Lawatan dalam mimpi.

Pernah mimpi bersambung-sambung?

Aku pernah. 3 episod mimpi aku tu. Dan all three of them are so vivid. Rasa mcm reality.

Masa ni baru lepas PMR. Dekat rumah sendiri. Rumah aku di sempadan thailand. Aku macam biasa tidur pukul 11. Sudah terbiasa jadual asrama.

Dalam mimpi tu, ada tiga orang. Aku dengan dua orang kawan aku. Kami dalam kereta, drive. Aku tak pasti macam mana kami boleh drive, baru form3/form4 masa tu, tapi kami drive dengan berhemahnya haha. Macam biasa, girls bila berkumpul, mesti berborak tak ingat dunia. Yang aku ingat jalan tu kiri kanannya hutan. Kemudian tiba-tiba driver brake mengejut sebab jalan yang kami tengah jalan tu, jalan mati dan ada gaung kat depan.

Tapi brake tu tak makan dan kereta kami jatuh dalam gaung. Keadaan sangat cemas masa tu, aku terjerit-jerit mintak tolong sebab sakit bila kepala terhantuk sana-sini.

Bila aku sedar, aku ada di satu tempat yang sangat tenang. Ada bunyi burung-burung. Ada bunyi air terjun. Air terjun tu sangat cantik. Aku boleh cakap lagi cantik dari mana-mana air terjun yang pernah aku pergi. Air terjun tu mengalir laju, tanpa sedikit sampah atau serpihan besi sekalipun padahal aku baru accident dengan kereta tadi. Aku teringat dekat kawan-kawan aku. Aku tak tau mana kereta aku dan kawan aku pegi.

Di seberang sungai, ada pondok. Ada banyak pondok. Berdindingkan buluh, beratapkan nipah. Ada tiga anak tangga ke pelantar depan rumah masing2. Dari seberang sini nak kesana, ada jambatan. Jambatan dia macam pelik sikit. Tak reti nak describe. Harap faham aku describe ni. Jambatan tu masuk dalam air. Yang pasti dia bukan menyambung dari tebing ke tebing. Dia dari tebing ke tengah sungai.

Bila aku mendekat ke jambatan tu, muncul orang tua, tegur aku, datang dari mana, tanya dia. Aku malas nak cerita panjang-panjang, macam tak logik lah kalau aku accident tiba-tiba sampai kat kampung orang, aku cuma cakap kat pakcik tu, aku cari kawan aku.

Kemudian dari seberang jambatan tu, muncul dua orang perempuan muda. Cantik. Berpakaian macam orang dulu-dulu. Siap ada besi-besi yang cucuk-cucuk kat sanggui kat kepala tu. Dan selendang menutup bahu dan lengan diaorang. Warna hijau zamrud selendang tu. Baju pun hijau. Berkain batik. Cantik macam puteri dongeng melayu. Ha, kau bayangkan lah. Biasa kita dah tengok puteri2 pakai emas/kuning. Tapi dalam mimpi aku hijau. Cucuk-cucuk sanggui dia kuning la, takkan hijau jugak kan..

Perempuan yang depan tu lagak macam ‘leader’, yang belakang tu tunduk je, follow leader dia.

Aku namakan yang depan tu puteri, yang belakang tu dayang, sebab dorang acted like so, okay.

Puteri tu tanya, ‘macam mana awak boleh sampai ke sini?’

Aku tak mampu jawab. Sebab cara dia seolah-olah sangat pelik untuk aku sampai ke kampung tu. Tapi dia senyum. Tak marah pun. Omegad lawa seyh. Pastu dia suruh perempuan si dayang dia tu bawak aku ke salah satu pondok, pondok khas untuk tetamu katanya. (Kalau suruh aku lukis, aku boleh lukis, aku masih ingat peta ‘dunia’ tu)

Dayang tu follow arahan leader dia, bawak aku ke pondok khas tu dan suruh aku salin pakaian kepada pakaian yang macam mereka. Aku salin je la. Tapi aku pakai kain batik dengan baju kurung kedah. Rambut sanggul perfectly. Takde kusut masai pun. (MasyaAllah aku bukak tudung aku masa ni? Baru teringat. )

Bila dah siap tukar baju, aku keluarlah. Sebab macam nak buat apa je dalam pondok tu, takde internet, takde tv, takde toilet pun weyh! Mandi kat sungeiii ler jawabnya.

Aku dengan ayunya turun tiga anak tangga, sampai je bawah baru perasan, dayang tadi tengah menunggu rupanya.

Selepas puteri sampai, dia kata nak bawak aku bersiar-siar keliling kampung. Dia cakap dia harap aku stay kat situ dengan dia. Aku tak faham jugak kenapa dia berharap sangat. Aku bukannya cantik nak dijadikan koleksi dayang dia. Aku ni macam dayang senandung kahkahkah.

Masa tengah bersiar-siar tu, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki, bawak parang, si ketua kampung panggilan dia.

‘Ketua kampung, itulah perempuan yang aku ceritakan tadi’ hensem betul lelaki yang cakap tu. Badan ketul-ketul, auumm.

Ketua kampung tu acu parang tepat-tepat ke muka aku pastu tanya, ‘kenapa kau masuk ke dunia ni?’ Puteri cuba tenangkan keadaan tp si ketua kampung buat takdengar.

‘Aku ulang pertanyaan aku, kenapa kau masuk ke dunia kami?’

Ahh sudah, dunia apa aku tengah hidup sekarang ni? Aku dah salah ke negara orang tanpa passport ke apa ni..?

‘Maaf tuan, saya accident kereta, sedar-sedar saya dah berada kat kaki air terjun seberang sana.’

‘Tiada orang tua yang menasihat kau supaya jangan melintas sungai itu?’

‘Orang tua itu ada, tapi dia tak cakap apa-apa pasal sungai pun.’

‘Keluar kau dari sini sebelum aku tetak kepala kau.’

Aku dah gelabah, macam mana aku sampai ke situ pun aku taktau, macam mana aku nak keluar?

‘Tuan, tunjukkan saya jalan keluar.’

Tiba-tiba hari senja. Serious, tiba-tiba ada sunset.

Kemudian puteri tu mencelah, ‘Sekarang bukan waktu yang sesuai, pagi esok, aku hantar dia ke pintu gerbang.’

Ketua kampung tu akur je dengan kata-kata si puteri.

Pastu puteri bawak aku pegi pondok khas tu, dan suruh aku tidor.

*Pap*

Aku tersedar pukul 3 pagi dengan keadaan berpeluh macam baru lepas main kejar-kejar.

Yeay tamat episod satu.

Esoknya mimpi lagi. Dalam mimpi tu startnya hari kedua.

Hari kedua, aku bangun dalam pondok yg aku tidor semalam, puteri dgn dayang tu tunggu aku kat luar rumah. Diaorg nak bwk aku ke pintu gerbang. Keadaan still sama. Air terjun yang tenang, ad burung terbang sna sini. Si puteri berpakaian hijau, berkain batik coklat-hijau, sanggul cucuk-cucuk kat kepala. Si dayang berpakaian hijau dan kepala xde sanggul.

Sambil-sambil berjalan tu kami borak la sikit-sikit. Dia cakap tempat dia ni bukan semua orang boleh masuk. Aku dikatakan bertuah sebab boleh masuk dalam ni. Dia pujuk lagi suruh stay kat negeri tu. Ish masalahnya dia xpernah cakap tu negeri apa.

Dia ada tunjuk orang yang masuk ke situ dan tak balik. Masa tu tengah menyusuri sungai tu ke pintu gerbang dan ada sawah di sebelah dia. Orang tu tengah membajak sawah. Disebabkan curiosity, aku tanya la. Kat mana aku sekarang ni, dia sebut satu tempat yang aku tahu tempatnya di sempadan siam tu. Tapi rumah aku bukan kat situ. Rumah aku nak pegi situ mungkin amek masa 1-2jam jugak.

Lupa nak cakap, bahasa dorang gunakan bukan lah KL, aku dah simplify ke dalam bahasa yg orang boleh faham. Dorang pakai dialect kelantan accent siam.

Kami berjalan lenggang lenggok, macam xde nak cepat2 pun, pastu kami lintas sungai. Jambatan dia kayu. Takde apa yang pelik pun, dan aku selamat keluar ke dunia manusia yg berpakaian macam aku jugak. Bila pusing belakang, puteri dengan dayang tu dah xde.

Kali ni aku terbangun tido rasa tenang-tenang aja. Rasa selesa. So aku sambung tido balik sampai pukul 6 pagi haha.

Episod ke tiga, berlaku setelah seminggu aku ‘keluar’ dari situ.

Aku tiba-tiba bangun dari tidor, aku ada di tepi sungai dekat pintu gerbang yang aku keluar haritu. Aku try la berjalan keluar. Tapi aku lupa jalannya. Jadi aku patah balik ke kampung haritu. Pastu tiba-tiba (ish memang penuh dengan tiba-tiba dalam cerita aku), ada orang jerit, ‘tu dia, tu dia’. Mampos, apa kes pulak dorang kejar aku. Aku lari la. Aku sembunyi dekat salah satu pondok yang dekat dengan aku. Aku sembunyi belakang almari, tutup dgn kain. Pastu dorang masuk redah pondok tu tapi xjumpa aku.

Bila keadaan dh clear, aku keluar dari pondok tu. Niatnya nak cari dayang atau puteri tu. Aku perlu tour guide utk keluar dari situ.

Selangkah je aku keluar dari pondok tu, ketua kampung tu muncul, dia cakap, ‘kenapa kau datang sini sekali lagi?’

‘Mintak maaf tuan, saya tak tahu. Saya bukak mata, saya dah dekat sini.’

‘Aku dah pesan kau tak boleh masuk sini. Harini, aku terpaksa bunuh kau, supaya kau tak ganggu keamanan dunia aku.’

Pastu puteri tu mencelah, ‘ayah, biar aku yang bertanggungjawab. Biar aku bawa dia keluar. Aku janji dia tak akan masuk ke sini lagi.’

Ketua kampung tu buat tak dengar, dia aim nak baling kapak kat aku. Pastu puteri tu halang. Dia berdiri di hadapan aku, melindungi aku dari kapak tu. Barulah ketua kampung tu mengalah.

Pastu dia cakap,

‘Kau kena keluar dari sini. Ini kali kedua kau masuk ke dunia bunian. Kalau kau masuk sekali lagi, nyawa kau dalam bahaya.’

Aku dah tekejut nak mampos bila dia cakap dunia bunian.

Pastu puteri tu iring aku keluar sekali lagi.

Aku dah lupa apa jadi lepas tu. Sebenarnya ada banyak benda yang aku terlupa. Sebab kejadian ni masa aku lepas PMR sedangkan aku sekarang dah umur 22.

.

TheMakciks
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.