#Maira – Kerana Hutang

Kerana desakan hidup manusia berhutang. Kerana hutang manusia berdendam. Hendak disalahkan siapa? Si penghutang ataupun si pemiutang?


Keluarga aku bukanlah keluarga yang terlalu senang. Tapi tidak juga boleh dilabelkan susah. Hidup kami sekeluarga sederhana. Mak aku seorang ibu tunggal. Mujur juga masa ni cuma aku je yang masih bersekolah. Kakak aku dah kahwin. Dah ada keluarga sendiri. Jadinya fokus mak aku cuma pada aku je la.

Nak dijadikan cerita, mak aku ni memang jenis peramah. Dengan semua orang dia boleh buat bersembang. Dan dengan semua orang juga boleh nak berkawan dengan mak aku. Dan dalam masa yang sama, mak aku ni ada satu jenis sifat yang buatkan aku dengan kakak aku selalu bising. Mak aku ni jenis yang cepat kesiankan orang. Tak kiralah orang tu dia baru kenal ke, dah lama kenal ke, saudara mara ke tidak. Pantang orang buka mulut minta tolong. Laju je dia menolong, dengan alasan tak sampai hati.

Disebabkan sikap inilah mak aku terkena. Ceritanya. Ada seorang pakcik (Cik Talib). Cik Talib ni, aku tak tahulah dekat mana mak aku kenal dia. Asalnya orang negara seberang tapi dah jadi pemastautin tetap dekat sini. Masa kami baru-baru pindah, Cik Talib ni la yang mak aku upah untuk renovate rumah kami. Dan mungkin lepas dari tu la Cik Talib suami isteri rapat dengan mak aku. Pada mulanya tak adalah kitorang syak apa-apa sampailah satu hari tu Cik Talib ni minta tolong dari mak aku untuk pinjamkan dia RM500. Katanya ada masalah sikit dan janji dalam sebulan akan bayar semula.

Dah cakap kan yang mak aku ni jenis cepat kesiankan orang. Jadinya mak aku pun pinjamkanlah Cik Talib ni duit RM500 tu tanpa pengetahuan aku ataupun kakak aku.


SEBULAN KEMUDIAN

Selepas sebulan dari tarikh Cik Talib ni berjanji nak bayar, bayang dia suami isteri langsung tak pernah nampak. Masa ni aku pula dah nak naik sekolah. Disebabkan sekolah aku tu sekolah swasta maka nya duit yuran sekolah memang mak aku kena standby lebih. Bukan apa, takut ada apa-apa penambahan yang nak dibayar. Dan duit yang mak aku pinjamkan pada Cik Talib tu la cagarannya sebagai duit standby.

Mak aku cuba juga call Cik Talib dengan isteri dia. Tapi kedua-duanya macam nak melarikan diri. Call tak berjawab. Mak aku nak pergi rumah dia, rumah dia pula mak aku tak tahu. Nak tak nak terpaksa mak aku bagitahu kitorang (aku dan kakak) berkenaan dengan hal Cik Talib ni. Benda dah jadi, nak bising pun dah tak guna. Duitnya dah terlepas ke tangan orang. Suka atau tak, masa ni mak aku dah start macam nak redhakan je la duit tu hangus macam tu je.

Berbulan-bulan jugalah mak aku cuba untuk cari Cik Talib ni. Tapi tak jumpa. Tak ramai orang yang tahu rumah dia dekat mana. Sampailah satu hari tu, mak aku terjumpa dengan biras Cik Talib yang baru je sampai dari kampung. Kebetulan. Mak aku terus minta tunjukkan dekat mana rumah Cik Talib. Masa ni mak aku pergi dengan abang ipar aku. Niat mak aku cuma nak bertanya, samada boleh bayar ataupun tidak. Menurut cerita dari abang ipar aku, rumah Cik Talib ni agak menyeramkan dan agak tersorok sikit. Dari jalan besar memang tak boleh nampak rumah dia. Sampai je rumah dia, mak aku bagi salam. Berjawab. Cik Talib yang keluar sambut mak aku. Tapi mak aku langsung tak dipelawanya masuk. Cukup setakat berdiri didepan rumah.

Cik Talib : Akak nak apa datang rumah saya ni?

Mak : Menziarah. Kau laki bini dah lama sangat tak nampak muka. Entahkan hidup entahkan mati.

Cik Talib : Orang sibuk kerja kak.

Mak : Yelah. Ni akak nak tanya, duit yang kau pinjam tu bila boleh bayar? Bukan apa, akak nak bayar yuran sekolah anak akak.

Cik Talib : Hai kak, orang naik sekolah dah berbulan dah. Takkan baru sekarang nak bayar.

Mak : Dia sekolah swasta Talib. Yuran kena bayar tiap-tiap bulan.

Cik Talib : Dah tahu tak mampu tu kak, masuk je lah sekolah biasa. Tak payah bayar yuran tiap bulan. Nanti-nantilah saya bayar duit akak tu.

Mak : Kau berjanji sebulan Talib. Ni dah lebih tiga bulan dah. Waktu nak pinjam bukan main manis muka.

Cik Talib : Dah saya tak ada duit. Nak bayar macam mana.

Mak : Kalau kau tak boleh bayar. Bagitahu, bukan akak yang nak kena bertandang rumah kau. Dah macam akak pula yang berhutang dengan kau. Tak apa lah Talib, kalau kau tak nak bayar. Kau juga yang menanggung nanti. Akak balik dulu.

Mak dengan abang ipar aku terus bergerak. Tapi belum sampai beberapa langkah Cik Talib ni bersuara mengugut mak aku.

Cik Talib : Sebelum saya yang tanggung. Akak dulu yang akan menderita!!!


Selepas sebulan dari peristiwa mak aku ke rumah Cik Talib tu. Tiba satu pagi tu mak aku jatuh terduduk. Langsung tak boleh berdiri. Nasib baik juga masa tu aku cuti sekolah.

Mak : Hani tolong mak.. kaki mak sakit ni.

Terkocoh-kocoh aku bangun dari tidur bila dengar suara mak aku merintih. Aku keluar je dari bilik nampak mak aku dah terduduk dekat atas lantai. Aku papah mak aku bangun untuk duduk dekat kerusi. Tapi mak aku langsung tak boleh gunakan kaki dia untuk bergerak. Sudahnya mak aku mengesot dan dengan susah payahnya mak aku cuba untuk duduk atas kerusi.
Aku memang tak tahu nak buat apa dah waktu tu. Kalau luka boleh juga dibalut. Kalau terseliuh boleh la diurut sikit-sikit. Ni sakit jenis yang macam mana pun aku tak tahu. Mak aku cuma cakap kaki dia sakit. Sudahnya aku call kakak aku.

Pagi tu juga kakak aku bawa mak pergi klinik Bila doktor cek, doktor cakap berkemungkinan urat sebab mak aku tak ada patah kaki dan sebagainya. Doktor tu pun aku tengok yakin tak yakin je dengan diagnos yang dia bagi tu.

Hampir dua minggu mak aku langsung tak boleh berdiri. Bergerak dalam rumah pun mengesot. Pengurusan diri mak aku, kakak aku yang jaga sebab aku dah kena balik asrama. Stress dan sedih jugalah nak tinggalkan mak aku dalam keadaan dia macam tu.

Satu hari tu mak andak aku datang tengok mak aku. Dan mak andak aku cadangkan untuk bawa mak aku berubat cara kampung. Kami setuju je kalau itu je caranya untuk pulihkan mak aku. Mak andak dengan kakak aku yang bawa mak pergi berurut dengan seorang makcik dekat satu kampung tu. Makcik yang mengurut tu kata, mak aku punya penyakit ni takkan baik kalau setakat diurut. Kena berubat dengan orang yang lebih arif.

Bermulalah sesi mencari segala orang-orang yang arif dalam hal-hal yang macam ni. Tapi langsung tak ada perubahan pada mak. Tetap sama juga. Sampailah satu hari tu Makcik Sirah (kawan mak aku) dapat tahu tentang keadaan mak aku. Dia terus shoot dari kampung ke rumah kami. Makcik Sirah ni berleter panjang pada aku dengan kakak sebab tak bagitahu dia awal-awal pasal mak kami. Makcik Sirah ni pandai juga mengubat orang. Dan tak tahulah macam mana kitorang boleh terlupa kepakaran dia masa tu.

Dekat dua minggu makcik Sirah duduk dekat rumah kami. Dia yang usaha mengubatkan sakit mak aku. Mulanya diurut, lepas tu dia ada juga la mengubat dengan cara menggunakan telur ayam. Mak aku panggil, ‘mengalin’. Orang tua-tua tahulah istilah tu. Aku tak pernah dengar pun. Aku cuma tengok je dia mengubat mak aku. Alhamdulillah, dari mak aku langsung tak boleh berdiri sampailah dah boleh. Tapi masih belum kuat. Mak aku terpaksa gunakan tongkat. Makcik Sirah cakap, ada orang yang sakit hati dengan mak aku. Dia kalau boleh nak buat mak aku tak boleh berjalan langsung, jadinya mak aku tak boleh nak cari rezeki untuk kami. Siapa? Tak ada disebutnya.

Dan lepas tu, makcik Sirah ni bagi satu nombor telefon. Nombor Pak Nardi. Pak Nardi ni orang indonesia dan menetap di indonesia. Tapi dia boleh mengubat dari jarak jauh.

Malam Jumaat tu mak aku call dan ceritakan tentang sakit yang mak aku alami. Pak Nardi tu minta kami sediakan air dalam satu bekas dan diletakkan di atas sejadah menghadap kiblat. Dia akan bacakan air tu dari jarak jauh. Wallahua’alam. Bukan sekali dua mak aku call untuk berubat dengan Pak Nardi tu. Banyak kali. Dan Alhamdulillah, berkat diizinkan Allah, mak aku dah boleh berdiri dan berjalan semula. Walaupun mak aku dah boleh berjalan seperti biasa tapi kudratnya sangat lemah.

Menurut kata makcik Sirah lagi, penyakit yang dihantar untuk mak aku tu, takkan keluar atau sembuh sepenuhnya. Penyakit tu akan terus menetap di satu tempat dalam badan mak. Dan tempatnya di pinggang. Mak aku sekarang tak boleh duduk dan berdiri terlalu lama. Kesannya pinggang mak aku akan sakit.
Dan sepanjang tempoh mak aku sakit tu. Selain dari mak aku, rumah kami juga dihantar dengan pelbagai gangguan. Ada masanya aku nampak macam kelibat orang dekat ruang tamu rumah. Ada masanya aku dengar periuk belangan jatuh dari atas ke bawah tapi bila aku pergi tengok, tak ada apa-apa. Dan ada masanya juga, aku rasa macam ada benda dalam bilik air yang duk perhatikan kami.

Waktu mula-mula mak aku sakit. Dalam dua minggu pertama macam tu. Si pelaku ni hantar orang sebagai wakil diri dia datang rumah kami. Kononnya nak menziarah mak aku. Tapi hakikatnya, dia nak tengok apa yang dah dia lakukan pada mak aku tu berhasil ataupun tidak.

Dan sampailah sekarang ni si pelaku tu masih berniat tak baik pada mak aku. Ada sekali tu dia terserempak dengan mak aku yang baru balik dari klinik.

Si Pelaku : Kak.. sihat?

Mak : Sihat Alhamdulillah.

Si Pelaku : Kuat dah akak berjalan sekarang?

Mak : Allah masih bagi peluang pada akak.

Mak aku memang akan jawab yang baik-baik je. Sebab mak aku cukup tahu kenapa si pelaku tu bertanya. Dan dari mana kami tahu dia tu adalah si pelakunya??? Allah tu Maha Adil, kami tak pernah minta untuk tahu siapa yang buat kerja tak baik macam tu. Tapi ada seorang hamba Allah yang ada kait mengait dengan si pelaku tu yang bagitahu kami angkara siapa sebenarnya.

SEKIAN…….


Assalammualaikum sahabat FS sekalian. Thanks dan love you admin sebab sudi publish cerita aku ni. Cerita yang aku kongsikan ni bukanlah cerita seram. Tak ada hantu pun dalam cerita aku ni. Cuma ambillah apa-apa yang bersifat baik dan boleh dibuat pengajaran sebagai teladan. Dan yang buruk datangnya dari kelemahan aku.

**NOTA : MAAFLAH INTRO TERLAMPAU PANJANG SAMPAI TAK PERASAN DAH ENDING (dibolehkan untuk skip intro kalau tak rajin nak membaca hihihi).

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

FOLLOW FB KAMI.

378 comments

          1. Cerita yang ada mesej tu Maira.
            Betuilah,bila bagi duit orang pinjam ni,sendiri segan nak mintak balik.
            Sampai sendiri lupa.

            Yang berhutang tu,ambik paham lah.
            Takkan tunggu nak merangkak kek sano haaa.

  1. Buat yg malas nak baca.. ini sinopsis untuk story ni..

    Cerita Kerana hutang ni menceritakan tentang seorang lelaki yang meminjam duit tapi bila dia nak bayar kita tak tau.. (Orang mcm ini biasa aku panggil hantu hutang)

    Sekian.

    1st comment!!
    #Maira gula kasar 2 kilo.. kirim salam kat mak tu.. teruskan berubat yang penting semangat kena kuat.. 9/10

          1. amboi..amboi… baru borong sekontena gula kasar ke apa abg singkong ni???? tahula tiara ada tu… ahakssss….

    1. Bukan apa, bila fikir kawan2. dalam bank pon ada duit lebih.. Apa salahnya tolong orang. Ada yang nak bayar bill api la.. bayar kereta. kita ni fikiran kan kawan2.. EL punya prinsip,

      KITA TOLONG ORANG SEKARANG, NANTI ORANG TOLONG KITA 🙂

      1. el zaman skg kawan susa senang cam el ni susa nak cari.. sb tu kawan kita kena teliti.. kak mami punya style kawan kalau tak datang manfaat utk both side kak mami tak kawan.. dalam byk kawan sorang je melekat di ati kak mami.. yg len gitu2 je.. kadang gaji beso lagi buas napsu.. camne tu gaji 10k belanja 20k? org cmni kita takyah tolong dah.. liar sangat napsu..

          1. tu la kita cari duit dok tinggal anak kat org sb duit.. ingat kita ni ada gua rahsia ke nak main bagi je.. berjerih meleleh berlendiaq ketiak tau.. okay tu kak mami tipu.. kak mami dok je depan pc 8-5 hahaha

          2. betul kak mami.. duduk depan pc 9-6 sampai rabun meningkat2.. bukan senang cari duit.. tu sebab maira sekarang berkire sikit. tak ramai kawan pun takpe la asalkan tak menyakitkan hati

      1. haa tiara si rc ni pon bebayang macam hensem je.. boleh ganti cinta tak kesampaian ko.. singkong tu bam punya.. dalam fs ni rc single.. kat lua tak tau da kawen ke apa.. kena pm tepi..

        1. ‌?‌? ‌?‌?‌? ‌?‌?‌?..mami..hahaha..kenapa mami recommend aku..kenapa bukan c abu je..haha
          Belum kawin lah mami..19 tu still young..hahaha

  2. Cik talib ke yang buat mak camtu?? Allahu.. Baik sangat pun salah.. Jahat sangat pun salah gak. Kalau tak menolong, di kata nya kita ni sombong lah, kedekut lah hm manusia manusia ~

    Semoga mak cepat sembuh yee. Kesian kat mak. Dan semoga si pelaku tu insaf dengan perbuatannya tu.

    Anytime update tau keadaan mak camne.. hehe

    1. tQ FF…
      Alhamdulillah mak maira dah boleh berjalan cuma tak kuat sangatlah.. tak boleh berdiri @ duduk lama. Si pelaku tu masih belum puas hati lagi sampai sekarang… cuma kitorang still layan baik. Just berpada-pada je la.

        1. ikut hati… nak je kejor dengan penyapu bila dia datang rumah.. tapi nanti lain pula yg dibuatnya.. hahaha bersabar tu lebih baik kan?

          1. jangan ikut hati sangat maira. hehe. kalau nak kejor dgn penyapu, nak kena guna penyapu nenek kebayan hahaha baru ada akai. hahahahaha

  3. sama perangai mama org, lembut hati sangat. sampai rm beribu, beberapa org juga yng buat loan tanpa pulangan lagi.

    betul laa, jangan lembut hati sangat, tapi kadang yang datang tu kawan rapat, saudara mara. susah nak kata tidak.

    semoga mak #maira cepat baik ye 🙂

  4. Nice. nak buat baik pun kena tengok orang jugak skrg ni.

    -rmai pulak dah tukar dp, tapi mcam seram je kalau tukar dp, in case one day kalau kena kecam mesti sampai ke luar pun kne kecaman huhu

  5. kesiannya mak maira.. ada ke di layan camtu bila mak maira datang.. bukan datang serang.. datang tanya elok2.. kalo kak mami malunya.. awak da la lelaki.. meminjam duit kat perempuan ibu tunggal pulak tu.. kak mami dulu mula2 kawen susah bio tak makan dari berhutang.. bukan ape.. takut camni la tak boleh bayar pastu naya orang lagi.. ada pulak duit dia berbomoh dajalkan orang.. baik duit tu bayar hutang.. alahai manusia..

      1. lahhh kalau leh membomoh wat lah keje baik sembuhkan sakit orang.. cari duit bayar hutang.. tepuk dahi kak mami gn si gile tu..

          1. manusia ni banyak sewel skang.. dia salah di buat mcm kita salah.. kak mami tak penah bagi pinjam duit kat org sb takut hati kak mami tak redha kalau dia tak bayar.. kak mami tak sebaik mak maira boleh rilex je..

          2. betul tu kak mami.. maira pun tak dapat nak ikut macam mak… mak maira tu semua benda dia nak redha je.. nasihat dia.. ‘apa orang buat kita telan je. Allah tahu’ tapi masalahnya.. mulut maira ni lebih cepat dari otak.. hahaha…

    1. tQ RC baca…

      Jawapan :
      1) maira gula kasar dgn Hani orang yg sama… Hani family & kwn2 tedekat je yg gune…
      2) Alhamdulillah sembuh tapi x sepenuhnya… dah boleh berjalan cuma x kuat sangat

  6. sakit pulak hati kita yg baca .
    rasa nak lempang-lempang , pijak-pijak ..
    rasa nak pergi bakar si pelaku..
    lawooo benar perangai buat orang macamtu..
    bloody shit!

          1. Anak dia baru meninggal bulan lepas. rasa2 mcm tak akan di bayar. padahal kawan baik mama. hummm. entahla 🙂

        1. membe laki sye masa study pinjam hampir 1000k lebih, sye terpksa bagi sbb final projek team dgn dia. lepas study senyapppp je. sye pulak yg segan nk contact dia

          1. ex classmates maira merangkap ex maira pun macam tu juga… tiap kali nak buat assignment takde duit pinjam duit maira.. then bila dah grad & x jd bertunang… langsung x nk bayar.. maira x minta pun tp 1 family dia tau dah apa yg dia buat tu.. hahahahaha

  7. Semoga mak Maira baik baik sahaja. Kita berhutang ataupun meminjamkan duit kita untuk si penghutang pun benda benda macam ni boleh terjadi. Berhati hatilah dengan siapapun kita nak berhutang ataupun nak pinjamkan duit tu bimbang jadi perkara yang tak diingini macam ni

    1. tQ Faz… betul kata Faz tu. Kita menolong dengan niat yg baik.. tp orang membalas dgn cara menyakiti. Allah je yg akan balas perbuatan dia.. maira & family dah redha je… nak banyak cakap takut makin teruk pula nanti dikerjakannya.

      1. Take care Maira and family. Bagus mak Maira tak cepat melenting bila kena tanya dengan ”orang” tu.Lepasni berhati hati sikit dengan orang baru kenal ni. Orang baru kenal ke dah lama kenal pun kena behave jugak. (pesan dekat mak)

    2. weh faz aku suka kau yg mcm ni jgnlah dok mlyn mcm budak2 ni melalut bukan2,,,tercalar imej kau sbg seorg writer fav aku,,,xnkler kau kena condem ke nnt kan,,,anda mampu mengubanye!!! weh pempuan nama luna tu the real ex ko ke??? aku tanyer jer…

        1. Nak menyamar jadi ex aku lah pulak haha pakai nama lain lah please Camel. Nanti aku kena kecam tak pasal pasal disebabkan kau. Nanti ada yang mengata pasal lelaki pun nak berebut. Aku malas nak melenting ke apa tapi dorang ni tak faham. Kau ni datang buat taik makin lah semuanya ada motif nak kecam aku 🙂

          1. aku maksudkan yg nickname luna ex faz ni,,,betol ke awek kau faz dia kan yg meroyan semalam,,,, ke ada luna lain ni yg aku tk tahu?? :3

          2. Ini camellia lah bukan Luna. Entah sape sape makhluk ni. Dia guna nama Luna ex aku. Ex aku ada comment dekat cerita aku kawan aku psiko 2 tu. Aku tahu dia tu ex aku sebab dia guna nama dia dan comment nama penuh aku. Tiba tiba si malaun ni pergi kecam pulak luna dan yang lain yang ada comment dekat cerita aku tu. Then guna nama ex aku acah jadi luna pulak

          3. ko abaikan jela si giler tu…ex kau kena dajal bro dengan camellia giler tu dkt asrama seri murni…

          4. Maira setuju dengan Faz bukan sebab Faz ni hensem tau Camel.. kau jangan nak fikir melencong pula. Cumanya…. kalau kau sendiri tak suka Faz duk melayan wanita2 di sini… kau pun janganlah nak menghuru-harakan hidup dia. Akak nasihat je ni… dari semalam dah macam tak best je sejak kau memunculkan diri Camel.. nak berkawan kami alu-alukan cumanya janganlah sampai bagi spoil mood dekat semua orang.

      1. Setuju dgn komen Alucard..asyik merapu yg bkn2..drpd org minat, terus jd mnyampah.. stop posting such childish comment, please…

  8. “…penyakit yang dihantar untuk mak aku tu, takkan keluar atau sembuh sepenuhnya..”

    Allahu kesiannya, tak pasal pasal.
    Amende lahai orang nak mintak duit orang balik, tapi lain jadinya.

    #Maira best!

  9. ehem

    test test

    kepada sesiapa yg berborak panjang tu,
    kalau rasa nak komen yg bukan2. pegi forum lain. kalau tak aku asapkan korang.

    #jgnkecam
    #lariiiii

    haha. wei. korang tahu tak? dah ramai yg kecam ni. pegilah baca. huhu

      1. pegi baca dekat puteri saadong tu. tapi tak kecam ko lah. sebab ko lelaki.

        ~tak adil kan bila pikir balik? nak salahkan pompuan je. tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.

        ~faz pon kena kecam. huhu

        #tetibe.

        1. kak mami da cakap last mlm td kak mami jahat n layan org suka kecam ni.. pasni kak mami wat taknampak je teruskan sembang menggeban mengepak cam biasa tanpa kecaman

      1. review balik, mcm dpt agak siapa yg buat tu kan maira. sampai hati org dh sanggup2 tolong balas mcm tu. dia yg bhutang dia pulak yg sakit hati. Allahu.

        *btw, panggil zee je. mcm formal sgt miss miss ni. ok dah tukor nama dah hehe. salam kenal 🙂

      2. review balik mcm tau je spe yg buat mcm tu kat mak maira kan. sampai hati, org dh snggup tolong tp tu yg dia balas. Allahu.

        *btw panggil zee je, formal sgt pulak miss miss ni. hehe. salam kenal.
        *tadi dah komen x tau knp hilang. type lagi semula hahaha

        1. hahaha.. bagus2.. wat lek wat pis yo.. aku da upload gmbr terkini aku.. lebih macho dr sblm ni.. tp x tau kenapa x kluar lg.. mas be samting werong samwer..

          1. takpe wei. org tengok gambar alien ko ni pon dah cukup buat org menyanyi lagu slam jika kau rasa getarnya

      1. ko sebut potosut kak mami gelak kuat gile kat opis..!teringat ketua kampung jkkkkk kampung pisang yg masa dia tengok video pompan joget.. dia mintak pak jabit sarpenkan video tu.. hahahaha..

  10. ayat dia tu aduhai …betol la kata org kita bg orang hutang …yang berhutang macam xde apa ….yang bg hutang pulak susah …dunia…dunia….

    teringat plak hutang den dengan kak yulie….aduyai belum setel;

      1. Tkut pula aku nak minta hutang. Yelah klien aku ramai x bayar lagi. Kang aku mintak aku plak kene santau hahha aku dh serik mende2 sihir ni

          1. AKu sekali hantar dua story terus… tpi admin lom approve. Bergilir2. Jgn tamak ahahahaha baik aku buat fiksyen Nas kahkahkahkahak

          2. lagi bagus ko buat fiksyen nas.. boleh aku meroyan berentam kat sana.. ko mesti okay punya kan! hehehe

        1. kan nas. aku pon sama sekentut gn ko.. letih wei lagi2 kalo kena lak tang laki tak sihat wei mintak ampun.. aku takut dia terbu nuh aku time tak sedar.. laki aku skang bulan mengambang je mcm nak start jadi mcm tak waras.. tapi undercontrol la.. kat telinga katanya ada dengar org bisik2 ..

        1. bukan mogok. aku tak suka org tengok ko.

          ~aku remove sebab aku nak taik kan org. kahkah

          ~ faz dgn i teman tapi mesra je.

          1. Ko pun muka je cantik sireh bujur, bibir ayu, hati baik, hidung mancung,

            tapi suka taikkan orang. Berak tak flush ke?

          2. macam penah tengok je muka aku. separuh je aku letak. aku ni juling tau. dah2! ko remove gmbar ko.

            oklah taik. dari aku cakap benda ????? kan kan?

            #fliphair

          3. aku tak kisah rupa.
            aku suka orang bebal yang suka taikkan orang
            aku suka bimbo macam medicak.kahkahkah

          4. BETUL TU..
            BIARLAH FAZ TU SORANG2.. DIA RAMAI PEMINAT.
            TENGOK AKU.. SETIA.. TAKDE PEMINAT. TAK CURANG..HMMHMM

          5. promot diri ko ke? org cakap, selalu nya org yg mengaku setialah sebenarnya kaki kencing.

            orang cakap. aku tak cakap.

            ~faz tu muda lah. i tak minat org muda2. tahu?

          6. alahh ko ni, kalau ko berahsia identiti, macam nak jadi peminat cite ko? hahahaha. apa identiti ko? skrang jugak aku baca.

          7. Ye Mediketiak..
            Baru je sambut bday ke 27 aku.ahaha
            tak payah aku nak dedahkan identiti aku.
            Nanti aku up cerita pakai nama Juri. Ko tungguu~~

          8. mediketiakk. hahaha. apa ko ni? ko ingat kelakar??

            27 eh? hihi

            bila ko nak submit? tak sabar? pasal hantu taik ke?

          9. ehhh. happy birthday jurifs. hihi

            ~semoga dimurahkan rezeki
            ~semoga sihat selalu
            ~semoga bertambah tinggi & segak

          10. Haha. sabo. tengah tulis ending ni.

            Thanks thanks thanks wish.

            hadiah takdeke? pulut kuning ke..huuhuuuu

  11. teruk erk…dah laa hutang org taknak bayar, lpas tu dianiaya nya pulak org…mmg syaitaonnirrajim manusia seperti ini..

  12. Manchego kalau org mintak nak pinjam duit mmg tak kan bagi amount yang dimintak tu manchego bagi amount yang ikhlas kalau tak dapat balik pun xpe . nak tolong org kena berpada pada la these days. Mak maira dah okay ke?

    1. tQ Manchego sudi baca… alhamdulillah mak dah sembuh walaupun x sepenuhnya. Mak maira dah boleh berjalan cuma tak kuat macam sebelum kena

  13. OK DAH BACE

    KURANG ASEM JAWA BETUL LAH ORANG YANG BERHUTANG
    LEPAS KAU LUMPUHKAN ORANG SEBAB TAKNAK BAGI DIA KUTIP HUTANG.
    CERITA BESTM TAPI KURANG ELEMEN SORAM.
    SO I BAGI 5/10 (AVERAGE)..HEHE

  14. Done baca!

    Sedihnyaa ada juga manusia tak tahu malu macam ni.

    Dah berhutang buat tak tahu.

    Bila kita tanya boleh bayar ke tidak sampaikan dia sanggup hantar benda benda khurafat ni semua.

    Sekarang ur mom okay ke Maira?

    1. Ishh.. Mengada la tepon ni.. Tekan lain kluar lain.. Ttiba da sent komen..

      Nak cakp td, mak maira sebijik mcm mak syer.. Baik x btempat, cpt kesiankan org.. Pastu org dok ‘pijak’ kepala..
      Geram gak .. Kita ni dah ler x leh tgk org lain buat mak kita…. Bole timbul gaduh nt.. Huhuu

    2. hai cu..yahooo…esok johor cuti..jom jalan naik penyapu nak? ajak cu tembam sekali..eh ngn cu maira…ladies night today..cu faz ngn singkong tinggal!

      1. ade 3 masalah sekarang ni nek…

        1) esok cu maira kerja.. company ikut singapore punya cuti…. sob~sob~
        2) abg singkong dah selamat pergi dinner nek. tadi dia cakap…
        3) faz sekarang dah serius je nek.. (off record) haha!!!

  15. Hanatnye si talib tu ye..bertabah lah penulis dan ibunya..jgn lah disantet kembali si talib tu pulak..nti takde bezanya dia dan penulis..huhu
    Orang teraniaya akan dibantuNya..in sha Allah..

  16. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 10,
    “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”.
    Jazakallahu khair?
    Semoga Maira dan sekeluarga sentiasa tabah dalam ujian yang diberikan olehNya.?

  17. rimasnye, komen2 lagi panjang dr crita..
    dah kenapa semua nak jadi juri
    ada plak jadikan ruang komen chatroom
    tlglah… kalau nak review , review on cerita btol2..
    xyah nak jual minyak kat sini

  18. Kerana hutang..
    Ade gak hamba allah ni berhutang dngan sya..
    tak banyak rm2k.. dah dekat 4tahun dah..
    bile tnye bile dpt byar… dye kate dh bayar…
    Melalui sipolan bin kepulan binti ketulan…
    bile tnye kt sipolan ni..ckp xde pun si totolan bayar… ?? nk wt cmne ek??

  19. #maira..
    Cerita awak memang xseram..
    Tapi pengajaran tu ade..
    Nk seram memanjang tp xde pengajaran tak best gakk kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.