Assalamualaikum and Hi.
Dah lama tak share story so today I’m back. Si penulis sendu sedan ni masih gigih nak menghidang kisah hambariah kepada readers FS ni ha. Tapi kisah kali ni banyak part or banyak kisah dalam nya. And bukan lah aku yang total alami benda-benda ni. Dan ada juga tentang lagenda or sejarah or kisah dongeng maybe. Aku share kan sahaja.
Mungkin ramai yang familiar dengan Kuala Selangor and Kelip-kelip Kampung Kuantan ni. Tarikan utama dah tentu fireflies. Naik sampan time malam menyelusuri Sungai Selangor and tengok lampu kelip-kelip semulajadi tu. To be honest, sepanjang 6 tahun aku duduk sini, baru sekali ja aku naik sampan tu. Ai is takut. Kah!
DISCLAIMER: AKU MENCERITAKAN APA YANG DICERITAKAN OLEH ORANG KAMPUNG DAN YANG DIBACA OLEH AKU SENDIRI. NAK PERCAYA OR TAK, TERPULANG.
Let’s begin!
Kisah 1: Sungai dan Buaya Berpisah Tiada
Orang-orang tua dulu pernah cakap buaya-buaya di sungai Kampung Kuantan ni ganas-ganas. Pernah jadi satu kes, seorang penduduk kampung disambar buaya masa dia tengah ambil wudhuk di tepi sungai. So datanglah seorang pawang ni yang juga kawan kepada buaya-buaya kat sungai ni. Dijadikan cerita, dia ‘kunci’ buaya liar tersebut and serangan buaya dah tak ada.
Kalau aku cakap, takut korang tak percaya. Sebab pada mulanya aku pun tak sama tak percaya macam korang. Ada sorang penduduk kampung ni yang aku and laki aku panggil Ning. Dia ni digelar Raja Rimba. Dia cakap, ada buaya yang kepalanya saja sebesar kereta kancil. Engkorang rasa? Ramai juga yang cakap benda yang sama. And aku pun pernah ja nampak buaya depan mata kat sungai ni. Elok seronok dia berendam bawa pokok berembang. Aku join tengok ja. Bukan senang nak dapat tengok buaya live depan mata selain kat zoo kan.
Pernah ada satu kejadian, tokey restaurant yang cakap besar pasal buaya ni. Dia cakap dia tak heran pun kalau jumpa. So sampai lah satu hari, dia turun sungai nak memancing udang. Korang bayangkan bot yang besar tu, selamba kena angkat dengan buaya. Means buaya tu duduk bawah bot and main angkat-angkat. Start dari tu, tokey tu tak datang dah.
Dalam 2,3 bulan lepas, kecoh pasal 12 ekor buaya buat rapat umum kat sungai area kampung ni. Yang nampak pun ada sorang ketua kampung ni dengan 2,3 orang lagi penduduk. Buaya-buaya tu dari kawasan yang berlainan. Siap ada ketua yang mata buta sebelah. Dorang berenang dalam bulatan dua tiga pusingan. Katanyaaaa..
Ada yang kata, buaya-buaya ni penunggu sungai. Setiap alor sungai akan aada seekor yang jaga. Wallahualam.
Kisah 2: Kisah Naga dan Pulau Derhaka
Ada satu cerita tentang seorang lelaki yang bertukar jadi naga di Pulau Derhaka. Kisahnya bila Dollah dan tiga kawan pergi mencari rotan kat pulau ni. Masa tengah sibuk mencari, dorang terjumpa telur gergasi yang tersembunyi di sebalik dedaun yang reput.
Dollah ni tak hiraukan tegahan kawan-kawan so dia masak telur tu. Dah habis makan, dia mula rasa panas badan. So dia terjun ke dalam sungai tapi terlambat. Kulit badan dia dah bertukar menjadi sisik dan badan membesar. Dollah meraung kesakitan and terkejut bila tengok rupa sendiri yang dah mula bertukar.
Salah seorang kawan Dollah ni pergi mendapatkan bantuan orang kampung and panggil anak bini dia datang. Tapi masa dorang sampai, Dollah ni dah bertukar sepenuhnya menjadi naga. Dorang menjerit tak bagi Dollah pergi tapi manalah seekor naga tu faham cakap orang ramai. Dia pergi and sampai ke sudah dorang tak berjumpa Dollah lagi.
Ada seorang orang lama kampung ni yang pernah terserempak dengan fenomena ‘mungkin naga’ ni. Nama atok ni Atok Noh. Masa kejadian dia tengah mendayung sampan. Tiba-tiba sungai tu berkocak kuat. So dia macam dapat rasa itu Dollah Naga and dia jerit, “Hei Dollah, jangan takutkan aku!”. Lepas dia jerit tu, permukaan air tenang semula.
Kisah 3: Kubur Tuk Laut
“Cuba ukur panjang kubur ni tahun ni dan ukur balik tahun depan. Mesti tak sama..” – Penduduk Tempatan.
Kubur Tuk Laut ni terletak tersembunyi di hujung kampung, di Tanah Perkuburan Tanjung Buah-Buahan. Batu nisannya dua kali ganda daripada batu nisan biasa. Laki aku cakap, batu nisan Tuk Laut sama paras dada laki aku. So aku dah bercita-cita nak ke sini ni nanti. Kalau cita-cita aku kesampaian, aku cuba ambil gambar and share kat FS ni ya.
Ceritanya bermula daripada seorang lelaki tempatan yang sentiasa memakai kain yang disandang di bahunya iaitu Haji Kasim. Pada suatu hari, Haji Kasim telah bermimpi tentang seorang lelaki yang memanggilnya. Seolah-olah meminta bantuan daripada Haji Kasim, suara itu berkata, “Saya di sini…” Lalu Haji Kasim bertanya, “Di sini di mana?”. Lelaki itu menjawab, “Ada penunjuk batu kecil..” dan di dalam mimpinya, lelaki itu membawa Haji Kasim kea rah dua batu itu lalu berkata:
“Nama saya Laut.. dan saya di sini.”
‘SAYA DI SINI…’ tiga patah perkataan itu sering menghantuinya sehinggalah satu hari beliau mengambil keputusan untuk membuat sebuah kubur untuk Tuk Laut dengan harapan usaha ini akan menenangkan roh yang berkeliaran itu.
Sumber: Nadi Komuniti Di Pinggir Sungai Pasangan by Siti Norasiah Abd Kadir
Kisah 4: Eh, Hantu Ke Tu?
Cerita ni diceritakan semula oleh Cik Umi, pekerja kedai makan kak ipar aku. Iklan: Kalau korang datang or lalu lalang kat Kuala Selangor ni, jemput singgah ke kedai makan kak ipar aku kat Kg.Kuantan ni. Nama kedai is Kedai Makan Anggerik.
Cik Umi ni ada anak lelaki. Kami panggil Abang ja. Nama betul Iqbal. Abang ni suka duduk tepi sungai sambil main phone. So malam yang dia terkena tu, dia tengah main phone dalam kereta, kat tepi sungai yang kami panggil Pengkalan Bom. Tengah ralit tu, dia terpandang atas pokok besar tepi sungai. Then dia macam ternampak kain putih kat salah satu dahan. Ye ye cliché hantu dan kain putih berpisah tiada. Haha.
Abang ni tak puas hati. Dia tenung ja sampai lah benda tu macam nak kasi abang ni nampak rupa dia, dia jenguk keluar. Hayun kain siap. Abang ni pula jenis lenga bak kata mak nya. Dia tanya tapi macam berbisik, “Eh, hantu ke tu?” Bila macam sel otak dia berhubung, terus start kereta and blah.
Kisah 5: Wanita Berpayung
Yang ni famous masa aku mula-mula nikah dulu. Kecoh kampung pasal wanita berpayung ni. Entah lah sekampung yang kecoh or anak-anak muda ni yang buat-buat gempak pasal ni. Sesiapa yang tak bernasib baik, boleh lah terserempak dengan perempuan berpayung ni kat kawasan kunci air Tanjong Siam. Tak silap aku bangpolis pernah kena.
Masa dorang buat roadblock, perempuan ni datang menyinggah. Muka memang tak boleh blah buruknya tu. Dia macam sambil lalu kat kawasan tu. Lepas daripada kejadian tersebut, tak ada dah roadblock malam-malam kat kampung ni.
.
.
Rumah aku ni pun boleh tahan puaka juga. Banyak kali juga aku shared pasal tu kat sini. Then ada jiran aku ni kena kacau dengan hantu budak. Kes hantu budak ni start timbul dalam tahun lepas.
Mula-mula yang nampak is cikgu veteran taman aku ni. Dia keluar rumah around 1am macam tu and nampak ada budak baya-baya Sunan dok kedek-kedek berlari depan rumah dia menghala rumah sebelah.
Jiran sebelah rumah aku ni pun kena dengan maybe budak yang sama. Dia bangun around 3 am nak buatkan susu anak. Masa dia basuh botol kat sinki (sinki dapur menghadap tingkap belakang), budak tu jenguk kat tingkap tu. Tapi dia buat selamba ja. Basuh, buat susu and masuk tidur semula. Settle.
Nanti kalau ada kisah lain aku share lagi. Macam biasa, sebarang kecaman ku terima dengan hati yang lapang dan terbuka. Terima kasih tuan admin yang approved kisah sendu kali ini.
Assalamualaikum.
Regards,
FarnimKamdin
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tahniah penulis. Penceritaan yg bijak. Simple. Tak meleret. Waiting for another stories.
Thank you.
InsyaAllah kalau ada lagi saya share 🙏
Thank you for compliment.
InsyaAllah kalau ada kisah akan dikongsi lagi.
Ni bukan kisah2 seram ttp lebih kpd cerita2 rakyat(panglipur lara)… Lainkali buat ‘title’ koleksi kisah2 mengarut rakyat…
Misteri actually. And ada unsur mistik juga. Jadi laaa dari tak ada. Haha.
Btw thanks untuk sepatah dua kata. Appreciated it 😄
Sepanjang 24tahun dduk kuala selangor. Baru tahu aoa yg seram yg kg kuantan nii 😭😭
Nanti try lalu kat Jalan Saga time malam. Pernah kena ganggu dengan kaklang/kakpon (tak sure siapa) main ar slide atas kereta. Hahaha
Wehhhh serious lah?? Kite nak balik rumah ijok memang kadang lalu situ 😭😭😭😭. Wehhh ni pun baru tahu jalan saga tu. Allah …
alamak xseram
Hahahahaha.
Aku setiap jumaat malam sabtu main takraw sampai ke tengah malam dekat depan masjid . Alhamdulillah selamat hahaha
Ada lagi ka yang main takraw kat situ?
Boleh laa…ada cerita xpaham pasal kubur tuk laut ngn dollah..pening(dollah tu kisah dongeng ke?)…harap maaf, sekadar bertanya..bye