Makhluk Buka Gas

Si Pengikut yang tak diundang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Sebelum tu terima kasih kepada admin FS kalau cerita aku ni diuploadkan. Cerita ni mungkin tidak terlalu seram untuk korang, tapi benda ni first time berlaku kepada diri aku sendiri. Benda ni berlaku ketika aku di tingkatan 5.

Kawasan rumah aku fasa 4 ni memang semua kejiranan dah tau yang kawasan rumah kitorang ni laluan “makhluk ghaib” ni lalu dari kawasan bukit yang dekat dengan fasa kami turun dan melepasi kawasan kami untuk ke arah tujuan mereka.

Ramai jiran-jiran yang dah pernah terkena gangguan “makhluk” ni. Ada yang balik dari kerja lewat malam, elok-elok tengah buka pagar rumah ternampak kaki terjuntai tengah “bersantai” atas bumbung. Ada pulak yang tengah bawa motor nampak kak pon cantik je tengah melayang di kawasan lapang yang berdekatan dengan kawasan kami.

Masa tu biasa lah jiwa muda, selagi belum kena selagi tu berdegil. Banyak kali mak aku pesan jangan selalu keluar malam or kalau terpaksa balik malam beringat-ingat sebelum masuk. Aku pulak jenis tak berapa percaya benda-benda ni sebab tak pernah nampak. Jadi selalu jugalah melawan sikit mak aku ni, kadang-kadang kawan ajak main futsal pergilah lagipun baru bulan 1 spm lama lagi haha but still balik tak pernah lebih pukul 12.

Mungkin kalini memang rezeki aku, malam tu member aku ajak aku main futsal dan tepat 11:30 malam aku pun balik. Belakang rumah aku ada jalan besar dan untuk masuk ke fasa aku kena masuk melalui depan sebab jalan besar takde laluan untuk masuk ke fasa aku Cuma ade laluan kecil yang dibuat oleh penunggang-penunggang motor yang lalu.

Jalan tu gelap dan kita kena lalu bawah pokok-pokok kat situ. Aku memang selalu tak lalu jalan tu sebab gelap dan takut jugakan lalu bawah pokok-pokok dalam gelap. Tapi tak tau malam tu aku terlalu penat dan nak cepat balik, nak taknak aku redah juga laluan tu dan sampai je rumah aku terlupa untuk basuh kaki dan baca apa-apa patut sebelum masuk rumah sebab terlalu penat, maka semuanya bermula di sini.

Gangguan pertama berlaku, adik aku yang paling bongsu baru berusia 4 tahun selalu cakap kat kitorang sekeluarga dengan pelatnya ”ade perempuan ade perempuan” kitorang sekeluarga awalnya buat dek je sebab budak-budak selalukan kuat berimaginasi.

Apabila terlalu kerap mak aku mula tertanya. Aku dan bapak aku serupa, kitorang tak berapa heran sangat dan selalu lah gurau-gurau pasal benda ni. Sampai satu hari adik aku cakap kat aku abang dia ada lagi sambil tunjuk ke arah bahagian dapur. Aku pun pimpin tangan dia dan cakap cuba tunjuk abang mana, dia bawa aku dan tunjuk ke bilik bawah, aku buka lampu dan masuk tanya mana.

Dia taknak masuk dan cuba cakap kat dalam dan seboleh boleh dia taknak masuk. Aku tanya muka dia macam mana dan dia tutup mata sebelah dia dia cakap mata sebelah tutup. Tapi kami masih tak buat apa sebab sangkaan masih sama mungkin dia berimaginasi.

Gangguan kedua berlaku sendiri kat aku dan mak aku dan untungnya bapak aku dia tak pernah kena. Aku balik dari kedai dan seingat aku aku dan gantung kunci kat key holder belakang pintu rumah dan terus tidur, bangun pagi je mak aku dah marah-marah sebab kunci rumah hilang satu iaitu kunci yang aku bawa kedai semalamnya, aku memang ingat yang aku memang dah gantung kunci.

Mak aku marah aku sebab cuai lah bahayalah kalau kunci rumah sebab sebelum ni aku pernah terlupa gantung kunci. Then malam tu aku kena pergi kedai bungkuskan makanan untuk adik-adik. Sampai je rumah aku saja bercakap kuat “ni dah gantung kunci adik pun nampak ” .

Adik perempuan ada di ruang tamu ketika itu jadi kononnya nak buat mak aku dengarlah. Keesokannya aku bangun je terus tengok tv tak perasan apa-apa, tapi bila mak aku nak keluar je dia buka je box key holder tu, ade 6 kunci dalam tu, keenam-enam kunci hilang. Mak aku tunjuk aku dan masa tu aku tau memang aku tau aku dah kena. Puas kami cari kunci kami jumpa kunci di berlainan tempat. 3 kunci di tingkat atas, 3 di bawah. Seronok dia main sorok-sorok.

Mak terus telefon abangnya yang agak pandai dan minta nasihat, dia meminta aku atau ayah sediakan air dan baca yasin 3 kali lepas selesai renjis seluruh rumah. Ayah aku ketika itu ade kursus di situ dan tinggal lah aku yang paling sulung, aku jela bertanggungjawab kena buat. Then lepas siram air yassin tu mak aku dan adik-adik aku semua pergi atas tidur dan tinggallah aku sorang-sorang kat bawah. Lepas 30 minit aku tengok tv tu lama-lama aku rasa lemas aku bangun dan aku terbau gas, bila ke dapur aku dengar bunyi gas aku terus kelam kabut tutup gas dan panggil semua adik-adik aku mak aku semua turun dan keluar.

Kami minta tolong jiran dan jiran panggil pakcik yang pandai ni. Apabila dia sampai je rumah dia pun baca apa-apa dan solat. Habis je solat dia cakap benda tu memang ada kat rumah ni dan rupa dia buruk dan mata sebelah tertutup. Baru aku teringat yang adik aku pernah cuba tunjuk kat kitorang dulu tu.

Dia cakap masa dia tengah solat benda tu intai-intai dia dari tangga sambil lentok-lentok kepala. Benda tu puncanya ada kat rumah aku sebab aku ikut laluan tu dan masa tu dia ada kat situ ikut balik. Sampai je rumah benda tu nampak pulak adik aku yang boleh nampak dia, dia nak berkawan dengan adik. Manakala yang buka gas tu pun dia sebab dia marah aku siram air yassin tu. Selepas dah dibersihkan alhamdullilah rumah dah kembali seperti sediakala . Sejak dari tu aku pun kalau balik malam sentiasa beringat sebelum masuk ke rumah.

Itu saja cerita dari aku, maaf kalau bahasa tunggang-langgang In Syaa Allah kalau ada masa aku cerita satu lagi kisah yang kena kat ayah aku sendiri.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

zackie
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.