Asaalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca dan geng FS.Terima kasih diatas kesudian menyiarkan kisah saya dan terima kasih juga kepada pembaca.Ini kisah kedua yang saya hantarkan ke FS tapi kisah yang pertama dulu pun masih tak disiarkan lagi.Ahahaha mungkin tak mencapai kpi seram tu agaknya!
Saya kenalkan diri saya sebagai Rin. Kali ni kisah waktu saya masih bekerja dengan sebuah company fast food yang ada menyediakan perkhidmatan delivery.Sekarang dah tak kerja lagi sebab buat bisnes sendiri.Saya ni perempuan tapi berpewatakan sedikit kasar, senang cerita macam tomboylah.oleh sebab itu saya memilih untuk menjadi seorang rider. Kisah sepanjang jadi rider saya akan kongsikan pada penulisan yang lain,insyaallah kalau diberi keizinan nanti.Kisah ni dah lama dalam sekitar tahun 2004-2007.Waktu tu saya masih bekerja menjadi staff rider sebelum dinaikkan pangkat selepas beberapa tahun menjadi pengurus restoran.
Kisah 1
Restoran kat sini adalah restoran pertama yang dibuka di bandar ****** Selangor. Terletak betol-betol kat town (town tu bermula drngan huruf K)so bangunan nya bangunan lama.Ada 3 tingkat.Ground floor tempat take away,tgkat 2 dine in dan yang atas sekali stor penyimpanan dan juga ada 3 bilik hostel.Masa mula-mula kerja biasalah kene buli bila stok dari warehouse sampai,saya kena angkat semua stok naik sampai tingkat 3 dengan kene naik tangga dengan beberapa orang kawan.
Memang penatlah tapi nak buat camna dah keje kita kan?Masa angkat sampai tingkat 3 tu saya selalu perasan ada seorang wanita cina remaja sering masuk tandas dan cuci tangan kat bahagian sinki.Tapi saya tak pernah tengok pun muka dia.Sebab sibok angkat barang.Selalu saya akan nampak bahagian belakang je pakai baju T warna putih,seluar pendek dan rambut lurus smpai bahu. Saya fikirkan customer tumpang toilet walaupun di tingkat 2 memang dah sedia toilet dan sink.Lepas sebulan bekerja,saya tanyakan pada manager saya.
“Ada satu customer ni selalu naik atas basuh tangan n guna toilet atas kan kak?Saya angkat barang selalu nampak dia.”
“Kau ni jangan macam-macam Rin. Kat atas tu mana boleh orang luar naik.Kat pintu pun dah siap tulis ‘for staff only’ takkan ada customer berani masuk kat sana,”manager sy terangkan.Saya cuma terdiam sebab saya pasti memang ada org yang saya maksudkan tu. Kalau budak-budak hostel dah tentu saya kenal sebab hari-hari jumpa.lagipun tak ada yang menyeramkan pun sebab dari segi pakaian nampak macam remaja biasa cuma muka dia yang saya tak pernah tengok.Sejak saya tanyakan tu,tak pernah lagi saya jumpa remaja tersebut.Tak tau lah kenapa.
Saya terfikir kenapa saya seorang je yang nampak.Kenapa budak lain tak pernah jumpa pun.Sampailah satu hari ada staff baru masuk, (edy) dia tanyakan soalan yang sama kat saya.
“Rin,tadi masa aku ambik barang kat atas,ada sorang awek cina duduk kat tangga.customer kot. Dia tunduk je rambut panjang. Aku tegur hi miss. Dia balas hi tapi x angkat muka. Lepas tu aku masuk store ambik barang aku keluar balik aku nampak dia basuh tangan kat sinki tu.Customer ke budak hostel?”
Aku cakap dalam hati!Yessss!akhirnya ada jugak orang yang nampak dia.
“Pakai baju putih,seluar pendek kan?”tanyaku.
“Haah,kau kenal ke?”tanya Edi lagi.Kalau dah camni kesnya still pakai baju sama ni yakinlah saya memang bukan manusia biasa. Dan dia pilih-pilih orang nak berjumpa rupanya.
“Kenal,dulu aku selalu jumpa dia.tapi tak pernah aku tegur.Lepas ni aku rasa kau tak jumpa dia dah.Dia memang selalu singgah kat situ tapi dulu la.
Sekarang ada la dia datang sekali sekala agaknya. Tapi kan Edi next time kalau kau nak ambik barang kau ajak la sape-sape teman. Lagipun kau kan budak baru,senang kalau tersalah ambik barang ke ada orang tunjukkan.Tak payahlah kau kena ambik lagi sekali.”saya matikan perbualan dengan Edi serta merta.Walaupun Edi selalu tanya saya siapa,saya sendiri pun tak boleh nak jawab siapa.dan memang betul,sejak dari hari tu Edi tak pernah jumpa dia lagi.
Kisah 2(store yg sama)
Satu hari tu saya kerja shift pagi. Lepas abis shift pukul 6 waktu saya nak balik, Iza ajak saya pegi makan kat satu tempat yang terkenal dengan sup n char kueh teownya.Saya pulak malas nak pergi sebab kena balik n tunggu dia habis kerja pukul 10 tapi dia cakap ramai yang nak join.Waktu tu cuma ada dua staff je yang ada kereta iaitu saya dah shah. So tuk jaga hati kawan-kawan yang lain, saya pun setuju tapi saya nak tumpang bilik dia kat atas sebab malas nak balik.
Saya nak rehat dan mandi dulu saya cakap kat Iza.Dia pun bagi lah kunci.Bilik Iza besebelahan dengan bilik Kak Ya; pengurus restoran kami. So lepas dapat kunci saya pun dengan senang hati baring kat katil dengan kipas paling lajunye. Tak lama lepas tu, saya dengar pintu bilik sebelah ditonyoh kunci. Haaa tu mesti kak ya yang balik sebab dia cuti harini. Waktu tu pun dah nak maghrib. Lepas tu dengar dia tutup pintu balik, dengar dia on kipas dan dengar bunyi katil mcm orang hempaskan badan kat katil la.Saya pun jerit dari bilik sebelah.
“akaaakkkkkkk!!!!baru balik dating keee??”
Senyap…aik xkan 5 minit dah tido?
“Akakkkkkkk!!!!oooo kakkkk!!!malam ni kita lepak tauuuuu!!”
Senyap lagi.Ni nak kenakan saya agaknya.Nak takut-takutkan saya la tu.Fikir saya dalam hati.
“Akaakkkkk!!Tak kelakar la nak buat lawak seram time maghrib ni..” Jerit saya lagi.Saya ambil telefon,saya terus call dia.Jap lagi mesti phone dia bunyi.Kantoilah.Tapi masih senyap.Mungkin phone dia silent.Lepas tu dia angkat.
“Akakkkkkk!!akak kat ner?”soalan pertama saya.
“Akak kat bangi ni tengah teman tunang akak makan..kenapa rin?”balas kak ya.
“Tipu la tu. nak takutkan saya kan?”tanya saya lagi.
“Betul lah.cuba tengok kat tingkap,ada tak kereta akak kat bawah.”kata kak ya lagi.Saya bangun dari katil saya jenguk kat tingkap.Cari-cari memang takda kereta dia.
“Dah tu dalam bilik akak ni siapa?saya dengar orang bukak pintu semua.?”tanya saya lagi.waktu ni jantung saya dah kemain laju lagi.
“Kalau bukan akak,momok tak?ahahaha.sumpah la rin akak kat luar.kunci bilik pun ada kat akak!”balas kak ya lagi
.Time dia cakap ni saya tak tau la camne laju saya lari sebab saya tau-tau je saya dah ada kat bawah,kat luar restoren.Syaitannirrojim betol nak takut kan orang tak agak-agak ‘bende’ ni!!!!Semua budak gelak-gelak kat saya marathon ape time maghrib ni.Allah je tau apa saya rase.Saya tanya Iza selain Kak Ya sapa ada pegang kunci bilik dia.Iza kata takda sebab bilik tu dia duduk sorang je.Kenapa?Iza tanya.Saya malas nak bukak cerita.Nanti dia takut pulak tido kat bilik dia.saya cuma jawab “saja je tanya”..
Kisah 3 (store yg sama jugak)
Banyak sebenarnya pengalaman seram kawan-kawan lain yang mereka kongsi dengan saya tapi saya tetap nak sedapkan hati derang.Saya cakap takde pape la.mungkin perasaan korang je kot.Memang derang selalu refer kat saya sebab saya staff paling lama kerja kat situ.Derang ada tanya saya x pernah ke jumpa apa-apa.Saya cuma jawab,kat bumi Allah ni bukan kita je yang menumpang tau.Kira sapa yang jumpa tu consider bertuah la.Saya malas nak takut-takutkan derang.Nanti dah tak best nak kerja.
Satu hari tu boss besar datang dari hq.Dia chek semua benda dan yang paling dia tekankan adalah tentang hygiene.Lepas tu dia ada mention tentang tingkat bawah sekali pernah bersihkan tak?Kak Ya pun tanya saya memandangkan saya staff paling lama.Saya pun tak tau lepas ground floor ni ada lagi tingkat bawah.So lepas boss balik,Kak Ya ajak pegi tengok tingkat bawah.Tapi dia tak berani pergi sorang,dia ajak la saya teman.Dalam hati ni cakap,ermmmm memang aku sorang la yang check ni kang.Dia mesti tunggu kat pintu.
Dah bukak pintu tu Kak Ya suh saya masuk dulu.Dia tunggu kat pintu.Sebab gelap lampu dia ada satu je yang elok.Berhabuk teruk tapi memang lapang la kawasan dia.Kak Ya pesan, “baca bismillah ye Rin?” Saya sengih je.Saya ni bukan la berani sangat-sangat.Penakut pun ya jugak.Tapi mostly sy lebih kepada berani la.Waktu saya masuk tu bulu roma saya memang ada naik sekejap.Tapi saya tak layan pun.Alhamdulilah takda apa pun yang scary kat bawah tu.Cuma ada menimbulkan sedikit rasa hairan.Ada satu meja lipat dan dua kerusi kat satu sudut ni.Benda tu je yang bersih dah x berhabuk langsung.Meja tu terbentang dengan 2 kerusi tu bertentangan antara satu sama lain.Saya sempat rasa dengan jari memang takda habuk pun.Lepas dah check saya naik atas,saya buat kerja macam biasa.
Seminggu lepas tu,ada je benda pelik berlaku.Duit hilang tak payah cakap la. Wallet, purse, beg kadang-kadang buh tempat lain jumpa tempat lain. Tiba-tiba black out. Tiba-tiba staff nak balik pastu terus berhenti la.Satu hari Kak lin(asst restaurant manager) jumpa saya n tanyakan ada tak kenal mana-mana ustaz.Saya tanya la kenapa?Dia cakap duit dia selalu hilang. Mula-mula sikit lama-lama jadi banyak pulak amoun dia.Dia syak ada staff curi tapi dia tak nampak so dia tak berani nak tuduh.Saya memang ada dengar satu ustaz ni boleh ubat kan orang tapi saya sendiri tak pernah pergi. Tapi saya boleh cuba contact dia,janji saya dengan kak lin.
Lepas saya contact ustaz tu,dia bagi saya tarikh bila boleh jumpa dan beli sekali air mineral,garam,lada hitam dengan limau purut.Bila sampai tarikh tu,saya ajak la kak lin pergi dengan satu staff lagi.Kami pergi bertiga.Sampai kat situ,ustaz tu pun tanya la macam-macam pastu baca surah-surah.Memang dia cakap ada yang panjang tangan dalam ramai-ramai tu.Dia bagi figure orang tu macam mana dan kami boleh agak la.Tapi ustaz tu cakap kat hostel tu ada ‘benda’ lain jugak menumpang. Ahhh sudahhh!Lain yang kami nak tahu,lain pulak yang diberitahu.Usai sudah semua benda,ustaz tu pesan suh tabur garam ngan lada hitam kat semua penjuru bilik hostel dan kawasan restoran.Kak lin memang duduk hostel dan dia ni penakut.
So malam tu dia mintak saya ngn kawan satu lagi ni teman dia tido kat hostel.kami pun ok je la.Elok kami masuk bilik dia,tiba2 kami dengar bunyi macam generator pasar malam tu dalam hostel sikit punya kuat lagi.Saya jengok kat tingkap kot-kot ada orang buat jalan guna generator tu ke.Tapi jalan sunyi je.Bende tu bunyi kuat gile sampai bedengung telinga.Saya tanya kak lin sebelum ni ada tak bunyi camni.Dia kata takda.Yang kawan lagi sorang ni(ica) suggestkan tabur garam dengan lada hitam tu sekarang.Elok kami kuwa pintu nak tabur,ada benda hitam melintas.Terus melayang kat lampu.Berbayang-bayang la jadinya.
Saya cuba tengok lampu tapi x nampak apa cuma bayang hitam.Sudahnya kami tak jadi tabur benda tu.Kami masuk bilik,bukak ayat kursi dan yasin dari handphone,dengan tak mandinya masing-masing terus tertido.Pukul 3.30 pagi saya terjaga,saya nampak ada sekor burung warna putih dekat tingkap.waktu tu bunyi generator tu masih ada.Saya tengok derang berdua ni dah tido tak sedar apa.Burung putih tu kecik sikit dari burung merpati.Saya tengok tingkap takda yang terbuka.Hati saya jadi tak sedap.
Tapi saya beranikan diri pergi kat burung tu sampai jarak kami lebih kurang 3 langkah,saya cakap “kamu sapa?kalau kamu datang nak bantu kami yang sedang takut ni,terima kasih saya ucapkan.Kalau kamu datang nak takutkan kami,percayalah kuasa Allah lebih besar dari kamu.Kami tak kacau kau,kami cuma bekerja cari duit.”Saya pejam mata,saya bukak mata burung tu dah takda.bunyi generator pun berhenti.Allahuakbar..Saya terkedu tak boleh nak fikir.Sebab tak pernah alami benda macam tu.Perkara ni saya diamkan,esoknye baru saya cerita dengan kak lin n ica.
3 hari lepas tu,saya dapat call dari ustaz yang kami jumpa tu.Dia nak rawat restoran dan hostel secara percuma.Saya terkejut sebab saya tak ada cerita kat dia or panggil dia tuk buatkan.
Saya tanya ada ke sape-sape call ustaz mintak buatkan semua ni.Ustaz tu cakap takda cuma dia yang terpanggil untuk buat.Lepas saya bincang dengan manager semua,ustaz tu sampai lebih kurang pukul 12.30 malam.Dia mintak sorang budak lelaki bawak botol untuk jadi saksi apa yang akan dia tunjukkan.Saya tak puas hati betol camna dia boleh volunteer nak buat semua ni sedangkan takde sape yang panggil dia.Dia cuma cakap dia nak ke melaka,dalam van tu penuh ‘bende’ tu.
Kat sini ada ‘kawan’ dia tertinggal sebab tu dia singgah ambik.So dia pun mulakan semua benda yang dia perlu buat.Ground floor,tingkat 2 dan yang terakhir sekali tingkat 3 dekat store dan bilik hostel.Dah selesai,ucap salam sambil bawak botol tu,kami nak sedekah duit,ustaz tu tolak.Lepas ustaz tu pergi,kami semua dapatkan si kecik(staff yg ikut ustaz volunteer bersihkan tadi) untuk tahu apa yang jadi.Kecik cakap masa naik tingkat 3 je ada benda tu.”Ustaz masuk je pintu,tiba-tiba dengar bunyi macam generator. Lepas tu ustaz tu bagi salam,aku nampak macam ada burung besar dok terbang-terbang lalu kat lampu.Nampak bayang-bayang semua.Pas tu ustaz tu pegi kat tangki air aku nampak macam ada lembaga warna hitam pastu hilang.ustaz bukak botol tu pastu baca-bace then dia tutup balik.pastu aku nampak botol tu macam berwap je.masa aku nak turun tu ada burung warna putih kat tepi tingkap.Ustaz tu kate yang bahaya-bahaya dia dah tangkap.Tinggal ada satu lagi tapi tu tak bahaya.Cuma dia tumpang sekali sekali je.”
Camtu la cerita kecik. Kecik cakap banyak yang orang tinggalkan kat situ. Customer datang pun ada yang tertinggal kat situ.Wallahhualam saya pun tak tahu la kebenaran disebalik semua tu. Lama lepas tu dah takda benda-benda pelik yang berlaku. Lepas setahun,restoran tu tutup sebab ada cawangan baru. Lama jugak kosong dan sekarang dah jadi saloon. Teringat ustaz tu cakap kat saya,kadang-kadang ada manusia yang tuhan berikan dia kelebihan tuk lihat apa yang orang lain tak nampak. Dia cakap kalau saya pernah jumpa benda-benda yang orang lain tak nampak, maksudnya mungkin saya antara yang bertuah boleh nampak sikit-sikit.Mungkin juga.
Sekian cerita dari pengalaman saya yang sebenar. Maaf lah kalau masih lagi belum dapat capai tahap kpi seram anda semua.Terima kasih.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best2
Besttttttt
admin fs ni,cerita yg terabur,tah apa2 tah cepat je publish,kalo cta bes2 lmbt betol nak publish
Manada trabur, aku baca ok ja -_-
rasanya maksud PPG ni, cerita best mcmni lambat je nk publish. tapi cerita yg berterabur and tah pape cepat je publish. kira PPG nk ckp la cerita ni best tapi kenapa lambat publish..ahaha betul kan PPG kan…:p
ha’aa btol tu NN,cte ni bes jer,susunan ayt pun okey,tapi yg ayat2 terabur cepat lak admin fs tu publish hehe
Maksud die citer ni best tp admin lmbt publish sbb yg penulis ni antar yg kedua…
Yg pertama kiv lagi…
Yg admin laju publish cerita2 yg tergantung, sukar difahami, yg mcm syok sendiri…
Camtulah kot mksd die dr pemahaman akk…
haa btol tu kak yulie,cerita yg ayt terabur,tah apa tah cpt je admin publish kan,cerita bes2 cmni lmbt nak publish.. tu yang d mksudkan sy kak yulie, tenkiu sebb bgi org “tu” phm kihkih
Kelebihan Allah bagi tu utk melihat bende ghaib ni untuk yakin kan pegangan kita antara Dia.
bertuah ker gulp gulp…aku selalu harap aku x nampak benda2 ghaib ni..disamping jaga hubungan dgn Allah spy terhindar drp sebarang perkaitan dgn alam ghaib. insyaAllah, amin.
best r baca blog sini..serrreeemmmm
Admin lamanya nak approve cerita baru aku.
Dah lama tunggu ni…huuuhuhuhuhuhuhhuhuhuhuuhuhu
besnyeeee
UP STORY LG RIN ..
Teringat kisah y si elliot tulis dulu pasal diekori kot.. dia g mkn kt kfc… pastu ada bnda dri kfc follow dia smpi sesatkn dia xjmpa jln balik rmh… agknya btul la tu.. ada org pnya tertnggal kt restorn la tu…
aku ingt kucing je org tngglkn kat restoran…
btul2 la org zaman moden ni… haha… mcm2 blh drop…
best…puas bace..tak pendek sgt, tak berjela sgt..
pizza hut kajang ke? salon? salon theia ke? zzzzz curious sangat mak nak tawww haha
Mcm pizza hut kajang je ni..kedai baris cimb
Rindu Pizza hut kajang yg dulu tu. Yg sebaris CIMB tu. But now dah jd farmasi kan..?
Aku dapat rasa kan yang Rin ni cool orang nya. Jom berkawan?
mula- mula baca, aku sangkakan rin yang dari cerita maya tu tapi selepas baca part “Saya ni perempuan tapi berpewatakan sedikit kasar, senang cerita macam tomboylah”. hampeh. orang lain.hmm. apapun cerita kau best.
setahu saya..selalu nye bile org nak melepaskan sesuatu..memang dia akan tinggalkan di kedai makan..sebab saya ade kedai makan(mak ayah punya la)..biasa kena kacau ngan mahkluk alus ni..selalu nye dia ikut balik ke rumah…yg paling seram saya alami..mase balik meniaga..biasa la penat…main game..abis main baru mandi..mase tengah mandi di bilik air mak ayah saya..saya dengar bunyi atas syiling rumah..saya ingatkan benda biase..lepas mandi…masih dengar..saya elok nak pegi kan dapur nk letak baju kotor…bunyi yg saya dgr tuh betul2 atas saya..saya terus berlari kat bilik mak ayah saya..saya kejut mak saya (nak kejut ayah,takut dimarah dikata pondan) saya bawa mak saya tempat yg bunyi kuat tuh..lepas mak saya ,suruh kejutkan ayah..bile ayah saya dtg,terus hilang bunyi tuh..satu family berjaga..ayah saya biase la..xpercayakan sgt..kata nye mungkin org nak menyamun..saya pon berjaga la sampai pukul 4..lepas tuh mak ayah suruh saya tidur kat bilik adik perempuan dn lelaki saya..elok saya nak lelapkan mata..saya dgr bunyi benda jatuh kat syiling..saya dn adik perempuan terus pandang antara satu sama lain…lepas keesokan hari nye..mak saya call ustaz..ustaz cakap biase nye bunyi atas syiling ni ada orang menghantar..banyak lagi nak cerita..tapi malas nak bertaip..
betul apa yg awak ckp tu. nenek sy pernah hampir terkena hantaran org masa sarapan kt kedai makan. masa tu ada nenek sy dgn abg sulung mak sy je. lepas nenek sy hbs mkn, dia nak capai cawan yg berisi air panas utk minum. x sempat nak pegang, dgn kuasa Allah berpecah berderai cawan tu. tuan kedai dah ketakutan x tahu apa2, org ramai yg mkn kt situ terkejut tgk perkara tu. alih2 pakcik sy terus byr then blah dr situ. mak sy ada bgtau mungkin Allah nak pelihara nenek sy dr terkena hntrn org dan pelihara dia yg sdg mendalami ilmu agama(bljr kt pondok).
bestttttttttttttttttttttttt
Boleh nmpk tu bukn btuah tu malang namenye..xde sp nk nmok bende2 mcm tu..pk logik le
Pizza or domino? Domino skrg saloon kan?