#KurtKobeng: Ku Main Hati (2)
* * * * * * * * * * *
Alhamdulillah lepas habis SPM aku dapat tawaran untuk masuk ke universiti awam buat diploma. Dekat mana tu hampa toksah taulah aku bagi hint dekat utara je. Tapi sadly, Hazruqi tak dapat tawaran UPU so dia decide untul sambung study dekat universiti swasta je under MARA. Sampai sekarang aku masih dengan Hazruqi dan aku betul-betul serius dengan dia sejak aku pilih untuk stay dengan dia lepas PMR dulu. Actually kisah kitorang tak ending macam tu je. Bila dah masuk upper form lain pulak dramanya. Tapi cerita tu aku save dulu untuk siri seterusnya. Dalam siri kali ni aku nak cerita di mana unsur mistik tu dah mula aku perasan sejak aku duduk jauh dari family dan Hazruqi.
2015 (UiTM DiHatiku)
Aku ni yang baru first time merasa duduk jauh dari family ni excited sikitlah bila nak packing barang tu. Segala tok nenek selagi boleh angkut aku angkut dari rumah dengan alasan “Alah, rumah jauh nanti kalau adik tertinggal barang apa-apa macam mana?” Luggage pun tak nak kalah besaq peti ais tu hah aku bawa. So settle pendaftaran, settle drama air mata maka family aku pun beransur balik. Mahasiswa baru pulak kena prepare untuk MDS petang nanti. Skip part MDS, skip fasi terjerit terlolong “pantas siswi pantas” so habis pun 4 hari MDS and hari Isnin kuliah pun dah mula macam biasa. So far takda lagi gangguan ke apa.
Sampai minggu ketiga aku dekat situ, aku pun dah mula biasa dan seronok dengan life dekat U. Untuk pelajar baru semester 1, setiap hari Rabu biasanya akan ada aktiviti kokurikulum yang wajib semua student join badan beruniform (heh, aku ingat dah masuk U, segala jenis koko ni dah terkubur dah). Macam untuk kursus aku wajib join Kesatria Negara. Tapi disebabkan kelas aku setiap hari Rabu habis pukul 5 so, semua pelajar jurusan aku kena kor hari Khamis. And the best part, dalam rumah aku semua housemate aku akan pergi kor hari Rabu maka tinggailah cheq ni seorang dalam rumah berhuhu.
Konsep kolej siswi dekat kampus aku ni, dia macam apartment satu rumah ada 2 bilik dan duduk 8 orang (1 bilik 4 orang). So bila 7 housemates aku yang lain pergi kor aku akan duduk dekat meja study dekat hallway, buat apa lagi makan maggi tengok movie ah. Tengah sedap-sedap hirup kuah maggi tu, tiba-tiba dengar pintu bilik depan kena pulas dari dalam, macam bilik tu berkunci (alah dia macam bila korang terkunci pintu, lepas tu korang pulas-pulas tombol pintu tu). Tapi agaklah pun hantu ni nak buat-buat terkunci dari dalam bilik pulak hek eleh. Tapi kalau maunya dia reti bukak pintu tu tak ke nanti berterabur aku lari sampai ke padang kawad sana. Aku pun buat tak tahu je, kuatkan volume laptop sambung tengok movie. Sebab prinsip aku selagi bulu roma tak meremang, maksudnya bukan benda tu hahaha.
Tengok jam dekat laptop baru 6 suku, ‘Alah lamanya lagi dorang nak habis’ aku pun pergi sinki nak basuh mangkuk maggi aku. Tiba-tiba pintu rumah macam ada orang ketuk. Tapi gentle aku cakap, sinki rumah tu betul-betul sebelah pintu rumah tu je. Siap ada tingkap sikit punya besaq dekat sinki tu and of course aku boleh nampak terus dekat luar koridor kolej tu. Tapi takda siapa lah doh aduh. Hantu ahmad albab ke apa suka benor main pintu ni. Aku pun apa lagi kk hantu raklu aku lari masuk bilik selubung tidur. Sampai roommate aku bila balik kor tu tanya aku “Kau kenapa Kurt, demam ke?”
Aku ingat tu gangguan biasa je yelah duduk kolej kan mestilah macam-macam kena usik dengan anak jin yang dok main-main. Tapi yang paling aku ingat sekali, satu kejadian ni. Masa tu weekend, aku tengah memberus baju dekat toilet. Aku ni jenis pergi mana-mana even dalam jamban pun aku akan dengar MP3 untuk elak dengar bunyi-bunyian yang pelik. Masa tu dah agak petang nak masuk waktu maghrib. Aku ni pun satu, time peralihan waktu kita dengan ‘dia’ time tulah aku nak buat rajin berus baju dekat toilet. Tiba-tiba aku nampak housemate aku, Hana yang bilik depan masuk rumah, lalu dekat hallway. Aku pun takpalah malas nak tegur settlekan memberus apa semua. Habis je sidai baju, aku pun duduk dekat meja kejap. Nampak Caja baru keluar bilik depan, aku pun tegur lah dia,
Aku: Cajaa, nak pergi mana? Eh kenapa bilik gelap je? Yang lain mana?
Caja: Kita nak turun beli makan kejap. Shift dia keluar study dekat library. Hana dengan Nelly kan dorang balik kampung.
Aku: Hah? Eh takkanlah. Baru je tadi kot kita nampak Hana lalu dekat hall.
Caja: Aiyokk siapa awak nampak tu huhu
Aku: …………
Malam tu aku solat minta ampun banyak-banyak. Kalaulah aku tegur ‘Hana’ tadi tu memang tersungkur dalam air sabun dah aku rasa. Dan gangguan-gangguan kecil tu makin lama jadi makin teruk pulak lagi-lagi bila dah start musim dihujani test. Time musim test ke final standard lah kan stay up sampai 2-3 pagi nak study. Esoknya test Fundamental of Physic 2 tak silap aku, memang subjek paling killer lah untuk semester tu dengan lecturer yang mengajar kitorang macam ajar student PHD. Aku pun plan nak stay up sampai pukul 3 macam tu, nak cover chapter yang tough. Tengah kusyuk study sambil layan lagu ‘Sephia’ nyanyian Sheila On 7 dekat MP3, lirik pulak masa tu kebetulan play dekat,
“Hey, Sephia.. Malam ini ku takkan datang..”
Tiba-tiba aku nampak ada bayang orang dekat tingkap yang dekat sinki tu macam tengah mundar-mandir.Tapi tak nampak jelas orang ke apa sebab dekat tingkap ada jaring yang untuk elak Charlie si puaka tu. Tapi takkanlah budak aras kot gila apa nak dekat 2 pagi ni!
“Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup untuk melupakanmu..”
Bayang-bayang tu jalan ke kiri, jalan ke kanan, kiri, kanan..
“Selamat tidur kekasih gelapku oh Sephia..”
And suddenly bayang tu stop seolah-olah macam pandang kearah dalam rumah. ‘Benda’ tu pandang siapa lagi, pandang aku lah! Sumpahlah kalau toreh muka aku time tu memang tak berdarah kot. Aku cabut earphone terus masuk bilik tidur. Esoknya, laju-laju aku dengan roommate pergi bilik JPK beli kertas penutup tingkap tu. Huhu pandai kau komplot dengan JPK eh hantu.
Aku pun redha jelah lalui hari-hari aku macam biasa sebab makin hari makin busy dengan assignment, group task, lab report semua maka benda-benda macam tu lama-lama tak mengugat aku sangat. Satu hari tu aku terbangun lewat nak pergi lab. Hari tu hari Jumaat, sedar-sedar dah pukul 7.58 pagi sebab aku tidur seorang je malam tadi, roommate bilik aku semua dah balik kampung minggu tu. Nasib baik tak jadi apa-apa nokk oi. Dengan tak mandi apa, sempat cuci muka dengan gosok gigi je, sarung jubah hitam yang kedut-kedut tak beriron, lilit tudung and dah blah berkejar nak pergi lab. Tengah-tengah rushing nak masuk kompleks akademik tu, tiba-tiba terlanggar someone (eh macam drama melayu daa). “Sorry, sumpah sorry.” Berulang kali aku minta maaf. Bila angkat je kepala nak tengok tuan punya badan… “Reza???”
Bersambung…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Epic betul lagu sephia tu,teringat memory akk di uitm shah alam tahun 2002.malam2 merayau Dr kolej cempaka ke kolej kenanga, utk elak perasaan seram, pasang Walkman kuat2. Sambil nyanyi lagu sephia. Tinggal kenangan..
Awk course apa?
OM
Kak anje saya dok K4 dulu
Jiran la kita, kak anje duk k2 masa part 2 pastu pindah seroja
Smbung lah cpat…….
Kurt, citer part 1 tu blh dipendekkan kpd 1-2 paragraf je
Jalan cerita yg menarik walaupun tak seseram mana.. baca pun senang fhm.. takde berterabur.. sambung lagi
Hg belajaq uitmpp dihatiku kan.. hahahaha..
admin buat kerja sikit..mcm ni tahap seram, baik tak payah jadi admin
Aku bukan lah nak jadi kaki kecam kan, tapi sebagai pembaca setia FS, jujur aku cakap cerita ni bosan. Kalau nak dibandingkan dengan cerita2 lain yang ada kat sini, ye penceritaan bagus tapi keseramannya? Sampai dua entry lepas tu nak sambung lagi, tapi part mistiknya berapa peratus je tak sampai 10%
Mohon admin ambil perhatian.
setuju.. lepastu kena tunggu dia punya sambungan.. apa salah nya dia tulis semua sesiap then baru hantar.. kalau kena baca 3 jam sekalipon takpa.. janji xdakk sambungan..
Takyah sambung la. Tak masuk ke jiwa. Bosan gila. Cerita part one pun tak panjang mana. Sesuai sekalikan je part two ni. Rugi masa je aku baca!!!
Bila smbungan cta ni ye? Lamanya nk tunggu
dia ingt nak buat drama kot. dah la yg first tu cite sampah je. hantu nye takde pon. cite cinta smpah yg lebih. pastu duk smbung sambung. menduga bulan puasa aku btl la bdk ni wicet ni. masuk lak ko kat uitm ek. ni msti dah jdi sistur hipsturrr
Dang it! I feel you bro. Hahaha.
Tak sabar nak tahu sambungan dia. Menarik jalan cerita dari part 1 lagi.
Cepat la publish >_<
ni msti ko sek sek writer ni. acah acah ada org suka baca. choi
cerita ni banyak kepada merenyam.betina gatal.cerita sampah.bosan amat!
orang nak cerita hantu bodoh.
Heh…heh…heh…
kolej kristal A ke B? hehe
kristal A kod.. heheheheheheje
kristal A memang seram. dulu dok situ memang byk kes histeria dengan kena kacau. huhu
Cerita bosan ya amat. Ko nak sambung-sambung bagai
Yang dok komen sini pun sebab pernah belajar sama kolej dengan kau.
Itulah senang nak tarik pembaca sekarang, buat cerita pasal universiti anda, kemudian..boom viral semua alumni datang komen.
Padahal cerita macam TAHI
Sedey ddohhh..cite aku x penah post..aku rasa cite aku lgi seram…siap nmpak babi hitam legam merangkak dari dapur masuk bilik lgi..tpi cite aku tu x penah post..cite sampah mcm ni jgak dia post..aku tawar diri nk jdi editor..eksen x layan..pastu keje cincai bincai….>sedar diri x glemer<
Time2 macam ni la baru korang perlukan si spm victim 2k17 tu..mana dia tak datang mencarut pulak..haha
tah tah ni cite ni si spm victim yg tulis .hahah
setuju..yang sakai je tulis macam ni,.hahahha
Aku salah seorang yg xbwrminat utk dgr cerita peribadi ko lbih baik ko buat biodata simpan sndri je kisah ko..sini utk cerita hantu street to the point jgn buang masa.kchaw
Mana sambungan?? Dari bulan lepas lagi tunggu.. jangan buat cerita tergantung pls