Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Haha hai! Ingat lagi tak Fiq? Penulis pengalaman “tinggal berseorangan di rumah” thank you admin sebab sudi publish story. Haa yang tak baca tu baca la yang tu dulu
aku ada tengok bahagian comment. Maaf sebab story aku tu kebanyakannya lawak hambar daripada bahagian seram. Tak boleh nak tahan la. Saja ja nak hilangkan sikit perasaaan takut dalam badan. And minta maaf sebab aku terlalu banyak mencarut
Aku ada mention dalam previous story. Tentang aku suka lukis watak horror. Ingat tak? Kalau ingat, aku sayang kau! Haa btw, tentang lukisan tersebut. Aku ada sketch book yang memang aku sediakan khas untuk karakter hantu. Ye, aku boleh dikatakan terpengaruh dengan lukisan. Kalau dalam kelas pon tangan aku akan gatal nak lukis macam2. Dari bangku sekolah hingga ke U
Ok jom start. Rumah yang aku sedang sewa sekarang ni hanya ada dua orang saja. Member aku, wan. Semua ada dua bilik. Memang khas untuk 2 orang la. Tapi aku taktau la suatu hari ni tiba2 tuan rumah bagitau ada lagi seorang manusia akan menumpang bersama. Haih mengeluh la. Tahla, maybe happy sikit sebab mesti la lagi meriah.
Hah, sebaliknya! Aku rasa bukan memeriahkan lagi keadaan, mengecohkan keadaan! First day dia ni masuk, dia terus halau kitorang keluar dari bilik sebab nak tengok yang mana lagi besar. Jadahnye beb, sampai nak halau. Aku pula yang dah naik angin. Last2 dia halau aku. Aku dan wan sekadar mengeluh. Aku sedih sebab aku kena pack semua barang, bawak ke bilik si wan. Wan sedih pulak sebab kena share bilik dengan si handsome. Takut jadi gay agaknya. Hmmmmmm
Aku memang tak boleh nak protes, tuan rumah kata lelaki emo tu bayar lebih daripada kitorang. Apakah? Kalau boleh, memang aku bakar si jebon sombong tu. Nama dia kimi btw. Penampilan dia? Rupa paras? Entahla.
Si Kimi ni ya Allah, creepy yang amat. Dia ni dah macam ’emo’ pon ada. Mana taknya, eyeline something (sorry girls, saya tak tahu haha) kat mata dia banyak sangat. Sekali nampak, Kau akan konfius yang mana satu mata mana satu lubang hidung. Comel kan perbandingan tu?
Haa kitorang memang jarang bertegur. Bila aku dgn wan ada kat rumah, dia takde. Bila kitorang keluar, dia ada. Memang awkward nak rapat. Satu hari ni aku sedar salah satu buku lukisan aku tertinggal dalam ‘bilik’ ‘dia’. Nasib dia takde. Wan pulak keluar beli makanan. Aku masuk senyap2. Haih rindunya bilik. Masuk2 je…perghhhh. Bapak ni hutan ke apa. Kat dinding penuh dengan logo something, idk, but all black. Memang emo. Pelik dia ni, selalunya lelaki penuh dengan poster wanita. Ni tak, dia lain. Yang paling buat aku nak tergelak ada poster chef wan dengan PM. Aku dah terbahak bahak dah.
Sampaila….
Sampailaahh….
Sampailah aku teringat itu poster yang aku tampal dulu. Terus aku senyap. Tetapi sumpah bilik ‘dia’ gelap yang amat. Seram aku tengok…
Haih.. Lupa lak. Aku buka laci meja belajar. Cari semua barang. Memang aku selongkar terus laci tu dan bam! Aku jumpa. Aku terus bawak keluar buku tu dan nampak wan tengah memandang pelik ke arah aku.
“Apa.. Kau buat dalam bilik lubang sombong tu?” Tanya wan.
“Ni ha buku lukisan aku tertinggal..” Aku tunjuk sambil melambai lambai buku itu di hadapan muka Wan.
“Pape la. Kang si Jebon tu balik, jenuh kita nak tanggung”
Aku keluar dari bilik dan kami sama2 meluru masuk bilik. Pergh sedap gila nasi goreng si Wan ni beli. Sambil2 makan tu kitorang ada sembang sikit pasal assignment berkumpulan yang perlu dihantar. Aku, wan, amri, hafiz. Lagi dua manusia tu tinggal dalam rumah sewa yang lain. Kami je yang jauhhh
Lepas makan, wan ni keluar balik. Tak taula. Aku rehat sekejap dalam bilik. Terkejut bila aku terdengar orang dok maki2 dari luar dan bunyi something pecah.. Time ni aku dah pelik. Wan ke? Kimi? Baru saja nak keluar bilik, si lubang hidung ni dah terjah masuk bilik aku
“KAU KACAU BARANG AKU KE HAH” sambil tu tangan dia elok mengenggam kolar bajuku. Power ah mamat ni. Badan macam kayu. Aku yang tegap ni boleh pulak dia seret. Mana belajar?
“Maksud kau? Siapa je nak ambil barang kau” aku bercakap tenang sambil cuba melepaskan tangannya. Bau rokok kuat sangat la bro. Aku tak tau la apa masalah si tengin ni. Dalam beberapa minit saja, bilik aku dan Wan pula sudah jadi seperti semak. Main kasar…
“Kau buat apa ni bodoh?!” Aku jerit sambil tumbuk muka dia. Sorry kalau kedengaran kasar. Tapi dah terlalu geram.
Kami berhenti tumbuk menumbuk bila Wan cuba selamatkan aku. Pergh kimi ni badan kecil tapi tumbukan dia power do
Hampir setiap hari kami bertumbuk. Sampai aku pun dah naik bosan dengan jantan ni. Akhirnya, suatu malam ni, aku ternampak macam ada seseorang sedang melambai ke arah ku. Macam pernah ku lihat wajah ini! Ya Allah istighfar panjang aku. Aku pandang wan yang sedang tidur atas katil. Terus aku kejut dia dan sambil tu aku tunjuk dia arah binatang tadi tu berdiri. Betul2 di luar tingkap bilik.
“Wan.. Kau perasan tak – . ..”
“Jangan tegur, kita tidur dulu.” Sambung wan dan terus melelapkan matanya kembali. Cis, tinggal aku jeni. Aku dengan beraninya tutup mata sambil pergi ke tingkap tersebut. Aku tutup langsir dan buka mata semula. Phew nasib dah hilang. Aku genggam surah yaasin sehingga aku lelap.
Perkara ini berterusan kepada hari hari seterusnya. Setiap hari, mesti berlainan wajah. Takut memang takut. Sampaikan setiap malam aku menyempit tepi wan. Gila dia tak bengang haha
Nak dijadikan cerita. Tamat je kelas aku hari isnin haritu, aku saja nak sambung balik lukis macam biasa. Buka je page pertama, terus aku tergamam. Sama! Lukisan itu memang sama dengan apa yang aku nampak tiap2 malam! Aku buka page seterusnya dan yang seterusnya, memang sebijik dengan apa yang aku lukis. Cuma apa yang aku nampak tu lagi lawala. Tah pape betul, hantu pun nak lawa gak ke? Memang tak boleh terima fakta yang aku lukis kau buruk?
Aku campak buku dan terus ambil kunci kereta blah dari rumah tu. Ada benda yang tak kena ni. Memang aku takkan jejak kaki rumah tu! Tengah elok2 drive, member aku seorang ni, adam, call aku.
“Weh haritu hang ada tertinggal buku lukisan kat rumah aku eh?” -adam
Eh? “Bro jap aku singgah rumah kau” aku jawab
Terus aku letak call. Wait2. Yep, memang aku ada bawak buku lukisan tu waktu lepak rumah dia. Tapi tak ingat kalau aku tertinggal ke apa sebab buku tu baru je aku pegang! Argh naik pening aku macamni..seriau otak aku.
Aku berhentikan kereta betul2 depan rumah adam. Salam tak bagi, aku terus terjah masuk je. Terkejut adam bila nampak aku belakang dia.
“Sial ke? Salam mana salam?”
“Tak kisah weh, mana buku tu”
“Ni haa” dia kata sambil tunjuk buku tu depan aku.
“Kau tertinggal la haritu, dah lama nak bgtau, pastu aku lupa, ni aku teringat balik bila nampak buku ni”
No..
Apa ni..
“Weh, but aku baru je check buku tu. Ada lagi kat rumah” aku ambil buku tu dari Adam. Ye, memang sama!
“Bada’ah ke bodoh. Seyes la? Aku taula aku dah pegang buku ni lama kot”
“Bro aku balik dulu la macamni. Aku check betul2. Thanks bagitau”
Macam biasa, aku drive pulang ke rumah. Kereta wan elok terparking belah tepi. Tapi si kimi ni takde pulak?
Masuk2 je, terus mengamuk Wan tengok aku. Dia campak buku lukisan (yang lain) kat aku. Argh, aku pnggil lukisan B jela..
“Weh kau jangan buat nahas. Kimi tu macam2 dia boleh buat. Baik hang pulangkan balik buku ni” dia campak lukisan B kat aku.
“Eh.. Mana ko tau ni kimi punya?”
“Nun.. Tengok setiap page, semua ada nama dia.” Aku buka satu persatu muka surat lukisan B. Ye, memang betul! Tadi aku tak nampak pulak. Konfius, memang konfius.
“Macam nila. Aku nak keluar rumah ni. Buat sementara waktu, kita pack mana yang penting je. Kimi ni tak balik2 lama dah ni, takut nanti dia balik habis semua orang kena maki. Buku ni kau p letak balik dalam bilik dia” aku cakap sambil campak lukisan B ke wan semula. Mujur wan tak tanya banyak. Senang kerja aku.
Dalam bilik, hampir semua benda aku tibai masuk kereta. Memang takla aku nak kembali dah. Tak ambil masa lama. Habis je pack barang, terus kami letak dalam kereta masing2. Kimi masih tak pulang.. Selalunya dekat maghrib baru ingat rumah jebon ni. Buku lukisan aku yang sebenar pon aku sekadar tinggal di dalam bilik.
Aku dan Wan lepak di mamak sambil berbincang tentang hal yang berlaku. Katanya, dia selalu nampak si Kimi ni cakap seorang diri depan bilik kami. Creepy betol. Rupa rupanya hampir setiap hari dia nampak benda yang aku nampak. Aku rasa mungkin sebab aku dah terambil buku lukisan B miliknya..
Sampai sekarang, kami masih merempat rumah sewa member lain. Kalau housemate creepy macamtu, siapa sanggup?
Yang menjadi persoalan, kenapa lukisan itu seolah olah hidup dan wujud dalam real life? Patutnya lukis Janna Nick ataupun Nora Danish je. Mana tahu, tiba2 muncul. Rezeki tu hihi
Ok sampai disini sahaja. Maaf tergantung sebab sampai sekarang aku tak dengar cerita apa2 tentang kimi lubang sombong.
Assalamualaikum wbt ☺
-fiq ✌
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Menarik!
Acaner ekk ko leh x pasan yg lukisanB tu bkn ko yg lukis…????
Ahahahahaah kelakau lah . Si kimi tu ad something kot
i want your hands……… ?
Kimi tu yg pelik..entah ap die buat sampai nampak hidup lukisan die tu…besttt sambung lggggg
mak ai…..aku rasa kimi tu mest tengah cari ko fiq…baik ko jaga2 heheehhe
Best
best2..aq dpt bygkan kimi tu camne….bdn kecil tp kuat..fuh
GAAAAYYYY