Kisah Selepas M**i

Kisah-kisah ini bukanlah dari pengalaman sendiri, melainkan pengalaman orang kampung saya dimana mereka mendakwa melihat “mereka”(orang yang meninggal dunia) selepas m**i.

Walau bagaimana pun mengikut kepercayaan itu bukanlah roh si m**i melainkan permainan syaitan untuk menyesatkan, tetapi tidak mustahil apa yang berlaku kadang-kadang hal tersebut menggambarkan amalan simati semasa hidup.Tapi itu adalah mengikut presepsi masing-masing peribadi.

Aku adalah seorang yang sentiasa ada masa lapang untuk cerita-cerita baru yang berlaku di kampung saya,tidak kira cerita apa pun,jiran bergaduh sesama keluarga,kisah pencuri tanaman orang kampung, party-party..hahaha. Maklumlah, hidup single ini, banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan sahaja.

Tapi ada satu cerita yang menjadi Favorite saya iaitu kisah-kisah mistik, cerita-cerita ini selalu muncul setiap ada kematian di kampung dan pada masa itu lah saya dan beberapa orang sepupu berjaga sehinggah lewat malam konon nya ingin berjumpa dengan makhluk tersebut, walhal ramai-ramai pun semua penakut.

Pernah sekali seorang penduduk kampung telah meninggal dunia, saya antara yang ada menghadiri majlis pengebumiannya, arwah ini bernama rahmiah. Menurut cerita semasa mayat masih terbaring dirumah, adalah seorang makcik saya ni terdengar suara arwah mengaduh. Lebih kurang begini dialognya, “hai, balik-balik juga kena kasih pindah.” Lebih kurang begitu, tapi nadanya sedikit seram. Apa tidaknya, arwah bercakap tu beb!

Menurut mereka, jasad arwah terlalu kerap dipindahkan. Sekejap ke kanan, kejap ke kiri, atas dan bawah. Patut saja arwah mengamuk.

Cerita ini diceritakan oleh ibu saya, juga oleh sepupu saya sendiri. Pada tahun lalu , selepas kematian pakcik saya, nenek saya telah mengalami satu peristiwa yang menakutkan. Hairannya, nenek saya tu orang lama. Tidak mudah takut. Siap tahu baca mantera-mantera untuk ubat orang sakit dan sebagainya lagi.

Pakcik saya meninggal sebab menghidap kanser. Tidak terfikir pun pasal saka-saka ni. M**i sebab kanser kot. Pada malam selepas kematian pakcik saya, nenek saya diganggu oleh seekor makhluk hodoh persis syaitan. Menurut mereka, selepas mendengar bunyi cakaran di dinding rumah dalam masa yang agak lama, nenek saya pergilah mengintai di jendela kaca jenama naco di rumah itu.

Sejenak dia terkaku melihat manusia berbadan kuda berhidung b**i bertanduk kambing dengan lidah terjelir panjang hampir setengah ketinggian badan, mata yang garang dan seluruh badan merah kehitaman serupa dipanggang, titisan lahar dan d***h mengalir keluar dari mulut makhluk itu benda itu berbau hamis, bau mayat.

“Dia” mencakar dan mencakar dinding rumah. Entah apa mahunya. Nenek yang sebegitu berani hampir sakit jantung, bayangkan. Lalu nenek pun pada malam itu menginap rumah jiran kerana ketakutan.Menurut cerita arwah mungkin ada memelihara saka atau pun melakukan perbuatan jahat semasa hidup, lagipula semua orang tahu dia tu gila seks. Tuhan lebih tahu.

Ini pula kejadian beberapa tahun lalu. Penduduk kampung berusia 30-an, masih bujang dan seorang yang baik bernama Untol telah meninggal dunia akibat kanser d***h. Lama menderita, akhirnya dia bebas. Kejadian begini sering berlaku selepas kematiannya. Contoh, setiap petang bila orang kampung pulang dari pekan, pasti diganggu. Apatah lagi jalan masuk ke kampung akan melewati kawasan perkuburan, dengan kubur yang masih merah. Siapa tidak seram?

Orang kampung mengatakan, setiap kali waktu senja, bila melewati perkuburan, pasti diganggu. Terutamanya mereka yang membawa daging, ayam atau ikan-ikan. Plastik mereka yang berisi ikan atau daging akan terasa ditarik. Walhal berjalan seorang diri. Kadang-kadang mereka terlihat seperti ada orang mengejar dari belakang. Masa itulah pokok-pokok tinggi di kawasan itu bergoyang kencang tanpa bantuan angin.

Kadang-kadang mereka kata akan melihat makluk berjuntai dengan keadaan terbalik di atas pokok. Ish, bila dengar memang seram.

Ini kisah terakhir yang sempat saya kongsikan… pontianak! Selalunya, pontianak dikaitkan dengan perempuan m**i mengandung b***h diri, kan? Tapi kali ini bukan b***h diri. Nama arwah adalah Bita. M**i disebabkan kanser hati dan dalam sarat mengandung enam bulan. Dia meninggal dalam keadaan menyedihkan, m**i di rumah, terbaring sepanjang dia sakit tanpa ibubapa dia kisah. Dia tidak dirawat atau dijaga. Suami dia pula entah ke mana.

Alasan ibubapanya mengabaikan dia adalah, sebab dia tidak mendengar kata. Dulu, sebelum sakit, arwah seorang yang liar kehidupannya. Kerja di kelab malam dan entah apa yang dia telah lakukan. Arwah juga pernah koma dua minggu sebab dirogol tujuh orang lelaki di kelab tersebut. Sejak itulah ibubapanya tidak mengambil kisah tentang dia lagi.

Arwah meninggal begitu sahaja. Kami sekampung cukup terkesan kerana perbuatan keluarga arwah. Kasihan dia m**i bersama bayi yang dikandungnya. Selepas majlis pengebumian arwah, kampung kami digemparkan dengan penampakan pontianak di kawasan perkuburan di mana arwah dikebumikan. Huh,  seram!

Lagi seram bila kubur arwah, tanahnya tenggelam seperti isinya hilang. Lalu keluarganya mengadakan upacara memanggil roh entah untuk apa (kami tidak ikut campur takut kena tempias). Menurut mereka, kubur arwah harus digali semula sebelum dihidangkan makanan, supaya rohnya datang. Namun semua itu urusan mereka dengan tuhan. Kami yang percaya tidak ingin tersesat akan panggilan syaitan dan berdoa untuk keluarga masing-masing sahaja.

Kisah ini mungkin tidak seram, tetapi bagi saya membawa pengajaran yang besar untuk panduan hidup. Segala amalan kita akan dicatat yang jahat dan yang baik. Maaf jika ada yang tidak faham jalan cerita ini sebab budak ini baru belajar.

Terima kasih kerana membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

DYNA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

22 thoughts on “Kisah Selepas M**i”

  1. Assalamualaikum, kalau korang perasan kat gambar perkuburan kat atas tu, ada nama Violet Jane Pollock kan ? Cuba korang search nama tu kat google

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.