Malam Yang Panjang

Assalamualaikum & salam sejahtera. Aku memang peminat tegar FS dan pada kali ini aku teringin berkongsi pengalaman seram aku kepada korang semua. Ini kali pertama aku menulis di page FS dan terima kasih kepada admin sekiranya menerbitkan kisah seram aku. Nama aku Yaya (bukan nama sebenar) dan kisah yang bakal aku kongsikan ni dah berlalu hampir dua tahun yang lepas. Dalam kisah aku ada beberapa watak penting dan aku gelarkan sebagai Sha dan Ras. Ok, jom mulakan.

Pada ketika kejadian ni berlaku, aku merupakan pelajar tahun dua di sebuah IPTA di Selangor. Haa, cuba teka akt mana ye. Ok, nak dijadikan cerita student tahun dua dan tahun tiga perlu bergabung untuk mengadakan bengkel kursus pembelajaran di Sungai Congkak. Maka bermulalah kegembiraan kami semua dan terbayang keindahan air terjun di Sungai Congkak. Sesampainya kami di Sungai Congkak, kami semua dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana terdiri daripada pelajar tahun 2 perempuan, tahun 2 lelaki, tahun 3 perempuan dan tahun 3 lelaki. Kami dibahagikan kepada bilik dorm.

Bilik dorm kami ni MasyaAllah buruk yang teramat. Jadi kami pun merayu dengan pensyarah kami minta tukar bilik dorm. Dan kami dapat bilik baru ala2 rumah yang cantik yang mampu memuatkan kami seramai 25 orang. Coursemate kami yang lelaki memang dengki dan minta tukar juga. Dan mereka dapat rumah sebelah rumah kami. Sebelum jejak kaki masuk rumah ni, seorang penjaga kat situ dah pesan, “tunggu kat luar dulu. Jangan sorang pun jejak kaki masuk kat dalam. Biar saya tengok2 dulu keadaan kat dalam”. Tapi kami terus bedal masuk dalam tanpa peduli apa pak cik penjaga tu cakap.

Pada malam kejadian, kawan aku si Ras memang dah awal-awal tidur. Ras pilih katil paling hujung bersebelahan dinding. Kami semua masih lepak-lepak dalam bilik sambil gelak-gelak. Aku terperasankan Ras asyik bangun dan tarik selimut dia. Ulang benda yang sama. Untuk beberapa ketika Ras bangun dalam keadaan marah dan jerit, “Jangan ganggu aku lah! Aku nak tidur! Aku letih!”. Lepas tu Ras tidur balik. Kami masa tu terkejut yang amat dan masing-masing pandang sesama sendiri. Bila dah macam reda sikit kami buat keputusan nak tidur sebab masing-masing dah cuak. Baru nak lelapkan mata, Ras duduk peluk lutut dan muka disembamkan ke lutut. Aku masa tu dah tak tahu perasaan ni macam mana. Aku bangun dan aku tanya Ras:

Aku: “Kau kenapa beb? Ok x ni?”
Ras: “Kau suruh dia tu berambus. Aku tak nak tengok muka dia. Aku nak tidur. Tolong lah Yaya. Aku nak tidur” (masih dalam posisi sama)
Aku: “Kau cakap apa ni beb? Takde siapa pun ganggu kau nak tidur. Kitaorang semua xganggu kau.”
Ras: “Cuba kau tengok betul-betul. Dia ada kat kerusi hujung katil kita ni. Dia tenung aku daripada tadi sambil senyum-senyum. Aku tak suka dia Yaya. Suruh dia berambus.”

Aku pandang kerusi buluh tersebut tapi kosong. Yang ada cuma tuala-tuala yang kami sidai di kepala kerusi. Dalam hati dah menyumpah macam-macam. Nak pedajal apa lah pulak member aku ni. Lepas tu aku buat-buat tak tahu dan suruh Ras tidur. Cuba korang bayangkan dalam keadaan Ras duduk peluk lutut dan muka ke bawah tadi, Ras tiba-tiba palingkan muka ke arah aku dan tersenyum. Hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan aku. Gementar yang amat.

Aku: ” Beb, jangan pandang aku macam ni. Pergilah tidur balik.”
Ras: “Ras dah tidur. Aku kawan dia. Kesian dia penat.” (suara budak kecil)
Aku: ” Weh, janganlah gurau macam ni. Kau sape?”
Ras: ” Aku Melur (Bukan nama sebenar). Aku kawan Ras. Aku yang jaga dia daripada dulu lagi. Aku tak suka orang kacau Ras.”

Dalam masa yang sama member-member aku yang lain dah menyedari kewujudan entiti lain dalam bilik kami. Mereka semua beramai-ramai turun daripada katil dan duduk di sudut hujung dinding berdekatan pintu bilik. Masa ni aku tak tahu nak gelak ke nak takut. Sebab muka masing-masing dah cuak gila. Mereka mula baca Yasin dan si Melur gelakkan bacaan mereka. Aku dah kaku kat tepi Ras dengan Sha. Hanya aku dan Sha yang ada di sisi Ras pada masa tu. Yang lain ikhtiar dengan baca Surah Yasin.

Kemudian si Melur minta tidur kat riba aku. Aku benarkan jela dengan harapan moga keadaan jadi lebih baik. Bila dah tidur kat riba aku, terus si Melur tarik leher aku dan cakap, “Aku suka kau. Sebab kau tak takut dengan aku. Tapi kau ingat, kau jangan bagitahu sesiapa pasal aku. Kalau tak aku kacau hidup kau”. Masa tu aku rasa Melur dah nak kokak leher aku sebab bibir dia dah sentuh leher aku. MasyaAllah, aku cuma minta Tuhan kuatkan semangat aku. Aku belai-belai rambut dia dan suruh dia pejam mata untuk tidur. Dia senyum dan pejam mata.

Pada masa yang sama, salah seorang member aku panggil pensyarah kami. Masa pensyarah dan Pak cik penjaga tadi sampai, kami kelam kabut capai tudung dan selimut untuk tutup aurat kami. Maka bermulalah sesi merawat Ras. Kami semua tak sangka pensyarah kami juga handal mengenai ilmu kebatinan. Semasa sesi rawatan, hanya aku dan Sha yang terbau sesuatu yang amat busuk sampai kami loya dan hampir muntah. Terus pensyarah aku beralih kepada aku dan Sha. Katanya ‘benda’ tu cuba memancing aku dan Sha untuk terjebak sama dalam membentuk histeria berjemaah.

Sha dah nangis-nangis sambil muntah waktu pensyarah aku seakan menarik keluar sesuatu daripada mulutnya. Dan keadaan beransur pulih. Alhamdulillah aku dan Sha diberikan semangat yang kuat sehinggakan ‘benda’ tersebut tidak mampu menjerat kami ke dalam perangkapnya. Jam menunjukkan pukul 3 pagi dan pensyarah kami mengambil keputusan untuk menghantar Ras pulang ke rumahnya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku lagi.

Pensyarah aku memanggil aku keluar bilik dan bertanya tentang apa yang diberitahu Melur kepadaku. Pada mulanya aku teragak-agak untuk memberitahu kerana terkenangkan ugutan Melur. Tapi setelah diyakinkan oleh pensyarah, aku menceritakan segala dialog aku dengan Melur. Pensyarah aku menasihatiku agar menetapkan hati hanya pada Allah dan jangan kalah pada ugutan jin kerana mereka tidak mampu melakukan kemudaratan kepada kita. Pensyarah kami puji sikap aku dan Sha kerana berani berhadapan dengan situasi macam tu (kembang hidung tika ni).

Sebelum pak cik penjaga keluar daripada rumah kami, dia pesan, “jangan gelak kuat sangat sebab kamu semua tak biasa kat sini dan tempat ni ada penunggunya”. Dan itulah alasannya kenapa pak cik penjaga tersebut melarang kami masuk ke rumah terlebih dahulu tapi kami ingkar. Hohoho. Last sebelum pak cik penjaga tu keluar, dia bagitahu kalau ada dengar bunyi orang mandi ke nanti dalam bilik air, jangan tegur. Buat x dengar je. Maka kami mengambil keputusan tidur beramai-ramai di ruang tamu.

Ok, setakat ni saja dulu kisah yang cukup seram bagi aku. Andai ada kelapangan, akan aku sambung kembali entri ini kerana ceritanya agak panjang dan bersambung. Seterusnya menceritakan kisah pelajar lelaki kelas aku yang diganggu pada malam dan waktu yang sama dengan masa kami diganggu. Kemudian, kisah sesuatu menumpang di badan aku semata-mata nak menguji aku. Haram jadah betul ‘benda’ tu. Mohon jangan kecam aku sekiranya kisah aku kurang menyeramkan bagi korang. InsyaAllah akan aku sambung lagi kisah ni. Wassalam.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

  1. Aah citer kamu best..sila sambung lagi..nk tgk juga ape jadi kat dorm lelaki..dh bersilat ke dah berkarate ke deme..hahaha apepon mike mmg berani good job!

  2. Comel seram plak Si Melur tu…
    Akk siap bace dialog Melur tu gune suara+gaya bdk kecik, heheheheh…
    Nnt smbg lg tau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.