#Maira – Pokok Bunga Kertas

!!! PENCERAHAN !!!

Ya! Itu adalah kisah benar yang mana aku ceritakan tentang arwah kakak sepupu aku. Dan aku ada terbaca komen FB yang mengaitkan dengan satu kes yang hampir sama. Innalillahiwainna ilaihi rajiun untuk kedua mereka. Tapi suka untuk aku katakan, ianya tidak ada kaitan dengan kes mereka. Kebetulan nama dan tempat kejadian yang hampir sama.

Dalam cerita NANTI KITA JUMPA tu, di beberapa perenggan terakhir aku ada katakan yang aku tidak dapat apa-apa keratan akhbar tentang kes mereka walaupun kes tersebut mendapat liputan akhbar. Dan berita yang aku selitkan itu cumalah rekaan dari aku yang mana aku cuma Google sahaja untuk dapatkan gambaran dalam penceritaan aku. Maaf dari pihak aku kalau ianya menyentuh sentimen sensitiviti pada pihak keluarga mangsa yang terlibat

  • Teruskan menghantar cerita & teruskan usaha menulis.

Terima kasih untuk sokongan kalian. Ya! Pembaca boleh menilai dan meletakkan tulisan aku pada tahap apa sahaja. Dan aku masih menganggap diri aku budak yang baru merangkak dalam dunia penulisan. Penulisan bergenre seram maksud aku. Sebab sebelum ni kerja aku cuma tulis cerita cintan-cintun je. Oh ya! Jangan dicari sebab cerita tu semua aku minta cik puan editor yang tengah buat PhD dekat Jepun tu simpan buat pekasam je. Tak payah diterbitkan sebab aku belum cukup bersedia lagi.

*Allahummasolli ‘ala Muhammad wa ‘ala aliMuhammad.

……………..

Assalammualaikum warga pembaca FS dan juga tak dilupakan sahabat FS yang dikasihi. Thanks admin publish cerita aku kali ni. Cerita ni bukan aku yang lalui, cumanya aku kongsikan penceritaan oleh abang sepupu aku. Kiranya dia dan ahli keluarganya yang mengalami situasi-situasi didalam cerita ni.


Aku : Eh, abang ngah. Share sikit cerita seram ke, terjumpa hantu ke takpun abang ngah ke yang jadi hantu.

Abg Ngah : Nak buat apa?

Aku : Nak post dekat Fiksyen Shasha la. Takkan nak tulis kisah cinta tak jadi abang tu pula.

Abg Ngah : Fiksyen Shasha lagi? Tak habis-habis. Dapat apa duk tulis cerita semua tu?

Aku : Dapat cari boyfriend baru! Hahahah. Fine! Tak kelakar. Cepatlah cerita.

Abg Ngah : Ermm, cerita pasal pokok bunga kertas belakang rumah atuk tu boleh tak?

Aku mengangguk dan terus capai handphone untuk merekod.


ABANG NGAH DALAM CERITA NI SEBAGAI AKU

Waktu ni aku baru je menginjak ke usia 20 tahun. Bak kata orang, budak baru nak kenal dunia. Tapi masa ni aku dah berkerja. Aku tak join budak-budak sebaya aku yang melepak duk tepi-tepi parit, tepi jalan, tepi bus stop sambil usung gitar kapok. Tak! Aku tak berapa nak layan cara yang macam tu. Dalam kepala aku cuma nak kumpul duit je. Senang nak berfoya-foya dikemudian hari.

Aku berkerja sebagai pelayan restoran disebuah resort yang tak jauh dari rumah mak aku. Waktu kerja aku tak menentu, adakalanya masuk awal pagi, adakalanya masuk petang ikut pada jadual yang telah ditetapkan.

Satu hari tu, aku kena masuk petang. Kebetulan hari tersebut ada event. Kerja macam aku ni, waktu masuk kerja boleh tahu, tapi waktu balik tak dapat nak diagak. Dan hari tu aku balik lambat. Hampir pukul satu pagi baru aku punch out dan bersiap untuk balik.

Sesampainya aku di perkarangan rumah, aku terus parkir motor dekat depan rumah dan terus menuju ke pintu dapur. Pergerakan aku memang agak terkocoh-kocoh sebab aku dah tak tahan nak terkencing. Satu kelebihan sebagai orang lelaki ni, nak membuang air kecil tu tak susah mana. Dekat mana-mana pun boleh asalkan tak ada orang yang nampak. Disebabkan aku dah memang tak boleh nak tahan jadi aku tukar haluan kaki ke arah rimbunan pokok bunga kertas dibelakang rumah atuk. Kebetulan kedudukan pintu dapur rumah aku juga menghadap ke arah pokok bunga tersebut.

Dalam masa aku sedang menunaikan hajat tu, aku perasan pintu dapur rumah aku dibuka dan tak lama lepas tu Nani, adik aku menjengah seperti sedang mencari seseorang.

Nani : Abang ngah! Buat apa dekat situ?

Aku : Sibuklah.

Aku menjawab sesudah menyudahkan hajat. Baru sahaja aku nak melangkah, tiba-tiba Nani menjerit menyebut nama aku. Dalam sekelip mata dia rebah ditengah pintu. Aku terus berlari mendapatkan Nani yang dah tak sedarkan diri.

Hampir seisi rumah terjaga dengan jeritan Nani. Dia tiba-tiba sedar dari pengsan dan mencerlung pandang aku. Masa ni aku tahu di depan aku bukan Nani, hanya jasad sahaja. Nani terus meronta-ronta dari pegangan aku dan bila terlepas dia terus berlari menuju ke arah pokok bunga tersebut.

Mak : Along, pergi panggil Tok Mat. Cepat! Angah, pergi tolong ayah tu!

Kalaulah masa ni aku boleh rekod suara mak. Aku dah rekod dah untuk aku didengarkan pada cucu-cucu mak nanti. Biar diorang ketar lutut sikit dengan nenek diorang ni.

Abang long tak berlengah lagi, dia terus start motor dan berdesup ke rumah Tok Mat. Dan aku terus bergegas mendapatkan ayah yang sedang cuba untuk menarik Nani untuk masuk semula ke dalam rumah. Waktu tu Nani berpaut pada batang pokok bunga kertas tu. Pokok bunga tu bukan pokok dalam pasu, tapi ia tumbuh liar dan merimbun, tingginya pula dah mencecah cucur atap.

Habis separuh tenaga aku dengan ayah semata-mata nak menarik Nani masuk ke dalam rumah. Rasanya dah serupa kau tarik tali tambat lembu untuk masuk kandang. Pada waktu yang sama juga abang long dan Tok Mat tiba.

Tok Mat ni memang orang pandai dalam kampung. Kalau ada budak tersampuk memang bawa jumpa dia je. InsyaaAllah baik seperti sediakala.

Tok Mat : Yam, ambilkan air. Anak kau tersampuk ni.

Arah Tok Mat. Dia duduk di atas kerusi menghadap Nani yang meronta tak berhenti. Aku mengundur ke belakang bila abang long dengan sukarelanya ambil alih tempat aku. Dahlah penat berkerja tak hilang lagi, tambah pula perihal si Nani ni. Sungguh, masa tu aku fikir aku yang bakal pengsan lepas ni.

Tok Mat membaca gelas berisi air yang dihulur mak aku. Dan lepas tu dia merenjis ke muka Nani. Menjerit lagi adik aku tu. Nani ni suara dia tak kuat tapi sedikit nyaring. Bila dia menjerit memang menyakitkan gegendang telinga. Nasiblah masa tu dia tak sedar. Kalau dia normal dan buat hal menjerit macam tu, memang aku bagi penampar biar senyap.

Nani : Arghhh! Arghhh!!!! Sakit bodoh!!!!

Tok Mat : Kalau kau tak nak sakit, keluar dari badan budak ni!!!

Nani : Aku tak nak! Kau balik!!! Ni rumah aku.

Aku pandang muka Nani. Dengan rasa tak bersalahnya Tok Mat yang dia suruh balik. Dasar tak sedar rupa kau ye jin. Dahlah tumpang badan adik aku.

Tok Mat : Ini rumah manusia. Bukan rumah kau. Kau keluar dari badan budak ni!

Nani : Aku tak nak. Biar dorang rasa! Hee~ Hee~ Hee~

Tok Mat : Kenapa kau kacau budak ni?

Nani : Semua salah kau!

Nani tuding jari ke arah aku. Serentak itu juga semua mata pandang aku.

Tok Mat : Dia yang salah kenapa adik dia yang kau kacau. Baliklah ke tempat kau. Budak-budak ni tak tahu.

Nani : Itu rumah aku! Kau kotorkan rumah aku!!!!

Masih lagi ke arah aku Si Nani melampiaskan marahnya. Tapi masa tu aku dah boleh agak dah kenapa benda tu kacau Nani. Memang salah aku pun.

Tok Mat : Dia tak sengaja. Dah kau keluar. Jangan dikacau budak ni.

Tok Mat meneruskan upacara mengeluarkan makhluk yang menumpang tubuh Nani. Dan Alhamdulillah ianya berjaya dikeluarkan dan Nani pulih seperti sediakala cumanya badan dia agak lemah. Menangis-nangis dia peluk mak aku sambil mengadu yang dia nampak seorang nenek bongkok macam nenek kebayan dekat pokok bunga kertas tu. Waktu dia nampak tu, nenek tu berdiri betul-betul dibelakang aku. Itu yang dia menjerit bila nenek tu tiba-tiba meluru ke arah dia. Dan lepas tu dia tak sedar apa-apa.

Dan menurut kata Tok Mat pula, makhluk tu memang dah lama menghuni dekat pokok bunga tu. Memang kawasan rumah kami tu tempat dia berlegar-legar. Cumanya selama ni dia tak pernah mengganggu siapa hinggalah aku yang membuat onar di rumahnya. Itu yang dia marah sangat.


Abang ngah tamatkan ceritanya sampai situ je. Aku terus capai laptop untuk taip cerita ni. Punyalah semangat.

Abg Ngah : Maira, benda hantu-hantu ni jangan selalu sangat diseru. Nanti dia datang baru padan muka.

Aku : Bila masanya yang Maira seru?

Abg Ngah : Tu. Duk tulis cerita seram, baca cerita hantu. Tak ke menyeru namanya? Jangan cakap abang ngah tak warning.

Dan abang ngah terus berlalu meninggalkan aku berseorangan di ruang tamu. Dan dalam nak menyusun ayat demi ayat tu tiba-tiba aku teringat pasal Dayah dan juga pokok bunga kertas yang sama.


SEBELUM RAYA BEBERAPA TAHUN LEPAS

MASIH BERKAIT DENGAN POKOK BUNGA KERTAS

Aku balik ke kampung pada pertengahan puasa. Balik menziarah atuk. Aku parkir kereta bawah pokok mangga. Dekat situ je yang agak teduh, maklumlah musim panas. Mak aku, dah menghilang ke rumah atuk. Cuma aku je yang duk terhegeh-hegeh menjinjit barang-barang untuk diberi pada atuk. Aku perasan Dayah, menantu mak long tengah terbongkok-bongkok dekat pokok bunga kertas belakang rumah atuk tu. Masa tu aku tak tahu apa-apa lagi pasal pokok tu.

Dayah : Uiii Maira! Banyak barang.

Aku : Biasalah, nak raya kan. Buat apa tu?

Dayah : Ni ha, aku nak tebang pokok bunga ni. Merimbun sangat, susah nak parking kereta.

Aku : Tengah-tengah hari buta ni kau nak menebang. Tak reti panas ea?

Dayah : Aku tak takut kulit gelap macam kau.

Aku ketawa menyambut sindiran Dayah tu. Suka hati kau je ye nak perli-perli aku. Senget mulut kau nanti baru tahu. Aku mengomel dalam hati.

Aku terus masuk ke rumah atuk. Rumah atuk dengan rumah mak long tak jauh, tak sampai sepelaung pun. Ibaratnya kalau berjalan berkaki ayam dari pintu rumah atuk nak ke rumah mak long memang tak sempat nak merasa terpijak tahi ayam ke tahi kucing. Memang sangat dekat.

Berbalik pada cerita, aku dan mak balik selepas berbuka puasa. Makan dekat rumah atuk ni walaupun atuk setakat masak asam rebus ikan kembung, sayur sawi goreng dengan telur dadar tambah pula dengan lempeng tepung, dia punya rasa tu dah cukup mewah dah. Mewah yang aku nak korang bayangkan, dah kira sama taraf berbuka dekat hotel dah. Tak percaya? Pergilah balik kampung minta opah, atuk, nenek masing-masing masakkan. Confirm heaven!! Hahaha.

Dalam aku sibuk-sibuk duk mengangkut bekalan yang atuk dah sediakan untuk kami bawa balik tu, tiba-tiba Mak long aku muncul depan pintu rumah atuk.

Mak long : Mak, tolong tengokkan si Dayah tu mak. Tangan dia tu tiba-tiba je bengkak.

Atuk : Laa, kenapa pula. Mana dia nya?

Mak long : Ada tu dekat rumah. Duk menangis dari tadi. Bisa katanya.

Atuk dan mak aku terus mengikut langkah mak long. Aku pun tak lepas peluang. Pertama kali aku rasa excited bila dapat tahu yang atuk ni pun pandai juga bab-bab ni.

Aku perhatikan je atuk cuba merawat Dayah. Memang betul kata mak long. Tangan kanan Dayah membengkak dari paras siku membawa ke jari. Mungkin disebabkan kulit mencerik dan menegang bila bengkak membuatkan lengan dia nampak sedikit merah. Kesian aku tengok Dayah masa tu. Tapi dalam hati aku tetap duk mengomel sebab dia perli aku siang tadi.

Atuk : Ambil kapur dengan daun sireh. Tak ada apalah ni.

Mak long : Tertegur dekat pokok bunga kertas tu la agaknya. Dah dicakap, jangan diusik pokok tu. Degil. Nasib sikit je ni.

Atuk : Alah, tak ada apalah. Ni tuk dah sembur dengan kapur sireh ni, insyaaAllah baiklah tu.

Atuk : Benda tu dah tak ada Yam. Kan arwah abah kau dah minta orang tolong halaukan dia.

Mak long : Kalau tak ada tu Dayah tu kena apa pula mak?

Atuk : Kita ni hidup bukan kita manusia je. Jin syaitan tu tetap ada. Mungkin tertepis anak jin ke, kena ulat bulu ke. Mana la nak tahu. Dah jangan nak diungkit cerita lama tu.

Mak long tak habis lagi membebel dekat mak aku pasal pokok bunga kertas tu. Atuk, aku dengan Dayah cuma mampu tadah telinga je la. Nak mencelah, mahunya jadi makin panjang pula nanti.

Aku : Padan muka kau. Tadi kau perli aku kan, aku siap dah nak sumpah mulut kau senget tadi tau. Nasib penunggu pokok tu usik sikit je tangan kau ni.

Dayah : Kau ni kan….

Aku dengan Dayah ni sebaya sebab tu la aku boleh selamba je bercakap dengan dia tak bertapis-tapis pun. Dengan sepupu-sepupu yang lain, jangan haraplah nak macam tu. Macam budak bisu je aku ni bila jumpa semua orang.


Aku tersenyum puas. Dapat juga aku bahan untuk dikongsikan kali ni. Yalah, sementara nak menyiapkan satu cerita yang maha panjang tu (tapi tak boleh nak lawan Kawan Aku Psiko punya panjang la). Sekurang-kurangnya dapatlah diselit satu dua cerita pendek-pendek. Haha.

Abg Ngah : Maira!

Aku : Apalagi abang ngah…

Abg Ngah : Apakata tulis sekali cerita pasal ladang kubur tu.

Aku : Ladang kubur?

Abang ngah mengangguk sambil menaikkan kening dia yang tak cukup bulu kening tu. Dia terus menghilang ke dapur. Dah gaya macam mamat gatal pula aku tengok abang ngah ni.

(NOTA : Segala watak, tempat, waktu, tarikh atau apa sahaja yang mungkin ada persamaan dengan cerita dan kisah yang aku kongsikan adalah tidak disengajakan. Dan suka untuk aku katakan, aku tidak ada kaitan dengan cerita-cerita diluar sana. Dan dalam setiap cerita yang aku kongsikan, setiap watak telah aku palsukan nama mereka. Jika terdapat persamaan, semuanya adalah kebetulan.)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

435 thoughts on “#Maira – Pokok Bunga Kertas”

  1. Finally!!!!

    Alaah jurii x acilahhh kene baca dulu bru komen. Mairaaa seriuslah pokok pon ada juga hantunya. Tpi kita kan berkongsi alam. Mmg x tau pon sapa penghuninya. Kadang2 benda tu sebelah kita pon kita x nmpak. Sib baik x dan pape. Kim slah abang ngah ko maira. Mesti comel hahahah

    Reply
  2. “Dapat apa tulis kat diksyen shaha tu?”

    “Dapat boyfriend”

    Tergelak hakak dik. Ko dh jumpa ke belom?? Meh suh dia mengadap kak long sini hahaha

    Reply
  3. Apesal banyak sngt story pasal kencing bersepah ni.. ??
    Lain kali pakai pampers la senang.. Huhuhuu

    patutla senyap sunyi je maira skarang.. Rupanya ada setori baru

    Reply
  4. First lagi!!!!

    Nama saintifik bagi bunga kertas adalah Bougenvilla kan?

    Nah amik kombo belon + lollipop ni maira sebab cerita dah publish. ??

    Reply
  5. Patut lah jarang nampak maira muncul kat komen, rupanya2 come up with new story hehehe. Macam biasa 5 ? best. Abg sepupu ekk hmm

    Reply
  6. one of my favourite writer on fs. storyline, susunan ayat always tersusun. kalo nukilan sblm ni ada unsur seram sedih(yg lily tu), yg ni berbeza pulak. penulisan Maira x pernah menghampakan. keep it up babe!

    btw, yg part nani tu i faham mcm mne keadaan dia, sbb pernah alami perkara yg hampir sama. tp x la sampai kena rasuk sekadar nak menumpang je. hehe. lesson learn utk berhati2 kat tempat yg kte x biasa. ada benda lain jugokk hehe

    Reply
  7. Ingtkan bunga kertas yg tak wangi makhluk halus tak minat rupanya ada gak ya..teladan pada lelaki kencing merata tu..dah la tak basuh..eeee.tungau baru tau..

    Reply
  8. ADMIN… maira ni sejenis yg eksaited nak tengok dp apa yg admin nak bubuh disetiap cerita.. Haha Maira bayangkan admin mesti letak dp bunga kertas yg merimbun.. rupanya.. satu dahan je.. kah!

    Reply
  9. Hi guys!! Sorry Maira terpaksa mencelah dekat komen cerita Maira.

    1st of all… aku terhibur dengan komen merapu korang ni. Juri, Singkong, FF, Medicak, Syer, Maira, Armyy, RC, CeritaNasa, Cik Bunga, feeya dan ramai lagi. Korang memang win bab-bab merapu ni. Sumpah aku memang terhibur setiap kali baca komen korang.

    Cumanya… boleh tak dikurangkan sikit merapu korang tu. Hari tu aku baca yang korang kena hentam teruk dengan silent readers sampaikan admin buat ruang forum. Aku perasan yang korang senyap sekejap dan berkampung dekat post2 lama. Laa ni dah start semula ke??

    Bukan nak kecam.. jangan salah faham pula. Sebab aku memang terhibur je dengan komen-komen korang. Cumanya tak semua orang suka. Bimbang nanti geng-geng korang akan kena kecam lagi. Tu je yg aku nak cakap..

    Reply
  10. Cite best. Tingat arwah nenek aku suka sangat tanam pokok bunga kertas. Macam2 kaler. Berbaris cantek jer kat tepi pagar rumah. Rindu nenek..huhuhu….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.