Makcik karipap

Aku Lana
Kisah masih dalam lingkungan semasa aku bekerja di pusat pelancongan yang agak dikenali di Sabah.
Makcik karipap antara penghuni resort ini. Dia bukan cik ponti, kak ponti atau Nina bobo. Kita panggil dia bunian. Depan kuarters ni ada satu pohon besar jugak. Mereka suka betul pokok-pokok besar ni. Di bawah pokok itulah ada satu gerai kuih.

Aku gelar dia makcik karipap. Pagi-pagi akan berjalan ke depan kafe, depan kaunter jual kuih karipap. Pakai baju kurung opah, berkain batik dan berselendang biru. Bagi yang boleh nampak makhluk bunian, mereka ni jenis pakai baju warna semua sama. Betulkan kalau aku salah. Kelompok di sini semua pakai baju warna biru lusuh.

“Karipap, karipap seringgit dua.” hari-hari ulang. Rajin dia berjalan dengan bakul di tangan.

Satu hari semasa aku stay di ruang tamu kuarters dia singgah. Pada mulanya aku sangkah dia manusia macam kita. Jujur pada waktu ini memang aku belum mampu membezakan antara manusia atau bunian sebab sosok mereka macam manusia.

“Cucu mau karipap?” katanya lelah. Berdiri di depan pintu rumah. Rasa kesian. Aku pun bangkit melihat jualannya. Menjenguk bakulnya. Seriau. Bukan karipap yang ada, tapi batu nisan. Ish…,aku diam dan patah duduk balik.

“Kenapa cu, tak mahu ka”? Dia senyum menyeringai.

Sejak hari itu aku selalu lihat dia berjalan sambil menjijing bakul rotan.

“Kuih..kuih..Kuih karipap.” sekali kau beli melekat, terus terikat. Bila lelah dia akan duduk depan gerainya. Yang berkunjung adalah kelompoknya jugak. Atuk bunian, nenek bunian, abang kakak makcik pakcik bunian. Mereka ada perkampungan mereka sendiri di sini.

Satu hari kak Ida datang, Dia menyidai linen-linen laundry di belakang kuarters. Belakang kuarters ni ada kawasan ampaian yang luas khas untuk menjemur linen-linen. Di belakang tu memang hutan lah.
Sewaktu kak Ida menyidai, makcik karipap lalu nak menyusup masuk ke dalam hutan. Memang rezeki Kak Ida masa tu, dia nampak dan sapa makcik karipap.

“Nak ke mana makcik.” Kak Ida sapa. Sambil tangannya ligat menyidai. Makcik karipap berhenti dan melihat kak Ida sambil menyeringai. Kak Ida hati kering, terlampau ramah terus nak berbual.

“Nak karipap?” makcik karipap menyuahkan bakul.
“Tak nak lah makcik. Kenyang dah. Makcik buat apa di belakang ni.” Kak Ida menolak.
Makcik karipap perlahan-lahan melangkah dan hilang di sebalik semak hutan.
Bila selesai menyidai kak Ida masuk dan bertembung dengan kami.

“Borak dengan sapa kak Ida.?” tanya kak Long.

“Ada dengan makcik tu, orang kampung sebelah mungkin.” kak long pandang aku. Aku hampir ketawa. Aku tahu siapa yang kak Ida maksudkan.

“Mana ada kampung sebelah kak Ida. Kita saja ada sini ni. Jauh lagi la kampung dari tempat kita ni. Kak Ida tak ingat ka belakang tu hutan belantara. “Melopong Kak Ida. Peluh renik di dahi.

“Bawak bakul ka kak Ida, pakai baju Opah, selendang biru? Aku bertanya. Dia seraya menganguk.

“Makcik karipap tu..hari-hari jual karipap, ke depan ke belakang dengan harapan ada orang beli karipapnya, tapi jangan silap beli, di dalam ada batu nisan.”

Selepas hari ini dekat seminggu kak Ida demam. Sejak itu dia tak makan kuih karipap. Seriau dia mengingat.

Makcik karipap.
Dia masih ada jugak, laku gerainya tu. Tapi tak tahulah musim pkp ni masih berjual ka tidak.
“Karipap,,,karipap..belilah, seringgit dua.” Jangan salah beli, terbawa batu nisan..Sekian….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 5]
Cinta

5 thoughts on “Makcik karipap”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.