Kisah Seram Taman Cempaka Ipoh

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Kisah Seram Taman Cempaka Ipoh”

  1. Tak pernah dengar pun pasal jin ummu sibyan ni sehinggalah awal bulan lalu aku kena ganggu dengan jin ni. Dalam pukul 10 malam tiba2 aku rasa sedih dan fikirkan perkara bukan2. Awalnya aku menangis teresak-esak dalam diam dan masih boleh mengawal perasaan sedih tu. Tapi lepas 15min semakin menjadi-jadi pula. Aku cuba untuk berhenti tapi tak boleh. Serius aku sesak nafas dan rasa nak meraung. Dada aku turun naik dengan laju macam kena asthma, rasa sakit yang amat macam kau pendam perasaan sedih tu selama 10tahun dan bila masa nk meletus, inilah jadinya. Agak lama juga aku struggle atas katil sambil tekup mulut sebab tak nak orang rumah dengar aku meraung. At the end aku wassap dua orang bestfriend aku yang duduk kat bilik hujung rumah sewa kami datang tolong aku. Aku rasa keadaan aku memang dalam kritikal. Aku terpaksa chat sebab aku tak boleh nak bercakap, aku meraung tak henti-henti. Bila kawan aku nampak keadaan aku yang menangis macam baby dia jadi cuak dan takut. Masa tu tanpa buang masa dia heret aku masuk bilik dia sebab bulu roma dia dah meremang masa masuk bilik aku. Ingatkan bertukar tempat dan ditemani kawan masa tu keadaan aku boleh reda, still tak ada perubahan. Masa tu rasa dramatik sangat sebab aku menangis sambil genggam tangan kawan dengan keadaan badan yang mengigil dan rasa sejuk. Malu rasanya menangis depan kawan macam tu. Yang sorang lagi standby nak call ustaz takut kalau2 aku histeria. Berkali-kali kawan aku pujuk tanya aku kenapa tapi aku just jawap sebab aku tak boleh berhenti menangis. Bila mereka nak call ustaz aku tak bagi sebab aku rasa aku ok dan peratus untuk dirasuk amatlah rendah. At last kawan aku sorang ni call abang ipar dia yang tinggal di kampung untuk tengok2kan keadaan aku. Pendek kata abang ipar dia ni ada ilmu mengubat sikit so dia ubat aku dari jarak jauh. Yang mengejutkan makhluk yang menganggu aku sampai menangis tak ingat dunia tu adalah Ummu sibyan. Mereka semua rasa pelik kenapa ummu sibyan boleh ganggu aku yang dah tua bangka ni sampai macam tu sekali. Keadaan aku beransur pulih sedikit demi sedikit lepas sejam aku menangis tak henti2. Masa tu aku sedar macam mana perasaan baby2 yang menangis tak henti2 sebab gangguan ummu sibyan ni. Sakit sangat2. Even aku yang dah besar macam ni tak tahan apa lagi mereka yang masih kecil. Hati2lah kaum hawa jin ummu sibyan tak semestinya ganggu bayi atau kanak2 kecil dan ibu2 mengandung. Aku rasa sendiri pengalamannya menangis sampai air mata kering tapi still nak menangis lagi. Lepas ni tutup tingkap dan pintu bila nak maghrib sambil baca bismillah sebab masa tu lah jin2 ni bersiar siar ready nak ganggu kita.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.