Assalammualaikum warga FS, #MakLang kembali kini dengan kisah seram sejuk yang seterusnya. First of all, terima kasih admin sebab approve kisah ke-5 #MakLang. Kisah kali ini merupakan pengalaman dari kakak MakLang iaitu Yan. Rujuk kisah #MakLang – Kakak Pun Takut Juga.
As usual, watak, nama tempat dan kisah maklang olah sedikit untuk menambahkan rasa seram sejuk tersebut. Kisah ini baru je jadi 2hari lepas. Fresh from the oven katanya.. So, lets!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Baru pukul 8.00pagi. Ada lagi setengah jam waktu untuk masuk kerja. Sejak kejadian gangguan berjemaah tempoh hari, aku jadi takut nak masuk office awal2. Biasanya, akulah insan pertama yang akan muncul depan pintu department. Tapi sekarang, sanggup aku menebeng di lobby sampai ku nampak salah sorang dep-mate aku muncul.
Ok, biar ku explain, office ini ada 3 bangunan, Bangunan A merupakan letaknya pejabatku, bangunan B plak terletaknya Café dan bangunan C terletaknya day-care yang dikhaskan untuk pekerja pejabat ini menghantar anak2. Berdepan café plak ada car park jugak khas untuk pekerja (pelawat kena park tempat lain).
Minggu lepas, hampir setiap hari pekerja di setiap bangunan diganggu. Ada yang nampak kelibat wanita berambut panjang di tandas, ada yang nampak hantu tinggi di café, malah ada anak2 di bangunan C yang ternampak ‘kakak rambut cantik’ sedang main gelongsor di day-care. Bunyi-bunyian, computer terOn dan Off sendiri tu dah jadi perkara biasa.
Gangguan demi gangguan termasuk hysteria berjangkit membuatkan pihak pengurusan memangil pihak berkenaan untuk ‘membersihkan’ ketiga-tiga banggunan tersebut. 3 hari berturut-turut pihak berkenaan datang membantu. Menurut kelompok Mak Jemah a.k.a Makcik Bawang yang berada ditempat kejadian sewaktu proses pembersihan, mahkluk tersebut marah kerana kebersihan tidak dijaga dan ada staff yang berzina di dalam bangunan. Siapa staff tersebut? Wallahualam, namun mahluk itu berjaya di usir dengan syarat, kebersihan dan akhlak para pekerja perlu dijaga.
“Eh Yan, baru sampai ke? Aimy macam mana? Dah OK?” teguran Kak Ayu, kawan sedepartmentku mengejutkan lamunan.
“Kak Ayu, terkejut Yan. Aimy masih camtu, next week kena jumpa doctor lagi buat rawatan susulan. Erny ok ke BFF dia tak datang school?” Aimy adalah anak ku yang juga merupakan salah sorang pelajar di day-care. 2hari lepas anak ku terjatuh di day-care dan luka di kepala sehingga perlukan 6jahitan. Jadi, aku cutikan anakku dari day-care buat sementara waktu.
“Lunch nanti kita keluar sama Yan, akak ada benda nak story”, aku sekadar mengangguk. Kami beriringan ke department.
Leka membuat kerja sampai tak sedar dah masuk waktu lunch. Teringat janji aku pada Kak Ayu untuk makan bersama, aku segera mengemas apa yang patut. Kak Ayu yang hanya selang 2 meja dengan aku telah bersedia nampaknya.
Kak Ayu drive ke Oasis yang terletak lebih kurang 2km dari pejabatku. Dalam kereta, hanya bacaan zikir yang berkumandang. Kami berdua diam sepanjang perjalanan. Aku tertunggu-tunggu juga cerita yang Kak Ayu mahu kongsikan namun aku tak mahu nampak sangat nak mem’bawang’.
Sampai di Café Timur, kami mencari tempat duduk yang agak strategic untuk bercerita. “Yan, 2 hari Yan cuti, akak dengan Erny kena kacau..” tak sempat duduk Kak Ayu dah bersuara.
“Kena kacau? Bukan ke tempat kita da dibersihkan?”
“Tak taulah Yan, akak rasa masih ada lagi yang berdegil. 2hari Yan, siap follow akak balik rumah. Erny yang teruk kena tu.”
“Kak Ayu dah jumpa ustaz ke?”
“Belum lagi, akak nak tunggu suami akak balik dari Sabah malam ni. Biar sama-sama pergi nanti.”
“Kak Ayu kena gangguan camne? Sebab tu ke dalam kereta tadi akak bukak bacaan zikir je. Biasa kete akak kalau tak SINAR mesti KOOL fm. Retro sangat!” balasku sampai ketawa kecik, nak hilangkan seram sebenarnya.
“Ish ko ni Yan, kadang-kadang akak bukak je IKIM. Cuma time akak bukak ko takde dalam kete. Hahaha.. erm, memang akak ajak ko keluar ni pun sebab nak citer kat ko pasal gangguan ni. Ko la orang pertama yang akak cari untuk citer kisah ni..”
“Kak Ayu ni buat suspen la. Nape plak saya orang penting dalam kisah gangguan ni? Cuba akak citer je..”
“Macam ni citernya…….,”
Kisah Kak Ayu (Aku dalam kisah ini adalah Kak Ayu)
Pukul 6.15pagi, aku da muncul depan pintu pejabat. Kenapa awal sangat aku sampai? Sebab before ke sini, aku hantar husband ke KLIA untuk flight beliau ke Sabah. Malas nak berpatah balik, so dr KLIA, aku terus drive ke pejabat. Erny, anakku berusia 5 tahun jadi peneman. Bagusnya anak aku ini, dia sangat senang bangun pagi.
Memandangkan day-care hanya bukak pukul 8pg. Aku bawa Erny ke department aku dahulu. Lagipun aku masih belum solat Subuh. Bolehlah Erny baring sekejap di surau level aku nanti.
Pintu department dibuka, gelap gelita. Aku tekan butang on lampu dan floor itu jadi terang benderang. Aku memimpin Erny ke cubicle ku. Dalam kepala ku cuba buang segala kisah2 seram yang terjadi di bangunan ini minggu lepas. Dah bersih..Dah bersih..Dah bersih.. itu je ayat yang aku dok ulang dari dalam lif tadi.
“Erny, mama nak cuci cawan sekejap. Jom ikut mama” panggilku namun anakku Erny menggeleng.
“Taknak la ma..nak main sini.”jawabnya. Walaupun aku takut-takut berani. Namun aku melangkah juga ke pantry untuk mencuci cawan yang aku guna semalam. Pantry dan tempat duduk ku tak jauh mana. Dari pantry aku masih boleh nampak anakku duduk bermain.
“Tu diaaa….” Jerit anakku sambil menunjuk2 kearah bilik fail. Aku tinggalkan cawan yang belum sempat dibilas dan terus mendapatkan anakku.
“Erny, takmau main camtu sorang-sorang. Jom ikut mama pergi solat.” Segera aku dukung anakku. Walaupun da berusia 5 tahun, anakku masih ringan dan mudah untuk dikendong.
“Mama, Aimy nak ikut..” anak ku berbisik pelahan namun jelas pada pendengaran ku.
“Aimy mana?” spontan aku bertanya. Setahu aku Aimy anak Yan sahaja yang Erny kenal. Aimy tu masih bercuti selepas accident kemarin lagipun hanya aku dan Erny sahaja yang ada dalam department ini.
“Tu ma..Aimy dengan kawan, dia nak ikut”, anakku masih menunjuk kearah bilik fail yang kini berada dibelakangku. Aku pegang Erny kuat-kuat sambil melangkah laju ke surau. Mulutku terkumat-kamit membaca ayat kursi dan kuhembuskan pada anakku. Elok kami melangkah keluar dari pintu department anak ku berbisik lagi..
“Bye Aimy…..”
Tiba di surau, aku dan Erny sama-sama ambil wudhuk. Aku pakaikan Erny telekung sambil Erny tertinjau-tinjau belakangku. FYI, belakang aku ada cermin besar khas untuk kami yg nak bersolek selepas solat.
“Sayang, jangan la gerak-gerak, mama nak pakaikan telekung ni..” aku bersuara geram.
“Ma..sape orang tu?” Erny tunjuk kearah cermin besar dibelakangku. Aku? Jangan harap aku nak menoleh. Aku buat-buat tak tahu dan arahkan Erny berdiri untuk mulakan solat. Anakku masih tertinjau-tinjau namun dia akur mengikut gayaku solat. Tapi biasalah budak-budak, sekejap kusyuk, sekejap kang dia berpusing kiri kanan. Takpela, untuk permulaan. Yang penting keinginan tu perlu dipupuk sejak kecil.
Habis aku memberi salam, Erny bertanya lagi.
“Mama.., sape orang tu? Nape dia pandang kita?” Kalini suara Erny takut-takut. Aku beranikan diri memandang kearah yang anak ku tunjuk. Kosong, tiada apa.
“Mana ada pape sayang..dahla, tolong mama lipat telekung ni.”jawabku cube menukar topic.
“Ada ma, orang tu ada ni..sape orang ni?” Okay, kalau tadi dia guna perkataan orang TU dan menunjuk ke cermin. Kalini, dia guna perkataan orang NI, dan menunjuk-nunjuk depan kami. Apa maksudnya tu?
“Kami tumpang solat, kami taknak kacau. Tolong jangan kacau kami. Tolong jangan kacau anak kami.” Hampir teresak aku bersuara. Aku lihat wajah anak aku pucat bagai terlalu takut. Aku peluk anak aku, aku baca ayatul Kursi berkali-kali.
“Ma., dia da pergi da. Dia takut dengan mama” Kata-kata Erny melegakan aku. Aku segera membawa Erny keluar dari surau dan terus turun ke lobby.
Dalam perjalanan Erny becok bercerita kejadian disurau td. Katanya ‘orang’ itu pandang kami dari kami mula melangkah masuk ke surau. Hilang sekejap semasa kami solat dan muncul kembali sewaktu selesai solat dan doa. Katannya orang itu ada tiada hidung. Cuma ada mata dan mulut. Matanya merah dan giginya pula panjang.
Anakku, yang berusia 5 tahun mampu describe mahluk tersebut dengan detail. Katanya dia takut sebab orang itu mahu memegang tangannya. Sewaktu aku memeluknya, tangan anakku terlindung jadi mahluk itu tak dapat capai. Allahu, nasib baik aku bertindak begitu.
Kami duduk lobby sehingga pukul 8pg, selepas itu, aku hantar anakku ke day-care dan terus naik semula ke perjabat. Alhamdulillah, pukul 8pg departmentku sudah hampir penuh. Aku menoleh kearah bilik file, meremang…
Café Timur..
“Allahu, Kak Ayu, seram saya. Macam mana Aimy pun boleh ada dalam citer ni? Meremang bulu roma saya ni Kak.”
“Itulah Yan, masalahnya dia sebut Aimy dengan KAWAN. Sape kawan Aimy tu? Lagi akak muskyl.”
“Habis tu Kak Ayu kata tadi benda tu siap follow akak balik rumah kan?” tanyaku tidak sabar.
“Ha ah, yang tadi tu kisah hari pertama. Hari kedua pagi tu akak sampai office pukul 8.15pg. So, akak terus drop Erny kat day-care and masuk office. Alhamdulillah sepanjang siang tu takde gangguan. Sharp 5.30 akak nak balik tetibe Lady Boss panggil plak masuk bilik dia. Gtu gini dekat pukul 7.00 baru akak turun. Masa tu ada lah 2 3 ketul je staff yang tinggal. Akak pergi day-care nak jemput Erny. Sekali lagi dia buat hal misteri nusantara…”
“Fuh..cite la kak Ayu..”
“macam ni citernya…….,”
Kisah Kak Ayu day 2 (Aku dalam kisah ini adalah Kak Ayu)
Aku pimpin tangan Erny dan kami beriringan jalan ke keretaku yang di park di hadapan Café.
“Ma..kawan mama tak panas ke duduk dalam kete sorang2?” Erny bersuara sambil menunjuk ke kereta ku.
“Mana ada sape sape dalam kete mamatu sayang..” jawabku lembut walau hakikatnya aku da rasa meremang. Nak maghrib ni nak oii..
“Habistu sape tu ma? Yang duduk depan tu?” Erny bertanya lagi.
“Mana ada orang” jawabku.
“ADAAAAAA…” Erny mula meninggi suara. Dia rasa seolah aku tidak percayakan dia. Aku diam, dan tekan alarm kereta. Sempat jugak aku meninjau kedalam kereta. Aku yakin kosong. Pintu hadapan aku bukak.
“Tengok, xde orang pun.. Jom masuk!” arahku pada Erny. Erny diam namun dia ikut arahanku. Sepanjang jalan kerumah dia masih diam. Tak seperti selalu, becok sahaja mulutnya melaporkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari di day-care.
Sampai dirumah, aku bergegas solat Maghrib. Traffic jem sepanjang jalan buatkan maghrib ku dihujung-hujung waktu. Selepas Maghrib aku mandi didalam bilikku. Erny, aku biarkan dia leka dengan koleksi lego kegemarannya. Aku suruh dia main dalam billiku juga. Dari dalam bilik aku dengar dia ketawa-ketawa sendiri. Ok, mood dia slowly da restore balik.
“MAMA NI KELAKAR LA!! HIHIHI…” Suara Erny ketawa terbahak-bahak jelas dari dalam shower. Aku keluar dan meninjau keadaan anakku.
“Erny cakap mama kelakar?” tanyaku.
“Bukan mama ni la.. mama yang lain”, jawab anakku tanpa memandang.
“Mama mana plak ni?” tanyaku kembali.
“Dah pergi da..Dengan Aimy dengan kawan..” jawab anakku selamba.
“Sayangg.., aimy mana ada kat sini. Aimy kat rumah dia. Aimy kan sakit..?” pujukku. Rambut
Erny ku sikat dank u ikat tinggi. Comel!
“Aimy datang tadi dengan kawan dengan mama” sekali lagi Erny membalas
“Aimy datang sini sebab nak main dengan Erny ke?” Erny menangguk. Sengaja aku melayan
Erny kalini. Aku perlu tahu adakah kejadian ini disebabkan imiginasi kanak-kanak berusia 5 tahun or anakku terkena gangguan.
“Kawan Aimy tu sape nama?” Erny menggeleng tanda dia tidak tahu.
“Kawan Aimy tu laki ke pompuan?” tanyaku lagi
“Perempuan..rambut dia panjang sangat-sangat macam elsa tapi panjang lagi..” jawab anakku lagi. (BDW Elsa tu watak kartun dalam citer Frozen yea)
“Kawan Aimy tu baik tak?” Erny geleng lagi
“Nape tak baik?” tanyaku. Tak tahu kenapa, aku rasa berdebar-debar tatkala mengacukan soalan-soalan ini.
“Dia tak bagi solat, dia marah.” Buntang mataku mendengar jawapan tulus dari anakku.
“Yang mama tadi baik tak?” kalini wajah anakku berubah suka. Laju dia mengangguk.
“Mama tadi macam mana muka dia?” tanyaku lagi
“Macam mama la… tapi putih sangat-sangat putih.”
“Tapi Erny, tu bukan mama.. Mama Erny kana da depan ni.” Aku pegang tangan anakku.
“Lain kali kalau mama tu datang, Erny suruh dia jangan kacau Erny tau. Erny cakap Erny da ada mama. Erny sayang mama ni je. Erny sayang mama kan?” Anakku mengangguk laju.
“Dah, jom kite makan sama-sama.” Aku pimpin anak aku turun ke dapur. Sambil aku panaskan lauk, Erny duduk di kerusi makan.
“Bye-bye, mama kita tak bagi awak datang sini dah..bye-bye” jelas suara Erny di pendengaran ku. Aku berlagak biasa. Selepas makan aku bertanya Erny, siapa yang dia byebyekan tadi.
“Erny bye-bye kawan Aimy. Tapi dia taknak pergi. Dia nak duduk situ je.” Sambil dia menunjuk ke satu sudut dirumahku.
“Dia sorang je ke?” Erny sekadar mengangguk. Aku membaca AlFatihah, Qursi dan 3Qul sambil kuhembus di sudut yang anakku tunjuk. Malam itu, aku contact suamiku dan menceritakan segalanya. Suamiku menyuruh aku menunggku kepulangan dia untuk tindakan seterusnya. Aku redha..
Esok paginya, aku mengejutkan Erny untuk bersiap ke day-care. Aku suruh dia berus gigi dahulu sementara aku mengosok tudung.
“Ma….Aimy dengan kawan nak brush teeth jugak…” laung Erny dari dalam tandas. Allahu, suami..cepatlah pulang..
Café Timur..
“Pastu, Kak Ayu balas apa je kat Erny lepas dia ckap macam tu?”
“Nak balas ape lagi Yan? Akk suruh dia pedulikan and brush teeth cepat. Harini abang akak balik, nak terus bawak jumpa ustaz ni. Tak taula nape dalam ramai-ramai, nama Aimy jugak disebut.”Kak Ayu melepas nafas berat.
“Takpe la Kak, nanti akak tanyala dengan ustaz tu. Kalau bole akak bagitahu saya ye apa jawapan ustaz tu nanti. Risaula bila benda ni menyerupai anak Yan plak”
“Boleh Yan, nanti akak update kisah ni. Jomlah kite gerak, dah nak pukul 2 ni.” Kak Ayu bangun ke kaunter bayaran. Aku memandang kearah kereta Kak Ayu. Hurmm, sape plak yang duduk kat seat belakang tu??
Owh..bantal hello kitty rupanya. Erny tertinggal la tu..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
p/s: Waktu kisah ini ditulis, Kak Ayu dah pun pergi jumpa dengan ustaz di kampong suami beliau. Menurutnya, hijab Erny terbuka sejak kejadian gangguan-gangguan di pejabat Kak Ayu dan Kak Yan (kakak MakLang).
Kenapa Erny nampak Aimy? Sebab Aimy BFF Erny, jadi dalam mindanya mahluk itu sama seperti Aimy atau mungkin mahluk itu nak mengelirukan Erny dengan menyerupai Aimy.
Kenapa Erny tak kenal kawan Aimy? Sebab Erny ni susah nak berkawan. Kawan dia memang Aimy je. Sebab tu mahluk kedua tu takleh nak menyerupai sape2.
Betulke penampakkan di surau, dalam kereta, 2nd mama dll? Ye, memang itulah yang terjadi.
Macam mana bole ada lagi mahluk-mahluk ni sedangkan bangunan tu da di’bersihkan’ ? Tak semua makhluk ini dengar kata. Ada yang degil, masih nak stay disitu. Tapi hanya insan2 terpilih sahaja yang bisa melihat mereka ini. Yang penting, jaga kebersihan, jaga akhlak. Wallahualam.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Aduhh seram ler mak lang😫😫
Tapi sape yg jdi mama no2 tu? Dy jenis baik ke
Ermm… maklang xrasa beliau baik.. sbb beliau menyamar jd mama.. kalau baik.. jd diri sendiri kan bagus😁😁
Hahahaha maybe sebab mak lang cantik kot sbb tu dy jadi mak lang kikikiki 😂😂😂
Best👍
Seram.
Tq sbb baca n komen 😘
Hmm.. boleh thn seram opis ko ni mak lang.. siap ikut balik rmh plk.. staff2 kat opis ko ni mix muslim dgn non muslim ke mak lang..? Kalau majoriti muslim ko tlng la buat usul baca yassin tiap2 hari dlm opis before masuk keja.. aku rs, segelintir ‘puak’ yg masih tersisa kat tmpt ko keja tu bkn apa tk nk blah, mngkin ada few staff yg masih buat bnda tk senonoh or tk jaga sgt hal kebersihan.. mdh2an la anak2 kat day care tu djauhkn dr gangguan2 syaitan.. Amin..
Ini Opiz Yan a.k.a MakLang punya kakak. Company mmg ada anjurkan aktiviti2 agama. Tp biasala… tak semua jaga akhlak..
best2….nasib mama no 2 tu baik..tp yg si “aimy” pulak jahat..adeh
Tw xpe.. Sedangkan the real Aimy elok je tgk baby shark doo doo doo kat umah..
Beraninya kak ayu tu.Kalau aku dah selubung dlm selimut dgn erny.
Die berani berani takut tu senanyaa
Saya pun sama…opis bangunan lama…sampai opis before 7 pagi nak elak jem..sampai opis je saya baca yasin dulu…hari2 baca…sambil tu diradio pasang rukyah…opis tu berpenunggu..tp x kacau kami..so mmg x de sapa nak stay sampai mlm..
Betul cara sis… org kata jgn terlalu takut tp jgn telajak berani.. kite dok tgh2..
best best
Tq sbb sudi baca
4/5.. seram.. best lagi ohsem..
Tq bagi komeen😁😁
sambil bca tgh kje ni… shift mlm plak tu, apapon citer ni best noted tuk x buat hal kt tmpt kje
Ermmm..sape kt blakang yg join baca tu? Hihihi…😈😈
Seram
tq sbb baca n komen:)
Merinding bulu romaku, seperti di office ku jua… dia follow di tangga, teman di surau, buat rondaan di office, main chak2 di cermin pintu pejabat, main mesin photostat, main mesin taip, menulis di white board, menangis, main2 radio, menyerupai staff & memanggil2 namaku di toilet, pepagi sepie bau air kopi & roti canai di ruang tamu pejabat…rasa nak menangis bila kena macam tu, tapi buat2 berani juga, sebab urusan pejabat banyak kena settle sendiri & perlu lalui tempat2 berikut setiap hari.
Cerita ini memang best…merinding bulu roma
wah ct asiah..baca ckit ni pun da rasa seram..hantar la story ke FS. macam menarik citer sis ni..
Eh bunyiknya mcm dkt p.jaya je mak lang… coiii takut tauuu kita keje sana..
hummm.. Office beliau dekat-dekat dengan Glenmarie, NKVE, Subang Airport, Kelana Jaya dll…
owh hurmm seb baik bukan… Tq maklang bg story best2 iolss sukaaa maklang
Tq sbb baca citer2 maklang #banggackit
terbaik #MakLang
#MerindingBuluRomaku
tq Ecah Kiut #kiutforever
seriau bila baca
tq sbb baca n komen 🙂
opis maklang kat mana. dulu saya n team pernah buat satu bangunan dekat ptrajaya. masa construction memang ada kakak rambut panjang tu menggangu.
MakLang da jawab kat atas. Nama sebenar bangunan ni xleh diberitahu atas permintaan owner cerita iaitu kakak kepada MakLang
Seram..tapi best citenye..
tq sudi baca 🙂
Seram,best. 5/5
Tq sudi baca n komen
uish naik bulu roma..seram gileee..huhu..cara penceritaan yang baik dan senang paham..thumbs up!
Seram kann.. tq sudi baca n komen 😙
meremang weyh baca
Part mana tu? Part dalam office.. dalam surau ke..dalam kete ke..or dalam umah? Huhuhu
penceritaan dan ayat yg tersusun..mohon sambungan #MAKLANG
Citer ni da habis.. tp MakLang tgh kumpul bahan utk new story.. kalini kisah dr adik maklang plak.. tungguuuuu…. #konon2retis #tupunkaloadminFSapprove
jalan cerita menarik dan mudah difahami.. best citer nih.. balik nanti nak citer kat husband pulak.. kikiki..
Sila..sila.. jemput seisi keluarga
Mama no.2 tu jahat ke
Sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia kan..
Seram
Tq sudi baca
Seram!!! Speechless sgt dgr kisah ni.. harap² ade sambungan berkaitan kisah adik Erniy dan Kak Ayu di ofis..
Kalau ada MakLang sambung ek.. kalau x de.. malam bukak citer lain..
Seramm .. meremang bacaa!
Tq baca #peminatOUATjugak
Tebaik. Tahniah. Kipidap.
Tq tukang komen 😊