Lebuhraya Grik-Kedah

Salam peminat fs, apa khabar? Aku pun salah sorang fan page ni. Jadi hari ni tibalah turn aku pula berkongsi cerita. Selalu baca yang orang punya je haha. Pada awalnya aku nak letak tajuk cerita ni ‘superman’ tapi bunyi lebih superhero dari supernatural so aku decide untuk letak tajuk ‘Lebuhraya Grik-Kedah’.

Well, cerita ni cerita atas cerita. Mungkin ada sedikit tokoh tambah untuk bagi efek gempak dalam kisah orang pertama (mungkin lah). Kisah ni bapa aku yang cerita kat aku dan adik-adik. Kejadian berlaku di lebuhraya Grik-Kedah. Bapa aku ni polis. Unit rondaan berkereta pada masa tu. So area rondaan dia meliputi Titiwangsa, sempadan sebelum Baling, Lenggong…semua tu lah.

Sepanjang dia jadi peronda tu macam-macam benda dia lalui, macam-macam karenah manusia dia jumpa, macam-macam binatang dia nampak. Sampai la satu malam tu, dia meronda kat area lebuhraya Grik-Kedah. Semasa tempoh meronda tu dia nampak ada sebuah kontena tersadai tepi jalan. Rosak. Rosak apa? Bapa aku tak ada bagitahu pula. Cuma tak bergerak je lah kontena tu. Kejadian berlaku jam 2 pagi. Menurut bapa aku.

Sebagai warga polis bertanggungjawab, bapa aku pun pergi la ke Kontena tu ketuk pintu kontena. “Tuk! Tuk! Tuk!” Orang tu pun buka pintu dia setelah yakin yang ketuk tu manusia. Bapa aku tanya, “kenapa bang? Apa masalah?”. “Kontena rosak ah encik. Tu park kat sini”, sambil mata dia melilau pandang sekeliling yang gelap. Kiri kanan cuma ada pokok dan jalan yang sunyi. Bila tengok orang tu buat gaya macam tu, bapa aku pun bagi respon yang serupa. Pandang sekeliling. Seram sejuk jadinya.

“Dah call mekanik?”, Bapa aku tanya. “Saya dah mintak kawan call, encik. Lepas subuh nanti dia datang”. Bapa aku angguk tanda faham. Lepas senyap beberapa ketika orang tu tanya, “Encik selalu ke ronda sini?”. “Haa sini memang kawasan rondaan saya. Jadi anything happen kat laluan sini saya yang akan ambik tindakan. Macam awak sekarang”. Orang tu diam sambil pandang bapa aku. Mungkin faham penjelasan bapa aku. Mungkin juga ada benda berlegar-legar dalam kepala. Kemudian pemandu kontena tu tanya, “Tak ada benda seram jadi? Macam terserempak pontianak ke?”. Dalam nada berbisik dan meleret seolah-olah takut ada orang dengar. Padahal bukan ada siapa pun. Cuma diorang 3 ketul je ada kat situ. Bapa aku, pemandu kontena tu dengan kawan bapa aku.

Bapa aku jawab, “alhamdulillah tak ada. Kenapa?”. Bapa aku tanya semula sebab nak tahu. Pemandu kontena tu pun buka cerita. 3 bulan lepas dia pernah lalui kawasan yang sama. Nak hantar barang. Malam juga. Keadaan jalan pada malam tu pun lengang macam malam kontena dia rosak tu. Dia drive sorang. Tengah syok drive, sampai je kat kawasan tu tetiba dia bunyi ‘keting!keting’ macam ada benda tajam terhantuk-hantuk kat badan kontena dia. Ala, pernah lagakan besi dengan besi kan? Haaa bunyi dia macam tu. Bising.

Perasaan nak tahu dia kuat so dia pandang la cermin sisi. Tahu apa dia nampak? Dia nampak ada perempuan tengah terbang gaya superman tapi kepala dongak ke langit. Yang bunyi macam besi dilaga tu adalah rambut dia. Menampar badan kontena. Berapa punya keras la rambut. Tak pakai rejoice agaknya. Kecut perut dia bila nampak macam tu. Kepala lutut pun macam nak longlai je. Rezeki dia nampak benda yang jarang-jarang nak dinampak orang lain hahaha. Sebab takut dia tekan pedal minyak kuat-kuat, kasi laju tapi, eh! Benda tu pun sama laju jugak. Tak nak kalah. Lagi la nak putus semangat orang tu. Berapa bakul doa dia panjatkan ke hadrat ilahi mohon perlindungan, aku pun tak tahu.

Lama juga dia dalam keadaan beriringan dengan benda alah tu. Sampai la kat satu selekoh ni. Tepi selekoh tu ada papan tanda selekoh tajam and ada sikit ruang if kenderaan nak berhenti. ‘Superman’ tu pintas kontena dia dan mendarat di situ. Lepas tu ‘superman’ tu tahan kontena dia dalam rupa perempuan, nak minta tumpang. Memang tak lah dia nak berhenti sebab dah tahu. Dia bawa kontena dia terus melepasi benda tu. Sambil-sambil tu mata asyik pandang belakang takut ada yang turut. Alhamdulillah tak ada. Gangguan berakhir di selekoh tadi. Itu pasal la masa bapa aku sampai, pemandu kontena tu duduk menyepi dalam kontena je. Tak keluar keluar. Pengalaman mengajar dia huhu.

Habis je cerita tu terus bapa aku kata, “kalau macam tu takpe lah. Awak tunggu dalam kenderaan awak. Saya tunggu dalam kenderaan saya”. Gelak gelak aku dengan adik-adik aku dengar part last tu. Penakut juga bapa aku rupanya hahahhaha. Aku rasa bapa aku tak tunggu pemandu kontena tu. Dia teruskan aktiviti rondaan tapi dalam pukul 8 pagi macam tu kontena tu dah tak ada masa rondaan seterusnya dilakukan kat tempat sama. Mungkin kontena dah dibaiki.

Sekian saja kisah Lebuhraya Grik-Kedah. Buat la hiburan malam kisah tak berapa seram nih hihi.

14 thoughts on “Lebuhraya Grik-Kedah”

  1. bulan 12 lepas aku gi langkawi hanimun kat sana…drive dari johor ke kedah….kol 9mlm bertolak….sampai kat laluan yg dlm cite ni dlm kol 3-4pgi…takde rasa ape2 sbb masing2 mata da ngantuk….tgh melayan mata tu tibe2, lorong kanan sebelah divider penghalang jalan yg memisahkan dengan jalan sebelah tu, tersadai kereta melinytang tgh2 jalan….da laa gelap…baru eksiden gamaknya…selang 100 meter, tibe2 kereta tercongok tgh2 jalan bertentangan…fuhhh..naseb tak eksiden langgar kete tu….aku n suami decide teruskan perjalanan..kecut perut nak benti wei…

    Reply

Leave a Comment