Kisah Siti Berkahwin 3 Tahun dan Gangguan Saka

nama aku siti,bukan nama betul..aku cuma nak kongsi kisah hidup aku.korang pernah dengar tentang saka kan?aku tapi aku nk cerita pasal diri aku sejak aku berkahwin.aku dah 3tahun mendirikan rumah tangga,msa aku nak kahwin berat sangat dugaan nak dirikan masjid ni.aku jadi benci sangat dengan suami aku.kenapa entah,suami aku memang nekad nak peristerikan aku walaupn aku ni cepat naik angin,suka marah2.
aku ikot suami pindh duduk dalam berek polis di johor,selepas kahwin mesti kena ikut suami kan.Jadi aku pun ikut jela duduk rumah bujang suami aku,tingkat 10 tau..aku ni gayat sikit bila tgk bwh.
Bermula la episod dimana aku rase diri aku diperhatikan,bayangkan la suami aku pegi kerja 12mlam,yang aku ni tido sorang2 dalam bilik dalam rumah yang agak besar.Tapi aku tak pikir bukan2,aku buat la kerja rumah tengah malam..sidai baju la,mop lantai la,tengok tv.bila tido je bunyi orang main guli kt rumah ats aku..bunyi orang ketuk lesung la.

Haishhh,tk lena aku dibuatnya..aku msj suami aku,tnya la orang atas ni memg suka masak tgh malam ke.Dia jawab biasa la,orang balik keje tgh mlm mlas nak singgah kedai…aku pn ok jela g tido balik.aku ni sejak tido rumah tu asyik mimpi memgerikan je,tak paham aku..aku mimpi sorang pompuan ni marahkan aku,die bencikan aku.tapi aku set dalam kepla mungkin aku ni banyak pikir kot.dah banyak hari tau aku kalau tido mesti dengar bunyi pelik2..rase diperhatikan walapn dalam rumah sendri.
Satu hari tu aku hamil tapi aku keguguran dekat perak,rumah mak aku..jadi suami aku dri johor datang amik aku bwk balik rumah.sejak aku balik,keadaan jadi bertambah buruk.Masa suami aku pergi kerja jam 7pagi tau,aku dalam bilik ni boleh dengar orang selak langsir rumah dengan kasar.main2 selak langsir dengan aku,aku pegi la bangun pegi tengok..tak ada ape pun.jadi malas nak layan.
bila malam aku dengar perempuan menangis,masalahnya aku dengar dari atas bumbung..rumah atas aku paling atas la tu.betol2 mengdap bumbung tu.aku ni tak puas hati keluar rumah pegi tengok sape la nangis malam2 ni.suami aku cakap biasala budak menangis kena pukul kot.aku pn malas nak lebih2..pegila tido,suami aku ni selalu keje malam,jadi malam tu aku buat kerja rumah.tengah2 mop lantai,lengan aku mcm sakit je..aku tgk2 ade lebAm 3 lubang kecik kt situ,aku dah rase lain mcm malam tu.aku suh suami aku balik,die balik tgk la kenapa aku ni mcm kalut semacam aje.bila die tgk,die ambil bawang putih bakar pastu bc ape la aku pn tk ingat,terus nampak lagi jelas lubang tu.
Ape yang terjadi kat aku,ade waktu tu aku duduk dlm bilik sambil whatssup2 ngn suami.suami aku risaukan aku,dah malam kan tapi aku tk leh tido..tengah syok msj2,oppsss! rambut aku mcm terpcak 90 darjah okey! kepala aku mcm ade sesuatu yang tengah pegang kepla aku.Aku lari keluar dari rumah tu pagi2 buta! jam 3pagi aku kuar dah mcm orang giler.Korang pernah rase seram lain macam??macam tula aku rase,aku kol suami aku suh balik cepat.Dia pn balik,korang bayangkan suami aku tu lelaki,die masuk rumah sendri boleh berlari kuar balik ajak aku duduk Mcd..huhu..bertapa la aku sorang2 kt mcd sampai subuh,sementra suami aku kerja.
Lastly,kami buat keptusan Panggil pengamal perubtan islam sebab dh tk tahan sampai tido tk ckup.Orang pertama datang tgk,katanya sebab aku ni ade saka.jadi benda yang ade dalam rumah ni panas dengan aku..aku ni blurr kejap,aku ni ade saka ke??okla,aku tnye mak aku sejrah famly ade saka ke?mak aku ckp ade..tapi mak2 tkmau benda tu.so okla,aku terima mungkin dari diri aku.aku tak tahu pn psl saka2 ni..jadi suami aku nak sgt aku ni diubatkan.dibuang saka nya..yup,ade 3ekor saka dalam bdan aku.cubaan yang ini berjaya..rumah aku pn siap dipagar,selesai semua..
malam tu kami laki bini nk tido,korang tau..bunyi orang tendang pintu umah aku ni sampai kebilik kami boleh dgr.mcm nk runtuh pintu ni ha.suami aku ade pegi tgk,bukak pintu tapi takde pn bunyi tu bila bukak.nak tido balik je menendang pulak dia,maklum laa..rumah aku ni dah lama cik pon tu duduk,bila die kena halau marah la die.tk puas hati,die berdendam dengan aku..die tk dpt kacau aku dlm rumah tp die dpt kacau aku dari luar..
Aku penat lak taip2 ni,oklaa..nanti aku sambung lagi yea.panjang kisah aku ni.3tahun tapi baru sekrang aku tenang.ok,nanti aku sambung lagi “kisah aku siti”

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Klik SHARE di bawah ini kalau dah baca ye..

siti

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.7]

5 thoughts on “Kisah Siti Berkahwin 3 Tahun dan Gangguan Saka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.