dan menantunya berusaha suapkan air penawar dalam mulut aku sambil mama bacakan Al-Fatihah an 3Qul. Impak dari segala benda nenek, lama kelamaan mama nampak aku macam lembik sebelum jatuh ke lantai. Cepat-cepat dorang baringkan aku sebelum dengan pantasnya husband aku picit ibu jari kaki aku dengan sebiji lada hitam. Maka berdialog la mereka dengan “aku”. Hasil dari sesi berdialog, maka tahulah mereka yang mengganggu aku adalah datangnya dari yang berdamping dengan husband aku dari time kenduri tahlil haritu. Boleh pulak dia lompat-lompat dari badan husband aku ke badan mama ,sebelum dia lompat semula ke badan husband aku and akhirnya lompat ke badan aku ..ewah ewah ewah.

Modus operandi masih sama dan ini percubaan kesekian kalinya sebab dalam pantang dia fikir macam lebih senang nak kerjakan aku terutamanya sebab dalam kotor kan. Tambah pula, dengan tak cukup tidur jaga baby so emosi pun macam tak stabil. Yang dia tak tahu, aku dalam pantang tak pernah tak cukup tidur sebab, shift malam husband yang ambil alih, Shift siang mama yang pegang. So, celah mana yang aku tak cukup tidur? Hehehe. Yang tak cukup rest tu husband aku, sebab tu dia jadi baran semacam and mudah terganggu sebab badan dia yang sedikit penat. Oh lupa nak bagitahu, lagi sebab kenapa husband aku mudah dipengaruhi benda tu sebab benda tu dah ikut dia since hari kenduri tu satu hal, and lagi satu sebab husband aku dah termakan lauk yang dia dah jampi and tuju. Aku tak kena sebab aku tak makan lauk kenduri tahlil tu. Mama pun kena tempias sampai jadi baran bagai tu..haa. Gittuu!

Lepas macam-macam potpetpotpet, akhirnya dia keluar sejurus lepas azan Maghrib. And tengah malam tu, bila aku nak kunci jam, barulah aku sedar yang handphone aku telah terkorban dalam pertempuran tu. Aku down gila sebab tu handphone hantaran..murung lama jugak sampailah husband aku ganti dengan handphone baru. Beli dengan Maxis jer, ZeroPlan. Hahaha. Esoknya, dorang bawa aku jumpa Haji Zul. Rupanya benda tu pun ikut serta dalam perjumpaan tu. Waktu Haji Zul ubatkan aku, sayup-sayup aku dan husband dengar suara perempuan menangis kat belakang kedai sebelum diikiuti dengan bunyi barang-brang jatuh. Sebenarnya, dua hari sebelum gangguan tu lagi, d***h nifas aku macam dah kejap keluar kejap tidak. Tapi aku tak fikir banyak sebab mungkin doctor dah banyak vacuum time czer tu, so tak jadi apa-apa masalah bagi aku. Tapi, bermula dengan tu juga susu aku macam tak keluar. Kalau keluar pun, bila pam tak sampai 2Oz pun sedangkan aku ambil Motilium macam doctor suruh since anak pertama.

Dan untuk pengetahuan semua, hari aku datang berjumpa Haji Zul, merupakan genap 8 jam baby cuma minum air masak sebab bekalan susu kat fridge pun dah habis, and start lepas gangguan yang sampai nak bertikam-tikam tu, d***h nifas and susu aku memang langsung tak keluar. Tapi, waktu aku jumpa Haji Zul, aku tak sempat pun nak cerita masalah aku, dia yang bagitahu aku segalanya tentang gangguan dalaman kesihatan aku. Masa ni Haji Zul minta aku makan/minum kunyit muda dan halia untuk lancarkan balik angin dalam badan sebab nampaknya laluan angina dah disekat. Bila disekat mudahlah kena migraine, sebu and dan berangin..tu Haji Zul cakap but aku tak faham sangat time ni. Aku pun tak tahu kenapa macam dalam kepala aku macam terlampau sarat serabut. Maybe dia perasan tumpuan aku kurang, so Haji Zul pegang kepala dan bacakan sesuatu. Ada juga aku dengar dia bagi salam berulangkali tapi tak der sape plak yang menyahut. Dari mata terpejam and mulut kumat kamit membaca, dapat aku rasa tangan Haji Zul yang pegang kepala aku macam makin mencengkam kepala sampai aku rasa loya membuak-buak kat perut ni.

Tapi Haji Zul yang muntah teruk bercampur bau busuk yang amat. Lepas selesai, surprisingly, kepala aku rasa ringan yang macam laptop kena format tu hahaha. Haji Zul bekalkan limau purut yang dah dibacakan untuk dibuat mandi and minum. Selesai jumpa Haji Zul, aku belikan dulu anak aku formula milk sebelum tunggu cycle badan kembali ok. Kesiannya bila anak aku minum susu tu sampai boleh dengar dia telan, lapar bebenor gamaknya. Barulah lepas tu dia tidur nyenyak and takde lagi menangis.
Setibanya di rumah, d***h nifas aku nampaknya back to flow tapi bau dia tuhan jer tahu, ditambah dengan warna merah kehitaman dan berketul-ketul keluar..punyalah banyak. Tapi, susu aku tak keluar sampai ke harini. Takpelah, adalah tu aturan Tuhan. Husnudzon. Haha. Lepas pada selesai majlis cukur jambul yang meriah bagai dan dihadiri oleh sanak keluarga kecuali family Azy dan Hana, selang 1 minggu aku balik ke Kota Bharu untuk sambung berpantang.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan cuma sehari sebelum balik ke KL, masa tu aku dan keluarga bersiap untuk keluar ke pantai. Alih-alih husband aku meluru masuk sambil bebel-bebel kat anak sulung kami pasal time ni la nak poopoo. Beria husband aku koyakkan pampers tu alih-alih kosong! Sedangkan aku sendiri pun bau poopoo tu bukan main busuk lagi. Makanya sarunglah balik pampers baru kat anak kami sambil anak kami tu buat muka blur. Tu pertama. Dalam kereta, on the way nak ke pantai, tiba-tiba bau macam poopoo budak lagi. Busuk sampai pening so kami bukalah tingkap, tapi bila check, both anak tak poopoo. Dah saling tuduh orang tu kentut, orang ni kentut. Haih~Kali ketiga, malam yang sama, aku boleh terjaga dari tidur hanya kerana hidung ni bau poopoo anak. Masa ni taknak buka mata lagi, malas sambil berharap tolongah husband aku bau. Semerbak bau sampai akhirnya aku buka mata and ank check pampers anak. Bila dah bangkit and dah capai pampers, baru aku sedar yang both anak tidur kat bilik mama. Takkanlah husband aku kentut sebusuk tu? Meremang la pulak ..tengok jam dah nak masuk pukul 5. Malas nak fikir lama-lama, aku sambung tidur smapailah azan Subuh, then kami gerak balik ke KL.

Kat KL, ada masalah baru la pulak. Tak tahulah sebab budak 2 orang ni tak biasa nenek dorang takde ke ape, so yang sulung akan asyik keluar masuk bilik tamu sambil panggil nenek. Yang kecil ni plak macam ok tapi both of them suka menjerit tengah-tengah malam secara berjemaah atau bergilir. Pastu taknak berhenti plak tu sampaikan kena azan or pasang ayat Quran barulah ok. Mulanya aku dan husband tak pandang serius pun hal ni sampailah husband aku merungut yang dia selalu terkena dengan bau yang disangkanya anak poopoo tu. Barulah aku pun sedar yang aku pun selalu terkena dengan bau tu. Cuma, maybe sebab ada tanggungjawab baru and macam takleh nak synchronize lagi workflow and lifeflow aku dengan 2 anak, sampai aku terlupa pasal bau tu. Sampailah satu kejadian berlaku melibatkan anak aku, yang buatkan aku jadi super defensive, outspoken, dan mulut takde filter.

Malam tu, ada bbq kat rumah mertua aku. Kali ni, aku dah tak mengelak dari jumpa dengan Azy sebab aku fikir kalau tak jumpa pun kena tuju, baik jumpa jer. Takde beza. Selesai majlis, semua tidur kat Bangi kecuali aku dan sorang lagi kakak ipar. Both of us tinggal kat KL so macam tak jauh pun nak balik rumah. Sampai depan Nirvana, anak yang sulung dah lelap tapi suddenly dia meraung dalam tidur macam orang sakit pun ada, macam takut pun ada. Anak yang kecil bila dah dengar abang dia melalak dia pun join sekali meraung. Bagi susu taknak, pujuk pun taknak, sampailah husband aku pasang Ruqyah. Rupanya makin kuat yang sulung tu bertempik sampai tendang-tendang pintu kereta. Betul-betul dia memberontak. Husband aku azan kuat-kuat dalam kereta berkali-kali barulah dia senyap. Sampai kat rumah, bila sentuh dahi anak yang sulung, rupanya demam. Syndrome mak-mak, aku pun bebel la macam mana boleh demam tiba-tiba sedangkan time bbq bukan main melasak lagi sampaiikan basah baju berpeluh.

Kami cuma letak bantal cooler KoolFever tu buat lapik kepala and tampal KoolFever kat dahi and leher. Esok kalau tak kebah juga, kami nak bawa jumpa doctor. Malam tu, badan dia kejap panas kejap ok. Remedy dari Air asam jawa pun kami dah try. Bila pagi, macam ada kurang sikit. So kami tangguhkan dulu and just makan ubat yang ada dalam fridge jer dulu. Walaupun demam, anak kami selera makan time breakfast tu. Berbeza dengan lunch, masa ni suhu badan dia naik balik. Aku call husband suruh balik sebab nak bawa anak ke klinik. Sementara tu, aku masak nasi dengan ayam goreng untuk dia alas perut. Masa aku nak suapkan, dia refused. Dia nak suap sendiri dengan tangan terketar-ketar. Lepas habis makan, dia minum susu sebelum akhirnya dia muntahkan semua makanan dah dimakan tadi. Masa ni lah terbit bau poopoo dan bau hancing bersama bau muntah anak aku tadi. Sampailah kami bawa ke doctor, anak aku takleh minum walau seteguk air and seluruh badan dia menggeletar.

Dan lagi kesian,dia batuk yang sampai nyeri dada. Tapi kahak semua takde. Bila dia terlelap, dia akan menangis and meraung. Setiap masa nak berdukung. Makanya bila kami refer ke doctor, semuanya ok and badan anak just sedikit panas. Pernafasan ok, tekak ok walaupun batuk mengalahkan orang tibi dan ini menjadikan doctor suruh kami balik and lihat perkembangan dalam masa 24jam. Kalau ke klinik tadi dia agak ceria, tapi balik rumah dia start menangis. Macam tu lah kami lalui hari pertama melayan anak sakit. Hari kedua agak stress untuk aku sebab anak kedua pun start buat perangai just nak berdukung while abang pun langsung taknak duduk. Nak kena meleset jer manjang. Nak bangun bancuh susu pun dorang manangis sampaikan aku pun menangis sekali dengan dorang sebab stress and panic bila pagi hingga ke petang 3 duk berkeadaan gitu. Bila keadaan dah tak terkawal, aku call husband minta balik awal sebelum aku plak yang tak dapat kawal diri sebab sepanjang anak-anak menangis, rumah ni kelam semacam jer.

And ada bau hancing merata-rata sampai aku rasa geli duk dalam rumah sendiri. Macam tu lah keadaan sampai hari ketiga, anak aku takde perubahan. Yang berubah cuma berat dia dari 15kg ke 11kg dalam masa 3 hari. Checkup sekali lagi dengan doctor, jawapan doctor tetap sama. Masa ni aku tak fikir yang ni hal-hal mistik. Tapi, bila malam ketiga tu aku sedangkan tidur anak yang sulung, aku berzikir sambil bacakan ayat-ayat lazim dan usap-usap kepala dia. Habis semua tu, anak aku terlelap tapi maybe instinct ibu tu kuat, aku pegang ubub-ubun dia dan aku bacakan ayat Qursi, 3Qul dan 50xBismillah. Baru setengah jalan bacaan aku, tiba-tiba jelas kat telinga aku bunyi suara harimau mengaum macam sangat hampir, betul-betul tepi telinga. Aku buka mata dan pandang sekeliling. Sebab tak puas hati, aku baca lagi sambil pejam mata. Kali ni aku nampak seekor beruk yang sangat besar berdiri dihujung kaki aku, melibas-libas tangan ke arah aku sebelum beruk tu ditukar dengan seorang perempuan tua yang bongkok sampai ke lutut.

Dia menyerigai kat aku dan daging-daging kat muka dia bagai tanggal sebelum dia kutip dan hulur pada aku. Mulut aku terus membaca apa yang patut aku baca. Time ni hilang rasa takut tapi dah diganti dengan rasa geram sebab anak aku dizalimi. Bila selesai, aku buka mata dan lihat husband dah kat sebelah. Dia tanya aku apa benda busuk sangat kat bilik tadi sampaikan ke ruang tamu boleh dengar. Aku cuma geleng dan capai handphone, nekad nak jumpa Haji Zul. Tengah baran ni..sakit hati.
Dipendekkan cerita yang dah panjang ni, masa jumpa Haji Zul barulah kami dapat tahu yang ada orang hantar hantu raya untuk ganggu anak aku sebab dia tak suka tengok anak aku sama macam dia tak suka tengok aku. Mesti korang fikir ni kelakar, tapi kalau dah bodoh memang tak ke mana. Selalunya pasal kebodohan la orang suka aniaya orang lain sebab dia takleh nak bezakan apa-apa. Dahlah husband kami kembar, anak kami umur tak jauh beza, pastu bila da sifat membanding ni yang merupakan penyakit tenat manusia, dah takde nak kira umur budak tu berapa janji anak dia under the spotlight and dia pun under the spotlight, barulah puas.

Dia tak suka bila mertua kami puji anak aku, sebut nama anak aku or apa jer ada perkaitan dengan aku sebab dia rasa tercabar ditambah pula dia memang tak suka tengok aku dan anak-anak sihat dan selesa. Ironi-nya, dia dah terikat sebab husband kami kembar! Haritu, for the first time aku nampak Haji Zul berang dengan gangguan tu. Aku boleh nampak dahi dia berkerut-kerut waktu dia sentuh nadi anak kami di pergelangan tangan. Kali ni dia tak muntah tapi anak kami yang bertempik meraung macam teramat sakit. Finally, anak kami diam dengan sendiri and macam dah hilang sakit yang dia duk jerit tadi tu. Makanya, aku fikir selesailah. Sesudah Haji Zul lepaskan pergelangan tangan anak tadi, dia ambil beberapa helai sireh yang dia dah sediakan,dia baca sesuatu pada sireh tu, dia tiup pada sireh tu sebelum dia tepuk daun sireh dengan telapak tangan dan tiup arah tenggara. Kami tak tanya banyak sebab dia pun tak nampak macam nak cerita. Haritu, kami balik ke rumah dengan perasaan berbaur-baur. Tapi sebenarnya lebih pada perasaan nak b***h jer dia. Untungler #MalaysiaMasihAman hahaha.

Selang 2 hari lepas kejadian, husband bagitahu yang kat whatsapp group Muhlis bagitahu both dia punya anak kena admit kat DEMC akibat bronchitis. Kami tak pergi melawat. Lepas kejadian anak kami kena tu, aku and husband memang kerjanya mengekor jer anak kami and selagi boleh, aku avoid anak aku bermain dengan anak dia tanpa pengawasan aku or husband. Azy? Dekat dengan anak kau pun tak berani. Kalau aku nampak dia duk sebelah anak aku, dengan pantas aku angkat anak aku. Setakat perkataan rubbish tu dah selalu sangat aku sembur kat dia dalam baik, sampailah Mukhlis pindah rumah hujung Ramadhan lepas, kami dapat arahan dari FIL untuk datang majlis berbuka puasa kat rumah dia di Shah Alam. Sebab aku memang tak makan makanan yang Azy masak, (whole family dah tahu) so FIL aku belikan pizza, ayam panggang and few lauk lain untuk aku and husband. Masa ni lah aku declare war dengan Azy secara terang-terang. Jahatnya aku, waktu family husband start bacaan yaasin (housewarming kan), aku paksa bibik jagakan anak aku untuk aku solat Maghrib. Azy plak kat dalam bilik. Dia langsung tak keluar since orang start solat berjemaah.

Selesai solat Maghrib, aku mulakan bacaan dengan Yaasin. Then aku sambung dengan Manzil sambil aku niatkan nama penuh dia (Binti ibu). Waktu ni lah tingkap bilik yang aku gunakan untuk solat tu bagai digegar walaupun takde angin. Aku sambung baca, alang-alang dah start. Hehehe. Tiba-tiba pintu bilik yang tak ditutup rapat terbuka sebelum tertutup dengan sendiri (tutup rapat plak tu) walaupun sebenarnya takde sape pun yang tolak. Tak habis lagi, aku baca lagi sampailah toto yang kat sebelah sejadah ni bergerak-gerak bagai dipijak. Lalala…masuk rapat nampak. Aku teruskan bacaan walaupun sebenarnya kepala aku dah sama besar dengan tayar treler. Sepanjang bacaan, aku dapat rasa ada sesuatu duk lalu lalang dalam bilik and paling dia suka ialah duk main kat belakang aku. Habis baca, aku sambung dengan doa harian yang ditulis oleh arwah Ustaz Haron Din. Sampailah aku rasa macam cuma aku jer kat dalam tu, barulah aku berhenti.

Ngam-ngam nak Isyak. Berpeluh aku kat bilik tu walaupun ber-aircond. Lepas selesai, sebelum balik aku berdiri kat balcony tengok pemandangan, tiba-tiba bahu aku macam dilanggar dan aku rasa satu hembusan nafas panas pada muka aku. Azy cuma keluar dari bilik lepas kitorang dah selesai solat Isyak.Esoknya,MIL aku bagitahu yang Azy masuk hospital terkena pneumonia. 2 minggu dia dalam ward, rumah aku langsung takde gangguan hatta bunyi pelik-pelik. Rasanya aku dah pulangkan apa yang diberi kepada anak aku, pada yang lebih berhak. Tapi jangan pulak korang fikir dia insaf, tak. Dia tak pernah insaf buat masa sekarang. Berulang-ulang lah dia dan anak-anak dia masuk ward setiap kali aku pergi berubat. Walaupun pada mulanya kau rasa bersalah pada anak-anak dia sebab dorang pun terkena tempias dari perbuatan ibu mereka, tapi,she deserve it. Kifarah Allah tak boleh dipertikai. Alhamdulillah anak aku membesar dengan sihat dan aktif. Aku pula jadi makin alert dengan anak-anak.

And waktu aku tulis cerita ni, aku baru diganggu 2 hari lepas. Tapi, kalau nak cari penghujung, cerita ni buat masa sekarang takde penghujung. Aku pun tak tahu bila dan macam mana endingnya nanti. Tapi harap-harap bermanfaat untuk semua dan dalam cara yang elok-elok untuk aku dan keluarga. Tentang apa niat dia yang sebenar-benarnya, aku pun tak tahu. Cukuplah korang tahu yang manusia tak pernah puas dan tak pernah cukup. Apa aku buat sekarang adalah bertahan dan bina self-protection untuk aku dan keluarga. Cuma apa aku nak pesan, penyakit hati boleh bawa m**i. Sakit hati camana pun kita dengan sesiapa, pakai akal yang Tuhan dah bagi untuk bezakan betul atau salah. And please be sincere dengan diri sendiri dengan orang lain. Jadi baik and buat baik untuk Allah Taala bukan untuk mata manusia lain.

So, sampai kita jumpa lagi kalau aku ada cerita lagi untuk diceritakan. By the way, tak lama aku dah nak pindah ke rumah baru di Cyberjaya. Tolong doakan permulaan yang lebih baik dan bermakna untuk kami yer pembaca FS yang baik hati dan supportive. Kepada admin FS, terima kasih sebab berikan aku platform untuk berkongsi penglaman aku. Kalau FS nak terbitkan buku, please put me in the loop. Hehe..Muah!

Wani

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.9]

50 thoughts on “Kifarah : Rumah D13A”

  1. best kak best.. stiap cerita akk ade terselit ilmu.. semua sy SS simpan.. smoga akk tros kuat.. dr p 1st cite nk cari rumah tu, cite pjg lebar tp xde seram. dn sy dh kutok pon akhirnya baru akk keluakn cite best2 hahha maaf la kak ye..

    Reply
  2. Masa housewarming kat rumah Azy tu, kan ada bacaan Yassin , Maghrib n Isyak berjemaah tu (which Azy tak keluar bilik), dia tak rse terbakar panas panas ke? huhuhuhu.. kebal betul dia. dia ta syg anak anak dia ke? (dia pny perbuatan menggadaikan nyawa anak sendiri) kita baca kita plak geram dgn dia. rse mcm nk ikat dia kat kerusi lepas tu dera dia smpi dia admit semua kerja terkutuk dia tu.

    Reply
  3. sis, please share bacaan/zikir yg sis amalkan. something fishy psl abg sy ni( yang asalnya berkira dgn adk brdik sbb spesis berjimat). tiba2 sentiasa menurut segala kata keluarga perempuan tu. padahal diorang belum ada apa2 ( pakwe makwe je pon ) risau abg sy kene kikis lg teruk. mak sy ckp apa pon die xnak dengar ( lg dgar ckp keluarga belah perempuan yg tah jadi bini tah tidak. tp klau boleh mmg xnak ada keluarga ipar yg buruk perangai mcm tu ) bantu sy.

    Reply
    • sama mcm saya. jadi bodoh disebabkan orang luar. sanggup berkorban apa shj smpaikan keluarga dicampak jauh. saya cume ad mak jew tpi smpai hati dye buat mcm nie. suka ambil kesempatan dalam kesempitan. moga Allah s.w.t tunjukkan jln yg benar. Amin

      Reply
  4. I baca all your stories,
    Makin lama makin geram pula pada di Azy tu.

    Hmm.. Pasal anak tu;
    I tak tahu if you ever heard abt Minyak Kasturi Hitam? Or minyak Gaharu (pure)?

    My Mom akan suruh letak antara 2jenis minyak tu pada baby / anak-anak everytime bila keluar time malam / melangkah Maghrib. My Mom beritahu (khasiatnya); benda halus tak suka bau ni.

    Lagi satu sabun daun bidara.. Ustaz pun selalu guna Daun ni. Maybe boleh simpan for the kids?

    And;
    Take care!!
    You sangat kuat ??????

    Reply
  5. semoga semua urusan sis dipermudahkan and sentiasa dalam lindunganNya dan semoga terbuka pintu hati azy untuk berubah…

    Reply
  6. Penat tggu sambungan nya.. pehh akk mmg tabah dlm terpaksa. Huhu semoga Allah memberkati kalian semua.. semua yg berbuat jahat terimahlah balasan yg setimpal.. xtahu kenape ada manusia mcm tu erk.. stay strong. Insyaallah

    Reply
  7. Aku memang tabik hormat pada kau sebab sangat2 sabar merandok perangai ipar biras mcm tu.
    Aku faham apa yang kau lalu. Menggeletar badan aku bila dia sampai hati tuju kat anak-anak pulak.
    Aku doakan, semoga kau sekeluarga dilindungi Allah SWT sebaik-baiknya. Allah Maha Besar, Allah Maha Pelindung. Jaga anak-anak, jaga hubungan suami isteri.

    Reply
  8. Suka cerita akak..setiap cerita yg akak share ada petua dan zikir2 yg boleh amal utk pndinding diri..trima ksih kak..smoga akak n family stiasa dibwah rahmat dan perlindungan Allah..amiinn

    Reply
  9. rasa sakit ati kt si azy tu..x putus² dia cuba porak perandakn hidup puan ye..saya doakan semoga Allah permudahkn segala urusan puan sekeluarga…tntang azy tu hanya Allah yg dpt membalas kejahatannya…

    Reply
  10. Aduh.. dh agak dh, kebodohan si azy sampai melibatkan ank2 kecil..hmm

    Sabar byk2 ye sis.. moga Allah sentiasa melindungi sis dan keluarga dari kejahatan makhluk2 yg berhasad dengki.. Aamiinn..

    Rasanya, selagi xmati si azy tu, xsetel masalah ni..hmm

    Reply
  11. heran juga..kenapa keluarga mertua biaskan aje si Azy tu bermaharajalela? dan kenapa mertua juga biarkan suami si Azy jadi bangang dan bengap bila isteri buat mcm tu kat biras sendiri? sampai bila nak bertahan? sampai ada yg m**i dik sihir si Azy? setau saya jika dibiarkan aje seolah2 mcm dah subahat pulak walau secara tak langsung….kenapa hanya si penulis kisah ini saja terpaksa protect diri sendiri sedangkan ahli keluarga lain wat endah tak endah aje…mmg saya tak faham langsung keluarga mertua seperti itu yg membiarkan menantu disihir dari dulu kini dan selamanya….

    kalau penulis berminat sila email saya…saya akan beri anda no telefon seseorang yg pasti boleh bantu anda dengan izin Allah supaya si Azy takkan berani ganggu anda dan anak2 anda lagi….seseorang ini dianugerahkan Allah utk membantu mrk yg terkena sihir/saka/santau dan tidak akan datang kembali (seseorang ini sendiri pernah disihir selama 20 tahun sebelum sembuh sepenuhnya) …..insyallah….

    Reply
  12. Manusia x pernah puas. Sama yg berlaku dlm family aku. Smpai sekarang atok aku masuk wad. Sbb org xpuas hati. Mak aku kena santau terok.

    Reply
  13. kenapa kau tak bersemuka je kak ngn si Azy tu? masa tu awal2 kau da prepare laa ape yg patut mana tahu kot2 dia mengamuk ke ape…ko bersemuka ngn dia n cakap dari hati ke hati..cerita ape yg tak puas hati…mesti ada sebab nya…mana laa tahu kot2 perbuatan kita atau perangai kita secara tak langsung buatkan dia tak puas hti kan..who knows..tp tu la, tak kan selama2 nya nak menyihir je keje nya..pastu nak berulang alik berubat…da tak pasal2 budak yg tak tahu ape2 pon kna sekali..

    Reply
  14. Bez baca cter ni.. Anyway rumah kat cyber kat mana entah2 nnti kte berjiran sbb sy pn tgh tggu rumah kat cyber siap tahun ni .. Sekg plak kte klate hehe

    Reply
  15. Salam akak.. akak sgt sabar dan kuat utk hadapi semua ni. Sgt2 beri inspirasi dgn kesabaran akak walaupun mcm2 dah diaorg buat dkt akak & family. Semoga Allah sentiasa lindungi ahli keluarga akak.. amin…

    Reply
  16. Serius doe x bes gile masyarakat mcm ni. Ade je x puas hati, sihir. Dengki je, sihir. Kadang2 aku sndri pon pikir mcm bagus jugak klu masyarakat ni xpercaya bende ghaib, lbih percaya science so xde la timbul sihir2 kononnye. Bunoh org tu mgkin. ? tapi klu xpecaye ghaib, tu same pulak mcm xpercaya tuhan. Adehh. Payah lo kalau hidup ngan masyarakat yg xsedar diri gune kuasa syaitoon ni. X sedar ke die membazir umur die dengan bende yg merugikan.

    Reply
  17. Nak pindah duk Cyberjaya sis? Perghh,,dh dekat dgn opis aiii tu.. nanti leh set time and jumpa.. saya pn ada cerita nak tanya ni.. hihihihih

    Reply
  18. aslmkum sis, or pada yang biasa di ganggu, sy nak share satu petua, ni suami sy yang ajar,bakar bauan dari gaharu, simpan minyak gaharu yang pure di dalam rumah insya allah itu ikhtiar kita menghalang jin syaitan dari berada dalam rumah kita.

    Reply
  19. tazzabar nk tggu sambungan ..(itu pun kalau ada) .hihihi, dh jadi pembaca tegar FS pulakk sejak baca cerita hakak nie..

    Reply
  20. Hai.. hehe.. sy terlepas semua episod citer akk ni. Semalam baru start back to back..tu pun sbb nk baca citer rumah 10D tu, mcm xbest lak klu x baca dr awal kan hehe..
    Tabahnya hati sis kan. Semoga sis dan keluarga sentiasa dilindungi Allah aamiin…

    Gigih betul si Azy tu kan, x kenal sikap putus asa. Pp sygnya dia buat benda yg x elok yg mana suatu hari nanti pasti akan memakan diri sndiri. Semoga Azy tu diberi hidayah dan bertaubat

    Reply
  21. Mana sis nie skrg yer..tercari cari gak kot ada sambungan dia tahun 2018 nie…dok ulang2 baca cerita nie 2 3 kali…smbil mnnanti apa ksudahan yg xberkesudahan nie..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.