Kisah Adikku

Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi aku Ariff Budiman bersiaran. Aku pernah hantar kisah Puteri Rambutan Gading. Di akhir episod, ada aku nyatakan yang adikku telah lemas di dalam telaga tu. Inilah kisahnya. Walaupun ianya bukanlah sebuah kisah seram yang di impikan tapi ia telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarga dan lebih-lebih lagi aku yang terlalu kerap bermain di sekitar telaga tersebut

Kisah ini berkisar pada tahun 1978. Ketika adik berusia 3 tahun. Hermantika bin Zainal Abidin. Itulah nama yang ayah berikan kepada kehadiran seorang keluarga baru kami yang bergelar adik. Adik aku tatang penuh. Aku amat menyayanginya. Ia membesar dengan ilmu yang ayah curahkan kepada adik. Dalam masa 3 tahun sudah pandai mengenal huruf. Ayat-ayat quran juga sedikit sebanyak dapat dihafalnya. Adik pula pandai buat lawak jenaka. Jiran dan sahabat handai amat senang sekali dengan adik. Pernah adik berkata kepadaku.

“ Abang bila adik besar nak ikut macam Abang Danial. Adik nak jadi doctor ”. Itulah idola adik walau tidak pernah bersua muka. Cukup dengan melihat beberapa keping gambar abangnya.

“ Adik tak mau ikut abang Diman ka ”. Kataku kepada adik.

“ Abg Diman suka menyanyi tapi adik suka juga ”. Memang aku suka sangat menyanyi.

Teringat bila cikgu tanya kepada semua pelajar, semua mempunyai visi yang baik masa hadapan. Aku cuma mampu berkata bahawa aku ingin menjadi penyanyi bila dewasa.

Terkejut cikgu mendengar.

Kalau cuti sekolah aku kerap membawa adik menangkap ikan laga di sawah padi. Adik begitu enjoy bila melihat begitu banyak ikan yang kami dapat. Lepas berjaya menangkap ikan laga, kami akan ke telaga untuk membersihkan badan yang kotor. Airnya begitu jernih dan sejuk. Adik aku terlalu suka bermain. Airnya yang mencecah tebing memudahkan adikku bermain dengan air. Pernah adikku bersuara padaku.

“ Abang… Semalam adik mimpi perempuan cantik dalam telaga. Dia dok lambai adik “. Aku memarahi adik. Kataku adik bercakap merepek dan aku ketawakan adikku.

Setelah Ikan dimasukkan ke dalam botol dan di letakkan di jelapang iaitu tempat menyimpan padi ketika itu, terus kami masuk ke dalam rumah. Keesokkan harinya hujan turun renyai-renyai. Entah kenapa pagi ini adik buat perangai. Semua orang dimarahinya. Emak nak ke pasar pun adik tak bagi. Adik marah dekat mak dan berkata,

” Adik tak mau kawan dengan mak. Adik nak pergi jauh-jauh. Adik nak kawan dengan orang lain “. Emak hanya tersenyum sebelum ke pasar.

Aku memujuk adik agar tidak marah-marah terhadap emak. Adik meminta aku mainkan lagu Broery Marantika. Lagu RinduKu RinduMu. Lagu tu memang kesukaanku. Suara Broery begitu memukau. Bila hari-hari asyik mendengarnya adik juga terikut. Berkali-kali adik minta diulang lagu itu. Aku hanya akur saja sebab di luar hujan masih turun.

Hujan dah pun berhenti. Aku mengajak adik ke tandas untuk mandi. Kami berlari-lari menuju keluar. Tiba-tiba aku terpandang pintu jelapang tempat simpanan beras terbuka. Aku menyuruh adik masuk dulu ke tandas sementara aku pergi menutup pintu. Dari jauh adik mencari ku. Terdengar suara nyaring memanggilku.

” Abang,… abang dimana ”. Jerik adik

“ Abang di belakang dik”. Kataku mempercepatkan tugas menutup pintu jelapang.

Selesai saja menutup pintu aku terus ketandas. Aiii mana adik. Tadi dia ada. Aku memanggil namanya. Namun tiada jawapan. Aku bertanya kakak dan adik-adikku yang lain. Mereka kata tidak nampak akan adik. Panik juga mencari.

Segenap rumah kami semua mencari namun tidak berjumpa atau terdengar suara adik. Adikku yang perempuan menangis-nangis mencari adik. Aku pusing segenap ceruk kampung mencari adik. Namun tidak berjumpa. Aku melalui satu tempat iaitu telaga di bawah pokok rambutan gading dimana aku kerap bersama adik ketika selesai mencari ikan akan membasuh kaki di telaga itu. Seorang kawan sedang mandi disitu.

“ Diman. Hang cari apa ”. Tanya rakanku.

“ Aku cari adik aku. Hang Nampak tak dia “. Tanyaku dan jawapannya hampa.

Kami berborak sebentar disitu. Tiba-tiba aku melihat kasut selipar yang mirip adik aku yang selalu di pakainya. Aku berkata kepada kawanku,

” Tu macam kasut adik aku. Jangan-jangan adik aku ada didalam tak “. Kataku kepada rakanku.

Tanpa berlengah aku terus terjun ke dalam telaga. Pengalaman mandi dan menyelam di dasar sungai Tok Keramat membuat aku tidak ada masalah. Aku terus menyelam dan aku terkejut bila melihat sekujur tubuh sedang tersangkut di bawah lekukan dan akar pokok rambutan di dalam telaga. Dalam hati aku berkata itu adikku.

Hampir aku lemas bersama adik. Aku merangkul adik dan dengan sekali nafas aku melonjak keatas bersama adik. Kawanku tergamam melihat aku membawa adik keatas.
Aku mengangkat adik keatas lalu menekan perutnya. Aku tak tahu melakukan pertolongan cemas. Aku hanya menekan perut adik untuk mengeluarkan air dan menekap mouth to mouth seperti apa yang aku lihat di TV.

Terdengar suara adik menyebut ” Mak”.

Keadaan di situ menjadi kelam kabut dengan jiran. Sebentar saja ambulan dah datang. Aku terus naik bersama adik ke hospital. Aku menyuruh kawanku memberitahu kaum keluargaku.

Di hospital aku menanti akan berita dari doktor. Doktor datang kearahku. Katanya adikku tidak dapat diselamatkan lagi. Aku menangis sesungguh hati. Polis, press dari surat khabar cina datang mengambil statement dari aku. Polis mengambil staement aku tentang kematian adik. Ayah datang kearahku.

“ Ayahhh…Diman tak bunuh adik ”. Orang ramai memberi tumpuan kepadaku.

Ayah minta aku bertenang dan mengingati Allah. Kata ayah semua itu Allah yang atur.

Aku membawa adik pulang selepas selesai bedah siasat. Di rumah, kaum keluarga sedang menanti akan berita adik. Van mayat memasuki jalan kampung. Aku takut macam mana nak berhadapan dengan mak. Ramai orang sudah berada di perkarangan rumah. Bila mayat dikeluarkan adik perempuanku meraung dan merangkul mayat adik. Jiran-jiran tidak dapat menahan sedih. Bagi mereka, apa yang telah kami sekeluarga alami dapat dirasai sama.

Press dan wartawan terus mengikuti aku. Macam-macam soalan diajukan kepadaku. Seluruh kampung bersedih. Emak lagi sedih sehingga terjelepok duduk. Kata-kata dari adik nak tinggalkan emak masih terngiang2 di telinga mak.

Adik dikebumikan pada hari itu juga. Aku tinggal sendirian di kubur menemani adik. Aku tak boleh berpisah langsung dengan adik. Akibatnya aku gagal dalam peperiksaan LCE. Ayah memberi semangat kepadaku. Lagu Rinduku Rindumu amat terasa sekali bila aku mendengarnya. Itulah lagu terakhir aku bersama adik. Adik di atas riba aku dan aku menciumnya dan itulah ciuman terakhir dari seorang abang.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Ariff Budiman
FB Penulis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 comments

    1. Aku tau ko malas nk baca.. tp aku harap ko dpt baca satu pernggan ni je smpi habis.. cuba hadamkn ye.. dia dh bgtau awal² bkn kisah seram..

      “Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi aku Ariff Budiman bersiaran. Aku pernah hantar kisah Puteri Rambutan Gading. Di akhir episod, ada
      aku nyatakan yang adikku telah lemas di dalam telaga tu. Inilah kisahnya. Walaupun ianya bukanlah sebuah kisah seram yang di impikan tapi ia telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarga dan lebih-lebih lagi aku yang terlalu kerap bermain di sekitar telaga tersebut…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.