Kisah Seram Balik Lewat Ke Rumah

Kami 5 sekawan. Aku, Put, Ya, Ila dan Nik. Cerita bermula bila kami pindah masuk rumah sewa baru di satu kawasan perumahan berdekatan kawasan kampus. Rumah tersebut didiami oleh 10 orang termasuk kami. Walaupun kawasan tu agak mahal, tapi bagi aku harganya berpatutan untuk sebuah rumah 2 tingkat yang dijaga ole pak guard (maksudnya kawasan perumahan dikelilingi pagar).

Masa study week, ahli rumah yang lain decide nak balik. Memandangkan Nik tak dapat balik (Kelantan banjir), kami pun decide nak stay study sama sama berlima di rumah tu. Masa hari pertama study week semua okay. Masuk hari kedua, lebih kurang pukul 10 malam, Put ajak pergi lepak mamak. Mengidam Roti Nan Cheese katanya. Maka kami berlima pun berjemaah la ke mamak naik kereta yang dipandu oleh Ya.

Duduk lepak mama bersembang rancak, kebetulan tv mamak tayang cerita best kami terleka. Sedar – sedar dah jam 12 lebih, so Ya pun ajak kami balik. Masa on the way balik, kami kena lalu satu bangunan lama. Aku pun tak pasti tu bangunan ape. Tapi bukan bangunan tinggal la sebab bila siang ramai je orang kat situ. Pastu tetiba Nik tegur…”Weh ape tu?”..kami pun terus pusing kecuali Ya la..sbb kalau dia pusing..mungkin kami pun arwah sekarang ni…tapi kami bertiga tak Nampak apa..Cuma Nik kata ada bnda besar warna putih…Kami pun cakap bendera je kut…dan masih lagi menyanyi nyanyi ikut lagu janna nick kat radio tu ha…lagha sekejap..

Biasa kalau kereta lepas pukul 12 malam akan ditahan oleh pak guard untuk memastikan hanya ahli perumahan je masuk. Tapi kami pelik sampai je di post pak guard, suram. Pak guard tu tak ada. Aku pun cakapla mungkin pak guard sakit perut kut..haha..pastu yang lain pun husnuzon la pak guard tu cirit agaknya…

Kami pun masuk macam biasa. Tapi entah kenapa aku rasa jauh je jarak post guard dengan rumah. Aku pun tanya..” Weh Ya, slow nyer kau bawa”…Pastu Ya dengan Put yang duduk sebelah seat driver cakap..entahla weh dari tadi aku tak jumpa rumah kita..
Ila yang dari diam cakap “korang ni jangan main..dah lewat doh..buat habis minyak je”..aku pun setuju tapi sebenarnya kami semua dah rasa tak sedap hati..Last last kiteorang decide baca al-fatihah, 3 qul ngan ayat kursi ramai ramai..Alhamdulillah lepas tu jumpa je lorong rumah kami. Rupanya kami dari tadi duk pusing post pak guard je…

Sesampai je rumah, Nik terus lari masuk…tak tahan katanya sambal muka berkerut…Haha mungkin balasan kami gelakkan pak guard cirit agaknya…Bila yang lain dah masuk rumah kami pelik kenapa rumah gelap je..Eh budak Nik ni masuk tak buka lampu ke.

Sambil tunggu Nik dalam tandas, aku lepak ruang tamu sambil scroll handphone. Tetiba Put dari tingkat atas datang kata ada something pelik dalam gambar yang kami ambil masa kat kedai mamak ..konon kenangan lepak time study week la.. Ila dengan Ya yang tengah lepak depan tv pun excited la nak tengok juga. Lepas kami tengok dan analisis, masing masing tergamam sebab kami berlima tapi dalam gambar ada 6. Benda tu betul betul duduk sebelah Nik…tapi tak nampak rupa la..Terus Ila cakap Nik mesti nak tengok ni..

Ila pun jerit, “oi Nik cepat r weh..ada benda pelik ni”…tapi nik diam je…tak lama lepas tu dengar bunyi flush…okay tanda dah siap lepas hajat la tu..Tetapi masa dia keluar tandas tu dia senyap je. Ya yang kami gelar kak long kawasan sergah la dia “ oi kau okay ke??” tapi terus Nik nangis tak berhenti. Put yang agak keibuan la compare dengan yang lain cuba pujuk Nik, tapi dia keep on nangis je…
Pastu Put pun suruh dia tido, but still dia tido dalam menangis. Aku rasa tak sedap. Ya pun cakap “okay apa kata kita tidur bersama nak malam ni?”..semua setuju dan kiteroang pun tido kat bilik Ila seba Ila ngan Put stay master bedroom so bilik dyeorang besar sikit.

Masa nak tidur, aku pun bgtau yang lain, kecuali Nik la…sebab Nik dah tidur. Aku cakapla aku rasa tak sedap hati. Pastu dyeorang cakap dyeorang pun macam tu. So kami decide nak tidur berteman ayat suci al-quran. Jahilnya aku, aku tak simpan surah dalam phone. Phone Aliya ngan Put plak tengah charge. Jadinya kami bergantung kat phone Ila. Ila pun cakap dia lupa mana dia letak phone. Kami pun gigihla selak-selak selimut cari..

Masa cari tu..tetiba kami dengar bunyi dahan pokok jatuh depan pintu..padahal dalam rumah mana ada pokok. Aku dah mcm feel nak nangis dah..lepas tu tetiba bunyi macam kaki kena seret seret kat luar bilik..shittt!!! aku dah memang duduk tengah time tu..cuba cari perlindungan dari yang lain..Masa tu la bole pula si Nik ni, tetiba terjaga pastu dia nangis lagi kuat..

Nasibla si Ila ni kuat semangat sikit. Dia la pergi kat Nik pujuk Nik suruh tidur balik.. Pelik betul aku dengan Nik masa tu..dah orang seram..boleh pulak dia nak nangis kuat macam tu..Nasib baik time tu Put jumpa phone Ila, dia pun kelam kabut cari surah Yassin dan pasang kuat kuat. Lepas beralun je surah Yassin tu, kat luar bilik bunyi macam laki bini gaduh baling kuali periuk bagai..bising giler…kiteorang terus berpeluk haa kat dinding..serammmmmmmmm nasib baik phone Ila banyak battery..bolela surah Yassin tu ulang ulang sampai kami tertido.

Bangun je pagi esok, kami tengok bilik tu kosong je. Mana pulak pergi katil bujang dyeorang ni haa…pastu bau busuk semacam. Pastu buka je pintu bilik, depan pintu bilik ada kepala ayam dah terkulai macam tu. Yang lagi seram turun bawah kami tengok pemegang tangga dah reput pastu tengah rumah ada pokok dengan lalang macam rumah tinggal macam tu..kami terus keluar rumah..

Rupanya yang kami masuk, tinggal semalam bukan rumah kami tapi rupanya rumah tinggal. Tak tau macam mana bole jadi tapi pondok pak guard tu pun tak wujud rupanya. Kalau di tengok dari luar, kawasan rumah tu mmg macam banglo yang lama tak diduduki sampai pokok pun tumbuh dalam tu..
Seram nak tunggu lama, kami pun cepat cepat naik kereta tinggalkan kawasan tu. Kami jumpa ustaz kat kampus dan ceritakan kat beliau. Ustaz tu pun baca-baca sikit dan bagi kami air untuk pulih semangat.

Tentang Nik, rupanya katanya dia dah tau itu bukan rumah kiteorang lepas dia masuk rumah tu nak buang air. Tapi dia kata dia dah cuba bagitau tapi mulut dia tak bole buka. Benda tu asyik tenung dia je..patutla dia nangis non stop..sian Nik.

Lepas kes tu, kiteorang pun insaf dan tak berani balik lewat dah…sekian.

5 Sekawan

Leave a Reply

10 Comments on "Kisah Seram Balik Lewat Ke Rumah"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
King of Kong

Seramnya lahai.. So kawan-kawan tu charge phone kat mana je?

Ai

Awk ckp tu kawasan rumah tinggal sampai ada pokok dalam rumah tu, awk duduk rumah tu dah berapa lama ? Habis tu selama awk duduk situ ?

Reader

Maksud penulis tu … diorg xbalik rumah sewa sendiri pun semalam tu.

Jah

awak, dia kata

“Rupanya yang kami masuk, tinggal semalam bukan rumah kami tapi rupanya rumah tinggal”

Husna

Dia terduduk kat situ semalaman jela, masa balik lewat tu..kira salah rumah la ni..benda tu bawak sampai ke rumah tinggal, dorang tak sedar.. kankan..

Langsat

uish..boleh tahan seram……boleh plak korang tido dalam rumah tu sampai pagi…ni kiranya pandangan zahir dah diperdayakan la kan

Miey Axlan

cerita nie ‘sampai’ beb…betol x betol blakang kira,tpi aku dpt raser feel tue beb…..chaiyok2!!! huhuhu….

apid

aihhhh…gila la klw aku kene camni

merpati putih

Boleh tahan seram cite ni

Kak dah

Nasib baik la mung semua berlima.. kalu kena sorang2 gitu hui takleh bayanglah…

wpDiscuz