#kisah benar yang diolah semula. : Aku Tuan Ihsan 2

#nury

“Ar rahmaann… ‘allamal quraann..” Bergemalah ayat-ayat suci disubuh hari yang menyentuh hati. Kagum semua pesakit disitu mendengar suara merdu ahmad melagukan rindu. Namun sebentar cuma sebelum raut wajah masing-masing mula berubah apabila ahmad mula menghembus-hembus kewajah mereka. Mungkin disebabkan pesakit yang terlalu ramai, ahmad tidak mengafan mereka tetapi memilih untuk tawaf dari satu katil kekatil yang lain. Dan bertawaflah juga angah mengikuti dibelakang ahmad memohon ribuan keampunan.

“Awat pi kacau depa ?” Tanya angah setelah ahmad kepenatan mengubati pesakit-pesakit disitu.
“Hang buta ka ? Tak nampak depa semua sakit tu. Hang ni memang tak guna la. Orang sakit pun hang tak mau tolong. Yang hang mai ikut aku buat apa ? Semak la aku tengok muka hang. Dah bok mai handfon tu, aku nak telefon orang aku. Isshh.. mana depa ni tak sampai-sampai lagi.” Kata ahmad lalu merampas handfon dari tangan angah. Dibukanya messenger lalu perlahan-lahan dia naik keatas katil sambil tersenyum gembira. Sebentar kemudian dia mula menekan huruf satu-persatu.

“Hang messenger sapa tu?”
Tanya angah setelah dia melihat ahmad mula asyik menaip.
“Hang dok sengap. Jangan dok menyibuk apa aku nak buat. Dah pi beli makanan cepat. Aku lapar ni.” Tegas ahmad.

Menyedari dirinya takkan menang dengan ahmad,perlahan angah bangun mengambil beg tangannya diatas locker. Segera angah bertemu misi untuk bertanya arah kekantin.
“Eh..!! Ni ahmad suka ni.” Desis bibir angah sendiri. Diambilnya roti sosej dan pau berinti. Kemudian angah beli pula milo ais minuman kegemaran ahmad. Sewaktu perjalanan pulang ke wad, angah ternampak sebuah majalah didalam sebuah kedai. Lekas-lekas angah mengambil majalah itu lalu terus membayarnya.

“Ahmad makan ni.”
“Sapa ahmad. Hang jangan dok buat kurang ajar ngan aku.” Terus ahmad merampas makanan ditangan angah. Perlahan-lahan angah meletakkan majalah itu disisi ahmad yang sedang asyik mengunyah. Dengan pantas angah mencuri handfonnya tanpa disedari ahmad. Dibukanya messenger untuk melihat apa yang dibuat ahmad.
“Eerrgghh..”Tertarik nafas angah.
” ooii..!! Hang mesej sapa ni”
“Aku mesej orang aku la. Satgi depa sampai la.” Jawab ahmad selamba. Angah meraup wajahnya sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya. Orang ahmad kumpulan UNIC ? Tertanya angah didalam hatinya.

Ooii..!! Hampa mai ambil aku lekas.
Aku dok kat hospital ni.
Aku dok wad sembilan.
Depa kata aku sakit mental.
Aku bukan mental pun.
Awat hampa lambat sangat.

Begitulah lebih kurang kata ahmad kepada kumpulan UNIC. Terketuk dahi angah sendiri melihat berderet-deret mesej,wassap kepada entah sesiapa yang isinya serupa. Tak ketinggalan nombor-nombor yang tak dikenali yang telah dicall ahmad meminta bantuan untuk mengeluarkan ahmad dari situ. Lekas-lekas angah delete semua aplication dan nombor telefon dihandfonenya.

“Ooii..!! Hang mai sini sat.” Ahmad memanggil doktor dihadapannya.
“Hang tengok ni, depa semua ni orang aku la. Tengok semua motor ni,ni semua aku punya.” Dengan gembira ahmad menunjukkan gambar-gambar motor yang memenuhi hampir semua ruang dimajalah itu. Terangguk angguk doktor lelaki itu melayan ahmad.
“Uuiih kayanya hang.” Puji doktor kepada ahmad.
“Aku memang kaya. 2.6 billion kat najib tu, akulah yang bagi. Terlopong sebentar doktor sebelum tersenyum-senyum.
Aku ada 20 biji ferrari,hang nak dak ? Kalau hang nak aku bagi hang 4 biji.”
“Uuiihh..nak la, pasai apa tak mau. Kita ambil darah sikit boleh dak.”

Semasa ahmad sedang diambil darahnya,datang seorang doktor perempuan cina menghampiri angah. Dengan wajah sedikit cemas doktor berbisik.
“Puan saya lihat didalam x ray kepala ahmad ada satu tompokan berwarna diotak ahmad.”
“Apa maksud tompokan warna tu doktor.”
“Ia sesuatu yang menakutkan.” Balas doktor dengan reaksi mukanya seolah-olah terlihat sesuatu yang mengerikan.
“Tapi puan tunggulah apa kata doktor yang incas x ray ahmad. Belum tentu ada waktu mereka memeriksa nanti. Kata doktor wanita itu sebelum lekas-lekas berlalu pergi.

Terpaku angah seketika sebelum tersedar selepas tiba-tiba ahmad mengamuk kerana tidak ingin diambil darahnya.

“Sakitlah bodoh ? Jerit ahmad memarahi doktor dan misi-misi dihadapannya. Tidak lama kemudian datang lagi beberapa misi yang comel dan manis belaka. Tersenyum simpul ahmad apabila mereka mula mengikat kedua kaki dan tangan ahmad kebesi katil. Sedang mereka bertungkus lumus memperkemaskan ikatan, tiba-tiba terdengar bisikan
“Psstt psstt, SARANGHAE

#kisah benar yang diolah semula

8 thoughts on “#kisah benar yang diolah semula. : Aku Tuan Ihsan 2”

  1. Aaiiisshhhh…
    Cerita best tapi bikin hangeeennn wooo…
    Pendek bebenor citernye…
    Akk paham situasi sesetengah cerita yg memerlukan sambungan…
    Tapi…
    Janganlah pendek cenggini…
    Spoil da mood…
    Huhuhuhuuu…

    Reply

Leave a Comment