“Mak” Pokok Pisang

Assalamualaikum semua. Okay ni cerita kedua aku selepas ‘Camping dengan “Cik”’. Terima kasih yang support aku untuk terus menulis. Untuk cerita kali ini, aku nak cerita pasal saka. Cerita ni berlaku kepada makcik aku masa malam sebelum majlis kahwin dekat rumah pakcik aku.

Rumah pakcik aku ni dekat Kajang. Masa tu dekat situ tak banyak sangat pun rumah. Kalau ada pun jarak antara rumah ke rumah tu jauh. Macam rumah kampong. Rumah pakcik aku ni pula dibina atas tanah arwah atuk yang diwasiatkan untuk semua adik-beradik abah aku. Tapi hanya pakcik aku sorang saja yang buat rumah dekat situ. So, belakang rumah pakcik aku dah jadi semak dan hutan. Nak dijadikan cerita, malam sebelum majlis tu adik-beradik abah aku semua berkumpul dekat rumah pakcik aku tu sebab ada doa selamat dengan rewang sikit. Adik-beradik abah aku ramai, 13 orang semuanya. Masa aku sampai tu pun dah malam. Lepas maghrib tahlil dan doa selamat pun bermula.

Masa masing-masing tengah baca yaasin, tetiba aku dengar suara orang menangis. Lama (menangis macam budak tak dapat mainan lepas kena marah). Aku pandang mak aku tapi tak tanya apalah, sebab tengah baca yaasin. Sebab suara yang nangis tu bukan suara budak kecil pun. Dalam sejam lepas tahlil dan doa selamat, semua keluar nak makan. Aku tak ikut mak aku keluar, aku pergi dapur nak tengok makcik-makcik aku yang lain dekat dapur, alih-alih dapur kosong. Time tu juga aku dengar sayup-sayup suara orang menangis tu.

Dekat dapur ada bilik. Bilik tu memang bilik pengantin. Aku pun buat-buatlah berani jenguk kepala aku dalam bilik tu. Aku nampak makcik aku sorang ni tengah baring dekat bawah di sebalik katil (tak nampak muka). Aku ingat nak tegur kenapa. Tapi tak jadi sebab ada makteh aku masuk terus tarik tangan aku ajak makan dekat luar. So aku pun keluar rumah dengan penuh tanda tanya.

Bila keluar rumah, aku tengok semua adik-beradik abah aku berkumpul bawah pokok. Aku pun pergilah join sekaki. Rupanya makteh aku cakap makcik aku tu dah ‘terkena’. Aku pula ingatkan dia terkena keracunan makanan. Aku pun buat tak tahu je lah. Ambil nasi makan je sebab lapar. Tapi masa tu aku pun hairan sebab takda siapa pun masuk dalam rumah dan pakcik-pakcik aku yang lain siap standby dekat pintu depan dengan pintu belakang.

Dalam 15 minit lepas tu ada pakcik ni datang. Aku namakan dia pakcik Man lah. Dia Tanya mana makcik aku. Pakcik aku pun bawa pakcik Man ni masuk dalam rumah. Masuk je pakcik Man ni dengan pakcik-pakcik aku yang lain, terus makcik aku yang dekat dalam bilik tadi keluar berlari dekat ruang tamu rumah. Nasib sempat tutup pintu depan. Aku tak dapat tengok apa jadi sebab pintu dengan tingkap ditutup. Tapi aku dapat dengar dengan jelas suara suara kat dalam rumah. Makcik aku jerit, “lepaskan aku, aku nak jumpa mak aku lahh! Sakit! Sakit! Lepaskan akuu!”

Pakcik Man pula tanya, “mak mana? Mak kau dah meninggal dunia. Mak kau takda dekat sini. Keluar kau dari tubuh dia.”

Makcik aku pulak balas, “adalah! Mak aku tunggu dekat pokok pisang tuuu! Ke tepi semuaaaa!”

Lepas je ayat ke tepi semua, aku nampak bayang makcik aku tolak pakcik-pakcik aku, termasuk pakcik Man dan cuba pecahkan tingkap. Tapi pakcik Man ni pantas. Terus dia kunci makcik aku ni. Terjerit jerit makcik aku sebut, “mak aku! Pokok pisang!”

Aku pula acah berani toleh pokok pisang. Nahh kau ambil, “Mak” dia ada dekat situ ha. Elok je statik dekat situ dengan baju putih lusuh, rambut tak sikat, terus berpeluh aku. Aku pun apa lagi, lari duduk dengan mak aku. Lama juga pakcik Man berperang dengan makcik aku. Dalam sejam lepas tu baru reda.

Dah settle, pakcik Man tu cakap yang bekas mak mertua makcik aku ni hantar saka dekat makcik aku. Tujuan dia, tak pula aku tahu. But until now, aku takut nak duduk berdua atau sekali dengan makcik aku tu. Muka dengan suara dia je dah menyeramkan aku.

Sekarang ni tanah arwah atuk dah banyak dibina rumah. Makcik-makcik dan pakcik/pakcik aku pun dah start pindah dekat tanah arwah atuk. Hutan dah tak ada, tapi binatang dari hutan situ masih ada. Harap-harap “Mak” pokok pisang tu pun dah tak adalah. Seriau aku.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cik Merah Kembang
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

47 comments

          1. dah balik umroh ke tokk? tok tak beli insurans lagi ke? hahahaha, sedap tokkkk je cakap. huhh~ aku guna nama ni je tok, unik tak tok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.