Assalamualaikum. Hi korang, I’m back. Alaaa, aku yang cerita pasal Karak and gangguan tu. Masuk ni dah cerita ke 4 aku shared. Mohon lah jangan jemu tadah mata baca cerita seram sendu aku ni. Kali ni aku nak cerita pasal kolej aku. So maksudnya bukan setakat di kawasan kolej tetapi di sekitar kediaman students. Maybe agak panjang bagi sesetengah readers. So aku mohon ampun lah ye. Cerita ni tak semua mengenai pengalaman aku. Ada pengalaman dari pak mak guard, brader jaga library and lecturers sendiri. Semua ni dorang cerita terus kepada aku and kawan-kawan.
Kolej aku terletak di area Kuala Lumpur. Tak lah di tengah-tengah kota metropolitan sangat. Di ceruk sinun je and bertumpangkan poskod je mungkin. Tak faham aku nak describe daerah situ. Haha. Area situ ada dua boleh kolej termasuk kolej aku. Kolej aku ni ada dua wings and 3 tingkat. Boleh lah kiranya cantik pada pandangan aku yang memang datang kolej semata-mata masuk kelas dan balik.
So let’s begin.
Cerita pertama :
Cerita ni diceritakan oleh brader library. Nama dia Isaac (bukan nama sebenar)
Macam biasa selalunya staff library balik lewat. Dalam pukul 7 pm macam tu. Dah settle kunci library, Isaac akan turun ke lobi kolej untuk thumb print. Dekat area lobi tu, ada sofa untuk student lepak sambil tunggu kelas ke or tunggu transport nak balik. Mana yang puteri putera lilin tu, suka lah duduk situ sebab ada aircond. Lobi ni dua pintu, depan and belakang. Isaac ni masuk ikut pintu depan.
Nak pi ke mesin thumb print tu, Isaac kena lalu kat area sofa. Masa tu dia perasan ada sorang student tengah duduk sambil tunduk (cliché). Dia memang fikir itu student. So lepas siap thumb print bagai, dia pusing lah ke pintu nak balik. Dia pi tegur. Lebih kurang macam ni ayat dia ;
“Tak balik lagi? Dah lewat ni”.
Tahu apa jadi? Yang kengkonon student tu angkat kepala and start nak kejar Isaac. Nasib baik Isaac dah pegang pintu time tu. Mencibang dia lari. Kata Isaac, muka dia macam perempuan biasa je tapi bau bangkai.
Lepas aku dengar cerita dia, aku buat reaksi muka ‘yeke-ni-kau-kena-kacau-macam-tu?’ kat dia. Terus dia suruh kitaorang duduk kat lobi tu sampai senja. Jangan harap lah.
Cerita kedua :
Cerita ni lecturer aku yang cerita. Kita namakan dia Sir Alex (pun bukan nama sebenar)
Sir Alex ni orang dia macam lembut sikit tapi he is our favourite lecturer evah! Over kau. Haha. Cerita kedua ni banyak yang aku rangkum dari cerita dia tau. Biasalah, kelas tanpa selingan adalah sangat bosan. Jadi Sir selalu cerita pasal hal seram kat kami.
2.1 Masa ni department account and finance terpaksa stayed up sebab nak siapkan audit ke apa entah. Department ni kat aras 2. So malam tu dalam pukul 8 pm++, dorang mulakan kerja. Pintu office tu jenis kaca transparent. Kau boleh terus nampak kat luar. And akan ada guard yang jaga depan pintu so senang kalau ada apa-apa sebab kebanyakan yang tinggal adalah perempuan. Guard yang ada tu pun perempuan.
Masa tengah buat kerja tu, tiba-tiba mak guard yang kat luar tu berlari terkocoh-kocoh masuk dalam office. Semua pun pelik lah. Dah lah semua kat situ dok merenung pintu and tunggu apa yang buat mak guard berlari sedemikian rupa. Then nah! Kak pon elok terbang berirama lalu lalang depan pintu. Menjerit lah sekalian yang ada.
Lepas pada tu, CEO tak galakkan staff kerja sampai lewat-lewat macam tu.
2.2 Masa ni Sir Alex terpaksa balik lewat sebab nak siapkan sikit je lagi kerja dia. Tengah syok buat kerja kat office, tiba-tiba kertas buku bagai yang ada kat meja dia diteraburkan ke lantai. Dia terus cakap ;
“Aku ni nak buat kerja. Tolong jangan kacau. Aku cari duit untuk family aku”.
Ingatkan stop lah benda tu kata Sir. Dia main tarik tolak kerusi pula. Terus lah Sir angkut barang mana yang sempat tu and berambus dari office dia. Sampai kat parking kereta yang terletak di belakang bangunan kolej, dia terpandang kat tingkap tandas aras 2. Tersergam sebentuk muka dekat tingkap yang tak berapa nak besar tu. Tak tunggu apa lagi, pecut terus. Kesian Sir aku tu.
Cerita ketiga :
Cerita ni berkisar tentang apartment yang aku and housemate duduk. Yang kena ganggu (seingat aku) is Kiah, Bedah and aku sendiri.
Pertama kena is Kiah.
Kiah ni jenis suka otp sampai lewat malam. Entah macam mana bukan nasib dia malam tu, tengah syok borak tiba-tiba boyfriend dia tegur suara siapa mendengus kat telefon tu. Suara tu macam garau kasar halus. Kiah ni nak describe pun tak tahu sebab boyfriend dia yang cakap macam tu.
Masa tu semua orang dah membuta. Tinggal Kiah sorang je. Terus dia minta izin nak masuk tidur sebab dah tentu-tentu bukan suara dia yang mendengus gitu.
Kedua terkena is Bedah.
Bedah selalu ambil kelas lambat. Means kalau kitaorang dah nak balik kelas, baru lah dia terhegeh-hegeh nak pergi. Hahaha. Ampun Bedah oi. Selalunya Bedah akan tunggu sampai kitaorang balik rumah, baru dia turun bawah sebab bas yang sama je kitaorang naik.
Satu hari tu, masa kitaorang balik, Bedah ada duduk menunggu kat meja mak guard bawah apartment. Muka ala-ala pucat. Si Kiah ni pi lah tanya Bedah. Dia kata dia dengar ada benda main lompat-lompat dalam bilik master which is bilik aku and lagi 3 orang roommates tu. Tapi tak ada lah Bedah ni rajin pi intai. Mujur time tu dia dah siap nak pi kelas. Terus capai bag and keluar.
Ketiga yang kena is aku and Kiah.
Satu hari tu, aku and Kiah balik dari kelas awal. Kat rumah memang tak ada orang. Sampai rumah, aku terus masuk bilik and baring. Tiba-tiba aku dengar suara orang ketawa mengekek bak kata orang Pahang dari bilik Kiah and Bedah. Jenis ketawa yang happy gegila tu. Aku memang tak fikir orang lain lah time tu. Fikir si Kiah je.
Aku keluar dari bilik and tengok pintu bilik Kiah tertutup tapi suara gelak tu ada sikit lagi kedengaran. Aku pun panggil lah Kiah (dasar kepochi). Eh, elok je Kiah ni muncul dari balkoni dapur tu ha. Aku tanya dia siapa yang ketawa. Dah sah sah Kiah tak tahu. Dia nak masuk bilik pun tak boleh sebab pintu berkunci. Kami mampu berhuhuhu je lah lepas tu.
*
*
*
Okaylah, ini sajork. Sorry kalau tak seram mana. Thanks sebab gigih baca. Nak kecam ke apa, silakan. Aku tak pernah kena gangguan yang extreme masa kat kolej. Ganggu ganggu manja gitu je.
Bye!
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seb bek bace ni akk dh x keje dik…
Klu x mesti boss sugul tgk akk asyk x sabor nk punch out on time,heheheheh…
Dlu keje akk most of da night jd manusia terakhir punch out memalam/tgh mlm/awal pagi…
Kena ngorat pon sekadar bunyi-bunyian…
Buatnye kena Cik Pon bergentayang mcm opis atas ni kena, mau akk buat2 pitam…
Iic kan..wakakakaka