Peristiwa ini berlaku semasa aku bertugas di Wad Nefrologi di Alor Setar, Kedah. Sewaktu itu, aku bertugas shif malam, iaitu dari 6 pagi hingga ke 11 malam, dan keesokannya masuk semula jam 6 pagi.
Keadaan wad agak serabut petang itu, di kala rakan-rakan sudah pulang pada jam 7 malam, aku berseorangan menjaga wad. Wad itu tidaklah sesibuk mana pada hari itu, maklumlah dah nak menjelang ke hujung minggu. Kebanyakkan pelan rawatan di’carry forward’ ke hari Ahad, iaitu hari bekerja di Kedah.
Di kubikel akut (kritikal) ada 2 pesakit on ventilator, iaitu alat pernafasan ‘artificial’ (mesin menghembus udara ke dalam dan keluar paru-paru), tanpanya, pesakit tidak mampu untuk bernafas sendiri.
Memang sepatutnya pesakit yang memerlukan mesin bantuan pernafasan sepatutnya diletakkan di Intensive Care Unit (ICU), tetapi disebabkan wad ICU yang penuh, maka pesakit diltekkan di situ sementara menunggu ada katil kosong di ICU. ICU mempunyai kelengkapan yang lebih efisyen wad tersebut, kepakaran staf mereka adalah khas untuk menjada pesakit kritikal.
Ada satu pesakit masuk jam 8.00 malam. Muda, awal 40-an, Ismail namanya. Aku panggil dia Pak Mail. Pak Mail diletakkan di katil 15. Pak Mail ditemani isterinya, Makcik Zainab yang juga berumur lingkungan 40-an, bekerja di gerai makanan sebagai pelayan merangkap tukang masak.
Sejak dia dimasukkan di wad, keadaanya amat tenat. Walaupun dia agak jarang melihatkan umurnya berbeza 12 tahun sahaja dengan aku ketika itu, namun sekali-sekala memang ada pesakit sebegini.
Dia disambungkan dengan portable ventilator daripada wad kecemasan. Portable ventilator itu sebenarnya milik jabatan kecemasan, namun apakan daya, terpaksa meminjamkan sementara ke wad nefrologi kami.
Raut wajah isterinya sugul, penuh kesedihan. Manakan tidak, takut suaminya menemui ajal dalam keadaan kewanganya yang mendesak dan memikirkan tanggungan 5 orang anak kecil yang masih bersekolah.
8.30 malam, satu pesakit di katil lain, katil 13 collapse, terus aku jerit kepada staff nurse untuk membawa troli kecemasan.
“Staff nurse! Emergency cart STAT!”
Dengan pantas Kak Zue, jururawat yang menjaga kubikel akut pada hari itu mengambil trolley kecemasan yang diletakkan dihadapan kaunter. Troli bewarna merah itu ditolaknya secepat mungkin ke kubikel akut, bersebelahan katil Pakcik Mail.
“Commencing CPR, Kak Zue, please secure IV line, prepare IV adrenaline 1 ampule, once IV line secured, run normal saline fast. Attached cardiac monitor, I want to see the rhythm,” itulah tindakan refleks yang sepatutnya seorang house officer, yang memang dilatih sejak di sekolah perubatan lagi.
Memang flatline, iaitu satu garis lurus di skrin cardiac monitor. Dalam rawatan kecemasan, apabila rhythm jantung sebegitu rupa, iaitu no rhythm, defibrillator tiada guna di situ.
Defibrillator hanyalah digunakan untuk cardiac rhythm tertentu sahaja. Kalau flatline, tak boleh. Ini bukan drama swasta jam 7.00 di TV3, yang mana semua pesakit collapse di “karen”nya tak kira apa rhythm sekalipun.
Aku terus menerus menekan dada pesakit. Aku harus mencapai sekurang-kurangnya 100 tekanan per minit. Lima, enam minit, 7 minit kemudian, aku penat, pancit. Terus aku berteriak saat aku lihat seorang lagi jururawat dah bersedia menyambung tekanan dada’
“Prepare to change, change!”
Jururawat tadi terus menyambung CPR, Begitulah CPR, yang mana sepatutnya tidak boleh berhenti, apabila nak tukar orang, kena terus menerus. Tidak boleh berhenti walau sesaat. Nyawa pesakit tu sangat berharga.
Basah lencun muka aku malam tu. Segera aku mengesat peluh di dahi menggunakan lengan baju aku yang sememangnya basah juga.
5 minit kemudian, Dr Akasha tiba. Melihat keadaan pesakit, dia mengarahkan kami untuk meneruskan bantuan pernafasan dan CPR. Tapi tidak berjaya.
Keadaan wad jadi hiruk piruk, tangisan saudara mara pesakit memecah kesunyian malam taktala pesakit disahkan masa kematiannya. Saya terduduk di kaunter, keletihan.
Dr Akasha segera menandatangani sijil kematian dan lain-lain dokumen dan beliau segera bergegas ke wad kecemasan di bawah. Banyak pesakit katanya.
Sedang aku mengisi borang kematian, terdengar teriakan Kak Zue di kubikel akut.
“Doktor, patient bed 14 collapse!”
Pesakit itu pengsan sewaktu staff nurse tersebut sedang mengambil bacaan tekanan darahnya. Terus aku tolak troli kecemasan dari katil 13, ke katil 14, di sebelahnya sahaja.
CPR dimulakan. Cardiac monitor (monitor jantung) dipasang. Aku perhati rhythm nya.
“Ventricular fibrillation! Give me the defibrillator, set it to 200 Joules!! You, give the patient midazolam”, aku memberi arahan kepada jururawat untuk memberi pesakit ubat pelali.
Gunanya ubat pelali adalah mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pesakit saat intubasi dibuat dan saat defibrillator digunakan. 200 Joules aliran elektrik bukan sedikit.
“One clear, two clear, everybody clear!” aku berteriak. Semua jururawat menjauhkan diri daripada badan pesakit. Mana taknya, karang dengan mereka aku defribrillate.
Shock demi shock aku berikan. Sehinggakan boleh terhidu bau kulit pesakit yang hangus dek kena kejutan elektrik daripada defibrillator walaupun banyak gel telah aku gunakan. Tak lama kemudian, rhythm nya tiba-tiba bertukar jadi flatline pula. CPR dimulakan pula.
Dr Akasha tiba semula apabila salah seorang jururawat menelefonnya. Tercungap-cungap dia bergegas ke sana ke mari untuk menangani kes kecemasan. 50 minit masa daripada pesakit tak sedarkan diri, sehinggalah bantuan pernafasan diberhentikan dan waktu kematian diumumkan kepada keluarga.
Sedang aku jalan ke kaunter, isteri Pak Mail menegur, “Doktor, suami saya mesti jadi orang ketiga, kan malam ini.”
Memang makcik Zainab nampak proses resusitasi kedua-dua pesakit, maklumlah katil pesakit berada di depannya. Mungkin dia nampak melalui celah-celah langsir. Aku tak tahu nak respon bagaimana, hanyalah memberitahu dia untuk berdoa banyak-banyak.
Itulah yang mampu dilakukan olehnya ketika dalam keadaan sedemikian. Selesai pesakit kedua, sedang aku menuju ke pantri untuk meneguk air kerana kehausan akibat CPR yang lama, giliran pesakit ketiga pula.
Katil 16, sebelah katil Pak Mail. Sekali lagi, CPR dimulakan, dan semua prosedur dilaksanakan seperti sebelum ini. Tiada respon, kepenatan dan akhirnya pesakit meninggal dunia juga.
Yang sedihnya, langsung tiada saudara-mara pesakit datang melihat pesakit untuk kali terakhir. Walaupun sudah dihubungi juga, tak datang-datang juga. Selesai pesakit ketiga, aku keletihan.
Peluh mencurah-curah membasahi kemejaku. Aku masih tak sempat mandi dan menukar pakaian kerana hari tersebut memang sibuk. Penat gara-gara lama tak bersenam, dan dek hari-hari pekena roti telur dan nasi lemak di kafe.
Jururawat lain juga kepenatan. Mereka harus menyelesaikan pesakit setelah mereka meninggal dunia. Perlu lapkan badan jenazah, perlu kemas keadaan katil yang macam tongkang pecah dan menghantar ke bawah ke bilik mayat pula.
Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. 10 minit lagi aku boleh kembali ke pangkuan katil aku di rumah. Memang aku rindu sangat dah dengan katil aku pada masa itu..
Makcik Zainab tidur memegang erat tangan Pak Mail. Semuanya normal sehinggalah sedang aku berjalan melintasi kubikel akut, ternampak monitor jantung Pak Mail mendatar.
“Kak! Tolong, patient flatline!! Tolong ambilkan troli kecemasan cepat!!”
Kelam-kabut semua jururawat. Aku tengok kak Zue yang baru nak makan nasi, hanya sempat suap di mulut, dan kemudian basuh tangan dan segera melihat pesakit sambil mulut tak habis mengunyah makanan lagi.
Kau bayangkan Kak Zue menolak troli sambi mengunyah. Aku cakap dengan dia pun dia tak boleh jawab. Tangannya sahaja menunjukkan isyarat “good”, yang aku kira bermaksud “ya doktor, saya faham dan saya sedang nak buat ni”.
Isteri Pak Mail terus keluar, dan menghubungi anaknya.
Dr Akasha juga tiba, berpakaian baru, mungkin dia sempat mandi gamaknya. Rambutnya juga masih basah. CPR demi CPR, orang ditukar, ubat diberikan, masih langsung tiada perubahan terhadap Pak Mail.
Jam 1145, Pak Mail diisytiharkan meninggal dunia. Kelima-lima anaknya tiba awal lagi semasa resuscitation dilakukan. Lidah aku terkelu. Aku kaget dan tak tahu nak cakap apa kepada isterinya, mujur ada Dr Akasha di situ.
Setelah menerangkan kepada pesakit tentang apa yang berlaku, isterinya akur. Sekali lagi tangisan memenuhi ruangan di kubilkel akut wad buah pinggang itu. Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa mengharapkan Pak Mail tergolong dalam golongan beriman.
Rakan aku, Dr Izzati tiba jam 11 lagi. Mukanya pucat, bukan sebab apa, sebab mendengar 4 pesakit meninggal dunia malam itu, dan dia pula baru nak memulakan shif kerjanya sehingga jam 6.00 pagi esok berseorangan.
Memang ramai staf yang pernah kata kepadaku;
“Dr Onn ni memang jonah lah, tak mau kerja dah dengan doktor lagi pasni”, kata Kak Zue kepadaku sebelum aku balik. Manakan tidak, dia sepatutnya sudah tamat syif jam 9.00 lagi. Aku tersengih sahaja. Bersetuju
Ajal maut ditangan tuhan. Tarikh kematian dah pun ditulis di Luh Mahfuz sejak kita lahir lagi. Terngiang-ngiang kata-kata senior aku sewaktu di sekolah perubatan dulu.
“Memang akan ada masa pesakit kau akan mati bertalu-talu. Seorang demi seorang. Ibarat macam malaikat maut tengah buat round. Meronda-ronda melihat dan mencabut nyawa pesakit demi pesakit. Mengikut arahan daripada tuhan”.
Memang benar. Memang malam itu aku dah merasai perasaan apabila malaikat maut buat round.
TAMAT
Kebanyakkan cerita ber”hashtag” iMedEx ini merupakan cerita-cerita dan kisah lama yang telah saya kongsikan. Ada yang telah diterbitkan di dalam buku Cakar Ayam Seorang Doktor, Selepas mempelajari beberapa teknik menulis dan membaca beberapa cerpen dan novel, serta online courses saya sedang berusaha menambah baikkan,editing dan meng”improve” semua cerita ini dengan sedikit tambahan ayat, detail dan lain-lain. Terima kasih atas sokongan kalian.
Please follow my fb @onnazli for more great articles and short stories. Please do report to me via PM if you find someone is altering, copy pasting my article without permission or plagiarism. Thank you
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
jantung pon ikut laju bace cite ni..berdebar
haha rasanya orang yang tak biasa dengan slanga ni tak tau apa maksud jonah yang biasa kita pakai…
Baca buku cakar ayam.seoarang doktor baru tau maksud jonah😂😂geng2 hospital ngan baca buku ja tau jonah tu apa ahah
Fuhh best.. Boleh rasa saat genting tu.. Please share cerita lagi
R u the famous dr onn??
Yang mana suka komen2 berbaur puaka tu ingatlah mati yer sebelum nak hentam penulisan orang.. hehehe
Mcbar gila sekali 4..
sha tk fahamapakebenda yg dia sebut pasal hospital tu,,tp bab malaikat maut dtg cabut nyawa sorg demi sorg tu aku yg mcm kena trik nyawa,,#impikankematianberjaya
Innnalillah utk semua pesakit..semoga semuanya dikalangan org2 beriman..meremang bulu roma aku baca ni..sesungguhnya xkan lambat ajal seseorang tu walau sesaat