Assalamulaikum warga Fiksyen Shasha. First of all, terima kasih admin publish cerita ketiga aku #KopiCeroi-Loceng Ghaib. Terima kasih pada kalian-kalian yang sudi membaca cerita aku yang suam-suam kuku dan tak sehebat seperti penulis-penulis lain. Terima kasih juga atas support korang dan kata-kata positif yang korang lontarkan.
Baru-baru ni aku dapat hadiah dari kawan baik aku sempena hari jadi aku yang ke 25. So, aku ada post kat Instagram aku dan di”share” kat FB, plus aku mention pasal #KopiCeroi. Aku ingat aku tulis panjang-panjang tak ada siapa baca. Rupanya,
“Along.. tak apa ke aku share cerita hang? Agak-agak orang tau dak?”
Si angah whatsapp tanya soalan macam tu. Aku pun bagi jek la dia share, dah cerita pasal dia kan. Siapa aku?? tetttt. Hahahaha. Aku rasa angah orang pertama dalam family aku baca cerita aku. Ibu abah cuma tahu jek aku tulis cerita sebab selalu tanya
“Kamu tulis cerita apa yang kopi ceroi kopi ceroi tu??”
Panjang dah mukadimah aku. Before aku start, aku nak ubah intro aku sebabnya aku baca kat FB kata intro aku sama dari first cerita sampai la sekarang. Btw, thanks cakap family aku cute. Cute ke?? tettt. Hahahaha. Aku perkenalkan diri aku, Kopi Ceroi. 15 tahun lepas family kecil aku menderita kerana disihir oleh seseorang yang ingin merampas kebahagian family aku. Kisah yang aku akan ceritakan ni merupakan kisah yang betul-betul terjadi dalam family aku. Sebelum tu aku minta maaf la kalau cerita ni tak seram or tak menarik pada korang. Okey dah lain sikit kan intro. So, let’s begin.
…
CERITA 1 – LAMPU SULUH MISTERI
Waktu ni aku tinggal di Kelantan. Macam aku cerita sebelum ni, tapak kawasan rumah aku ni, tak elok. Pelbagai jenis “family” berkumpul disitu. Jangan cakap tempat aku ni tempat jin bertendang eh.
Malam tu aku dengan ayi tengah punggah barang dalam laci. Cari apa tak ingat dah. Punggah punya punggah, jumpa la lampu suluh. Tak ada apa yang menarik pun pasal lampu suluh tu. Ayi pun ambil lampu tu menyuluh sakan satu rumah. Suluh sana suluh sini. Agak dah bosan tu, ayi pun pergi kat beranda. Habis semua benda dia suluh. Nasib tak suluh benda bukan-bukan. Aku pula serabut tak jumpa barang yang aku cari. Aku humban semua barang dalam laci, pergi tengok tv.
Ayi dah puas main suluh-suluh kat luar, di pergi masuk bilik pula. Dia tutup lampu, dia main suluh-suluh dalam bilik. Entah apa seronok sangat, aku pun tak tahu. Cuma yang aku tahu, aku masuk bilik tengok dia dah terbongkang atas katil bersama lampu suluhnya, bukan lampu ajaibnya okey.
Aku pun letak lampu suluh kat meja tepi katil aku dan berehat atas katil. Golek sana golek sini, aku tertidur. Dalam pukul 2 lebih, kalau tak salah aku la, aku terjaga. Aku pandang ke arah pintu bilik. Tengah melayan mata, aku pandang dinding ada benda bulat warna oren. Aku pandang lama-lama. Apa benda pula ni. Cahaya dari mana? Tengok lampu suluh tepi meja, tak menyala pun. Tiba-tiba benda tu bergerak. Ahh sudah, dia main gerak-gerak pula. Kejap kat atas kejap bawah. Ke kiri ke kanan. Laju perlahan.
Waktu ni aku blur-blur. Nak kata takut sangat pun tak, berani sangat pun tak. Mata aku memang tak lepas pandang cahaya ni. Aku terus capai lampu suluh tu dan peluk, benda tu masih bergerak dengan riangnya. Aku pun duduk bersila atas katil,
“Kau nak main lampu kan. Main la. Jangan kacau aku.”
Aku kalau jadi benda-benda macam ni, memang suka cakap macam tu. Tapi tak ada la cakap kuat-kuat sampai satu rumah dengar. Bila aku cakap macam ni, semangat aku lain la sikit. Tak ada la takut sangat. Aku baring menghadap ayi, terus tidur. Nasib tak kena ganggu apa-apa malam tu selain cahaya tu jek la. Pagi tu,
“Weii ayi. Kau jangan nak main suluh-suluh dalam bilik eh. Benda tu dok main suluh-suluh dinding semalam. Biar nanti dia suluh muka kau.”
Aku pun pergi simpan lampu suluh tu. Malam tu, aku dapat tidur dengan aman tanpa sebarang gangguan. Setakat bayang bentuk kepala warna hitam lalu lalang tu, biasa dah. Sampai aku dah jemu tengok.
Akhir bulan 4 haritu, ibu abah balik kedah.. Ibu ada cerita, abah aku tidur bilik aku dan ayi. Biasalah rumah tak ada orang. Anak-anak duduk jauh. Dua orang kat Kedah, si ayi kat matrik. Tu pun si ayi nak habis dah. Jadi abah akan tidur bilik tengah, kadang bilik belakang. Masa abah tidur bilik aku, dia nampak benda warna hitam kat tingkap bilik aku tu. Abah buat tak tahu jek la. Tapi aku sendiri pun rasa semacam kat bahagian tingkap tu. Entah la benda apa duduk kat situ.
Dan lagi satu aku syak kan, rumah tok aku ni pun ada benda yang sama menghuni dengan kami. Banyak kali aku nampak benda hitam melintas kat bilik yang budak tepi rak tu duduk a.k.a bilik tok aku. Dan aku paling geram bila si baim (kucing aku) selalu sembunyi dalam bilik tu, then dia tangkap kaki aku bila lalu depan bilik tu. Terkejut wehh ada benda tangkap kaki tiba-tiba, lagi-lagi bila fikiran kau automatik dah set benda tu ada dalam bilik tu.. Tolong jangan kecam baim. Baim hanya seekor kucing. Hahaha.
Untuk cerita next ni, aku nak cerita pengalaman aku masa study kat universiti. Alang-alang aku tengah relaks kat office pada hari yang indah ni kan. Aku rajinkan diri sambung cerita satu lagi. Hope korang tak bosan.
…
CERITA 2 – LELAKI MISTERI
Aku budak engineering, so satu universiti tahu kolej aku ni almost 90% la budak engineering yang tinggal. Ni estimation aku jek eh. Kolej aku ni jenis bentuk U. Korang tengok huruf U tu, belah kiri blok A, tengah-tengah blok B dan C dan belah kanan blok D. Masa ni aku tinggal kat blok D, tingkat 4.
Nak dijadikan cerita, satu malam aku dapat whatsapp dari classmate aku, aku namakan Zarina (Mesti nanti ada classmate aku tanya siapa zarina tu kan. Hahahha. Cari sendiri okey). whatsappnya berbunyi begini,
“Mek (classmate aku panggil aku dengan nama ni), turun bilik aku kejap, aku nak bagi benda.”
“Okey’
Aku capai phone dengan kunci bilik, terus keluar menuju ke bilik zarina yang berada di tingkat 2 blok B. Selalunya aku akan turun guna lif tak pun ikut tangga kecemasan blok aku. Mostly budak-budak sini guna tangga blok A atau D, jarang la guna tangga kecemasan blok B dengan C. Tapi malam tu entah kenapa aku nak lalu tangga kat blok C.
Aku pun buka la pintu nak lalu tangga kecemasan kat blok C tu. Gelap. Tak apa la, aku teruskan melangkah. Lepas jek pintu tu, aku terpandang satu susuk tubuh lelaki, tinggi dan hitam duduk belah tangga yang menuju ke atas. Aku tergamam. Pintu pun
“Krekkk krekk krekkk”
Kurang ajar betul bunyi pintu tu. Seram kot bunyi dia. Pintu tertutup rapat. Aku masih tercegat pandang benda tu dalam kegelapan. Masa tu jantung aku tak payah cakap la, berdegup laju. Aku tak tahu la kekuatan apa yang datang kat diri aku ni, aku terus lari turun tangga menuju ke bawah sedangkan aku boleh jek buka pintu balik, keluar dari situ. Waktu berlari tu, rasa macam ada orang kejar dari belakang, dengan lampu tak ada. Nasib baik aku tak tersungkur kat tangga tu. Sampai bilik kawan aku, aku terus masuk tanpa bagi salam, duduk atas katil dia. Diam tak terkata.
Perkara ni aku tak panjangkan pada sesiapa. Tak nak dorang takut. Cuma aku pesan, jangan lalu situ, itu jek. Kalau ada junior-junior atau sesiapa yang masih tinggal disitu, korang tak perlu takut, benda-benda ni ada jek dimana-mana. Cuma masa tu Allah beri aku peluang untuk melihat benda tu. Universiti mana, biarlah rahsia. Siapa laki tu, entah la. Sejak tu, aku pun tak lalu situ dah kecuali beramai-ramai. Tu ja cerita aku kali ni. Maaf la tak seram, cuma ni pengalaman aku sendiri. Wassalam.
Benda hitam sedang menanti,
Lembaga hitam tunggu kat tangga nanti.
#KopiCeroi
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mcm kolej kediaman saya dulu je bentuk U…masa tu Kompleks Kejuruteraan depan kolej ni belum berkembang pesat lagi, baru mula ja..
macam nak sama jek.. ce bg hint sikit, kot2 betul
Masa saya tinggal kat situ dulu ada dua management kolej kediaman, satu ke 10, satu lagi ke 11…eh…ke 11 & 12…tp x tau la skrg kalau dah satu management..tak jauh dr kolej tu hiway, ada nasi lemak 24 jam blh pegi mkn situ…hahahaah..
Ada stesen minyak kaler hijau tepi kolej tu..
Haaaaa…so, tempat yg sama ke kita bincang ni?
tggl kat kolej tu ke??
unimap?
Ya, utk 3 tahun.. ?
Ryu.. Hai senior.. Ehhh ke junior..
Study kat situ tahun bila? Sy dr 1997 – 2002…
Ooohhh senior la ni.. Sy bru jek.. 2011-2015.. 🙂
Hehehee..hai, my junior..rindu pulak kolej tu, last 2 years pegi sana intai dr luar je..
Tapi, skrg ni pun kuat lagi ye ke angkeran kolej tu…??
Masa saya dulu awal 2000 ke 2002, biasa juga naik lif sorg2 kdg2 kul 1 pg…mujur x jumpa ape2 yg mistik..mlm2 pulak bergayut kat tingkap tgk pemandangan lewat mlm..hahaaa…
Hai senior.. Hehehe.. Kolej laki xtau la pulak angker ke x.. Yg prmpn ni skali tu jek yg jmpa.. Spnjg 4thn dok kolej tu, xde la pape yg berlaku.. Xtau la klu ada org lain pernah kena tp diamkan jek..
Akak acah2 rider, bkn unimap.. Hehehhe
Kolej 11 Upm..serdang?
Yes.. Study situ ke??