MAIN SELUK-SELUK PULAK!

First of all, thank you FS for publishing my story entitled ‘Bilik Tak Bernombor’ before this! Ini aku, ‘T’. I’m back! Haha. Kisah kedua ni terjadi kat aku tahun 2010. Mesti korang fikir “Banyak betul kisah seram minah ni.” Hahaha. Manalah aku tau! ‘Rezeki’ aku kot. Heh! Okay, kisahnya jadi masa tu aku pergi training kat salah satu kompleks latihan kat Puchong. Masa aku sampai kat situ, aku tengok tempat tu takdelah seram sangat ke apa sebab fasiliti dia macam okay-okay jelah, tak kuno sangat tak top notch sangat. Masa training tu tough gila sebab dalam sehari kitorang hanya boleh tidur dalam 2-3 jam, and training tu dalam 2-3 minggu macam tu lah, so kau bayangkan penat tak penat kitorang masa tu. Aku takde lah ‘by the book’ sangat. Kadang tu ada masa free sikit, aku curi jugak tidur. Hahaha.

Dalam beberapa malam pertama tu aku takde lah kena kacau ke apa. Aku tidur kat katil double-decker belah atas. Jenis katil kat dorm tu semua rapat ke tingkap. Aku tak tahan panas, so aku pun sengaja nak tidur belah atas so that aku boleh rasa angin tingkap tu direct ke aku. Sebelah tingkap tu ada bumbung. Okay, part bumbung ni ada seram sikit lah. Bumbung tu gelap, takde lampu. Walaupun aku tidur sebelah tingkap, aku tak suka hadap ke tingkap tu sebab ‘vibe’ bumbung tu yang tak berapa best. Alright, dah nak mula seram. Haha.

Disebabkan kitorang selalu penat melampau, bila balik dorm je, kitorang letak kepala je…lebuh. Tapi, hari ketiga tu aku ada rasa lain macam sikit lah. Dari masa aku balik dari tandas lepas cuci muka apa semua, aku ada rasa macam ada something yang perhati aku dari jauh. Masa tu aku ada comel sikit dari sekarang lah, so mungkin dia terpegun tengok kecomelan aku kot. Hahaha perasan! Tapi, sebab aku terlampau penat, aku tak layankan sangat perasaan aku tu. Bila dah kat katil, aku baring and cuba nak lelap. Tiba-tiba aku rasa angin tingkap sebelah aku tu sejuk bebeno. Tingkap tu dah lah scary kadang-kadang. Bila angin tiup kuat, tingkap tu menghasilkan sejenis bunyi seram yang kau biasa dengar dalam cerita-cerita horror tu. Yaaa! Aku dah bayangkan seketul Sadako kat sebelah aku dah time tu tapi aku buat relax buat cool jugak lah sebab dah penat kan, nak tidur.

Malangnya, penat dah pusing kiri, pusing kanan, tonggeng, kuak lentang, layan dinding, tapi cubaan untuk tidur aku tu tak jugak membuahkan hasil. “Dammit!” getus hati comelku. Ni dah level marah ni weh.. penat tapi tak boleh tidur ni apahal?! Sekali tu aku bukak mata luas-luas. Sumpah menyesal bukak mata luas-luas! Tepat atas badan aku, aku nampak benda tu terapung. Muka dia hodoh, tak nampak mata. Rambut dia panjang menggerbang mengurai, baju dia macam putih tapi lusuh comot-comot macam tu. Badan aku kaku weh! Aku cuba nak tutup mata balik tapi tak boleh, nak bergerak tak boleh, nak baca apa pun tak boleh! Benda tu macam halang aku dari buat apa-apa. Kurang didikan punya Sadako! Aku nak menjerit tapi suara aku tak keluar. Padahal member aku kat katil belakang aku je. Aku ni cikgu, suara biasa aku ni pun cukup kuat tak payah pakai mic, okay. Kalau aku jerit tu sah-sah satu kompleks tu terjaga. Hahaha.

Aku masih nampak dia terapung kat atas aku. Ni aku tak tipu weh. Aku tak mimpi. Ni memang jadi! Benda tu guna tangan dia yang rupa macam dah nak reput tu and bukak mulut aku luas-luas. Aku boleh rasa tangan dia seluk mulut aku! Aku macam “What?! Kejadah kau nak seluk-seluk pulak ni?!” Tangan dia seluk tu makin lama makin dalam. Nak cerita level dalam selukan dia tu, sampai ke lengan benda tu dah masuk mulut aku. Kau jangan tanya aku macam mana boleh muat, kau tanya dia sendiri nanti eh? Hahahaha. Pelan-pelan aku dapat rasa dia macam cuba nak take over badan aku! Ahh, mana boleh!! Aku cuba jugak nak baca apa-apa, at least ‘Allahuakbar’ pun jadilah. Dia cuba jugak nak lawan aku, masih nak seluk lagi. Nak tutup mata tak boleh, aku pun jegil mata aku kat dia!

Last-last boleh jugak mulut aku bergerak and suara aku keluar. Aku pun jerit sekuat hati “Allahuakbar!!” Kau tau tak, dalam kepala aku ni aku rasa macam aku dah jerit sekuat hati dah, tapi sebenarnya suara aku yang keluar tu macam bisik je. Aku cuba gerakkan badan aku sekali. Bila dah boleh ucap ‘Allahuakbar’ tu aku teruskan je ucap berkali-kali sampailah aku rasa tangan benda tu makin lama makin keluar dari mulut aku dan akhirnya keluar terus. Serta-merta badan aku rasa ringan! Bila aku dah yakin dia dah keluar, aku baca Ayat Qursi and 3 Qul. Pelan-pelan aku nampak dia hilang. Bila dia dah betul-betul hilang tu, baru lah aku boleh gerakkan seluruh badan aku. Apa lagi! Memang aku terus bangun melompat lah dari katil tu weh. Gila kau? Dibuatnya dia ‘poof’ tiba-tiba muncul mencangkung ke apa sebelah aku tu ready nak seluk-seluk balik ke. Aku tak rela diseluk lagi! Hahaha.

Terer tak terer lah aku, aku boleh lompat dari katil atas tu sampai bawah tanpa cedera walau sekelumit pun! Hahaha. Ikutkan hati, nak je aku lari keluar dorm tu weh! Tapi aku tengok kawan-kawan aku semua nyenyak je dibuai mimpi. Aku pun tercegat jelah kat tepi katil tu. Bengong kejap dengan apa yang jadi kejap tadi. Mulalah aku doubt dengan kejadian tadi tu. “Mimpi ke bukan hah?” aku tanya diri aku sendiri. Sekali.. aku nampak kat hujung bilik dorm tu, benda tu ada terapung kat situ! Okay, bukan mimpi. Dia macam nak cakap “Hi, I’m still here.” kat aku kot. Aku tak tau lah mana datang berani aku tu, aku pergi jalan selangkah demi selangkah ke benda tu sambil baca Ayat Qursi non-stop. Aku tenung je benda tu. Hati aku kencang beb, tapi aku nekad. It’s either me or you, you evil creature! Bring it on! Makin dekat aku, makin sayup-sayup benda tu hilang and lastly aku nampak dia terbang pergi keluar tingkap tuju ke arah bumbung and akhirnya hilang. Patutlah bumbung tu sejenis keseraman, tempat lepak kau rupanya, setan!

Terduduk melepek aku kat situ. Nak terkencing pun ada. Toilet jauh pulak. Ahh! Aku pun naik jelah katil balik. Aku tak kejutkan sorang pun kawan aku sebab sejam lagi je pun nak kena bangun and get ready for the training again. Aku baring balik atas katil aku, pejam mata. Lebuh, finally! Sejam jelah pun aku dapat tidur. Sampai sudah aku tak cerita kat diorang sebab kalau nak dibandingkan diorang dengan aku, aku ni boleh dikira yang paling berani lah untuk geng perempuan. Kalau pergi toilet tengah-tengah malam tu, diorang biasa pergi berteman. Aku pergi sendiri pun aku tak kisah. Tapi malam tu satu pengecualian. Aku dah tak larat nak bertempur. Eceh.

Bila teringat balik dengan peristiwa yang once in a lifetime ni, ada sekali tu aku pun terbaca satu article kat satu website Islamic ni. Article tu bagitau yang kalau ada benda nak rasuk kita, salah satu caranya ialah dia akan masuk ikut mulut sampailah dia kuasai tubuh orang tu sepenuhnya. Sebab tu lah kot dia seluk-seluk aku tu. Nak occupy badan aku rupanya! Lagi satu, benda tu hanya akan rasuk orang tu bila badan orang tu ‘kotor’. Kebetulan aku datang bulan hari tu. Sebab tu dua hari pertama aku duduk situ elok je tak kena kacau walaupun ada feeling seram tu. Tambah pulak aku terlampau penat sangat dengan training lagi kan, memang complete lah syarat untuk dirasuk Sadako itu. Haha. Pernah sekali tu aku bagitau kat sorang ustaz ni kisah aku, ustaz tu cakap betul lah aku hampir nak kena rasuk. Pernah dengar kan kalau menguap kena tutup mulut, nanti syaitan masuk. Haa.. korang nilai lah sendiri kesahihan cerita aku ni. Tutup mulut sekarang! Haha.

13 comments

  1. Kental gila nyahhhh…..mak takut!!!!!!!!!! Tapi mmg seram laa..kalau aku..taklaa nak ngadap dia..cari sudut paling dalam nak nyorok….

  2. Eerrrrggghhhh…
    Serius nk muntah bygkan tgn busuk reput masok mulut weeiiii…
    Kot tgn sdri ampun lg, ni org paksa mskkan dlm mulut kita…
    Xde plak die muntah ke, meludah ke, kumur2 ke kaaannn…
    Klu hakak tu mau akk jolok smpi ke tekak cuci kasi muntah…
    Eeeeuuuwww…

  3. Mujur mulut tak melopong masa baca citer ko Cikgu.
    Terasa macam diri sendiri plak kena seluk, erkk loya plak tekak ni tetiba.

  4. tempat yg ko tarining ni mcm aku tau….tempat tu memang ada kes dulu..sbb tu bekas lombong…aku dpt cite dr suami aku cite pengalaman dia trainer kat sana pun seram gak…anak2 buah dia dlm 1 mlm serentak 5 org kena rasuk…huh…

  5. aku dah bayangkan mcm cite harry potter plak..dementor yg suka sedut perasaan gembira & last sekali rohh……dementor suka rapatkan muka dia dgn dengan muka mangsa…..tpi xdek la plak sampai seluk-menyeluk..kira ni lagi dahsyat la dri harry potter..ofkos la kan true story…hihihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *