#Maroo – KEJAR

#MAROO – KEJAR

Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum kepada rakan-rakan FS sekalian. Terima kasih kepada admin FS yang sudi publish story aku.
Sebelum tu, terima kasih juga kepada rakan-rakan FS yang sudi baca dan sudi bagi comment-comment yang membina :”) .Aku nak minta maaf sebab lambat sangat nak update story. Almaklumlah aku dah kerja sekarang. Tapi taip tetap kena taip.
HAHAHAHAHA

Seperti yang aku pernah beritahu dalam story aku yang lepas #MAROO- GANGGUAN DAN TEGURAN. Aku ada mention yang aku pernah dikejar oleh makhluk hodoh. Aku pun tak tau asal usul macamana aku boleh nampak benda-benda ni. Setahu aku, mak aku cakap.. aku start lain macam lepas aku demam panas waktu tingkatan 2. Tapi benda-benda yang aku nampak tu Alhamdulillah setakat ni takdelah penampakan yang paling ekstrem. Minta dijauhkan. Aku ni bukanlah berani sangat.

Berbalik kepada cerita..

Waktu tu minggu-minggu kritikal untuk student siapkan segala tugas-tugas yang diberikan oleh pensyarah dan aku termasuklah dalam kategori student yang suka buat kerja last minit. Dua minggu sebelum final, aku diminta untuk menyerahkan tugasan subjek English. Dan seperti biasa seminggu sebelum due date, baru kami mulakan aktiviti berbincang. Korang jangan kutuk dulu.. orang yang selalu buat kerja last minit macam aku ni, ada tipsnya tanpa menyusahkan orang sekeliling. HaHaHa

Macam biasa, aku akan mulakan perbincangan di rumah atau bilik-bilik asrama yang terpilih. Dan kawan aku yang bijak lagi awesome membuat kata putus untuk berbincang dibilik Mun.
Asrama tempat aku belajar ni ada 4 blok asrama. Blok A,B,C, dan D. Blok A bersebelahan dengan blok D, block B pulak bersebelahan dengan blok C. Aku duduk blok A dan Mun duduk blok C. Blok-blok asrama ni ada jalan untuk tembus antara satu blok dengan blok-blok yang lain.

Seperti yang dijanjikan. Lepas solat maghrib, aku bawa peralatan aku dan mulakan langkah menuju kebilik Mun. Untuk sampai ke bilik Mun, aku ada pilihan untuk lalu samada ikut laluan yang tembus blok B atau tembus di blok D. jadi aku ambil keputusan untuk ikut laluan yang menghubung kan blok aku ke blok D dan kemudian sampai ke blok C.

Yang aku tak suka pergi bilik Mun ni, bukan sebab bilik dia tak bersih.. cumanya bilik dia dekat tingkat paling atas. Bilik dia dekat tingkat 12 dan lif hanya sampai tingkat 10. Selebihnya sesiapa yang nak naik tingkat 11 atau 12 harus menggunakan tangga dan tangga yang terakhir berhampiran dengan kawasan tangki air asrama.

Aku tekan button lif yang menunjukkan arah naik .

Tinggg… bunyi pintu lif dibuka. Lampu didalamnya berkelip-kelip.

‘Allah!!!!!’ mataku menangkap kelibat hitam dipenjuru lif.

Rupanya tu kerusi plastik hitam yang diatasnya ada dua paket meggi kari dan dibadan plastik meggi tersebut , tuannya telah meninggalkan nota yang tertulis ‘MAGI KARI RM 1.20 PCS ONLY. JANGAN MENCURI, ALLAH MAHA MELIHAT. BENDA CURI YANG ANDA MAKAN TAKKAN BERKAT’

“Fuhh.. lega gila bukan benda”. Bisik mulutku perlahan.
Aku meneruskan perjalanan ku dengan menaiki tangga.

“Assalammualaikum.. Mun.. aku dah sampai.. bukak pintu cepat..” laungku dari tangga.

Saja je bagi salam awal suruh dia bukak pintu, takdelah nanti aku tertunggu-tunggu depan pintu.

“waalaikumussalam. Masuk je aaa.. pintu tak kunci” . sumpah jeritan Mun lagi nyaring dari suara aku kut…

Fuh… semerbak bau makanan menerpa rongga hidung aku.

“sedapnya weyh.. kau masak apa ni , Mun”.

“spageti car bour nay ra”. Sumpah time ni nak je sagat mulut dia.. gedik ya amat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tak sedar masa berlalu sehinggalah Mun tegur aku.

“dah pukul 2 lebih ni.. kau taknak balik bilik ke Maroo? Ke nak tidur bilik aku?”

“ye weyh..dah nak pukul 3? Serius tak perasan. Takpelah.. aku nak balik. Lagipun esok kelas pagi”

Barang-barang aku kemas. Sampah-sarap aku buang. Entah kenapa berat hati sangat nak balik bilik. Tapi aku ni bukanlah orang yang suka menyusahkan orang lain. Lagipun aku tak boleh tidur kalau takde bantal aku sendiri.

“kau nak aku teman tak Maroo? Boleh ke balik sorang-sorang?”

“takpe aa.. aku boleh balik sendiri.. bye”

Sebenarnya aku memang nak Mun temankan.. tapi bila aku kenangkan yang Mun pun penakut dan aku lebih sado dari Mun.. maka aku batalkan hasrat untuk minta Mun teman. Sebab nanti aku yang nak kena teman Mun balik bilik pulak. Nanti takkan dia nak teman aku balik pulak. Dan lepastu, takkan kitaorang nak buat aktiviti round the blok pulak.. aku teman dia, dia teman aku. Kalau macam tu bila nak setel?

Aku turun anak tangga sehingga tingkat 10 dengan langkah yang perlahan. Kepala dah berpusing, mata dah tutup separuh. Baru terasa penat dan ngantuk ya amat.. Niat hati nak turun tingkat 8 guna lif sebab aku dah tak larat nak jalan dah.
Dari tingkat 10, aku berjalan pergi ke lif dan kemudian langkahku terhenti bila melihat ada mahkluk berdekatan dengan tangki air yang berhampiran dengan lif.

‘Allahuakbar..allahuakbar’ laungku didalam hati.

Waktu ni aku nervous bak anggg.. dalam kepala macam-macam aku fikir. Jaraknya lebih kurang 50 meter dari aku. Dengan baju putihnya, dan rambutnya.. persis potianak seperti watak Maya Karin dalam filem Pontianak dulu-dulu.

‘nilah yang aku tak sedap hati dari tadi lagi ni kut..’ bisikku dalam hati.

Aku gerak beberapa langkah kebelakang.

satu… dua… tiga..

cukup tiga langkah, aku pusingkan arah badan aku dengan hati hati. Takut disedari oleh kak Ponti tadi. Jantung aku waktu ni jangan cakaplah.. macam nak terkeluar. Mulut aku automatik tak boleh nak buka. dalam keadaan macam ini, otak aku tak dapat nak sambungkan sel-selnya. Kaki ku terus melangkah ke pintu kecemasan. Aku tak lari, Cuma mempercepatkan langkah kakiku. Mulut terkumat kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Kini aku di blok D .. perjalanan yang singkat tu, terasa amat jauh..

‘ya allah.. bau busuk apa pulak ni’ . Entah dari mana datangnya angin tiba-tiba yang bawa sekali bau busuk yang aku hidu dari tadi. Dalam ketakutan, aku menutup hidungku.

‘jangan dia ikut sudahlah’.
Tak guna .. Waktu-waktu macam nilah nak terlintas perkataan ni..

Dan..Ya .. memang kak Ponti follow belakang.

Macamana aku tahu?
setiap dari kalian mesti pernah rasa kalau ada kehadiran orang di belakang kalian.
macam itulah yang aku rasakan.

Aku dah tak fikir panjang. Aku terus bukak langkah seribu. Sampai je dekat depan pintu rumah, aku terus buka pintu dengan rakus. Mujur pintu tak berkunci sebab sebelum pergi aku dan pesan dengan Zan yang aku balik lewat.

Baru nak tarik nafas lega, sekali lagi aku diuji. Pintu aku tak boleh tutup. Macam kena tahan dari luar. Di bawah pintu itu aku ternampak benda yang tajam. Seperti ranting kayu kecil yang buruk dan berair . Barangkali jarinya.

“Zan… Zan… tolong aku Zan…” kuat jeritan aku.
Tapi sayang.. jeritan itu hanya mampu bergema dalam hati. Mulut aku seperti digam. Tiada suara yang kedengaran.

Kedua-dua tangan ku menahan pintu dan kepala kutoleh kearah Zan. Zan sedang tidur lena di tengah-tengah ruang tamu. (Zan- siapa yang baca story aku #MAROO- GANGGUAN DAN TEGURAN, kat situ aku ada terangkan Zan ni siapa.)

Aku lihat jarak Zan sangat jauh dari aku. Makin aku panggil makin rasa jauh.
Aku dah tak larat dengan bau yang busuk. Kali ni aku baca Ayatul Kursi dengan penuh perasaan dan pengharapan kepada Yang Esa.

Akhirnya…

BAMMMMMM!!!!!!!!!… Bunyi hempasan pintu yang kuat..
‘Sh*t.. Biadapnya makhluk ni.. buatnya tangan aku tersepit dekat pintu, macamana?’

Aku duduk terlunjur dengan keadaan tangan kanan masih tergantung ditombol pintu dan badanku membelakangi pintu. Badan aku menggeletar. Peluh membasahi baju persis seorang atlet yang baru menamatkan latihan larian sebanyak 20 pusingan.

“zan..” panggilku. Kalini suara aku kedengaran, tetapi dalam nada yang amat perlahan.
Hampir tiga kali aku aku panggil Zan. Tapi hampeh.. haram dia nak dengar. Dia kalau tidur memang tidur m**i.

Dengan baki kudrat yang aku ada, aku gagahkan diri untuk bangun dan menuju ke bilik. Baru je nak landing atas katil, baru aku teringat yang aku belum tunaikan kewajipan.

‘patutlah kena kacau. Solat punyalah lambat ..’ bebelku dalam hati.

Dua hari aku ponteng kuliah sebab demam. Nak pi klinik pun tak larat. Badan aku takyah cita aaa.. semua sendi-sendi badan sakit gila nak m**i. Macam kena cucuk and kena perah.

Zan??
aku tak ceritakan apa-apa pun dekat dia. Yang dia tahu pagi tu time dia nak kejut aku solat subuh, dia rasa badan aku panas.

Waktu Zan nak siap-siap pergi kuliah, telinga ku menangkap bunyi-bunyi bebelan yang keluar dari mulut Zan.

“Aku angin betul la semalam. ntah siapa ntah yang main ketuk-ketuk pintu . Ganggu betul aku nak tidur.” Bebel Zan.

“Kau pun satu.. lasak sangat tidur.. bangun-bangun aku dah atas lantai. Sakit badan aku tidur atas lantai tau tak.” Muka Zan berkerut-kerut diikuti dengan mulutnya yang muncung. Matanya yang sepet langsung tak kelihatan.

Penat menunggu respon dari aku, Zan terus mengorak langkah untuk keluar dari bilik.
“aku gi dulu. Kau rest la. Nanti aku bagitahu Lecturer. Jangan lupa makan ubat. Bye. Assalammualaikum.”

‘KLACK’ – bunyi pintu ditutup.

Seharian aku terbaring. Cuma bangun untuk makan, mandi dan solat.
Baru hendak melelapkan mata.. aku cuba ingat apa yang Zan bebel pagi tadi. Dan.. ternyata Zan juga diganggu.

Sebab.. bukan aku yang tidur sebelah dia semalam. Dan aku tak join dia tidur dekat ruang tamu lepas kejadian semalam.

Dan untuk Zan yang sedang membaca ni.. cuba ingat balik siapa yang tidur sebelah kau tu? HAHAHAHAHA..
.
inshaAllah kalau sempat, aku akan send next story di FS.Maaf atas kelewatan untuk publish sebabnya dah start busy dengan kerja. Doakan aku jadi Lecturer yang berguna suatu hari nanti. Amin. Terima kasih pada yang sudi membaca. Saja nak bagitahu, perasaan 100% seram takkan dapat dirasai melainkan yang pernah mengalami. Peace yo.   

Wallahua”lam.

“Dan Ingatlah, Allah sebaik-baik PELINDUNG” –surah al-imran.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

maroo

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

40 thoughts on “#Maroo – KEJAR”

    • TO:MAROO ZAIN
      Cerita yang menarik!Jalan cerita dan penggunaan ayat dalam kisah yang dikongsikan sangat mudah difahami.Unsur lawak juga ada diselitkan di dalam cerita!Kisah yang diceritakan juga boleh terbawa-bawa di dalam mimpi-khususnya buat pelajar universiti~ Boleh meremang kalau baca bersendirian..
      Syabas!Teruskan usaha.Kalau ada kelapangan,kongsilah cerita lagi ya?

      Waalaikumussalam

      Reply
  1. Perggg. Meremang aku baca. Dh lah kat office sorang2 ni.
    Terbaik a maroo..
    Aku mmg baca story kau dri first lagi
    👍👍👍👍👍

    Reply
  2. best2
    yg pasal maggi tu lwk..boleh pulak dye jual camtu..
    yg zan tu pulak tido m**i tp boleh lak dgr org main pintu..adeh….masalah2

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.