Suami Sendiri Menyihir Isteri

Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi aku, Ariff Budiman mula dengan perkenalanku dengan seorang wanita yang merupakan seorang pelajar Universiti 6 tahun sudah. Sedang mengambil PHD. Dia merupakan peminat setia blogku yang bernama Warna Nostalgia. Kami banyak berborak tentang kehidupan lampauku melalui email. Lama kelamaan dia pula menceritakan kisahnya. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Akhirnya mereka berpisah. Dia bertemu jodoh pula dengan seorang lelaki dan tanpa disedari yakni disihir. Di bawa ke Thailand untuk berkahwin di sana. Rupanya suaminya seorang bomoh. Kehidupan dia amat terseksa bila diperlaku seperti hamba.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk melarikan diri bersama dengan anaknya yang masih kecil. Dia di ugut suami jika tidak kembali akan disihirnya dengan menghantar khadamnya. Aku hanya mendengar luahan hati sahabatku ini. Timbul rasa simpati terhadapnya tapi apakan daya. Dia di KL dan aku di Penang. Kadang2 dia merasa seram sejuk bila berada di dalam bilik asramanya. Aku meminta dia membaca ayat2 suci Al Quran dan memasang ayat ruqyah. Suatu hari dia menalipon aku. Suaranya terketar2 seolah2 kesejukkan. Katanya dia amat takut. Rasa seram sejuk seolah2nya ada yang sedang memerhati. Aku meminta keizinan darinya agar menghantar sekeping gambar kepadaku itupun kalau dia bersangka baik terhadapku.

Akhirnya aku menerima sekeping gambar darinya. Subhanallah cantik orangnya. Patutlah tok bomoh tergilakannya. Malam tu aku kosongkan mindaku lalu fokus ke gambarnya. Aku baca ayat2 suci Al Quran lalu aku hembus di gambar sahabatku ini. Selesai tugasku, aku hubungi sahabatku dan bertanya khabar. Katanya tadi dia rasa cukup tenang sekali. Tiada perasaan takut. Akhirnya aku minta dia tidur dan disambung esok saja. Seperti biasa sebelum aku lelapkan mata aku akan baca dulu Al Mathurat. Aku bermimpi melihat seorang lelaki dengan bercekak pinggang dengan marahnya bila melihat aku. Dia seolah2 tidak berpuas hati terhadapku. Esoknya aku cerita mimpiku kepada sahabatku ini. Dari gambaran mimpi yang aku alami itulah wajah suaminya.

Aku berjanji kepada sahabatku yang aku akan cuba defend dia asalkan dia sendiri tidak pernah melupakan Allah tapi apakan daya. Jarak yang terlalu jauh telah memisahkan kami. Pernah dia berkata kepadaku yang dia merasa malas untuk solat. Bila nak solat ada saja yang mengganggu. Rasa letih, seram sejuk, tiada mood dan bermacam2 lagi yang membuatkan dirinya lemah. Aku hanya mampu buat dari kejauhan. Itu saja yang aku mampu. Kadang2 bila aku suruh dia kuatkan semangat kami akan bergaduh dan ketika itu aku sudah dapat syak yang aku bukan lagi berhadapan dengan sahabatku ini. Bila aku baca ayat quran dan hembus di gambarnya dia akan merasa lega seketika. Itu saja yang mampu aku buat dari kejauhan.

Suatu hari bila aku buka email, aku mendapat email dari seorang lelaki yang mengaku suami sahabatku ini. Hebat dia sebab dapat detect email aku. Dia memberi amaran akan buat aku m**i kalau menolong sahabatku ini. Aku balas dan berkata bab m**i bukan urusan dia tapi Allah. Kalau dah ajal aku sampai maka matilah aku dan bukan disebabkan dia. Marah lelaki yang bergelar tok bomoh. Katanya tunggu malam ni dan aku akan merasai natijahnya. Memang betul katanya. Ketika aku melelapkan mata tiba2 aku diserang dalam mimpi oleh lembaga berbadan besar. Ditumbuknya aku dan dicakarnya badan aku. Aku baca ayat qursi lalu aku hembus pada lembaga tersebut. Aku lihat lembaga itu terbakar. Aku tersedar dari tidur dan aku dapati hidung aku berdarah dan badan aku terasa cukup pedih.

Aku terus ke tandas lalu membasuh hidungku dan mengambil wuduk lalu aku solat dan berwirid. Aku membaca surah Al Baqarah, ayat qursi dan 3 qul lalu aku memberi isyarat seperti memagar dekat gambar sahabatku. Aku terlelap dan sekali lagi aku bermimpi didatangi lelaki dan memberi amaran agar aku tidak masuk campur dalam urusannya. Kataku jika ada yang meminta pertolongan aku akan bantu. Kata lelaki tersebut aku tiada ilmu masakan dapat lawan dengannya. Aku jawab ilmu tu datang dari Allah. Aku sentiasa akan meminta pertolongan dari Allah. Keesokan harinya aku bertanya sahabatku keadaan dirinya. Katanya dia tidur dengan aman dan tiada gangguan. Aku cerita padanya yang aku telah diserang hingga berdarah hidung. Dia memohon maaf kerana telah melibatkan aku dalam halnya. Bagiku aku telah terlalu jauh melibatkan diri untuk membantunya. Makhluk tu kita sudah memusuhi aku dan dia bertekad untuk menghapuskan aku……..

Aku cerita kisah aku menolong sahabatku kepada isteriku supaya tidak menimbulkan fitnah

“Buat apa abang tolong kalau abang sendiri yang cedera “. Kata isteriku. Mungkin dia juga risau melihat aku cedera.

“Abang kesian dekat dia sebab katanya ibubapa sudah meninggal. Keluarga pula jauh berada di Kelantan. Lagipun abang dapat rasa bila kita memerlukan seseorang tak ada yang dapat membantu. Abang masih ingat bila Aishah batuk d***h, abang call ustaz tapi dia menolak dengan alasan sedang mensyuarat dan minta abang datang jumpa dia 2 hari lagi. Abang merayu ustaz tapi jawapan dia tetap juga sama“.

Isteriku diam dan akhirnya dia akur aku memberi pertolongan kepada sahabatku.

Setiap hari aku akan baca ayat suci al quran lalu aku hembus di gambar dan aku niat di hati andaikata terdapat gangguan di dalam badan sahabatku ini, moga Allah keluarkan ia. Aku hanya berdoa dan kesannya aku sendiri pun tidak tahu. Hanya pada Allah tempat aku meminta. Syukur agak lama juga sahabatku dapat menumpukan pelajarannya yang tertangguh. Aku pernah talipon ustaz yang kerap aku lihat dia berubat untuk bertanya pendapat

“Pak Anjang boleh buat. Saja tak yakin “. Kata ustaz

“Tapi ustaz, saya tak pandai. Saya hanya baca ayat quran dan hembus di gambar sahabat saya “. Kataku kepada ustaz

“Sebenarnya Pak Anjang, kalau kita yakin dengan Allah dari jauh kita boleh ubatkan dan cara pak Anjang saya setuju dan saya yakin Pak Anjang boleh buat. Ada masalah baru call saya“. Kata ustaz dan aku sedikit lega mendengar kata2 ustaz.

Suatu hari dalam pukul 9 pagi aku menerima panggilan talipon dari sahabatku. Katanya badannya sejuk kembali. Rasa takut dan seram menyerangnya. Katanya dia nak berjumpa seorang ustaz tapi tak tahu nak cari di mana. Suaranya macam hilang ingatan. Aku menjadi resah sebab berada di kejauhan. Beberapa kali aku call tapi talipon telah dimatikan. Aku hanya mampu berdoa dan buat seperti biasa. Selepas maghrib aku menerima panggilan talipon dari nombor yang tidak di kenali

“Assalamualaikum. Ni encik Ariff Budiman ke?“. Aku mengiyakan.

“Saya imam dari masjid …. Encik kenal tak dengan seorang wanita bernama ……”. Aku mengiyakan lagi.

“Encik dengar tak suara wanita sedang menjerit“. Terkejut aku bila mendengar suara sahabatku bertempik.

“Kenapa dengan dia tuan imam“, Aku bertanya.

“Dia kata sedang mencari seorang ustaz tapi tak tahu tempat. Katanya dalam dia bercakap seorang diri, dia minta kami hubungi tuan dari Penang. Tuan ni dok merawat dia ke“, Tanya tuan imam.

“Saya tak pandai sangat Cuma saya bantu dia dengan membaca ayat al quran dan hembus di gambarnya“, Terang aku.

“Macam ni la tuan. Saya dah minta anak buah saya budak2 tahfiz ni baca al quran dekat kawan tuan. Apa2 nanti saya beritahu encik“. Aku merasa sedikit lega. Sekurang2nya dia berada di tempat yang selamat. Begitu lama aku menanti panggilan dari tuan imam. Selepas subuh aku menerima panggilan talipon dari tuan imam

“Assalamualaikum en Ariff “. Aku menjawab salamnya dan bertanya tentang sahabatku ini

“Dia dah sembuh. Kami berkomunikasi dengan benda yang ada di dalam badannya. Katanya dia cukup benci dengan tuan. Dia berdendam dengan tuan. Katanya apa yang tuan buat tu membuatkan dia sakit sangat2“. Aku hampir menangis mendengar kata2 tuan imam. Tak sangka sampai ke tahap itu Allah bantu aku yang tiada ilmu merawat.

“Katanya lagi ilmu tuan cukup tinggi. Kuncunya telah diikat tuan. Itulah kerja Allah tuan bila kita sandarkan sepenuhnya harapan kepada Allah dan Allah yang lakukan segalanya“. Aku terdiam dan mengucap syukur kepada Allah beberapa kali.

“En Ariff, biar dia rehat di masjid dulu. Bila dia dah baik kami akan hantar dia ke asrama dia“. Aku cukup lega mendengar akan kata2 tuan imam.

Aku terus menanti panggilan talipon dari sahabatku ini. Nak call talipon dimatikan. Dua hari selepas kejadian aku mendapat panggilan dari sahabatku. Katanya dia berada di kampong. Aku merasa lega sekurang2nya dia selamat bersama keluarganya tapi satu yang aku perasan ialah dia cepat melenting selepas peristiwa hilang ingatan. Salah faham sikit kami akan bergaduh. Aku akan ambil sikap mengalah dan keesokan harinya dia akan memohon maaf. Agak lama aku diamkan diri. Malas aku nak bergaduh lebih2 lagi aku tahu yang sahabatku ini moodnya tidak baik selepas diserang gangguan. Beberapa hari kemudian dia menghubungi aku dan ketika kami berbual dia melenting lagi dan kali ini aku sendiri sudah hilang sabar. Kami bergaduh besar dan akhirnya aku mengambil keputusan menutup talipon aku.

Keesokan harinya, bila aku buka talipon mesej masuk dari sahabatku tapi orang lain yang menulis. Dikatakan sahabatku telah dimasukkan ke dalam icu dan koma. Dia memohon agar kawan yang mengenalinya berdoa untuk adiknya. Aku rasa cukup bersalah. Adakah aku puncanya dia koma. Aku hantar mesej dan dijawab

“Ini en Ariff ke?“. Aku mengiyakan. Terus aku talipon dan berbual dengan kakaknya. Aku cerita apa yang terjadi sehingga kami perang besar. Aku minta maaf sebab menjadi puncanya

“Ada dia cerita kisah encik merawat dia dekat kami sebelum dia koma. Encik, Maafkan adik kami “. Menangis kakaknya dalam talipon. Gugur jugak airmata jantan aku.

“Saya sudah maafkan dan saya jugak bersalah sebab melayan marahnya“. Masih terngiang perkataan kesat yang diucapkan sahabatku. Itu yang buat aku melenting. Dia seperti lupa diri. Aku sanggup tempuh semua serangan tapi kata2 kesatnya amat mengguris hati aku seolah2nya aku adalah musuhnya dan tidak bernilai. Aku mendapat khabar dari kakaknya yang mengatakan sahabatku kena stroke dan menyebabkan dia koma.

“En Ariff boleh tak ubatkan adik saya. Dia baik. Saya tau en Ariff pandai. Tolong la ubatkan adik kami. Dia terlalu baik cuma dia terlalu ikut perasaaan. Maafkan adik kami en Ariff“. Akhirnya aku bersetuju untuk buat dari jauh. Ketika itu aku sedang berkursus. Terus aku ambil wuduk dan solat. Lepas tu aku mula membaca ayat quran dan berdoa moga Allah sembuhkan sahabatku. Aku telah maafkan segala yang terbuku di hati.

Menjelang zohor aku menerima panggilan dari kakak sahabatku. Katanya adiknya dah sedar. Ayat pertama yang dia sebut ialah adakah encik datang ziarah dia. Aku terdiam mendengarnya tapi aku bersyukur dia telah sembuh. Beberapa minggu kemudian sahabatku menalipon aku. Dia sudah pulih sepenuhnya. Kami berbual seperti biasa dan katanya gangguan semakin berkurangan. Akulah orang yang paling gembira mendengarnya. Ia berlarutan sehingga beberapa bulan. Sahabatku dapat menumpukan perhatian dalam pengajiannya. Kami kerap juga berbual hinggalah suatu hari sahabatku melenting lagi. Bermacam perkataan kesat dikeluarkan terhadap aku. Dia menyumpah agar aku dilanggar lori. Dia menyumpah agar Allah musnahkan keluarga aku. Sekali lagi aku melenting dan akhirnya dia beritahu yang dia hendak mengundur diri dari aku. Bagi dia, aku sudah m**i. Katanya lagi jangan contact dirinya lagi. Aku di block dari segala jenis perhubungan. Aku biarkan saja sebab aku sendiri sudah terasa hati dengan perbuatannya. Memang dia mudah lupa diri.

Selang beberapa bulan dia menghubungi aku meminta aku menolongnya. Katanya badannya rasa kurang enak tapi aku sudah cukup terasa dengan perbuatannya. Aku berkata carilah orang yang lebih baik dari aku. Orang yang dapat bekorban walaupun nyawanya sekali pun. Katanya amat susah mencari orang begitu. Katanya tidakkah aku kesian terhadap diri dan anaknya. Bukan aku tidak kesian tapi hati aku cukup terluka dengan doanya agar aku dimusnahkan Allah sedangkan aku berdoa agar Allah pelihara diri dan keluarganya. Bermula saat itu aku berjanji tidak mudah bagiku membantu orang lain. Biarlah aku dikata sebagai seorang yang sombong. Kini dia dengan hidup dia dan aku dengan kehidupanku. Kadang2 kau berkata2 seorang diri, adakah aku seorang yang kejam. Persoalannya ialah adakah dia atau benda lain yang berada di dalam diri sahabatku ini. Kini kami terputus hubungan hampir 4 tahun. Moga Allah pelihara sahabatku ini.

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

12 thoughts on “Suami Sendiri Menyihir Isteri”

  1. Mungkin yang tidak sukakan tuan adlah y didalam badan sahabt tuan. Seperti kata ust saya dulu, kalau ‘benda’ dalam badan tidak suka org y merawat, rasa tdk suka itu akn trut dirasa n diikut oleh orang y ditumpangi ‘benda’ itu..wallah alam

    Reply
  2. Assalamualikum Encik Arif. saya merasa apa yang sahabat tuan alami. saya sendiri sudah berubat hampir 1 tahun. mempunyai 5 orang anak dan masih bersuami. Terus terang saya katakan, sejak ada manusia yang berjiwa gelap menghantar macam2 kat saya hingga saya sakit, saya menjadi seorang yang sangat pemarah tapi jauh di lubuk hati saya lain. Saya sayangkan suami dan anak-anak saya, kadang2 bila saya tenang saya ok. tapi bila masa badan saya berat, hati saya penuh dengan benci dan marah membuak2. saya akan marah dengan suami dan anak2 saya yang masih kecil. Sekarang saya masih dalam rawatan dan saya cuba sedaya upaya dekatkan diri dengan Allah, banyak2 berzikir supaya hati saya tidak dipengaruhi benda tersebut. Apa yg ingin saya sampaikan di sini, percayalah apabila sekali kita kena dengan ilmu hitam ini, bukan mudah untuk kita kembali seperti kita yang asal, mungkin ini adalah dugaan dari Allah. Segalanya tidak mungkin berlaku tanpa izinnya juga.

    Reply
        • Tlgla dia…kesian dia…spttnya sebagai perawat en arif dpt bezakan yg mana hak dan batil..yg mana kwn dan lwn..jika en arif mengenali dia sbg kwn..pasti en arif sedar yg memaki hamun en arif bkn dirinya…sebagai perawat mmg lumrah akan di maki dan di marahi pesakit…jika semua perawat mudah terasa hati seperti en arif…sy rasa semua pesakit masih lg x sembuh…ingat, ilmu yg di kurniakan oleh Allah adalah utk membantu…ada sebab mengapa en arif di pilih mempunyai keistemewaan ini…jgn ikutkan rasa hati dan rajuk yg berpanjangan..kelak akan merasa menyesal dan rugi…

          Reply
  3. rasanye penulis dah tau dia terkena buatan orang, sudah tentulah fikirannya tidak stabil dan kata-kata nya saat marah tu menandakan dirinya dikawal sesuatu. masakan penulis mengambil hati sedangkan penulis tau kisah dia dab mengubati dia. pelik knp nak terasa hati. ubatilah dia sampai pulih, sampai di normal.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.