Kisah Asrama SMKDI

Hai readers, aku rasa terpanggil nak share cerita tentang benda yang berlaku pada aku kat asrama dulu iaitu zaman form 2 pada tahun 2005 kalau tak silap aku la. So tentang sekolah aku ni, located area Kelantan. Sekolah berasrama yang terletak di tepi pagar TUDM Gong Kedak yang mana saban tahun ada je kisah hantu. Aku juga mengalami gangguan yg sama di mana form 1 pernah kena kacau dengan hantu, form 2 pon pernah dan form 3 pon pernah. Untuk cerita aku ni, aku lebih suka untuk berkongsi dengan readers tentang pengalaman aku semasa form 2.

Well, situasi dorm di asrama aku ni ada dalam 10 buah katil double decker dan dihuni oleh 20 orang pelajar. Time tu aku penghuni dorm 2 aspura, tapi aku suka lepak dan tidur di dorm 3 aspura sebab member² aku ramai di dorm 3. So, nak dijadikan cerita, malam tu aku tidur sorang² di katil atas di dorm 3, member² aku semua tidur bawah dan tiada sorang pon yang temankan aku tidur katil atas (katil didekatkan 2-2-1).

Katil tempat port aku tidur tu menghadap dinding dan pemandangan yang ada disebalik dinding dan tingkap tu adalah pokok kelapa yang memang bagi kitorang sangat angker sebab pokok kelapa tu tempat persinggahan pontianak di mana ramai yang dah kena usik. Tapi disebabkan aku dah biasa sangat kena usik, so aku tak ambik port sangat dan tidur je kat situ. Malam tu memang malang sebab aku automatik kena usik. Katil yang aku tidur tu kena goncang berulang kali selang 1-2 jam. Mula² tu aku buat derk je sebab ingatkan member nak bergurau tapi lama² fedup juga sebab dah pukul 1++ am camtu.

So, disebabkan aku tersedar, aku jerkah ler sapa yang goncang katil port aku tidur tu, tapi tiada siapa pun yang menyahut. Aku try juga tengok katil bawah aku, tengok² tiada orang pulak sebab semua tidur katil lain. So sebab aku tak dapat cari pesalah, aku sambung tidur balik. Benda yang sama terus berulang dan berulang, tapi aku buat pekak badak je sebab dah tak tahu da nak cakap camner, asyik tersedar dan jerkah, pastu kena goncang lagi. Besoknya benda yang sama berulang lagi, start jam 1am hingga lah ke subuh. Tak berapa nak lena tidur sebab kena kacau 2 hari straight ni.

So, nak dipendekkan cerita, petang hari yang ke-2 kena kacau tu, ada la sorang abang senior form 5 ni dia datang jumpa aku. Dia juga penghuni dorm 2 tu. Dia bagitahu aku yang dia masuk tidur lambat dalam average 3-4 am selepas setel study kat bilik prep. Firstly dia tanya aku,

“Kau tidur dengan sapa semalam?”.

“Elok je tidur kongsi 1 katil, tapi lepas aku buka lampu, takde pulak kelibat orang yang tidur tepi kau”.

2 ayat tu dia utarakan pada aku. Memang sebelum tidur, lampu dorm akan ditutup tapi bayangan boleh nampak lagi samar² sebab kaca tingkap semua dah licin takde dan pintu dorm pun rosak, so cahaya dari luar memang boleh tembus nampak persekitaran dalam dorm tu. So, nak dijadikan cerita. Lepas dia bagitahu aku perkara tu, aku nekad nak try lagi tidur kat katil tu untuk buktikan apa yang abang senior tu cakap. Sebab nak cari bukti dan tengok sendiri, malam tu aku try untuk tidur² ayam je.

So seperti biasa, aku dah start tidur pukul 11pm++, masuk je pukul 1am++, katil dah start kena goncang dan aku tersedar dari tidur. Time ni aku terlintas tentang perancangan aku, so aku buat derkk je dan last² gangguan tu berhenti. Tak lama kemudian, di mana aku estimated dalam pukul 3am++, kena ganggu lagi dan sebab aku pun dah tidur² ayam, aku buat² lah tak peduli dan pusing badan menghadap sebelah kiri pulak (asalnya menghadap belah kanan), dan WOWWWW ada benda tidur tepi aku.

Hahaha, nampak jelas beb. Berambut panjang, hidung jatuh, mulut senyum je, berkain putih. Semua tu jelas nampak dengan bantuan cahaya dari luar. So time tu aku tak nak cakap apa dah, terus bangun terjun dari katil atas dan lari masuk dorm 2 a.k.a dorm asal aku. Hahaha takut oii. Aku dah x pergi tidur kat katil tu da selama seminggu camtu. Tapi lepas seminggu, aku pi tidur balik kat port tu. Tinggal kat asrama mana reti serik dengan benda camtu sebab asyik kena usik je. Sekian.

p/s: aku ada banyak cerita yang berlaku kat aku time dok asrama dan time dok rumah, tapi tak tahu laa camner nak start. Peace

Ash (bukan nama sebenar)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Kisah Asrama SMKDI”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.