Kisah Aku

Hai all. Saja terdetik nak cuba share pengalaman acah-acah seram aku yang mungkin korang rasa citer ni boring and biasa2 je. Terima kasih jugak sebab publishkan kisah ni (kalau penyelia aku tau kisah ni publish awal daripada paper journal, mati aku). Ah lupa nak bgtau, nama watak and tempat aku tak bgtau. Ermm anggap je la aku lupa tempat tu kat mana. Haha. Date pulak aku manalah ingat, sbb aku bukan tulis diary pun. Cukup lah persitiwa ni je yang aku igt. Anyway enjoy your reading.

OK. Aku tak sure bila perkara mistik ni mula dalam hidup aku. tapi aku igt lagi, masa aku kecik2. Masa tu tido dengan parent lagi. Mungkin 4-5 tahun. Aku paling lama dok menempel dengan mak aku, sampai umur 5 tahun. Lagi pun tak ada adik lagi masa ni. So, ermm manja la kot. Tp tak semanja awek cendol yang viral sekrg. Tu boleh dapat penyepak dari mak aku terus senak 3 hari hahha. Masa tido dengan parent aku tu, aku tdo sebelah mak aku, bapak aku sebelah sana la kan. Bapak aku pakai t-shirt putih malam tu. Malam tu aku terjaga tiba-tiba, pastu aku nampak bapak aku tengah duduk bersandar kat dinding bilik. Aku masa tu budak kecik lagi kan. Aku tegur la “abah”. Mak aku tak sedar kot. So aku bangun duduk sebelah abah aku tu, dia tak ckp apa, dia senyum je kot. Mak aku tersedar jugak akhirnya. Mak aku panggil suh pergi kat dia. Pastu aku cakap la aku nampak abah. Aku siap tunjuk tepi dinding tu. pastu mak aku tunjuk “tu abah tido”. Oh ada 2 abah. Masa tu aku memang tak da fikiran negatif sebb mana aku tau apa lagi masa tu. Hantu ke roh ke mana aku tau bezakan. Lagi-lagi nampak bapak sendiri. So aku tido je la mak aku peluk. Esok aku cakap kat mak, aku nampak abah duduk bersandar kat tepi tu. Mak aku cakap aku mimpi je tu. Ok. Tapi peristiwa tu aku tak penah lupa sampai sekarang. Apa tu ha? Roh bapak aku ke? Ke apa?. Kdg-kdg betul la kata org, budak-budak lagi senang nampak kot.

Aku membesar dgn jayanya, degil and nakal, parut kekal bersepah. Parut kaki tersepit kat lidi basikal, kaki luka kene zinc. Parut kat kening berlaga gn jantan kat sekolah tadika. Buas sgt kot. Dan lagi parut kene cakar kucing. Aku suka kucing, dulu rumah aku banyak kucing, sampai ada kucing tgh gaduh aku cuba leraikan. Last-last aku kene cakar dengan 2-2 ekor tu. Masa tu aku kecik lg biasa la pakai seluar tiga segi je. So satu badan la calar-balar nya. Nasib aku tak trauma dengan kucing haha. Kucing kesayangan aku mati masa aku kat ipta. Malam sebelum dia mati, aku mimpi dia meow-meow kat aku buat manja dia. Tapi dia nampak macam tak sihat and kebasahan.

Esoknya aku terus call mak aku tnya pasal kucing aku tu. Mak aku ckp dia mati semalam. Termakan racun atau org racun tak sure. Sepupu aku jumpa dia dengan mulut berbuih dalam toilet. Sampai sekrg aku tak boleh move on dgn dia. Kdg-kdg aku nangis kalau aku rindu dia. Aku teringat masa last aku balik kg, untuk majlis kenduri arwah mak long aku, tgah majlis tahlil. Aku duduk dlm majlis la, kat ruang tamu, baca Yassin ramai-ramai. Tiba-tiba kucing aku tu masuk rumah. Dia nampak aku terus dia datang and duduk tido atas riba aku. aku halau suruh pergi main jauh-jauh sebab tgah majlis kan. Dah la ramai org tgok. Haram dia tak nak, makin dia dtg. Siap dia cengkam aku dgn kuku dia kalau aku nak angkat alih dia. Sakit woo. So aku biar je la dia dok atas riba aku and aku sorok dia bawah tudung aku. Dah mcm org menyusu baby aku dia buat. Aku terpaksa sorok dia bawah tudung, sebab tetamu tgok pelik sbb kucing tu busuk and nampak comot, aku senyum je la. Aku tak tahu dia drpd mana smpai comot busuk mcm tu sekali. Rindu nya kat dia. Setiap kali aku balik rumah, dia selalu tak da, gangster kampung la katakan. Tau-tau je esok pagi-pagi aku tak bangun tido lg mesti dia dah landing kat atas badan aku. Macam tahu je aku dah balik. Dia macam tahu je aku yg tgh tido tu. Aku jenis tido bersepah. Kejap kat depan tv, kat sofa.

Pastu mula la mak aku bengang tengok kemanjaan dia bila ada aku. mana tak nya, mak aku ckp kalau aku tak ada dia balik untuk makan je, pastu jalan semula. Naik rumah pun kekadang. Tapi bila aku balik, kemain dia lekat kat umah siap tido baring. Pastu aku ckp la “kesian, mak aku tak bagi ko makan ye. Sebab tu ko tak balik” Haha. Mak aku buat muka je. Dia ni mmg mak aku trained tido luar rumah sebab takut berak merata sebab penah jadi kan. Nasib dia reda and terima nasib dia si kucing pungut. Kalau aku marah dia sebab biasa la, curi ikan kat sinki. aku maki je dia, aku ckp “ko sedar diri sikit eh, ko tu kucing pungut je” Haha. Kejamkan, tapi dia tak pernah pulak merajuk lari rumah ke apa. Haha paling dia marah pun tangan aku calar balar je la dia gigit. Eh salah cerita ni, sorry aku terindu kucing aku pulak.

Kat mana tadi? Ok proses tumbesaran kan. Ok! Masa kecik-kecik kalau balik mengaji Quran mesti berlari-lari sebab takut kaki kene tarik hantu bila naik tangga rumah. Padahal aku ngaji depan umah je tak sampai 10 meter hahaha. Turun tangga rumah kalau lari mcm org lompat kijang tu 2 langkah je sampai dah. Penakut tu yg over! Oh well cakap pasal ngaji. Rumah tok guru ngaji ni rare. Rumah dia memang ada yg tumpang sekali. Dorang ni kira sedara mara aku gak la. Aku panggil nenek and atok. Dorang ada asuh budak, dari baby smpai masa tu dah pandai cakap pun budak tu. Penah masa aku pergi ngaji tu, budak tu tak balik lg. Aku ngaji malam selalunya. Lepas maghrib. Mak dia tak amek dia lg. Masa tgh siap2 kemas Quran, aku dengar la nenek tu minta dia amekkan bantal dalam bilik. Aku terkedek2 lg kemas Quran gn abg aku. sambil tgok TV1. Masa tu tak da astro nok. Ada tv1 and tv2 je. Tv3 pun tak dpt sebb arial pendek.

Ok! Focus kt citer tu. Pastu anak nenek tu, G (nama samaran) panggil la dia sebab lama nau amek bantal nye. Kami pun pelik. Pastu dia keluar macam diam, teragak-agak gitu, tak pulak ada bawak bantal. Pastu G tu tanya dia kenapa, mana bantalnya. Perghhh masa tu aku ni budak sekolah rendah yg mmg penakut. Ko bayangkan budak kecik tu cakap, “ada nenek rambut putih dalam bilik”. Ergkkkkk. Pucat terus aku gn abg aku. G terus masuk bilik cek betul ke dak, alhamdulillah tak ada, dia terus amek bantal. Budak kecik tu ckp nenek tu lambai tangan kat dia. Ala lamabaian suruh pergi ke dia. Aku gn abg aku apa lg, tak kn nk tunggu nenek rambut putih keluar lambai kami. Balik umah terus citer kt mak aku. Mak aku mcm tak ada respond terkejut pun. Relaks je sandar kat kerusi. Suh basuh kaki, buat keje sekolah pastu tido. Tak syok! Haha.
Out of story jap, yg ni lawak. Masa aku turun tangga rumah nak g ngaji tu. Turun siap nyanyi2 la. Lalala. Tiba2 aku tercarut sebab nak terjatuh. Aku cakap “b@(!”. Tiba2 mmg binatang tu muncul weh. 2-3 ekor. Dia dtg dr hutan depn umah. Aku rasa dia terlepas kandang kot. org cina kampung sebelah ada bela. Mak aku dengar aku carut tadi. Terus kene bebel la kan nak ngaji pun mencarut-carut sebut binatang tu. Dia igt aku rebel tak nak g ngaji kot. Uish nasib bintang tu muncul betul-betul, aku cover la “tak mak, memg ada babi ni, byk!” haha akal selamat! Ekekeke. Mak aku ckp hati-hati turun takut kene sondol.ingat nk ckp tak yah turun pergi ngaji, alasan binatang tu ada kat bawah. last-last mak aku ckp lepas dia blah, pergi ngaji. Kah! Failed! Niat tak baik memang selalu failed.

Ada satu ptg, aku pergi lepak-lepak kat umah aku ngaji tu. Lepas balik sekolah mmg rutin aku pergi umah tu. Nenek tengah tido kat sofa, si putih (kucing) dia pun tengah tdo kat atas meja sebelah kerusi dia. So aku pergi la belai si putih tu. Aku panggil-panggil pun, haram j! Tak ada dia nak bangun. Sedap tido. Pastu aku dok je la situ sekejap. Masa aku tgah duduk2 tu, tiba-tiba je nenek bangun tido macam orang terkejut ya amat serentak dengan si putih yg bgn lari terus keluar rumah. Laju gila dia lari mcm kene kejar anjing. Tercengang aku. Erkk. Kompius jap masa tu. Pastu, nenek tu tanya aku “apa yg jatuh tadi?”. Aku cakap la tak da apa yg jatuh. Dah memang aku duduk situ kan dari tadi. Mmg tak ada yg jatuhnya. Apatah lg bunyi. Tak ada. Pastu nenek tu bangun sambil raup muka dia. Dia kata ada bunyi benda jatuh td. Kuat naa bunyinya sebab tu dia terjaga. Si putih pun dgr sama agaknya nenek tu kata. Sebab tu serentak dorang terkejut. Perghhh. Clueless aku masa tu. Terus aku minta diri balik umah. Huhuhu. Sebelum aku dengar baik aku blah dulu. Haha.
Ok dah dulu setakat ni, nanti aku sambung lagi kalau free tentang apa yg dah berlaku and sedang berlaku. Adios!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Icai

26 comments

    1. Ye betul tu.. Ni yang marah2 ni dah kenapa.. Nama pun fiksyen, xsuka cite ni boleh skip.. Chill la.. Adik yang cerita ni comel pe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *