#Maya: Misteri Diana

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat para pembaca setia FS. Cerita yang aku bakal lakarkan ini merupakan sinambungan dari pengalaman ‘Aku Rindukan Maya’. Aku perasan, ramai juga yang tidak memcayai cerita yang aku sampaikan di dalam FS ini dan ramai juga yang menasihatkan aku untuk pergi berubat dengan lebih kerap. Segala kritik, pandangan dan pujian anda, aku terima dengan positif dan hati terbuka. Siapalah aku untuk memaksa audience untuk percaya segala cerita aku, lebih-lebih lagi pengalaman yang bermula dari zaman kanak-kanak membawa ke dewasa.

Aku sendiri pelik kenapa tiada akhbar dan berita berkaitan kes ini bila aku sendiri google, biarlah ia menjadi kes simpanan pihak polis, dan kes ini pon dah selesai. Maafkan aku andai menyakitkan mata para readers semua, aku jadikan FS hanya sebagai platform untuk aku berkongsi sebab sejujurnya aku stress dengan perkara yang sentiasa menghantui hidup aku sampailah sekarang. Aku harap dengan perkongsian ini dapatlah aku release stress dan berkongsi pengalaman seram dengan korang. Stay cool guys!

Wah, panjang pulak intro entry kali ni, maaf readers. Aku ceritakan serba sedikit mengenai aku. Aku lahir dalam keluarga yang serba sederhana. Dari kecik aku sudah diajar untuk hidup berdikari dan aku terdedah serta mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat. Jujur aku pada awalnya amat jahil dengan ilmu agama, yang aku tahu ialah bagaimana nak kecapi nikmat dunia. Memang sudah menjadi suratan takdir, tuhan wujudkan Maya dalam kehidupan aku, walaupun ia perit untuk Maya tapi aku percaya akan hikmahnya. Hikmahnya aku kembali ke jalan Allah dan sentiasa mengingatinya lebih lagi disaat aku diuji. Maafkan aku wahai ahli keluarga dan saudara mara Maya, mungkin ada diantara readers di sini. Aku seakan dihantui bayang-bayang Maya walaupun dia pergi dan tak akan kembali lagi. Moga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambamu yang beriman dan diganjaran syurga, Aminn.

Walaupun pada luarannya aku adalah seorang manusia yang normal, hakikatnya aku sedikit tersiksa apabila hijabku kini terbuka. Aku tak macam pengalaman hijab terbuka seperti orang lain, aku cuma nampak bila diizinkan Allah untuk melihatnya. Jujur aku kata, sedang aku menaip ini pon, seakan ada mata yang memerhati. Aku jadi seolah tak tenteram dengan dunia harian aku sendiri, sampai satu tahap aku malas nak amik port dengan apa yang aku nampak. Pernah satu ketika, sampaikan aku sendiri tak percaya dengan kawan aku sendiri, disebabkan makhluk ni suka menyerupai orang-orang disekeliling aku.

Aku dah pergi berjumpa dan berubat dengan ramai ustaz, tetapi hasilnya alhamdulillah sedikit berkurangan, tetapi aku masih menghadapinya setiap hari, sampai disatu tahap aku dah tak kesahkan apa yang nak berlaku, yang aku tahu, aku perlu teruskan hidup dan beramal dengan nikmat Allah. Maafkan aku jika ada readers yang terkena gangguan bila baca entry-entry aku sebab aku pernah ditegur, aku dapat satu mesej dari unknown number, ‘Jika kau nak hidup kau selamat, rahsiakan tentang diri kau dan Maya, aku akan ganggu siapa-siapa yang ada kaitan dengan hidup kau’. Akhiri entry aku dengan kalimah Allah ya kawan-kawan, aku tak nak korang diganggu disebabkan aku. Love you guys!

Disebabkan peristiwa dan kenangan hitam ini, aku jadi takut nak bercinta lagi. Aku takut disebabkan diri sendiri, orang yang aku sayang turut terjejas sekali. So, aku tutup pintu hati aku rapat-rapat dari berkenalan dan bercinta dengan mana-mana gadis sekalipun. Tetapi ‘Kita hanya mampu merancang, tuhan sahajalah yang akan menentukan’, aku diuji sekali lagi apabila aku berkenalan dengan seorang gadis ini. Namanya Diana, seorang yang sangat baik hati, tak mudah cemburu dan seorang yang amat penyayang. Perkenalan aku dengan Diana berlaku sepantas kilat, aku sendiri tidak menyangka dalam diam aku mula sukakan dia. Diana berumur 2 tahun lebih muda daripada aku, tapi dia bersifat matang dalam hubungan, dan disebabkan itulah dia menarik perhatian aku. Pada peringkat awal hubungan aku takut nak bercerita tentang masalah yang aku hadapi, kerana aku risau Diana akan mulai takut dengan aku dan mula menjauhkan diri. Akan tetapi Diana terlebih dahulu tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada aku, daripada mulut kawan-kawanku sendiri.

“Kenapa awak nak berahsia sangat? Awak takutkan apa? Allah kan ada”, Diana marahkan aku.

“Awak tak takut dikacau dengan hantu ke? Saya sendiri tak kuat bila sering dikacau, inikan pulak nak jaga awak daripada dikacau dengan makhluk terkutuk tu”, aku mengeluh sedih.

“Kita ada Allah Rin, memang niat dia nak takut-takutkan awak supaya hidup awak sentiasa tak tenteram dan encourage awak supaya buat perkara-perkara yang boleh menyekutukanNya. Pasal saya awak jangan risau, I know I’m strong, yang penting kita kena saling bekerjasama untuk keluarkan awak dari belenggu ini, nokhtah”, Diana memarahiku.

Aku tak sangka Diana seorang yang kuat, mungkin kerana ayahnya seorang Ustaz, dan dia aktif memegang exco kerohanian semasa di universiti, mesti banyak pengalaman seram dan pelik yang dia sendiri pernah rasakan. Aku sedikit lega kerana dihadirkan Diana dalam hidup aku, mungkin ini pengakhirannya penderitaan yang aku alami ini.

Kegembiraan aku tak kekal lama, suatu pagi yang suram, hujan turun renyai-renyai. Aku tarik selimut, “Malasnya nak bangun, sambung tidur best ni”, hatiku berkata. “Sunyi je harini, budak-budak rumah aku pergi mana?”, monolog aku sendirian. ‘Dumm, dumm, dumm!’, siapa pulak tu.

“Ada budak tak bawak kunci rumah la nii, ish malas betul aku nak bangun”, mengeluh aku sendiri.

“Weii, sape kat luar??”, aku jerit di depan pintu, senyap jek.

“Dumm, dumm, dumm! Bukak la, saya ni awak”, eh suara Diana.

Kali ni aku tak bodoh wahai syaitan, aku terus call Diana, “Awak ada kat mana?”, ujarku.

“Saya dekat rumah lagi, sat lagi nak berjalan dengan roommate pergi Alor Staq, kenapa awak?”, balas Diana.

“Tak ada apa-apa nanti saya mesej ya”, ujarku pendek.

‘Tong, tong, tong’, tiba-tiba bunyi seakan ada orang ketuk tong gas dapurku. “Haih, kau nak main ya? Dah lama menghilang, rindu aku ke?”, spontan keluar dari mulut aku, nak menyesal tak guna dah, haha. “Wei syaitan, kau nak apa dari aku lagi? Tak puas hati lagi ke? Kau nak apa? Kau ingat aku takut dekat kau? Pergi mampus”, aku berdialog sendirian.

Tiba-tiba bau asap kuat di ruang tamu. “Ahh kau bakar apa ni syaitan! Buat perangai dah”, membebel aku sendiri. Aku perasan asap di dapur, bingkas aku bangun terus ke dapur, aku tengok langsir tingkap dah terbakar separuh, terus aku jirus dengan air dalam jug yang dah tersedia ada di meja. “Fuh, naseb tak kena tong gas”, dalam hatiku. Aku terus cabut kepala gas, terus call member aku.

“Wei cap, kau kat mana? Pagi-pagi buta dah hilang”, ujarku.

“Kalau aku kata kau gila jangan marah, aku ada dekat ruang tamu lah, mana ada aku keluar, yang kau tu, pagi-pagi aku nampak kau keluar, kau pergi mana??”, Acap meroyan.

Berderau terus d***h aku, baru aku perasan, rumah ni lain lah dari rumah aku. Berlari aku ke pintu, ‘ahhh kunci pulakk’. ‘Tapp, tappp, tappp’ aku dengar ada benda turun dari anak tangga. “Pocong!”, aku menjerit. Pocong tu tegak berdiri pandang aku, dengan muka hitam, kain dia kusam, bau busuk terus menusuk di pelusuk rumah. Aku cuba berdiri.

“Kau nak apa?? Apa lagi yang kau nak dari aku? Radin hidup lagi kan? Dia yang hantar kau untuk kacau aku kan? Kau cakap dekat dia, kalau dia masih tak puas hati dengan aku, datang jumpa aku sendiri, kalau tidak, aku akan buat dengan cara lebih keras panggil dia datang melutut kat kaki aku”, aku teriak.

Aku tak tahu mana datang berani tiba-tiba aku cakap macam tu. ‘Hahahaha’, pocong tu menggilai, aku ingat pocong tak geti bercakap, haha. Selalu yang menggilai ni spesis langsuir ke pontinak ke, ni pocong pulak menggilai.

‘Panggg!’, dunia aku gelap sekejap. Sedar-sedar member aku renjis air ke muka. “Wei, kau dah kenapa? Kenapa kau tidur dekat sebelah rumah ni? Nak jadi seekers ke?”, Isa membebel. Kan aku pernah cerita jiran sebelah rumah aku sewa ni tak berpenghuni, rupa-rupanya aku pergi ke sebelah. “Naseb ada pakcik sebelah ni nampak macam kelibat orang dalam rumah masa dia tebas lalang belakang umah”, balas Acap. Muka aku merah sebelah kiri, aku rasa menatang tu tampar muka aku kot, punyalah pedih.

“Wei aku rasa benda ni dah datang balik la, aku nampak pocong kat sebelah, aku siap sound dia kot, malam ni kita buat bacaan Yassin dekat rumah, kasi pulih semangat sikit”, ujarku. Masing-masing, ‘On!’.

Selesai membaca Yassin berjemaah, tiba-tiba bunyi kucing bergaduh di luar rumah. ‘Pinn pinn pinnn pinnn’, bunyi alarm kereta myvi panjang. Sesungguhnya aku menyampah bunyi alarm kereta perodua. Terkejut masing-masing, panjang terus meluru keluar unlock alarm keretanya. Tak sampai seminit panjang masuk dengan muka pucat, “Wei, ada benda dalam kereta aku lah”, ujarnya. Kami semua perlahan-lahan pegi menjenguk kereta panjang, dalam samar-samar, “Eh ada kelibat perempuan la dalam kereta kau jang”, Isa mencelah.

Tiba-tiba, “Assalamualaikum! Buat apa tu?”, Pakcik Karim menyapa di luar pagar. Terus hilang benda dalam kereta tu.

“Tak ada apa-apa pakcik, kucing bergaduh je”, ujarku.

“Pakcik nak cakap sikit, ada benda suka kat korang ni, banyak hari pakcik nampak ada benda atas bumbung rumah korang, korang ada apa-apa nak kongsi dengan pakcik ke?”, seloroh Pak Karim.

“Pak Karim mai la masuk dulu, kita borak-borak”, pintasku.

Aku ceritakan dari pangkal hingga ke hujung dekat Pak Karim. “Pak Karim ada kenal tak Ustaz handal yang boleh jadi pengantara antara saya dengan si penghantar?”, aku bertanya.

“Kes hang ni lain dari hat lain, selalu yang menghantar benda hat jahat ni manusia, tapi kali ni yang menghantar ialah dari golongan bunian”, ujar Pak Karim.

“Pada asalnya yang menghantar usikan ini ialah manusia Pak Karim, tapi dia dah meninggal, si pengirim ni berkawan dengan kaum bunian, tapi dia bukan calang-calang bunian, kira bomoh hebat dikalangan warga bunian lah kot, dia menghantar syaitan supaya hidup saya tersiksa, alhamdulillah ada hamba Allah sudi tolong saya, bunian tu m**i sekali dengan pengirim, yang nak perdajey saya ni kira anak kepada bunian tu lah”, ujarku panjang lela.

Pak Karim gelak panjang, “Hang ni biaq betui, nak melawak pon agak-agaklah, mana ada kes macam ni kat dunia ni?”, pintas Pak Karim.

“Saya tak kisahlah Pak Karim nak dok ingat saya melawak ka, apa ka, tapi saya dah ceritakan semua dekat Pak Karim, kalau Pak Karim ada kawan yang boleh tolong, habaq kat saya, tapi tolong jangan bersimpang siur dengan ajaran islam”, aku membalas.

Ada suatu hari Diana ajak aku keluar, pergi Wang Kelian. Yes, I am Unimap students, tapi dah tamat pengajian dah, so tak dapat lah nak berkenalan mengkome semua, hehe. Nama Diana tu pon aku reka sebab nanti korang pergi search batch mana Exco Kerohanian nama Diana, haha. Dalam perjalanan tu, Diana tiba-tiba bukak cerita, “Awak, benda awak tu dah mula kacau saya lah, haritu saya balik lewat, benda tu duduk bertenggek dekat pagar batu, saya baca ayat kursi benda tu terus hilang”.

“Kalau berlaku macam tu lagi, awak jangan lupa baca surah-surah yang awak tahu ya, saya sedang ikhtiar cara nak buang benda tu jauh-jauh”, ulasku.

“Pernah satu hari tu, saya bungkus makanan, saya letak atas meja, saya terus pergi mandi, lepas je mandi, saya nak makan, makanan saya bau busuk gila, dah basi”, keluh Diana.

Melampau betul lah benda ni, tak sudah nak menyakat. Kami terus diam membisu sepanjang perjalanan berbukit ke Wang Kelian, hajatnya nak pergi ‘NAT’, pasar pagi hari ahad di situ. Tiba-tiba stereng aku macam berat, macam dikawal oleh sesuatu, membawa aku ke lereng bukit, serta merta aku tekan brek. ‘Allahuakhbar!’, terkejut aku, terus aku keluar kereta tengok ada apa-apa ke dekat tayar.

Aku masuk kembali dalam kereta. “Tak ada apa-apa pon, pagi-pagi buta pon nak kacau lagi, haih geramnya aku”, bermonolog aku sendiri. Diana dari tadi senyap je, tiba-tiba dia cakap, “Jalan je buat macam biasa”. Aku slowkan kenderaan, gagahkan diri panjat Wang Kelian tu walaupun sampai drop gear 1, gila betul. Sesampai sahaja di puncak Diana cakap, “Tadi masa awak berhenti dekat situ, ada perempuan berbaju lusuh, muka putih berdiri di hadapan kereta”.

Aku terkejut, sebab memang pasti tak nampak apa-apa pon tadi. “Awak perasan tak, sepanjang kita naik tadi, satu kereta pon tak ada naik dan turun?”, Diana bertanya. Haahlah seakan kami je dekat tengah-tengah hutan tu tadi. Alhamdulillah selamat jugak sampai di sini. Kami tinggalkan keseraman kami dahulu, mood nak shopping cuci mata kami dahulukan. Orang perempuan memang pantang kan nampak barang-barang dapur ni? Kejap nak beli untuk mak lah, untuk makcik lah, nenek lah, jiran sebelah rumah pon nak dibelinya. Yang jenuhnya aku nak memikul toto dengan kuali, berat weiii, naik bukit pulak tuh. Aku sekadar beli seluar army, yang dah lama aku idamkan.

“Jom makan dulu, boleh merasa sup perut thai”, ujarku. Dalam 5 minit aku duduk di situ, datang seorang pakcik tua Thai dengan anak lelakinya. Pakcik tu cuba bercakap dengan aku, malangnya sebutir habuk aku tak faham.

“Bapak saya kata, u dalam bahaya, better u pergi cepat berubat sebelum dia take over your body”, ujar anak pakcik tu.

“Apa yang bahaya? Boleh bagitahu saya apa yang bapak kamu nampak?”, balasku.

“Dari u punya muka bapak I tahu u got problems, better u pergi cari cure untuk defend diri u”, balasnya. Pakcik tua itu, letakkan sebutir batu di atas meja. “Use this for your internal body defend”, ujarnya dan terus berlalu pergi. Aku perhatikan batu tu macam geliga, yes, aku pernah tengok geliga udang, geliga lipan, tapi harap maaf aku nak percayakan geliga ni, sebab apa yang jadi dekat dunia ni hanyalah di atas keizinan Allah swt.

“Awak nak ambil ke batu ni? Saya tak sedap hati lah’’, ujar Diana. Nak tinggalkan batu tu dekat sini, rasa macam tak respect orang yang bagi, nak buang takut keadaan jadi makin buruk.

“Tak apalah saya ambik, saya tanam belakang rumah nanti ya”, aku masukkan batu tu dalam kocek, spoil mood nak makan sup perut thai.

Aku load barang dalam kereta, “Jom kita p padang besar terus nak”, ujarku, hajat nak ceriakan hati Diana. “Jomm!”. Alhamdulillah sepanjang turun dari Wang Kelian tak berdepan dengan masalah. Dah nama pon perkara khurafat kan? Boleh pulak terlintas aku fikir, “Mungkin pasal geliga ni kot, benda tu tak kacau aku dah”. Nauzubillah Min Zalik, minta jauh lah dari benda-benda syirik macam ni, boleh rosak akidah kalau melayan. Tengah syok bershopping jersey, datang seorang perempuan tua, “Cuu, nek nak cakap sikit boleh tak?”, nenek tersebut mulakan bicara.

“Dengar cakap nek baik-baik, dunia merupakan tempat untuk kita berkongsi, baik yang miskin, mahupun yang kaya, baik yang hodoh, mahupun yang cantik, baik yang lemah, mahupun yang kuat, cuu ada anugerah yang bukan semua orang dapat, cuba guna anugerah itu dengan bijak, anugerah tu mampu selesaikan masalah cuu”, ujarnya panjang lebar. “Apa yang nek cuba sampaikan dekat saya?”, balasku. “Masa adik akan datang juga, tiada masalah yang tak boleh diselesaikan, kuncinya ada pada cuu sendiri, jangan biarkan ia terlalu lama, jaga-jaga dengan orang disekeliling cuu”, nenek membalas. “Awak cakap dengan siapa?”, ujar Diana. “Saya bercakap dengan…”, aku terkedu, mana pergi nenek tua tu? “Tak ada apa-apa lah wak, jom pergi”, ujarku.

“Eh banyaknya rempah awak beli nih? Beras pulut, lada hitam, ni bukan minyak cina sembahyang ke?”, ujarku kepada Diana.

“Em, yang rempah ratus ni saya nak masak, minyak ni housemate kirim”, ujar Diana. Kami bergerak balik ke Kangar, seusai menghantar Diana pulang ke rumah, aku terus pergi ke Jejawi, jumpa Ustaz Dasuki. Ustaz Dasuki merupakan ustaz akademik tempat aku belajar. Aku menceritakan perkembangan kisah aku pada Ustaz, “Ustaz, apa saya perlu buat dengan geliga ni?”, ujarku.

“Ini ialah geliga lipan, bila disentuh ada rasa panas, ada khadamnya, ia boleh bertukar warna, dan selalu orang percaya sang pemakai akan kebal, dan boleh pandang tembus, wallahualam, pesan saya, letaklah geliga ini di sungai, jaga-jaga, boleh rosak akidah kalau tersalah guna”, ujar Ustaz panjang lebar. Aku selalu dengar khasiat geliga ni dari orang tua-tua dahulu, ada yang dijadikan pendinding diri, tapi kita kena bagi dia makan, kalau tak silapnya beras dan madu untuk menghidupkan geliga, wallahualam, tak berani nak bercerita panjang lebar tentang geliga ini. Jika ada readers yang ada pengetahuan atau pengalaman tentang geliga ni, boleh bercerita di ruang komen, nak tahu jugak kenapa ramai orang mencarinya.

“Ustaz, kenapa lelaki dan perempuan tua tu tiba-tiba datang dekat saya ya?”, ujarku.

“Percayalah dalam dunia ni banyak hikmah Allah, mungkin yang datang itu membawa kebaikan, atau mungkin membawa kehancuran, awak kena banyak jaga-jaga, jaga mulut, jaga mata, jaga perlakuan, biar orang senang dengan kita, jangan sesekali buat jahat dekat orang, dendam, dengki, cemburu, itu semua asbab bagi permulaan benda jahat”, ujar Ustaz.

“Perbanyakkan ibadah ya, kita ada mata dan akal, menilai sendiri keadaan sekeliling kita, dengan siapa kita kawan, siapa kawan dan siapa lawan”, ustaz menambah.

Aku tak tahu, apa yang jadi hari ini macam satu teka-teki buat diri aku, ada ke di kalangan kawan aku sendiri adalah merupakan musuh dalam selimut? Kenapa aku kena berjaga-jaga dengan orang di sekeliling aku? Orang sekeliling aku semuanya baik belaka. Aku beransur pulang, sekali lagi aku dikejutkan, ada ayam hitam m**i dalam garaj aku. Kepala ayam tu tak ada, d***h merata-rata, macam sengaja dipalit-palit ke dinding rumah sewaku. “Allahuakhbar, apa ni Rin??”, Isa terkejut. “Aku balik-balik je dah ada dekat sini der, aku tak tahu sape punya keje”, ujarku. “Dah, jom pi tanam ayam ni belakang rumah!”, ujarku. Kami bersetuju.

Malam tu member si Acap tumpang tidur di rumah sewa kami, khabarnya datang dari Kuala Lumpur. “Wei perlis tak ada shisha ke?”, kawan acap yang bernama Min bertanya.

“Adaa, kola perlih ada, port bawah pencawang elektrik, tepi laut, jom lah Rin pakat pergi”, balas Acap.

“Jomlah tapi jangan lewat sangat, esok aku kena jumpa supervisor aku”, ujarku.

Maksud supervisor tu ialah supervisor untuk thesis. Kami berempat pergilah ke Kuala Perlis sekali dengan Panjang. Malam tu syok lain macam, angin sedang-sedang, Shisha tu pon brader tu buat sedap, mata pon cuci sedap, haha, dalam pukol 11.30 malam kami balik ke rumah sewa.

“Wei jom main spirit of coin nak?”, Min ajak.

“Eh toksah buat gila lah malam-malam buta panggil hantu, korang jangan mandai-mandai lak nak main, korang sendiri taw kan kita tengah ada masalah apa?”, balasku. Aku terus masuk bilik tidur. Tengah sedap tido dengar ada suara lelaki menjerit-jerit. Keadaan rumah jadi gelap gelita, sampaikan tombol pintu pon aku tak nampak.

Semua housemate keluar dari bilik, “Weii apahal wei, jerit-jerit tengah malam? Nak tido pon tak senang”, si Afiq membebel. Dalam kesamaran malam, kami lihat ada lilin ditengah-tengah ruang tamu.

“Wei mana pergi Min, Acap, Panjang dengan Isa?”, ujar Epul.

“Wei apesal siap ada colok, apam dengan kepala ayam ni?”, ujar Afiq.

Aku pakat ajak diorang duduk dekat-dekat, kasi hilang feel seram tu. Member capai fon, terus call Acap, tetapi tak berangkat. Aku terus call Ustaz Dasuki, perasaan tak sedap hati mengatakan member-member aku ada disorok di mana-mana. Ustaz cakap 10 minit dia sampai, ‘Akum kum kum…’, ada pocong berdiri betul-betul depan pintu utama. Baru nak angkat kaki lari ke bilik ada sekor lagi dekat laluan ke bilik, berpelukan kami semua.

“Wei, pejam mata, baca ayat kursi, baca lah apa-apa pon, ustaz mai sat lagi”, ujarku.

Tiba-tiba si Afiq berdiri, ketawa berdekah-dekah, merengkot-rengkot jari tangan dia, kami perhatikan sahaja gerak geri Afiq. Tiba-tiba dia terus peluk pocong tu, “Subhanallah, Afiqq!! Sedar fiq”, suasana hingar bingar. Afiq terus jilat muka pocong tu, sambil senyum sinis dekat kami.

“Terima kasih Rin, kau permudahkan kerja aku”, Afiq bersuara. Semua pandang aku.

“Wei aku buat apa?”, aku menjerit. Pintu tiba-tiba terbuka, ‘Allahuakhbar!!’, Ustaz datang dengan beberapa orang terus melaungkan azan. Afiq terus longlai jatuh ke lantai, “Usung dia keluar! Kamu semua keluar sekali! Rin kau tinggal di sini”, tegas Ustaz.

Aku menangis macam orang gila, perasaan bercampur baur antara seram, sedih, serba salah, buat aku hilang keruan. Kau rasa macam tak boleh nak kawal diri, macam ada orang lain mengawal kau. Aku terus mencangkung, kepala aku menggeliat ke kiri dan kanan pandang ke Ustaz. “Ambil lada hitam!”, ujar Ustaz. “Rasakan Syaitan laknatullah!”, Ustaz lempar lada hitam ke arah aku, menggelupur aku rasa seakan leherku ditoreh-toreh, air mata kesakitan aku mengalir, aku susah nak bernafas dan tekak aku rasa macam kering sekeringnya. Gelap! Tiba-tiba aku rasa dunia aku gelap, aku pengsan.

“Bangun Rin, bangun”, ustaz di depanku. “Kesat d***h yang keluar kat hidung dia”, ujar ustaz.

“Rin ustaz nak tanya, kau ada berkawan dengan mana-mana perempuan ke?”, ujarnya.

“Ada, Diana ustaz, student kos building, kawan-kawan saya pon kenal dia”, ujarku.

“Weh Rin, masa bila pulak kami kenal dia? Kau tak pernah kenalkan dekat kitaorang pon, yang kitaorang selalu dengar nama dia je kau sebut-sebutkan”, ujar Epul.

“Eh, korang jangan main-main, dia tahu kisah aku pon daripada korang, dia sendiri bagitahu aku, kalau kau tak percaya aku call dia”, terus aku masuk bilik ambil fon dan call Diana, tetapi langsung tak dapat.

“Jom ikut aku pergi rumah dia, ustaz ikut saya”, ujarku, terus ustaz tarik tangan aku.

“Tak perlu Rin, duduk dulu, dengar saya nak kata apa”, ujar Ustaz. Ustaz keluarkan telefon, tunjukkan satu gambar. “Ini ke Diana yang hang maksudkan?”, ujar Ustaz. Aku amati betul-betul gambar tu, memang betul, gambar Diana, aku mengganguk lemah.

“Rin, kalau Diana inilah, nama sebenar dia Anis, tahun 2010 dah meninggal, bukan student Unimap, tapi budak kampung sini, kena rogol dan dia b***h diri, Ustaz rasa ada orang puja kubur dia yang terletak dekat area Kubang Gajah sana tu, hanya untuk dijadikan sebagai pendamping supaya boleh memperdayakan hang, mesti ada sebab kenapa dia buat macam ni, hang ada simpan apa-apa barang ke? Atau hang ada sakitkan hati orang?”, balas Ustaz panjang lebar.

“Ustaz, saya tak simpan apa-apa pon barang, jika ada barang saya dapat atau jumpa, terus saya rujuk pada ustaz, macam geliga pakcik tua tu bagi, kalau pasal hati, saya tak rasa saya ada buat musuh dengan mana-mana orang Ustaz, saya dah lama menyesal dengan apa yang pernah terjadi dekat saya dulu, saya tak nak buat lagi”, ujarku.

“Okay macam ni, sekarang ni ada empat orang kawan-kawan korang yang kita masih tak tahu, apa status dia, dekat mana diorang, perkara pertama kita kena buat, kita pecah-pecahkan kerja, cuba cari barang-barang yang mungkin disembunyikan disekitar rumah ini dulu, okay sekarang berpecah”, arahan ustaz.

Penat keliling satu rumah, langsung tak nampak apa-apa yang mencurigakan, aku masih tertanya-tanya, betul ke Diana tu Anis? Kenapa aku sedikit pon tak pernah rasa curiga? Dia baik, lagaknya macam alim, kata ayahnya ustaz.

“Awak, saya tumpang barang-barang saya dalam kereta awak taw”, aku teringat kata-kata Diana. Terus aku godek satu kereta, tiba-tiba aku terjumpa sebunjut kain kuning dalam ruang arm rest, bila masa ada benda nih, kenapa benda ni panas? Monolog aku sendirian.

“Ustaz, ustaz..saya jumpa benda ni, apanya ni?”, ujarku. Ustaz mulakan bacaan, tiba-tiba kain tu terbakar sendiri.

“Inilah perangkap yang dia buat supaya hang suka dekat dia, hang selalu keluar dengan dia pakai kereta hang kan?”, ujar ustaz.

“Ya ustaz”, terus aku terfikir, kenapalah dengan Diana aku mudah rapat.

“Ustaz macam mana nak kembalikan kawan-kawan kitorang?”, Epul bertanya.

“Dorang silap Langkah, kenapa seronok sangat puja hantu, kan dah mendapat, korang tahu apa bendanya nih? Main spirit of the coin ni bersimpang dengan ajaran agama taw!”, ujar ustaz.

Aku dah tegur dari awal jangan main, degil lah tu, mesti si Min kawan dia paksa main jugak, dah jadi macam ni, nak buat macam mana. “Tak apalah, saya dah hubungi Ustaz Din, dia mungkin boleh ikhtiar”, pintas Ustaz Dasuki. Aku cuba buka mesej yang pernah Diana hantar, “Eh, hilang semua mesej, selama ni perasaan aku je ker?”, monolog aku sendirian. Ustaz Din datang dengan moto honda wave, Ustaz Dasuki menceritakan semula apa yang terjadi.

“Sekarang dah pukul 4.50, dalam sejam lagi nak Subuh, peluang kita tipis kalau sudah selepas subuh”, ujar Ustaz Din. Ustaz Din masuk ke dalam rumah, terus laungkan azan, ‘Panggg!’, pintu rumah tertutup sendiri. Kami di luar dengar macam-macam bunyi bising, beserta bunyi pinggan jatuh, macam laki bini bergaduh. Ustaz Din keluar, jom ikut aku! Aku bawak ustaz ke Gua Cenderawasih, “Benda tu aku dah kunci dalam rumah korang sementara, depa habaq kawan-kawan hang ada dekat gua cenderawasih”, tegas Ustaz Din.

Kami sampai dekat sana, “Bagi saya masuk dulu, Ustaz Dasuki ikut saya, yang lain tunggu di luar”, ujar Ustaz Din. Dalam 10 minit, Ustaz panggil masuk, ambil kawan-kawan kamu ni, terkejut kami diorang baring di atas batu tinggi, tanpa sebarang luka. Ustaz menyapu muka mereka dengan air bacaan, dorang sedar dan terus menangis.

“Kami suruh dia balik dia tak nak balik”, ujar Acap. “Jom kita balik ke rumah dahulu”, ujar Ustaz Din.

Sesampainya di rumah, Ustaz masuk seorang di dalam rumah dan keluar dengan senyuman. “Aku dah bakar dah depa, degil, suka nak menyakat, korang berempat, lagi sekali hangpa main permainan macam ni, aku tak nak tolong dah”, ujar Ustaz Din.

“Dan hang, hang punya bahagian belum selesai lagi, jumaat depan datang rumah aku, datang dengan Ustaz Dasuki, aku tolong hang”, Ustaz tunjuk ke aku.

“Baik Ustaz, terima kasih sebab tolong kami”, ujarku.

Hari itu banyak mengajar kami tentang alam lain selain manusia, masalah yang selalu berpunca dari kita sendiri, kita selalu cari penyakit. Lepas Subuh masing-masing terbungkang tidur kepenatan, aku mimpi Diana datang, “Nanti kita jumpa lagi ya, maafkan saya”, terus aku tersedar. Aku bingkas bangun dan mandi, terus aku pergi ke rumah Diana. Rumah sunyi, nampak usang, aku terkejut, baru sahaja semalam aku datang, persekitaran yang cantik, pasu bunga tersusun.

“Dikk, cari siapa? Selalu tengok adik menunggu depan ni, rumah ni tuan rumah dah meninggal, anak-anaknya pulak duduk dekat KL, rumah ni terbiar lama dah, dekat 5 tahun rasanya, kalau adik nak sewa rumah nih, tak payahlah, rumah ni tak disewakan, lagipun selalu makcik kena kacau, ada bau wangi lah, bunyi orang alih perabot lah, bunyi gerudi, macam-macam lagi”, ujar makcik tu panjang lebar. Aku terkedu seketika, jadi betullah Diana tidak wujud, aku tengok di garaj rumah, ‘Eh, kuali dan toto yang beli semalam pon ada’, binawe punya hantu, dah lah guna duit aku, nak je aku panjat rumah tu rembat bawak balik barang tu, haha.

Hari jumaat yang dinantikan pon tiba, aku dan Ustaz Dasuki datang ke rumah Ustaz Din di Repoh. “Hang punya masalah ni semua punca sebab dendam, itulah pasai orang melayu ni sampai ke tua tak maju, tak habis-habis nak berdendam”, seloroh Ustaz Din sambil tersenyum.

“Jom semua naik kereta aku, hang muda Rin hang lah bawak, kita pergi Rambong”, ujar Ustaz Din.

Terkejut aku. “Malam ni jugak ke Ustaz? Kenapa kena pergi Rambong jugak?”, aku mengeluh.

“Hang kata nak selesaikan masalah hang kan, ni aku nk selesaikan hang tak nak dengar pasaipa?”, herdik Ustaz Din.

Kami bergerak dari Repoh dalam pukul 10 malam. 2 jam perjalanan kami sampai di area Gurun dan gangguan pon bermula. Tiba-tiba kereta jadi berat gila, aku terpaksa drop sampai gear 2, di jalan lurus.

“Ustaz, kita dah kena kacau ni, macam mana?”, ujarku.

“Hang bawak macam biasa, hat ni biaq pi aku uruskan”, ujar Ustaz Din.

Ustaz tepuk atap kereta 3 kali terus, kereta pulih seperti sedia kala, mungkin benda yang menumpang tu dah kalih pi tempat lain, mungkin lenguh terbang kot, haha. Sampai di persimpangan jalan nak menghala ke pengkalan hulu, ada seorang wanita melambai tangan tengah-tengah jalan. Aku stop.

Ustaz Din cakap, “Awat hang berhenti nih, hang nak kasi tumpang ka?”.

“Takut lah ustaz, kot-kot dia manusia”, ujarku.

“Hang jangan lampi sangat boleh tak, mana ada perempuan lagu tu tengah malam buta ni, hang ke kanan sikit hang elak dia”, sampuk Ustaz Dasuki. Aku siap balas lambai lagi kat dia, haha, mentang-mentang Ustaz ada, beranilah, cuba kalau sorang, menangis dalam kereta sambil full throttle minyak ditekan.

Sampai di area kampung Rambong, sunyi je. Aku pergi park kereta dekat Masjid Hasaniah, rasanya lah, lupa dah, dalam kampung tersebut. Kawasan belakang ni banyak penempatan bunian, ustaz mengarahkan kami mengambil wudhuk, dan tunggu di dalam masjid. “Berpeluh-peluh aku menunggu sebab takut, apa yang bakal jadi kali ni, terselamat tak aku”, monolog aku sendiri. Ustaz Din datang, tepuk bahu kami, serta merta aku rasakan sesuatu. Aku masih di dalam masjid, tapi persekitaran ku berbeza. “Apa-apa yang jadi, biar aku jadi wakil hang, hang jangan cakap sepatah pon, ikut aku dekat-dekat, Ustaz Dasuki ikut kami dari belakang”, arahan dari Ustaz.

Aku keluar dari masjid, aku nampak hiruk pikuk orang kampung, berjalan, bertukang, seakan waktu cerah, susah aku nak mendefinisikan disini suasananya macam mana, tetapi para readers yang pernah ada pengalaman masuk ke dalam dunia bunian ni, boleh sharing pengalaman. Ada seorang lelaki tua menghampiri kami, “Ada seseorang ingin berjumpa, mari ikut saya”. Kami mengikuti sahaja. Aku siap pegang hujung baju Ustaz, takut punya pasal, dah macam perangai budak-budak. Kami tiba dihalaman suatu rumah, yang sangat lapang, siap ada hulubalang, seakan ketua di dalam kampung ini, di halaman rumah telah menanti seorang yang aku kenal. Sang Radin, anak bunian yang pernah aku ceritakan dahulu, aku dah agak dia masih hidup. Aku baru nak bercakap, dah ditegah ustaz.

“Wahai orang tua, kenapa kau kemari? Apa tujuan mu ke sini? Kenapa kau bawak budak tak guna tu di tempat aku?”, ujar Radin dengan wajah bengis.

“Aku nak selesaikan masalah antara kau dan dia”, ujar Ustaz Din.

“Apa yang dia nak lagi? Tak cukup ke masalah yang dia dah pernah buat dekat aku dahulu? Sampai aku jadi cacat tangan kiri aku dibakar oleh kawannya”, ujar Radin. Aku mengagak kawan yang dimaksudkan oleh Radin itu ialah Ustaz yang menyelamatkan aku dahulu.

“Syaitan yang engkau hantar bawak aku ke sini, engkau tak usah nak berdalih lagi, aku datang ke sini untuk berunding”, ujar Ustaz Din.

“Wahai manusia, walaupun aku benci dengan dia, dan disebabkan dia jugak aku jadi cacat, aku tak pernah hantar syaitan untuk ganggu dia, engkau tanya dia sendiri, siapa musuh dia”, ujar Radin.

Ustaz diam seketika. “Jika engkau menipu wahai bunian, nescaya Allah melaknatimu”, ujar Ustaz Din.

Kami beredar dari situ terus ke Masjid tadi. Dalam sekelip mata keadaan jadi kelam seperti sedia kala. Kami dah kembali ke dunia asal. “Saya rasa apa yang dikatakan oleh dia benar, sebab semasa aku gertak syaitan tu, aku dapat rasakan sesuatu, mungkin dia menipu”, ujar Ustaz Din.

“Engkau ada simpan apa-apa yang bukan milik engkau?”, Ustaz Din bertanya pada aku.

“Saya ada simpan, cebisan kertas yang tertera mantera dari diari arwah Maya, saya juga ada menyimpan buah loket berwarna merah hati yang pernah Maya bagi dahulu, loket tu saya bawa kemana sahaja dalam dompet saya dan lagi satu sebijik batu geliga yang diberikan dari orang tua lelaki minggu lepas”, ujarku panjang lebar.

“Bak mai aku tengok loket tu”, balas Ustaz. Aku berikan kepada ustaz. “Ini loket biasa, tak ada apa-apa, jom balik tunjukkan aku cerbisan kertas yang kau ambik tu”, balas Ustaz.

Tersengguk-sengguk aku drive balik ke Perlis Indera Kayangan. Sesampainya di rumah dalam pukul 5 pagi. “Ini ustaz kertasnya”, kataku lemah.

“Subhanallah, Rin! Ini bukan setakan kertas biasa, inilah perjanjian yang Maya buat dengan syaitan tu, dan menggunakan d***h dia sendiri, aku pernah handle keadaan macam ni, memang tak senang duduk si penyimpan, kenapa hang tak habaq awal-awal?”, marah Ustaz Din.

“Saya ingat ini kertas biasa sahaja ustaz, lagipun saya curi-curi ambil dari diari Maya, macam mana nak buang gangguan ke atas saya Ustaz?”, ujarku.

“Agak susah nak buang sebab si pemakai dah meninggal dunia, kiranya dia mencari hang supaya dijadikan tuan”, ujar ustaz.

“Saya selalu nampak pocong, adakah syaitan yang dihantar berupa pocong?”, auk balas.

“Mungkin ya, mungkin tidak, syaitan kan boleh berubah rupa, mungkin juga banyak lagi, siapa tahu, buat masa sekarang hang kena banyak minta tolong Allah, beribadah kepadanya, minta petunjuk, aku mungkin tak dapat nak tolong, tapi insyaAllah aku boleh bantu mengurangkan gangguan tersebut”, ujar Ustaz Din.

Maka sebab itulah di awal cerita ini aku dah bagitahu, aku dah pergi berjumpa banyak Ustaz, tetapi gangguan masih ada, cuma ada sedikit berkurangan. Kadang-kadang dalam sebulan sekali dia kacau, terutamanya di awal bulan islam. Kesimpulan dari cerita saya kali ini, jangan selalu cakap besar dan merendah-rendahkan kelebihan orang lain, sebab kadang-kadang perkara mistik ini boleh berlaku tanpa logik akal. Cuba cek, entah-entah pakwe atau makwe korang tu bukan manusia, haha. See you guys, maaf panjang sangat entry kali ni, sampai ke Subuh aku menaip, nak tidur ada je benda kacau. Assalamualaikum.

Jerenk

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 3.7]

45 thoughts on “#Maya: Misteri Diana”

  1. Maaf jika sy komen. Dari awal sy mengikuti setiap cerita dari penulis. Sy x fhm.. sewaktu berjmpa dgn ustaz utk berubat..ustaz ada tnya apa brg yg ada pd penulis…kenapa penulis langsung x tunjukkn mentera tu dkt ustaz dr mula? Kan mudah utk ustaz selesaikan…atau penulis mmg x nk di ubati? Kesimpulan..penulis ni ambil mudah dgn setiap benda…mmg d hati ingin diubati tp tidak memberi kerjasama…fikir la..lubang da ko buat…xkan nk sorok penyodok…dok tunjuk itu ini…penyodok dok simpan..last2 baru nk bgtau..sedih dgn org mcm ni..mula2 kesian…tp lama2 bc geram plak dgn attitude penulis ni..

    Reply
    • Tak baik cakap macam tu kat dia.. dia kan panik dengan takut lagi.. mana nak terpikir nak bagitau.. dia ada simpan benda tu pada awalnya.. sbb dia sendiri cakap kan.. dia ingat tu kertas biasa..

      Reply
    • Kan dia kata dia tak tahu pun cebisan dari diari tu boleh jadi mentera ? Aduhhh. Maaf lah kalau tegur, baca untuk faham jangan untuk judge. Semoga kita semua dilindungi Allah dan senantiasa beriman kepadaNya..aamiin..

      Reply
    • Eh awak ni kenapa…awak tu yang tak faham situasi penulis. kan penulis tak tahu mantera tu ada kena mengena dengan gangguan yang di alami. komen awak tu pun mula2 elok last2 menyampah

      Reply
    • ala cik senandung malam.. kalau jadi kat kita pun, kita ada malu kita benda x smua kita bgtau. ada perkara mungkin x jelasa dan berterus terang. bila dah hint hint keluar barang apa yg bukan milik kau lepas kluar 1 1 bru lah bg yg btol2 dia rasa salah tu. udah la nak emo kenapa?…

      yg pting kita semua doakan aja dia ni tenteram hidupnya lepas ni

      Reply
    • lain kali baca lah cerita sebelum2 ni sebelum buat andaian lain. sebelum ni pun saya baca yg ke3 punya tanpa baca yg pertama dan ke2 punya dulu tapi separuh jalan rasa macam xbest sbb xtau cerita awal. jadi saya baca dari awal iaitu cerita pertama baru faham dan best. ?

      Reply
    • Assalamualaikum,
      Ishh ini kalau benda mistik jd kat awk…sy rasa awk lebih teruk dari penulis ni. Kdg…xsemua benda kita akan terasa nak share dgn ssorg even ustaz sekalipun. Maaflah…serba sdkit mistik mistik ni sebati dgn hidup sy juge. Smpai sekarang family sy xtau yg sy pnah kene histeria dan kata ustaz ade sesuatu yg ingin mendamping sy smpaikan jodoh sy selama ni diganggu xpernah lancar. Sejujurnya sy bgtau…Sy xberani bercerita wlpn dgn family sy… Sbb sy tahu family sy xkan percayakan sy… Sbb dia species mcm awk yg pemberi komen ni la…. Xpela…nk explain pjg lebar tkut nnt kene blik…. Okayla…. Semoga penulis ni tabah menghadapi ujian Allah. Sabar je….. Jgn lupe tuhan. Dia sentiasa dgn kite…. Doa semoga mndpt perlindungan dari dia. Memang org mcm kite yg snng terbuka hijab ni penat. Time org nk tido tula kite ni xbole nk tido….. Benda2 tu dia active time kite semua tido…so fhm2 jela.. Okay bye…. Hehe…sy suke story awk… Sy percaya…

      Reply
  2. haishhh kesian kau . banyak betul dugaan . kau ni pun satu, suke simpan bende tah pape . yes betul kata ustaz, banyakkan beribadat mintak petunjuk Allah . sesungguhnya Allah yang maha berkuasa

    Reply
  3. haishhh kesian kau..banyak betul cerita kau panjang lebar, dari maya, g mandi air panas jumpa pak imam mana ntah sampai bawa masuk ke alam ghaib sampai main2 mantera syaitan…

    sesungguhnya kau ni dah tahap2 ahmad idham, boleh dah jadi pengarah cerita seram melayu tak berapa seram

    Reply
  4. Dari first cerita kau aku baca. Memang best. Kau biarkan je orang tak percaya ke apa dgn cerita kau. Even aku takde la mengalami mcm yg kau alami, tapi aku tahu benda ni betul. Orang yg tak pernah kena boleh ah cakap mcm2 kan. Yg penting ada lagi cerita yg lain make sure share okay? Tak sabar nak baca next story pulak hiks

    Reply
  5. best la citer kau. kau tipu ke tak ke atau kau olah sikit ke aku paham la. yg pting ramai2 readers sini sila la amik yg baik, yg buruk sila jadikan pengajaran. eh kau tulis la lagi. aku mmg subscribe citer kau ni hari2 baca. cumanya aku bukan la suka tgk kau asik kena kacau je. apa2 keep in touch dalam FS. Salam to all readers!

    nana- shah alam

    Reply
  6. cerita awk ni mmg best byk dugaan yg awak lalui.. byk kn diri mndekatkn dri pd allahh.. x sbr nk tggu next stories .. apa pun sy doakn awak cpt sembuh dn berjmpa pgnti yg baru.. semestinya manusia la ye…

    Reply
  7. Yes cerita ni mmg best walaupun rsa mcm nk percaya x percaya sbb x alami sendiri kan. Org yg pernah alami je tahu mcm mna. Moga trus minta petunjuk dan pertolongan dr Allah…dan perbaiki diri serta amalan.
    Moga Allah tolong ko selesaikan masalah ni. Aamiin

    Reply
  8. BEST ! cerita macam novel tapi actually bende ghaib mcmni mmg wjud.. pape pun semoga penulis sentisa berada bawah lindungan ALLAH ..

    Reply
  9. penulis..citer kau mmg tobaek lah..walaupun pnjang..tp aq suka..hahahx bosan pon..huhuhu..smbung lagi tau..x sabar nk tunggu ending..smoga pnulis bsabar dgn apa yg Allah dh uji..huhuhu

    Reply
  10. ape tajuk cerita first penulis ni eh? boleh bgitau tak. sblm ni dh bca yg kisah penulis trmsuk dlm kmpung bunian dgn kwn2 dia tu. cuma yg first xtau tajuk ape. share pleasee

    Reply
  11. Aku pun tak tau la citer ko nie betul atau tak
    Sebab ko jer yang alami
    Pada aku ok jer citer ko
    Ada masa pening
    Hahahaha…
    Ada masa extreme
    Apa2 pun teruskan la yer

    Reply
  12. Cerita kau bro memang menarik perhatian tau. Sampai terhenti semua kerja aku. Hahah

    Btw, nak tnya, kalau Diana tu tak wujud, so Exco Kerohanian yang kat UNIMAP ada ke tak sebenarnya? Orangnya real ke tak? Hahaha. Sampai ke situ aku dah fikir..

    Reply
  13. Aku bingkas bangun dan mandi, terus aku pergi ke rumah Diana. Rumah sunyi, nampak usang, aku terkejut, baru sahaja semalam aku datang, persekitaran yang cantik, pasu bunga tersusun.

    “Dikk, cari siapa? Selalu tengok adik menunggu depan ni, rumah ni tuan rumah dah meninggal, anak-anaknya pulak duduk dekat KL, rumah ni terbiar lama dah, dekat 5 tahun rasanya, kalau adik nak sewa rumah nih, tak payahlah, rumah ni tak disewakan, lagipun selalu makcik kena kacau, ada bau wangi lah, bunyi orang alih perabot lah, bunyi gerudi, macam-macam lagi”, ujar makcik tu panjang lebar. Aku terkedu seketika, jadi betullah Diana tidak wujud, aku tengok di garaj rumah, ‘Eh, kuali dan toto yang beli semalam pon ada’, binawe punya hantu, dah lah guna duit aku, nak je aku panjat rumah tu rembat bawak balik barang tu, haha.

    Jadi sebelum ni mak cik tu tak pernah tegur awak la pasal awak selalu tunggu depan rumah dia? Macam kebetulan pula lepas awak dah tahu pasal Diana mak cik tu cerita pasal rumah tu.

    Reply
  14. Aku terkedu seketika, jadi betullah Diana tidak wujud, aku tengok di garaj rumah, ‘Eh, kuali dan toto yang beli semalam pon ada’, binawe punya hantu, dah lah guna duit aku, nak je aku panjat rumah tu rembat bawak balik barang tu, haha.

    ok yg nie lawak…hahaha..hantu pun dh pndai pau duit..advanced dh hantu2 zaman skunk..huhu..

    Reply
  15. Abis tu yg dok pi membeli belah sakan tu kiranya cam ckp sorang2 la erk…huhu..mesti org pandang semacam jer…brg yg dh beli tu ko sedekah je la ky makcik sebelah tu…hrp2 dia tak kena kacau lah hehehe…pe pe pn terus berubat yer dik..

    Reply
  16. aku dah layan cerita ni dari first sampai entry kelima. so aku nak tanya ada sesiapa pembaca yang kena ngangguan tak bila terbaca cerita ni. sebab lepas baca cerita ni aku ada dapat ngangguan manja sedikit. kalau ada apa apa info boleh ws saya kat no 0193437147.

    Reply
  17. aku baru follow up kisah dia ni semalam , and harini. jujurlah aku cakap.. semalam lepas aku balik kerja & lepas solat maghrib, aku rasa ada benda perhatikan aku. sumpah aku tk tipu, aku jadi takut. sbb aku duduk menyewa seseorang dah dekat 1 tahun, selamani tkde pulak aku rasa takut mcm semalam . haih risau lak aku. aku harap tkde pape jadi, aku cuma baca je. tkde simpan perasaan pape pun kt penulis. moga allah jauhkan perkara2 yg buruk. pape pun be strong si penulis. moga dipermudahkan segala urusan….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.