#MakLang – Kakak Pun Takut Juga

Assalammualaikum warga FS,

Thank admin sebab approved cerita ni. Last entry dapat feedback yang pelbagai. Terima kasih sebab bagi peluang kat penulis baru macam maklang.

Kisah kalini diceritakan oleh kakak kepada MakLang yang pernah belajar kat salah satu UiTM Semenanjung. MakLang olah sikit untuk sedapkan cerita. Kalau still xsampai tahap seram yang korang nak, MakLang mohon ampun awal2.

Aku/Yan dalam kisah ni adalah kakak kepada MakLang. Roomate beliau MakLang bagi bukan nama sebenar iaitu KAKAK, SITI and ANIS. Ok, jom start baca~

  1. Basuh Malam2 Lagi Best Kan?

Aku memang suka basuh baju malam2. Sebab pertama, tak perlu berebut. Dan kedua, air kuat sikit sebab tak ramai yang guna. The problem is aku seorang yang sangat penakut. Maka selalunya aku akan membasuh baju secara berduet dengan roomate tersayang iaitu Anis. Malam tu seperti biasa around pukul 10malam, aku dah angkut baldi and baju kotor ke tempat mencuci.

“Kakak, Anis mana?” tanyaku pada kakak yang sedang kusyuk membaca novel ‘Ombak Rindu’ yang baru dibeli dekat Pekan masa outing tadi.

“Anis turun bawah jap beli topup. Dia suruh booked tempat biasa” balas kakak tanpa memandangku. Leka betul dia membaca. Aku teragak2 nak tunggu Anis dulu or terus je ke tepat mencuci baju.

“Ahh! jap je die g beli topup tu, g je lah dulu..” aku mengomel sendiri.

Sampai tempat mencuci, aku pilih port biasa untuk aku dan Anis. Elok je aku start memberus, Anis sampai and keluarkan baju2 beliau yang perlu dicuci.

“Ha… nasib baik ko cepat Anis..risau gak aku kalau ko lama kat bawah tu” Anis cuma angguk dan start memberus.

Sambil membasuh, aku pun riuh bercerita pasal kelas dan exam. Anis hanya diam or mengangguk. Lansung tak bersuara sampai aku sendiri jadi pelik. Selalunya Anis ni sama riuh mulutnya macam aku. Aku pandang Anis yang leka memberus. Aik? Dari tadi berus tshirt sama tak setel2? Sedangkan aku da habis membilas dah.

” Ko ok ke Anis? Senyap je dari tadi?” Tanyaku concern..

“Takde papela, basuh baju malam2 lagi best kan?” Jawab Anis dengan suara garau dan mendatar. Bila dengar suara Anis camtu, aku da rasa lain macam. Slow2 je aku jalan mengundur, and pusing membelakangi Anis. Entah kenapa, hati aku macam meronta2 suruh aku keluar dari tempat tu segera. Anis masih leka memberus dan macam tak kisah pun aku nak tinggalkan dia. Selalunya kalau aku acah2 nak blah mesti dia da menjerit suruh aku tunggu sampai dia habis membilas.

Tapi “Anis” yang ada dibelakang aku kini, relek je memberus baju sambil humming lagu ‘UiTM di Hatiku’ (Yg tak pernah dengar lagu ni boleh gugel). Keluar dari tempat tu, aku terus masuk bilik and tengok elok je Anis SEBENAR tengah membaca majalah Wanita!

” Laaa…ko da siap basuh baju ke? Kata nak g sekali. Lama da aku tunggu,” Anis buat nada merajuk.

“Jap, tadikan kakak suruh aku g dulu booked kan tempat untuk ko sebab ko g beli topup kat bawah? Kakak mana” Tanya aku balik.

“Aik? Kakak cakap tadi ko g bilik atas jap and ko suruh aku tunggu ko dulu dalam bilik. Kakak baru je keluar tadi. Takkan ko tak terserempak dengan dia?” Aku pandang Anis, and Anis pandang aku. Masing2 blur dengan ape yang terjadi.

** Sejak dari hari itu, aku dan Anis masih mendobi waktu malam tapi kami pastikan kami gerak sama2 dari bilik.
*** Malam kejadian, kakak ada group discussion kat blok sebelah and decide untuk menumpang tidur di bilik kawan dia sebab discussion habis lewat. Dia da maklumkan pada Siti tapi Siti pulak lepak bilik depan maka tak bertembung dengan aku mahupun Anis. Novel “ombak rindu” yang aku nampak kakak baca pun masih berbungkus elok dalam plastik.

  1. Kakak Pun Takut Jugak

Bilik aku ni ada 2 katil double decker. Sebelah kanan atas adalah tempat tidur aku dan Anis pulak tidur di bawah. Manakala katil sebelah kiri atas tempat tidur Siti and tempat tidur kakak di bawah Siti.

Malam tu aku tidur sedikit lewat dari roomate yang lain sebab setelkan slide presentation. Hampir pukul 1pagi, baru aku kemas2 buku and panjat katil. Selalunya before tidur, aku akan ke tandas cuci muka, berus gigi and ambil wudhuk. Tapi malam tu terasa terlalu malas nak berjalan ke tandas. Lagipun tak sampai hati nak kejut roomate temankan aku ke tandas. Pergi sorang time2 macam ni memang tak lah. Teringat pulak kenangan membasuh baju dengan “Anis”.. seriau!

Elok je aku nak pejam mata, terasa katil bergoyang (macam ada orang panjat tangga). By the way, memang kebiasaan aku tidur akan menghadap dinding sebelah kanan. Tangga katil terletak kat sebelah kiri katil. So, dalam kes sekarang, aku dapat rasa ada someone temgah panjat tangga katil and baring sebelah aku.

“Yan, Siti takut la, tak leh tido.. Nak tido sebelah awak boleh?” Aku dengar suara Siti di belakang ku. Oleh kerana terlalu letih, aku tak bersuara and hanya mengangguk. Terasa tangan Siti menarik sedikit selimutku.

Baru ku nak pejam mata semula, terasa kembali katilku dipanjat lagi. Kali ni dengar suara Anis pula.

“Yan, nak tido sini juga. Takut..” Walaupun agak pelik, tapi memandangkan Siti dan Anis ni memang sejenis penakut dan aku terlalu letih untuk berdebat, maka aku diamkan sahaja. Aku berkalih sikit ke dinding. Dibelakangku Siti merapatkan badannya. 3orang atas satu katil single memang agak padat tapi sebab masing2 kecil molek, maka takdelah isu sangat.

Dan..untuk kali ketiga terasa katil aku dipanjat lagi. Siti semakin merapatkan badannya pada aku sampai terasa hembusan nafas dia. Aku? Semakin rapat ke dinding sampaikan hidung mancungku dah melekat pada dinding tu.

“Yan, kakak pun takut. Nak tido sinilah..hihihi..” Serentak itu mataku terbuka seluasnya.. Aku masih memandang dinding dan aku masih terasa bahang badan Siti di belakangku. Perlahan aku sepak kakiku kebelakang.. KOSONG!! kalau betul ada orang dibelakang, dah tentu kaki aku akan berlaga dengan dorang.

Aku baca segala ayat yang aku ingat. Tapi berterabur semuanya. Akhirnya aku cuma jerit Allah! Allah! (aku rasa aku jerit tapi roomate aku cakap dorang tak dengar ape pun). Dekat 10kali aku sebut Allah baru la aku ada kekuatan dan bangun and lompat dari katil. Masa aku lompat tu, aku tengok elok je tiga2 roomate aku tengah lena atas katil masing2.

Atas katil aku? Sememangnya kosong!! Malam tu aku menumpang tidur kat katil Anis. Nasib baik Anis tak banyak tanya malam tu. Esoknya baru la aku cerita pada dorang apa yang terjadi. Tiga malam berturut kami buat bacaan Yassin dalam bilik. Alhamdulilah, selepas tu dah tak de lagi gangguan major. Setakat bunyik2 tu da biasa da..

Okay, setakat ini dulu kisah dari Mak Lang kali ni. InshaAllah, Mak Lang akan story lagi kisah tentang pengalaman Mak Lang sendiri masa jadi student di IPT dulu.

#MakLang

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Mak Lang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

54 thoughts on “#MakLang – Kakak Pun Takut Juga”

  1. 8/10 mak lang..aku nak bagi full mark td..tp x jadi sebab pendek sangat mak lang tulis..
    up la lagi maklang banyak2..

    lebiu la mak lang
    hidopp mak lang!!

    Reply
  2. ok maklang.

    cerita bagus. short. simple. seram.
    walaupun pernah dengar kisah2 ni. tapi gaya maklang cerita ni
    membuatkan pembaca dapat berada di dalam cerita itu.
    Terasa seram iteww
    Thumbs up

    Markah: 7/10

    P/S: nama maklang tu gelaran jeke? sebab kakak maklang hidup zaman top-up dan ombak rindu. ingatkan makcik-makcik yang bercerita ni.hehehe.peace

    Reply
  3. walau cerita asrama ni agak cliche tapi cerita yang kedua tu rare dan sangat menyeramkan..tak pernah lagi tiga orang sekali gus tido atas katil double decker..mau runtuh..hahaha

    Reply
  4. Mak lang..den bagi 8.7/10..cite katil tu agak seram..sbb aku tgh baring posisi yg sama mcm yan baring tu..terus aku pndg blkg tgk mana tau ade kakak ke..kahkah..ok..buat lawak seram plk..???

    Reply
  5. Alahaaiiii…
    Dahlar akk ni peminat tegar lagu UiTM Di Hatiku…
    Sat gi nyanyi tingat kat ANIS plaakkk…

    Part semua pakt nk tumpang tdo tu mmg gateeiiii memsg ngengade nk bermanja plak kan…
    Takot konon, pdhal diorg yg menakotkan…

    Reply
    • mak lang…hihiihi..

      geng sajat nak minta tolong kt mak lang. mak lang kena tolong sebagai upah sebab geng sajat dah baca cerita mak lang.

      hihi tp geng sajat malu nak cakap.

      geng sajat nak minta mak lang tolong kenalkan geng sajat kat syed yg komen kt atas tu. :’)

      boleh tak mak lang????

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.