Malam Mencemaskan LPT2 Bukit Besi

Aku sham, dari kota bharu kelantan.kalau tak silap aku benda ni berlaku pada 2017 akhir tahun, aku bersama isteri serta ipar buat perancangan untuk pergi melawat mak aku dekat felda chini pahang, so kami pun sewa la kereta jenis grandlivina boleh muat 7 orang. Bermula la perjalanan misteri kami pada jam 8 malam aku dengan ipar pun mulakan perjalanan dari kotabharu ke kuantan, aku sebenarnya dah biasa ulang alik dari sini ke felda chini tu dalam 2bulan sekali aku akan lalu LPT2,so dalam perjalan kami hingga setiu takda benda yang pelik dan kami berbual borak macam biasa cerita hal masing-masing.

Tepat jam 11malam kami sampai di tol pertama untuk masuk ke LPT2 , bagi aku malam masih muda takda rasa pelik sebab aku pernah lalu pada jam 2pagi di LPT ni dan aku pernah juga baca kisah kisah abang peronda lebuh raya kena ganggu, cehh aku memang susah nak ambik serius bab ni. Aku memandu macam biasa dengan kelajuan yang telah di luluskan oleh pihak kerajaan hihi, macam biasa la dalam kereta kami rancak berbual sambil makan keropok segera bagi nak hilangkan rasa ngantuk, nak isap rokok tak kan dapat malam2 gelap korang faham la LPT2 ni gelap dia perghhh tak nampak apa.

Setelah 40minit kami berada di LPT takda pun rasa apa apa, semua rancak berbual tapi semua ni hanya seketika dimana kami mula masuk dikawasan BUKIT BESI. Cerita kisah benar ni mula terjadi apa bila kereta yang aku pandu terasa senguk senguk dan macam habis minyak, masa tu jam tepat 12.30 dengan keadaan gelap aku tabah memandu tanpa bagi tahu semua orang dalam kereta yang aku dah rasa lain sangat sangat, aku cuba tekan pandle pada tahap maximum tapi korang tahu apa yang jadi? Kereta ni lagi slow, yaallah aku dh mula kusut apabila RNR masih 12km lagi, dalam dada aku tak habis habis berdoa agar kereta ni tak mati tepi jalan bia la sampai RNR..

Selama 2 minit kereta dia jalan sambil tersenguk senguk akhirnya aku sampai di RNR bukit besi. Fuhhh lega rasanya ,aku pun mula la ambik parking untuk aku cek kereta ni apa masalah dia ni.. Bini aku dengan ipar turun pegi tandas dan aku pulak buat2 sibuk cek kereta, perasaan aku mula pelik sebab RNR ni sunyi takda kereta ke yang nak berhenti sini, ok la aku buang perasaan pelik aku tu dan buat buat cek enjin la nak hilangkan rasa dingin malam.

Bini aku berlari masuk kereta dengan tiba2 ,terus masuk kereta tak cakap apa apa ,eh ape sal pulak ni aku terus tutup bonet kereta ni dan masuk kereta, aku tanya bini aku ” kenapa pulak ni” bini aku cakap dalam bilik air tu ada orang, tandas kunci bunyi air tapi senyap je, mak oii aku mula rasa berderau bulu roma…

Bukan berakhir situ je, kereta yang aku pandu ni tiba tiba ok pulak , alhamdulillah la bagi aku mungkin plug tak tuka ke apa ke korang faham faham la bila dalam keadaan macam ni aku taknak fikir bukan bukan..kami sambung la perjalanan dengan kegelapan malam dengan berbual sesampai la satu kawasan kelapa sawit tak silap aku, tiba tiba semua orang dalam kereta senyap seribu bahasa,” ehh ape sal ni “tanya hati aku, mata aku tertangkap satu cahaya seakan akan lampu pesawat dari arah kanan ke kiri macam nak lintas lebuh raya…

Dalam hati aku fikir helikopter terbang rendah nya !!..ada kecemasan ke apa ke, bercelaru aku dibuatnya kalau jatuh atas kereta aku ni, masa ni takda pulak kereta yang lalu dekat kereta kami, semakin dekat semakin dekat YAALLAH!!!! Badan aku rasa panas suam , semua orang dalam kereta senyap dengan mata masih melihat benda tu,, betul betul tak jauh dari kereta kami kepala rambut panjang mata bercahaya kuning merah, rambut berputar putar macam heli lintas depan kereta kami, kami terus bisu dah macam kena sampuk, betul ke apa yang aku tengok tadi??? Dari bukit besi hingga exit kuantan kami bisu ,tak batuk tak bedehem…

Jam dah pukul 3.30 pagi dan kami exit di gambang, lepas je tol aku terus tanya ipar dan bini aku, ” nampak tak tadi” ipar aku cakap KEPALA,, MAKK JAUH LAGI KE NAK SAMPAI FELDA NI!!! Kata aku secara spontan sebab aku rasa lain macam kereta ni.

Aku mula berbisik dengan ipar aku, kereta ni rasa semacam je boleh tak yang perempuan pejam mata buat buat tidur ujar aku pada ipar.. So yang perempuan boleh tidur nanti sampai kami kejutkan kata ipar aku kepada anak bini nya, ipar aku tanya apa yang tak kena sham? Jawab aku side mirror sebelah penumpang ada tali hitam berjuntai kebawah sambil mulut aku tak berhenti henti baca ayat kursi..

Ipar aku punya la ligat dia pergi toleh pandagan dia kearah rambut tu, jadi huru hara dalam kereta meracau dia, “dahhh buat hal dia ni” dari awal trafik light gambang menghala ke jalan muazamshah ipar aku tak henti henti azan , benda tu ada atas kereta kami! Yaallah satu hal lg ni jalan yang kami lalu memang gelap sebab jalan masih di baik pulih, aku terus pecut laju kereta tak toleh kiri kanan dah, 1jam30 minit kami sampai di rumah bondaku felda chini timur satu, kami tak turun pun kereta sebab dah tahu kami ada penumpang yang tidak diundang..

Nak dijadikan cerita dalam jam 4 lebih pagi tu bonda aku tak keluar lagi, mungkin tak perasan kami dah sampai, jiran rumah bonda aku ni kira bomoh la jugak , dia yang bagun buka pintu rumah sambil baling beras apa entah atas kereta kami… Macam dah tahu kami ada buat benda, darah aku mula menyirap 210 rasanya sampai sejuk kaki aku, macam mana dia boleh tahu??? Kata hati aku, mungkin dia ada ilmu kot…

Selang 5minit bonda aku buka pintu terkejut dia jiran ada dah sambut kami..so sekian je la kisah benar yang aku pendam ni.. Benda ni terjadi pada tahun 2017 masih baru lagi dan lepas kes tu aku tak jalan malam dan di LPT .. Aku nasihatkan berhati hati dan jangan leka bila memandu waktu malam, aku jadikan kisah benar ni sebagai pengajaran bagi aku sebab suka cakap besar dan tak percaya akan pernampakan makhluk halus ni..

34 thoughts on “Malam Mencemaskan LPT2 Bukit Besi”

    • Alaa kecohhhh… dia cerita pengalaman dia.. bkan dia wat karangan or rumusan nk antar kat pensyarah… org baca nk tau jalan cerita dia.. titik.. koma.. tanda seruan.. segala hang pandai hang edit la sdiri.. pastu hang save.. hang baca hari2..

      Reply
      • Orang tu bagi teguran membina pun nak melenting. Letak noktah dengan koma tu basic kot. Tak payah tunggu nak hantar ke pensyarah ke cikgu ke baru nak pakai. Tu belum tegur lagi ayat lintang pukang.

        Reply
        • ntahnya. betullah tu org tu tegur. bkn masalah nak hantar kat pensyarah ke apa. kan nak bagi org baca. bila bercerita kat org, org yg dgr/baca kena lah faham. baru sampai ceritanya. tanda baca tu benda basic je pun bukan susah sgt.

          Reply
      • Apa yang ditegur tu adalah bertujuan untuk mengangkat martabat bahasa melayu. Orang-orang macam kau ni la yang merosakkan bahasa melayu. Ditegur tak boleh, kalau tegur mula la nak melenting. Bangsa Cina dan India cukup jaga bahasa mereka. Tapi Melayu pulak, bahasa ibunda sendiri pun dah banyak yang semakin dilupakan.

        Reply
    • Yerrrr…. Bukan karangan pon nak komen KOMA NOKTAH. baca ikut kelajuan nafas. Kalau nafas tu panjang semasa membaca tak perlu KOMA NOKTAH TERUSKAN LAH

      Reply
  1. Seram tu seram tp cer cita bg clear ckit.. Sy nmpak tanglung mata besar gigi siung rambut panjang tp warna hijau. Dia tengok sy tengok dia.. Last2 terbang camtu ja.. Rupa dah mcm tokong hindu..

    Reply
  2. “rambut berputar putar macam heli”
    ok tang ni aku gelak bila bayangkan. sori lawak sangat.
    apa pun cite seram dah. tang rambut berputar tu je..

    Reply
  3. Tulis ka elok elok. Nak kongsi sangat. Lepas tu tulis cerita ala kadar je. Bukan jadi seram ni, tapi jadi menyampah. Tak belajar buat karangan ke kat sekolah.

    Reply
  4. Pening aku membaca nya. Noktah entah kemana. Tanda koma pun xde. Adoiiii!!!! Jln citer dh npk menarik tp penyusunan ayat berterabur. Xpe next episod nt tulis dengan lebih baik lg ok.

    Reply
    • mne2 jalan or tmpat yg sunyi ker better jgn la dlm hati tu terdetik niat yg bukan2 cntoh nk tunjuk berani tak memasal ker atau terlalu overthinking just buat rilek and sentiasa igt siapa yg Maha Besar inshaAllah kalau kita sentiasa igt Allah sukar utk benda2 ghaib ni nk buat gangguan dkat kita melainkan dgn Izin Allah..btw nice story thnks for sharing! cuma mostly yeah dlm but wirter tak ramai yg betul2 power dlm penceritaan trmasuk aku hahah

      Reply
  5. Daripada gaya penceritaan penulis, terdapat sedikit kelemahan. Ya, ada beberapa ayat yang agak tunggang-langgang. Keseraman daripada jalan cerita dapat dirasai mungkin disebabkan ini adalah kisah benar yang dialamai oleh penulis.
    Keseraman 8/10
    Keseluruhan 6/10

    Reply
  6. apa susahnya nak settle, dia ikut numpang kejap je kn skadar cuma nak mintak beras.. alahaiiiii.. len x bekal lh seguni beras n ko bagi je lh kat dia.. susah sangat ker? ini bukan citer seram ni, ini citer salah faham lh ni.. huhhhh

    Reply
  7. Aku rasa seram je tapi sampai part “nampak tadi tadi” pastu orang tu reply “kepala,,, makkk lambat lagi ke blah blah” pergh aku pening part tu 😂

    Reply
  8. LPT2 memang seram. Jangan kata malam, siang hari berhenti di RNR pun rasa serba salah nak ke tandas. Lain macam dia punya aura…

    Reply
  9. ni nasihat aku ikhlas utk semua yg menulis cerita dalam ni. tolong la korang nak kejar apa tak sabar2 sangat nak submit cerita? will it hurt if you just go through your writing once or twice to make sure there are no typos, no spelling errors etc? pening weh kekadang nak baca. syg sbb kadang2 cerita dah menarik. tp penyampaian yg penuh typo, kesilapan tanda baca, ejaan “wechat” dsb membantutkan pembacaan. korang kalut2 sgt nak hantar nak pegi mana? taip la elok2 dulu, check and double check lepas tu hantar la. adoi. benda simple je pun. nak bercerita tapi syok sendiri susah jugak.

    Reply
  10. 12km nak sampai RNR lepas tu 2minit dah je dah sampai RNR..ape ni..gile laju wei…padahal dalam part tu kete slow sbb berat..adesss…

    Reply
  11. Kereta bergerak tersengguk2
    Lagi kuat tekan pedal minyak, keta jadi lagi slow
    RnR lagi 12 km
    tapiiiii
    2 minit dh sampai RnR?
    🤔🤔🤔

    Reply

Leave a Comment