Lagu-lagu Mistik

Assalamualaikum and salam sejahtera FS readers. Firstly, thanks admin kalau kisah aku ni dipublish. OK, so korang mesti pernah dengar pasal lagu mistik or lagu berhantu. Dekat sini aku nak tulis pasal beberapa lagu yang dianggap haunted oleh penduduk bumi ni. urban legend atau reality, aku tak tahu. Tapi the stories behind lagu-lagu ni memang seram bakhanggg!

OK, aku mula!

________________________________

1. Another Brick in the Wall (Pink Floyd, 1979)

lagu ni direlease time hujung 1979 dan jadi famous time awal 1980. lirik dan video lagu ni pasal students yang rebel terhadap cikgu diorang dan perasaan students bahawa guru tidak diperlukan oleh diorang.

video lagu ni memang seram la kalau korang tengok sampai lagu ni di ‘ban’ di beberapa negara. tapi kes mistik lagu ni jadi pada 1981 di Afrika Selatan. pada awal 1981, penduduk berhampiran sekolah2 lama yang dah usang di negara ni mula dengar lagu ni dimainkan kat sekolah2 yang dah ditinggalkan tu. kejadian ni biasanya jadi time pukul 2/3 a.m. dan berterusan sampai 2 bulan. hampir setiap malam mesti orang dengar lagu ni ada kat sekolah2 yang dah takda orang pun. ada yang kata roh2 bekas pelajar sekolah tu yang dengar lagu ni dan ada yang kata lagu ni digunakan untuk menyembah syaitan di sekolah2 lama tu.(sebab kat sana banyak geng2 yang buat ritual kat kawasan yang ditinggalkan) tapi takda siapa tau kebenarannya sampai lagu ni di’ban’ di situ pada hujung 1981.

________________________________

2. Gloomy Sunday (Billie Holiday, 1933)

lagu ni memang femes sebab orang kata siapa yang dengar lagu ni mesti bunuh diri lepas tu. sejak 1933, memang banyak kes bunuh diri lepas lagu ni direlease. ada yang kata lyrics lagu ni mendorong penduduk bunuh diri dan ada yang kata melodi lagu ni ada unsur mistik yang boleh kawal fikiran manusia dan memdorong manusia bunuh diri.sejak dari kes2 bunuh diri ni, lagu ni di haramkan di kebanyakan negara di dunia. versi asal lagu ni pun saaaangat payah nak cari sekarang sebab sejak 1933, ada 100+ versi cover oleh penyanyi di negara luar. tapi ada sumber yg kata kat deep web lagu yg ori boleh dijumpai dan memang, walaupun cover, lagu ni memang seram untuk didengar.

________________________________

3. Dan Sebenarnya (Yuna,2007)

lagu ni ada yang associate lyrics dia dengan seru hantu. even kalau korang dengar lyrics dengan melodi lagu ni memang calming je, tapi ada banyak kes orang yg nampak ‘benda’ time dengar/nyanyi lagu ni. #1 ada student kat satu U ni tengah mandi time malam and then dia nyanyi lagu ni. tiba2 dia dengar ada orang masuk dalam bilik air (perempuan ni mandi dalam cubicle) and then time dia nyanyi dia dengar orang yang baru masuk ni nyanyi lagu ni gak. so dia tak fikir apa sebab maybe lagu ni meletup time tu. but lepas tu tiba2 orang yang nyanyi ni senyap. perempuan ni pelik sebab tiba2 sangat dia ni berhenti nyanyi. so dia tengok keliling bilik air tu and then tiba2 satu cubicle dekat dengan cubicle perempuan ni mandi tadi keluar banyak sangat darah kat bawah cubicle tu. perempuan ni pun apa lagi, cabut lari dulu ah. memang lepas kes ni bukan kat U tu je, tapi satu malaysia ada kes berkaitan dengan nyanyi/dengar lagu tu. sekarang kat twitter pun still ada kes orang kena kacau sebab lagu ni.

ok guys that’s it. thanks sebab baca cerita ni. korang rasa betul ke 3 lagu ni berhantu? renungkanlah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

boo
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

23 comments

    1. version original dia dah kena banned terok dah, dalam youtube apa semua tu cuma gubahan balik sahaja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *