Kisah Seram Hantu ‘Cik Receptionist’ di Hotel PD.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga FS. Selalu saya hanya membaca laman ini kerana cerita yang dikongsikan kebanyakannya menarik dari segi penceritaan. Tapi izinkan saya berkongsi kenangan mistik kami suami isteri. Saya seorang yang tidak pandai menulis dalam bentuk penulisan. Diharapkan semua pembaca dapat memahami jalan penceritaan kisah mistik kami.

Mesti ada banyak pengalaman pembaca atau didengar dari kisah orang lain berkaitan kisah seram dihotel atau inap santai. Ini kisah dari kami berdua Nisa dan Encik Iz. Kisah ini bermula pada hari anniversary kami pada tahun ini. Iaitu pada bulan Mac. Suami saya, Encik Iz plan untuk bercuti dan menginap di hotel. Encik Iz cadangkan hotel lain untuk anniversary dan sambutan birthday saya. Tapi saya maklumkan pada Encik Iz untuk pilih hotel yang ada bintang dan agak terkenal dengan hiasan bangunannya berbentuk minangkabau dan saya yang pilih hotel tersebut. Pasti ada yang sudah dapat meneka hotel tersebut. Destinasi di Port Dickson dan menginap selama 2 hari 1 malam.

Dari waktu sampai hinggalah sebelum waktu malam semuanya okay sahaja. Perjalanan aktiviti kami sepanjang hari amat menarik dan padat. Sehinggalah saya mendapat panggilan telefon dari pihak receptionist. Encik receptionist call untuk bertanyakan keadaan bilik adakah berpuas hati dengan bilik yang diberikan. Ketika itu Encik Iz sedang menunaikan solat Maghrib. Sewaktu menerima panggilan dari pihak receptionist itu saya agak pelik kerana waktu itu waktu solat Maghrib. Soalan yang ditanyakan pula berkaitan keadaan bilik.

Jadi difikiran saya berlegar-legar, pertama, panggilan tersebut untuk wish happy anniversary kepada kami dan happy birthday kepada saya, kedua, prank call atau yang ketiga, mungkin ada gangguan. Dan soalan yang saya tanyakan kepada Encik Receptionist ada ‘ehem ehem’ ke dalam bilik ni. Dan Encik Receptionist menjawab tiada puan. Barangkali Encik Receptionist faham apa yang saya tanyakan. Tetapi tiada juga ucapan selamat anniversary dan happy birthday sepanjang perbualan telefon tersebut. Selepas meletak panggilan dan suami selesai solat. Saya pun memaklumkan kepada suami. Dan kami anggap mungkin pihak receptionist ingin wish happy anniversary sebab suami ada maklumkan dalam booking berkaitan tarikh istimewa kami berdua.

Kami teruskan plan kami untuk keluar makan malam. Selesai makan malam kami pulang ke hotel semula anggaran jam 10:30 malam. Kami pun bersiap-siap untuk tidur. Keadaan bilik hotel ketika itu sangat sejuk. Pada mulanya saya tidur sebelah kanan katil, suami pula tidur disebelah kiri katil. Saya maklumkan kepada Encik Iz aircond terlalu sejuk walaupun sudah memakai selimut tebal hotel tersebut. Kemudian kami bertukar tempat tidur. Dan ketika saya tidur disebelah kiri katil saya ada terhidu bau busuk macam bangkai. Tapi saya diamkan kerana saya fikir mungkin ada bangkai tikus dalam laci tu dan ketika itu masing-masing sudah keletihan kerana perjalanan yang panjang.

Bermulalah kejadian yang tidak diingini berlaku. Pertama sekali sewaktu Encik Iz menutup lampu, kami terdengar bunyi bising seolah-olah ada binatang atau serangga di atas dinding, belakang almari baju atau saluran aircond. Bunyinya sangat kuat dan Encik Iz tegur kemudian bunyi tersebut diam. Dan kerana keadaan bilik yang terlalu sejuk, Encik Iz yang dalam keadaan mengantuk mencabut kad yang diletakkan dislot kad hotel itu. Untuk biarkan bilik tu panas sebentar. Kurang dari 1 minute. Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman tapak kaki kuat berlari menuju ke katil kami. Terus saya bangunkan suami dan kami berdua kelam kabut slot semula kad hotel dan buka lampu dan on aircond semula.

Ketika itu kami berdua berpandangan satu sama lain dan bermacam perasaan kami berdua ketika itu. Selepas Encik Iz buka lampu terus beliau nyalakan televisyen. Tetapi tiada siaran disiarkan di dalam televisyen. Hanya paparan screen dot dot putih hitam menandakan tiada siaran. Sedangkan sebelum kami keluar untuk makan malam, rancangan TV yang kami buka adalah TV3. Dan ketika kami mula-mula check-in hotel tersebut ada rancangan yang terpapar di televisyen tersebut. Itu menambahkan tanda tanya pada saya dan Encik Iz. Setelah Encik Iz tukar rancangan, alhamdulillah dapat rancangan TV AlHijrah. Ada bacaan Al-Quran ketika itu. Kami berdua menarik nafas lega.

Malam itu kami tidur bersama-sama bacaan ayat suci Al-Quran yang dipaparkan di televisyen tersebut. Malam tu saya bermimpi ada dua orang receptionist mengetuk pintu bilik kami. Dalam mimpi tersebut selepas saya buka pintu, yang peliknya receptionist tu kata kawannya lelaki ada dalam toilet bilik hotel kami. Persoalannya bila masa dia masuk sedangkan saya baru buka pintu.

Dan soalan yang ditanyakan oleh ‘Cik Receptionist’ sama juga semasa call maghrib tadi. Macamana keadaan bilik tetapi senyuman yang diberikan sangat sinis dan menakutkan. Receptionist yang berada di pintu adalah receptionist perempuan dalam mimpi tersebut. Manakala receptionist yang dalam tandas tadi adalah lelaki. Dan untuk pengetahuan pembaca semua ketika itu saya dalam keadaan uzur. Dan semua pad kotor yang telah saya basuh, saya ikat dalam plastik sampah yang saya bawa dari rumah untuk saya buang selepas balik dari hotel.

Saya terjaga dari tidur dan terus kejut Encik Iz solat subuh. Kami berdua diam saja sejak dari kejadian malam tadi. Saya maklumkan dengan Encik Iz nanti kita cerita lepas keluar dari hotel tu. Selesai check-out hotel. Ketika dalam perjalanan pulang saya dan Encik Iz bercerita kejadian yang kami alami. Encik Iz maklumkan ketika saya suruh Encik Iz letakkan slot kad hotel tu semula, dia terkejut sebab saya tergesa-gesa serta panik. Encik Iz maklumkan beliau tidak mendengar bunyi dentuman tapak kaki kuat yang saya dengar. Dia hanya dengar bunyi serangga atau binatang di kawasan sekitar bilik hotel tersebut. Seperti anai-anai, tikus dan sebagainya. Itu tanggapan Encik Iz. Saya membuat andaian, mungkin makhluk itu berada disitu.

Bila kami mencabut slot kad hotel makhluk tersebut ingat kami sudah keluar atau check-out dari bilik tersebut. Memang taubat saya cakap dgn Encik Iz. Lepasni jangan cabut kad hotel lagi. Ni pengajaran buat kami.

Dan saya ceritakan kepada Encik Iz berkaitan mimpi saya pada malam itu. Saya rasa ‘Cik Receptionist’ dekat pintu dalam mimpi saya tu seolah-olah sedang mencari pad kotor dalam mimpi saya malam tu. Kerana ketika ‘Cik Receptionist’ maklumkan ada kawannya ditandas, mukanya memang menyeramkan dan sinis sambil menunjuk ke arah tandas. Seperti inginkan sesuatu. Alhamdulillah saya tidak biarkan pad kotor dalam tong sampah hotel. Saya basuh dan ikat dalam plastik yang saya bawa sendiri dari rumah.

Itulah kisah yang saya dapat kongsikan kepada semua pembaca. Kisah ini sampai kini menjadi tanda tanya dan menghantui Encik Iz dan saya. Sekian perkongsian dari kami. Diharapkan cerita ini dapat memberikan piawaian seram untuk semua pembaca FS.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment