Laluan Mahkluk Halus

Assalamualaikum, hai semua penggemar fiksyen shasha. Nama saya Azie. Saya ade beberapa kisah yang ingin saya ceritakan pada anda semua. Kisah nie bukan hanya terjadi pada saya, malah adik- beradik saya juga pernah mengalaminya. Cuma pengalaman saja yang berbeza. Keluarga saya tinggal di sebuah kampung yang terletak di Pasir Gudang, Johor. Nama kampung nie kampung Sentosa Cahaya Baru. Kawasan kampung nie bila tiba waktu malam, agak seram juga lah. Yelah, nama pon kampung kan? Kawasan rumah keluarga saya juga agak jauh dari jalan raya besar, kena lalu jalan kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta sahaja untuk lalu.

Dipendekkan cerita, masa nie umur saya lebih kurang dalam 9 tahun. Masa tu keluarga kami baru pulang dari melawat atok sedara kami kat Kulai. Sampai saja di kawasan perkampungan, semua rumah gelap black out. Kami pon pasang la lilin, buat rutin mcm biasa. Mak pun memasak dan sediakan hidangan. Lepas saja isyak, kami pun berkumpul di ruang dapur untuk makan malam. Kebetulan hari tu tugas saya untuk membasuh pinggan mangkuk, manakala kakak2 saya ada tugas masing2 juga.  Selepas saja makan, saya pun mencuci pinggan mangkuk di sinki. Dihadapan sinki rumah kami ada tingkap, yang memang sengaja saya buka sebab panas, black out pulak tu kan. Sedang saya seronok mencuci, saya terpandang ke luar rumah, saya ternampak pusaran angin kecil bersebelahan pokok jambu batu. Dalam hati memuji kecantikan pusaran angin tu, jarang nampak, jadi pujian tu memang melangit lah huhu. Saya pon sambung mencuci.

Tiba2 dengan secara tak sengaja, saya terpandang balik ke luar rumah. Memang amat memeranjatkan bila saya terpandang sesusuk tubuh perempuan. Rambut dia panjang sangat dengan berbaju putih. Saya tak tau sama ada dia memandang saya atau tak, sebab rambut die menutupi keseluruhan kepala. Saya pon gelabah, d***h dah berderau, terus saya berhenti mencuci dan bagitahu perkara nie kat ayah. Ayah terus keluar dan melihat kawasan tu. Ayah cakap, “tak der apa2 pun Zie?”. Malam tu memang saya takut sangat2. Saya minta kakak saya temankan saya sambung cuci pinggan dengan tangan terketar2 dan esoknya saya demam hehe.

Lain pulak cerita kakak saya. Terserempak dengan momok pagi2 buta. Masa tu kakak saya sekolah sesi pagi bersama dengan kakak sulung saya. Dalam pukul 5 pagi, kak Uda nak ambil tuala yang disidai di beranda hadapan rumah. Mata masih lagi mamai. Bila dia capai saja tuala yang tersidai, kakak terpandang kepala tanpa badan dengan mata merah, rambut kusut masai, dengan gigi taring tajam. Bila kakak saya cuba mendekati, benda tu pun makin hampir. Dekat lagi benda tu pun lagi dekat. Tanpa semena2 kakak saya berlari msuk ke dalam rumah sambil menangis2. Seboleh2 kak Uda tak bagi Along keluar rumah untuk ke sekolah. Dia bagitahu dia ternampak momok kat depan. Disebabkan ketakutan, kak Uda tak pergi sekolah pada hari tu.

Ini pula cerita adik lelaki saya. Kejadian nie berlaku dalam awal tahun nie. Biasalah bujang nie tak sah kalau tak bergayut sampi lewat malam. Masa hari tu dia bergayut dengan tunang dia kat beranda depan. Mungkin sebab dia rimas kat beranda tu, adik lelaki saya pun berjalan keluar hingga ke jalan raya depan rumah. Mula2 adik saya berbual sambil berjalan. Lepas tu dia kate dia penat berjalan terpusing2. Dia duduk. Dah penat duduk, ehh adik saya baring pulak kat jalan tar tu. Yelah jalan kecil, cuma ada beberapa rumah saja disitu, memang jarang ade kereta atau motor lalu lalang. Jadi safety tu ade la huhu.

Tengah seronok berborak dengan tunang dia kat handphone. Tiba2 mata pandang ke langit, adik saya macam ade ternampak kelibat melintas. Adik cakap macam kain putih melintas, so dia pun buat bodoh je lah. Dalam hati dia cakap, “aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku”. Adik pun sambung berborak. Dia tak bagitahu apa2 kat tunang dia, borak macam biasa. Sambung lagi borak, tak lama lepas tu lampu tiang kat tepi jalan tu pulak buat hal. Berkelip2 kejap hidup kejap m**i. Dalam hati adik cakap lagi, “eehhh. Tak pernah2 berkelip2 nie, kenape pulak??”. Terus lampu padam, jadi jalan tu gelap gelita. Adik saya pun bagitahu kat tunang dia, dia cakap, “nak balik rumah lah, rasa tak sedap pulak lepak sini”.

Adik saya baca surah al-fatihah, lampu tiang tu ok balik. Tapi bukan setakat lampu tu jer yang menyala, betul2 sebelah tiang lampu tu, adik saya terpandang macam sesusuk tubuh jenazah yang dah dikafankan. Muka mayat tu masyaAllah memang amat2 mengerikan. Dengan mata terbeliak, muka penuh dengan nanah bercampur d***h, dengan ulat dia lagi. Adik cakap kalau tengok pocong kat movie buruk, buruk busuk lagi yang adik saya nampak nie. Adik saya cakap, benda tu tengok dia dengan mata terbeliak. Adik saya ape lagi, terus blah dari situ terus blik umah. Bau busuk jangan cakap lah. Menusuk ke hidung dia cakap. Sampai ajer rumah, adik saya panggil ayah dengan mak. Dia cerita kat mak ayah, tapi kene marah dengan ayah huhu. Sebab ape?? Sebab yang kau pergi baring kat jalan tu da kenape? Buang tebiat? Tengah2 malam pulak tu huhu.

Tak habis kat situ jer. Selang beberapa minggu, adik saya baring kat beranda rumah. Tengah malam jugak, baring2 sambil hisap rokok. Berani dia hisap rokok dalam rumah, mau kene tibai dengan mak huhu. Puss ppaass ppuuss pass asap rokok, adik saya terdengar orang berlari kat laman luar rumah. Lepas tu dengar bunyi ayam berkokok, kecoh. Adik ingat mungkin musang pandan, tapi x der bau pandan pulak. Adik saya tengok, tak der pape. Dia suluh pakai torchlight handphone, adik cakap macam terdengar bunyi tapak kaki budak kecik berlari. Suluh punya suluh, adik saya pun suluh lampu kat sebelah pangkin pokok orkid mak.

Ape yang dia nampak, dia pon tak pasti benda apa. Mata dia merah, badan besar warna hitam, kat mulut dia ade seekor ayam yang tengah terketik2. Bila adik saya suluh benda tu terus lenyap, ayam tu pulak jatuh, menggelepur macam kita sembelih leher dia. Adik panggil ayah, cerita kat ayah. Ayah pun keluar gi tengok dengan adik lelaki saya tu. Tengok ayam tu dah m**i, dengan kesan gigitan kat leher dia, tak pasti benda apa. Saya pun ade jugak tengok ayam tu. Memang mengerikan. Dan pada masa yang sama, semasa adik saya terdengar budak berlari tu, saya dan mak ayah terdengar ade benda bergolek kat atas bumbung. Tapi adik lelaki saya tak dengar pun ade benda bergolek kat atas bumbung. Yang dia dengar bunyi tapak kaki berlari, hmmm pelik kan??

Pembaca semua, kalau saya cerita satu persatu, memang jenuh anda semua nak baca, (buat abes kouta jer kan? huhu). Kawasan rumah kami nie, entah lah. Saya ade dengar orang cakap, kawasan perumahan saya nie ‘kawasan laluan makhluk halus’. Kami sekeluarga nie macam dah lali. Kalau kat dapur depan tingkap nampak ade kain terbang atau melintas dah jadi perkara biasa dah bagi kami. Dengar benda bergolek pon sebenarnya perkara biasa, pasir bertaburan atas bumbung pun sama.

Cuma penampakan tu jer yang jarang2 kami nampak. Jiran saya pernah bagitau kat mak yang dia ade nampak bentuk macam pocong berdiri kat tepi longkang depan rumah. Mak saya pun pernah nampak penanggal lalu atas bumbung rumah, ayah saya pernah kene ganggu. Macam2 lagi lah. Tapi ayah saya selalu pesan, kat dunia nie bukan manusia jer yang duduk, makhluk halus dan jin pon ade. Sedangkan dalam masjid dan surau pun ade jin yang menghuni, ape lagi kat luar kawasan rumah dan dalam rumah. Selagi kita tak ganggu dia, dia takkan ganggu kita. Anggaplah semua penampakan tu cuma usik2 manja dari mereka huhuhu. Sekian dari saya

-Azie-

azie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]

4 thoughts on “Laluan Mahkluk Halus”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.