lombong tinggal

Nama aku Jep, kali ni aku ingin berkongsi satu kisah misteri yang terjadi kepada aku beberapa tahun yang lalu. Hobi aku memancing, jadi setiap hari cuti sekiranya tiada urusan lain akan aku habiskan masa dengan memancing. Segala genap pelusuk aku redah demi mencari lubuk-lubuk ikan yang berpotensi memberikan hasil.

Pada suatu hari aku mengambil cuti kerana ada urusan penting. Selepas segala urusan selesai jam menunjukkan masih pukul 11 pagi. Wah, masih awal lagi ni’’ bisik hati aku. Aku pun terus terfikir untuk pergi memancing memandangkan masa masih panjang. Tanpa berlenggah aku pun terus persiapkan segala kelengkapan yang sentiasa tersedia dirumah malah di dalam boot kereta aku pun memang sentiasa ada beberapa batang joran. Itu memang lumrah bila dah kaki pancing macam aku ni.

Lokasi memancing aku waktu itu adalah disebuah lombong terbiar. Dengan menunggang motorsikal Ex5, aku meredah laluan yang sedikit belukar. Dalam 30 minit meredah laluan berliku akhirnya aku sampai di lombong tersebut. Tanpa berlengah aku pun terus memasang dua batang joran serentak dengan harapan adalah salah satu yang mengena. Joran-joran aku sandarkan pada pancang khas yang aku bawa. Kemudian aku pun melabuhkan ponggong tidak jauh dibelakang sambil mata tajam melihat pergerakan joran.

30 minit berlalu, masih tiada ikan yg mahu memakan umpan. Aku pun merasa pelik sedangkan kebiasaannya bila umpan mencecah air sahaja tanpa menunggu lama pasti ada ikan yang menyambutnya. Tapi tak mengapa, aku masih lagi bersabar. Aku tengok jam sudah pukul 01.00 petang. Dalam hati berkata, lagi 30 minit ikan taknak makan umpan aku balik.

Sedang aku hayal melamun tiba–tiba datang tiga orang kanak-kanak bermain-main dekat dengan aku. Dua lelaki dan seorang perempuan. Meraka seronok bermain gelak ketawa disebelah aku tanpa memandang aku pun. Salah seorang dari kanak-kanak tersebut cuba mengusik joran-joran aku tapi aku cuma perhatikan sahaja tingkah laku meraka. Pakaian meraka lusuh putih kekuningan. Dalam hati aku waktu tu cuma rasa nak marah saja. ‘’Anak siapa pula datang main kat sini’’ rungut hati aku. Tidak lama kemudian kanak-kanak tersebut berlari-lari di belakang aku lalu hilang. Suasana terus menjadi sunyi sepi.

Sejurus itu juga aku tersentak. ‘’ Eh kawasan ni mana ada rumah orang, dari mana budak-budak tadi tu datang?’’. Aku seolah-olah terjaga dari mimpi, terus saja aku kemaskan joran-joran untuk balik segera. Aku hidupkan motor dan terus meredah belukar untuk keluar dari kawasan itu. Ketika aku melewati satu pohon besar, aku menoleh ke arah lombong dan aku lihat dengan jelas ada seorang perempuan sedang membongkok ke arah lombong. Aku pun perlahankan motorsikal untuk melihat siapakah gerangan dan apakah yang dia sedang buat di situ.

Apa yang aku lihat sangat mengejutkan. Perempuan itu memegang sesuatu seperti kuali dan menggoyang-goyangkan di air seperti orang mendulang emas. Tiba-tiba aku rasa meremang seram sejuk. Tanpa berlengah aku terus meninggalkan tempat tersebut. Sepanjang perjalanan aku berfikir siapa perempuan dan juga tiga orang kanak-kanak itu.

Tidak berakhir di situ, pada malamnya aku bermimpi. Di dalam mimpi itu aku berada di satu kawsasan lapang dan di depan aku ada tiga orang kanak-kanak yang aku lihat pada siang harinya bersama seorang perempuan dan seorang lelaki. Meraka semua memandang kearah aku dengan pandangan yang tajam.

Sehingga ke hari ini aku masih lagi tertanya-tanya siapakah mereka dan apa kaitan mereka dengan lombong tersebut. Sejak peristiwa itu aku tidak lagi memancing di situ.
Sekian perkongsian kisah misteri dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

jep
Rating Pembaca
[Total: 37 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.