Mayang – Bahagian Akhir.

Maaf readers sekalian. Telah saya tamatkan cerita ini sebaik mungkin. Bacalah dengan hati, jangan emosi, cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang telah m**i. Jutaan terima kasih kepada tuan tanah Fiksyen shasha kerana menyiarkan 2 cerita sebelum ini. Sekali lagi maaf jika ada tersalah taip ayat ataupun suku kata. Selamat membaca.

Catatan 12 :
8 Sept 2017 @9:00p.m.

Petang itu Remy mengikuti aku pulang bersama, sebelum aku naik kerumah aku sudah berpesan awal kepada isteriku supaya bersedia menyambut tetamu. Kami berhenti dibawah, ligat kepala Remy memerhatikan sekeliling kedaan rumah kedai ini.

“Boh ! biar betul rumah gini Boh duduk ? royak pitih banyok…”.

“Mi, aku kalau boleh pindah, da lame aku pindah cari rumah yang lagi selesa, tapi dek kerana hantu tu la aku stay sini, die tak bagi aku pindah mane-mane da”.

“Gituuu…takpe deh, kite naik dulu tengok guane boleh kite usehekan”.

“Harap kau jangan terkejut la ye Mi, lepas ni aku mintak kau jangan cerite ke sape-sape hal aku ni. Mintak tolong sangat-sangat!”.

“Bereh gu !”. Kami pun mula naik kerumah.. Sampai dipintu aku lihat Remy menggelengkan kepalanya.

“Lagi berat kes umo sebeloh Boh ni, banyok barang dalam tu”.

“Barang ape tu Mi ?”. Sengaja aku tanya nak tengok kepastian si Remy ni.

“Hantu”. Pendek Remy membalasnya. Aku ketawa kecil.

Selepas membuka pintu, aku masuk dahulu memerhati sekeliling dalam rumah, aku nak pastikan bini aku dalam kedaan yang elok. Isteriku didalam bilik. Aku membuka pintu bilik dan memberitahunya yang tetamu sudah pun tiba. Aku menjemput Remy masuk, tapi sebelum dia melangkah masuk aku melihat Remy seperti membaca sesuatu. Tapi dapat aku dengar, Surah Al-fatihah, Surah 3Qul dan juga Ayat Qursi. Selepas dia masuk kedalam rumah aku menjemputnya duduk, dan bini aku menghidangkan air. Kemudian bini aku meminta izin mahu masuk kebilik untuk menjaga Mika.

“Comei bini Boh !”.

“Tengok orang ler Mi. Hahahahahaha”.

“Berat da kes Boh ni, Boh royak bela seko, lorni buat ape ade 2 eko ?”.

“Sekor je Mi..Tak ade yang 2 ekor”. Aku da mula cuak, belum ape-ape lagi Remy da kata begitu.

“Nampok gaye die panggil saing die mari ni nak lawan ke ambe. Kuat natang ni !”.

“Mi, yang lagi sekor tu ape dia Mi ?.

“Okeh gini Boh, ade labih baik Boh suruh bini dengan anakmu turun dulu, Ambe nok royak ke natang ni, takut lagi susoh. Sebelum jadi ape-ape, baik bersiap dulu. Nampok marah ngat natang ni”.

“Okeh”. Selepas aku mendapat arahan dari Remy terus aku menyuruh isteriku turun dari rumah dan duduk di kedai makan. Pelbagai soalan yang diajukan dari isteri aku, tapi aku menerangkan tetamu yang datang tadi adalah seorang Ustat. Dia datang membantu aku untuk menghapuskan anasir-anasir jahat yang berumah didalam rumah aku. Selepas isteri dan anakku turun aku kembali mendapatkan Remy. Aku lihat Remy sudah tegak berdiri. Pintu bilik air depan sudah pun terbuka. Mayang berdiri didepan pintu, memandang aku, sedikit pun dia tidak memandang ke Remy. Aku kaku. Kemudian dalam gelap bilik air tu, dibelakang Mayang, ada lagi susuk tubuh putih kekotoran berikat dikepala. Tak sah dan tidak bukan, pocong yang pernah aku lihat sebelum ini. Aku lemah, aku tak mampu bergerak walau seinci, berdiri kaku melihat kedua-dua makhluk yang ada didepan mata aku sekarang.

“Boh !! hok mane satu mu punyer ?”. Remy bercakap langsung dia tak gerakkan kepalanya memandang aku dibelakangnya.

“Yang depan”. Lemah aku nak bercakap dengan pandangan mata Mayang yang masih melihat aku dengan tajam !.

“Agok da hok ni yang Boh punyer, patut lah marah semacam”. Aku da tak mampu nak berkata lagi. Aku hanya mampu mendengar perbualan antara mereka.

“Tok sah bagi salam ah ke mu setan. Tahu da mu bukan jin islam. Aku mari sini sebab tuan mu yang suruh aku kemari. Die mintak aku bercakap dari pihak die yang die tak mahu mu duduk sini lagi. Keluar lah mu dengan care baik, pasti senang urusan kite semua”.

“Kau tahu tak kau bercakap dengan siape ni wahai manusia ?. Tinggi sudah kah ilmu didade nk bertemu dengan aku. Aku tahu kau takut bukan melihat aku ?. Jangan kau ganggu urusan aku dengan si Jantan tu. Ini urusan aku dan die, janji sudah pun terikat, die tuan aku. Yang kau sebok da kenape ?”.

“Aku tahu, die sendiri royak ke aku yang die membela mu, tapi la ni die tak mahu da ke kamu. Kamu mula kacau hidup die, anak isteri die. Jadi sudah-sudah la mu berdamping dengan die. Pergi lah kau dari sini. Aku mintok care elok, kalau mu nak care kaso….sile lah !”.

“Hahahahahahahahahahahahahahahahah….Siapakah kau wahai manusia nak menghalau aku ? jangan nak buat kelakar lah !. Kau belum tahu siape aku. Berani sungguh kau mencabar aku. Marilahh kalau kau nak tahu”. Mayang mula meninggi, segalanya bertukar buruk, wajahnya koyak rabak, terkeluar lah segala isi nanah dan d***h dari mata dan hidungnya. Kali ini Mayang bertukar sepenuhnya ke bentuk asal. Mata hitamnya mula mengecil, terbeliak hampir terkeluar. Didapangkan tangannya, jari jemari dia ibarat isi dan tulang, kukunya tumbuh memanjang dan tajam. Mengetap giginya yang runcing tersusun halus rapat. Rambutnya kusut terus mengerbang. Kepulan asap hitam berligar disekitarnya. Sungguh menyeramkan, jauh beza hantu langsuir dikaca TV yang biasa aku tengok. Kalau begini rupa asalnya, sumpah tidak aku menyerunya, mengikat janji dengannya, apetah lagi menjadi tuannya, tapi itu sudah pun terlambat. Aku termakan hasutan dan lalai dengan godaan jelmaan cantiknya. Kalau sudah namanya setan, selagi boleh dia akan menghasut umat manusia dengan apapun jalan yang dia mampu lakukan demi menyesatkan yang memang matlamat utamanya.

“Aku bukanlah hebat wahai setan, semuanya atas kehendak Allah, kalau die berkehendakkan sesuatu pasti akan juga berlaku. Di alam ini hanya satu yang aku takutkan, hanyalah Allah yang maha Besar, Dia maha Berkuasa.. Tidakkah kau takut dengan tuhan mu sendiri ?”.

“Hahahahahahahahahahaha…usah kau berlagak wahai manusia, aku lagi berkuasa dari tuhan mu itu, jadi takutlah kau kepada ku..hahahahahahahaha”.

“Baiklah…aku da royak tapi mu tak nak dengar, atas ape yang aku lakukan ini semua atas keizianan Allah, Bismillah…”. Remy mula membaca ayat-ayat suci Al-quran. Aku nampak pocong yang mula duduk didalam sudah mula keluar menonjolkan dirinya. Dia tidak meloncat, ibarat terapung, terapung dia menuju ke arah aku yang ada dibelakang Remy. Aku kaku. Sikit demi sedikit pocong itu merapatkan tubuhya dan berdiri disebelah aku. Takut bukan kepalang bagiku bilamana mata bertemu mata bila aku menoleh kearahnya. Ibarat nak pitam, tapi tak mampu. Sungguh ! Mata aku sendiri tak boleh aku nak tutup dari terus melihat pocong yang hanya cuma ada disebelah ?. Cukup dekat !.

“Bohhhhh Zuri………zikir dalam hati jangan berhenti, teruskan baca..die mari nok bagi Boh takut dengan die, die nak tunjuk die lagi power, tapi die silap. Die lupe ade lagi power dari die. Dengar cakak ambe molek…..jangan berhenti zikir…”. Remy berteriak didepan aku. Tapi ape yang aku mampu lakukan walau bercakap dalam hati ? Badan aku sepenuhnya ibarat tidak berfungsi, namun aku tetap cuba, tapi gagal, zikir pun aku da tahu nak ucap !. Akhirnya aku mendengar Azan dari Remy. Lantang ! cukup lantang ! Dalam rumah ibarat angin berputar seperti ribut. Aku terus jatuh terbaring. Gelap. Semua sisi gelap. Aku pitam. Apa yang jadi aku da tak tahu pasal Remy dengan Mayang. Bagaimana pertarungan mereka ? Selepas aku sedar dari pitam hari sudah pun malam. Lama ke aku tak sedar ? Aku lihat anak bini aku sudah disebelah aku, Remy juga masih ada. Aku lihat mukanya pucat sambil memegang dada.

“Boh Zuri, maafkan ambe deh, ambe silap… sepatutnya ambe tak boleh nak lawan die sorang, patutnya ambe kene bincang dulu dengan saing ambe hok lagi sorang tu. Hat ni memang ambe tok leh nak lawan sorang. Bukan lawan ambe”. Remy menundukkan mukanya memandang lantai. Lalu aku duduk dibantu isteriku.

“Macam mane Mi ? Mane pergi da hantu tu ? ade lagi ke dia ?”. Soal aku.

“Hat sekor tu ambe mampu halau dia pergi, hok mu punya ade lagi dalam rumah ni. Lepas ambe azan ambe toleh belakang tengok mu dengan hat sekor tu, die masuk kedalam badan mu, mu da tak rupe orang da mase tu, mu da dirasuk. Pahtu mu mari bagi penendang kt belakang ambe, terjatuh ambe depan hat lagi sekor tu. Ambe bangun, nok lawan dengan natang dalam badanmu, hat sekor tu gelak sampai ke sudah melihat kite berentap same sendiri. Guane jadi tok sah lah ambe nak panjangkan. Sakit dada ambe ni ha. Tapi Alhamdulillah, Allah mari bantu kite, ambe berjaya patohkan lawan hok ade dalam badan mu. Lepas semua tu selesai, hat lagi sekor tu duduk dalam bilik air depan tu. Sempat die royak ke ambe, die tak akan pergi sebab ni rumah dia da. Tapi satu lagi dia royak, kalau betol nak die pergi, die mintak nyawa salah sorang dari Boh”.

“Mi, tolong la aku Mi, aku da tak larat nak hadap benda ni, dan aku tak mahu nak bagi anak bini aku ke dia.”.

“Ambe memang kene gok jumpe saing ambe bawak die mari sini, tapi bukan lah sekarang, die ade teganu nu..kene gok tunggu sehari dua lagi nak mari sini. Tapi buat mase ni mu anto dulu anak bini mu balik rumah orang tua dia. Memang dia tak boleh da duk sini. Bahaya”.

“Kalau camtu aku kene selamatkan anak bini aku dulu, terima kasih Mi datang tolong aku. Harap sangat Mi, kau dengan kawan kau dapat selesaikan masalah aku sekarang ni. Berapa ribu kau nak kau cakap la ! Ape kau nak kau sebutlah asal aku dengan anak bini aku selamat”.

“Gini Boh….duit bukan lah masalohnye sekarang, kite ikhtiar dulu macam mane nak buang natang ni, ambe tak nok satu sen pun duit mu, ambe mari tolong ihklas ni same manusia, mu susah aku tolong, aku susah mu mari tolong. Kite same-same tolong menolong”.

“Terima kasih banyak Mi, aku ingat pesan kau ni”. Aku mula hendak menangis.

“Da, sekarang ni ambe nok mu dengan anak mu keluar dulu dari rumah ni, balik dulu rumah orang tua, kalau jauh sewa hotel dulu, ni da tahap bahaya kalau duduk sini lagi, die memang da marah sangat ke mu tu Boh. Sebelum ape-ape jadi baik mu keluar dulu malam ni gak !”.

“Baiklah Mi, aku bawak anak bini aku keluar dari sini, kau macam mane lak Mi ?”.

“Aku ade rumoh sendiri la Boh, tak kan nak duduk sini cari nyakit ! hahahahaha”. Hambar…

“Hati-hati Mi, aku risau kat kau ni, kang die ikut kau balik macam mane ?”.

“Toksah mu risau ke ambe la, die memang tak kelua da dari dalam rumah ni, lagi sehari dua aku royak ke mu balik pasal saing ambe nak mari tu. Kalau die sampai kite terus selesaikan jugak kes ni”. Akhirnya aku dan keluargaku pulang ke rumah mertua aku diPuchong malam tu juga. Remy pulang kerumahnya. Rasa bersalah aku dekat dia. Pasal aku orang lain juga kena tempiasnya. Dirumah mertua aku hanya berdiam diri. Isteriku memaksa aku bercerita perihal kejadian dirumah sewa kami tadi.

“Bang…ape sebenarnya yang jadi kat rumah kite tu Bang ? Sebelum ni kite duduk ok je tak ade masalah, kenapa sekarang timbul masalah ?”.

“Yang…ade ceritanya, tapi bukan lah sekarang Abang kena cerita pasal ni, tunggu kes ni semua selesai nanti Abang akan ceritakan kesemuanya sekali. Janji sekarang ni kite terpaksa duduk sini, asal Ayang dan Mika selamat”.

“Abang nanti elok-elok la Bang, Ayang risau lah Bang..makin terok lak kes ni..”.

“Takpe Yang, buat mase ni bersabarlah ! Kite doa banyak-banyak kt tuhan moga semuanya selamat”.

“Bang…tadi kawan Abang ade pesan kat Ayang suro bagitahu benda ni. Tapi die mintak Abang jangan marah yer ?.

“Apedia Yang ?”. Aku curiga.

“Tadi mase Abang kerasukkan, die tampa muke Abang 3 kali..”.

“Ha ?? Asal die tak bagitahu sendiri ?? patotla rase kebas je pipi ni “.

“Die takot Abang mara la tu, tapi die da tolong Abang tadikan..maafkanlah die yer ?”.

“Yelaaa…yelaaa, nnti Abang jumpa dia Abang sendiri akan bercakap dengan die”.

“Ade lagi satu Bang…”.

“Ape lagiiiiii…..”.

“Die terpecahkan TV 42inci Abang sekali”.

“Remyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy !!!!”.

Catatan 13 :
9 Sept 2017 @8:15p.m.

Esoknya dari Puchong aku ketempat kerja. Aku mahu berjumpa Remy tentang status kawan dia, sudi atau tidak dia hendak menolong aku. Sampai ditempat kerja aku cuba mencari Remy tiada, aku call tidak berangkat. Ah jarang Remy buat hal begini, selalu kalau dia mempunyai urusan pasti dia akan bagitahu aku dahulu. Mahu kerumah dia langsung aku tak tahu. Aku syak ada sesuatu yang jadi atas Remy. Pantas aku menelefone HQ bagi mendapatkan butiran Remy, harap dapat tahu alamat rumahnya. Setelah menunggu jawapan dari pihak HQ akhirnya aku berjaya mendapatkan alamat rumah sewa Remy. Kerja aku tangguhkan dahulu, hal si Remy aku perlu tahu keadaan dia. Hati aku tak sedap sekarang ni. Ada sesuatu yang terjadi dekat Remy. Aku perlu tahu. Aku bergerak kerumah Remy selaju yang boleh. Sampai dirumah Remy aku berdiri didepan pintunya. Motor dia ada. Harap betol lah rumah si Remy ni. Bagi memastikan rumah yang aku singgahi ni betul aku cuba menelefone Remy lagi. “Baby…baby..alllllrite..baby…baby allllrite”. Aku dengar ringtone telefonenye berdering didalam, sah ini rumah Remy, tapi telefone tidak berangkat. Mana pulak budak ni pergi. Aku mengetuk pintu berkali-kali, namun tiada yang menyambut kedatangan aku. Ah tak boleh jadi ni ! mesti Remy ada didalam ! Aku memerhati disekeliling mana tahu ada tempat yang aku boleh masuk kedalam, aku berlegar didepan rumahnya, tiada. Tak kan la pula nak aku sepak pintu ni sehingga pecah, karut, kang orang menuduh aku pecah rumah pula. Aku mengeluh pendek didepan pintu. Aku tenung tombol pintu, asal aku tak cube pulas tombol ni ? lalu aku pun cuba pulas, Weh tak kunci ! terus aku membuka pintu dan aku masuk kedalam rumah Remy. Aku berdiri diruang tamu, aku memberi salam berkali-kali dengan kuat. Tidak berjawab. Aku menelefone lagi telefone Remy, boleh la aku mengesan Remy dibilik yang mana. Bilik nombor 2. Disitu aku dengar deringan telefone Remy. Terus aku menuju ke bilik itu, aku membukanya, terperanjat aku bukan kepalang ! Remy melekap dibucu bilik ! Ya Allah !! Terus aku pijak katilnya dan menariknya turun. Perkara mistik yang paling tak masuk akal. Berapa lama Remy berkeadaan begitu ? Remy tak sedarkan diri. Terus aku menadah air, aku baca surah Al-fatihah, surah 3Qul, lalu aku selawat 3 kali, sebenarnya aku hanya mencuba sahaja dengan bacaan tu, yang lain aku berserah dengan Allah, lalu aku sapu dimuka Remy, kali yang ketiga sapu Remy mula membuka mata.

“Eh Boh Zuri, mu ade sini ?”. Remy pelik.

“Aku telefone kau tak angkat, aku risau la, aku mintak Nor alamat rumah kau, tu yang aku datang ni. Kau ok tak ni Mi ?”.

“Allah………..alhamdulillah Boh mari tengok ambe, kalau tak, jauh dah ambe pergi”.

“Pergi ? pergi mane pulak ni ?”.

“Malam tadi Boh, hok natang mu mari sini kacau ambe, adehh…sakit ambe kene malam tadi”.

“Cube kau cerita dengan aku Remy apehal malam tadi ? Jom kite keluar cari kedai minom. Duduk dalam ni rase macam seram lak”. Aku perasan ada kelibat lalu lalang didepan bilik Remy. Hitam ibarat bayang.

“Molek la tu, dalam rumah ni pun ada barang tak baik da ni, elok kite keluar dulu, nanti sampai kedai ambe cerite hok pasal malam tadi”. Aku papah Remy bangun, tanpa bersiap, Remy capai wallet dan telefonenya. Aku membawa dia dengan keretaku ke kedai minom yang berdekatan. Kesian Remy, pucat mukanya, lemah macam tak bermaya. Sesudah kami sampai dikedai minum Remy terus membuka ceritanya, dan aku pun mula tak sabar mendengarnya.

“Malam tadi, lepas sampai je rumah, ambe brase tak sedap da, berase ade bende ngikut, memang sah dah mu punye la tu. Ambe terus baca ape patut, cube pagar rumah, ambe ingat cukuplah dengan pagar, tak boleh Boh ! tembus jugok !! kuat sungguh natang ni !”.

“Memang la tembus….kan pagar rumah kau jaring besi tu…”. Dengan yakin.

“Hahahahahahaha”. Remy ketawa dalam lemah.

“Bukan pagar jaring besi Bohhhh, pagar dengan ayat-ayat Al-Quran la..Boh ni ekpong”.

“Hahahahaha,sory Mi aku tak tahu pulak pasal ni..hehehe, ha sambunng balik cerita kau”.

“Lepas semuanya selesai, ambe cube nak tidur malam tadi, ambe dengar ade bunyi kuku dekat tingkap, ambe stanby la bace ape-ape yang patut, bunyik tu senyap, ambe tenang sikit ingat pergi da, ambe baring mengiring kedinding, memang style ambe tido suke ngadap dinding. Tak lama dalam pade tu ambe rase macam ade orang duduk belakang ambe, kemudian die baring, memang terase la sebab katil bujangkan, beso mane… Ah sudah, masuk da ke natang ni dalam rumah ? ambe tak puas hati, nak toleh takut, jadi ambe buat keras je ah atas katil tu, ambe pejam je mate bace ayat Qursi. Tu je yang ambe mampu. Harapan die pergi lah. Eh dop…ade lagi rupenye, ambe cube berani la nak toleh belakang ambe nak tengok natang mende, sekaliii..”. Remy diam.

“Sekali ape ??”. Aku mula tegakkan badan ingin lebih focus dengan cerita Remy.

“Sekali hok pocong tu da baring dengan tenung muke ambe, terkejut punya pasal ambe terus berdiri atas katil !. Ambe da halau die dari rumah mu semalam, tapi ade lagi !! die mari lagi !! Terus die duduk, goyangkan badan die ibarat orang berwirid, kedepan, kebelakang, terus ambe melompat pergi dekat pintu, belum sempat buke Bohhh…pocong tu ade da depan pintu, laju sungguh, ambe terjatuh kebelakang,ambe pusing nak pegi ke katil, mase tu lah ambe nampak langsuir bawah katil ambe, pocong da diri atas badan, ambe dok leh gerak lagi, langsuir tu keluar macam ular mari depan muke ambe. Die royak nama die Mayang, die datang sebab nak bagi ambe amaran jangan ganggu urusan die dengan mu, kalau ambe cube lagi halang urusan die, die ugut nak b***h ambe. Lepas tu ambe tak tahu jadi ape, macam pitam. Bile sedar ambe ade da dalam tempat yang paling gelap, macam dalam hutan, ambe jalan cari jalan keluar, tapi tak berjaya jumpe, memang letih la ambe dalam tu dok jalan sini sana cari jalan keluar, akhirnya ambe tersedar mu ade depan mate ambe, terima kasih la Boh, hanya tuhan boleh balas jasa mu”. Remy menamatkan ceritanya.

“Biar betul cerita kau ni Mi, teruk sangat da tu, Mi, aku mintak maaf la Mi, pasal aku kau pulak yang kene, Mi aku da rase bersalah sangat da ni, maafkan aku Mi, sory sangat-sangat !”.

“Takpe Boh, ambe memang nak tolong mu, tapi tunggu bantuan dari sahabat ambe, esok die nak mari sini da, kite tawakal pade Allah sekarang, kite kene buang gak natang ni dari mu dari die terus ganggu mu dan keluarga mu. Pikir anak bini mu sekarang ni Boh, kite tak nak nanti kes ni meleret smpai ade yang hilang nyawa”.

“Mi, terima kasih Mi sebab sudi bantu aku, banyak aku terhutang budi dengan kau Mi”. Barulah sekarang aku rase menyesal bilamana orang lain juga telibat sama dalam masalah aku sendiri.

“Hok mane kite boleh tolong kita tolong, satu lagi ambe nak royak, kite manusia dengan golongan jin ni memang tak boleh dijadikan kawan, mu sendiri da rasekan akibatnya ? jadi ambe harap mu sedar atas silap mu ni, demi nok senang, tapi makan diri sendiri, ingat pesan ambe ni Boh… Matlamat tak menghalalkan care…”.

Tertunduk aku bila Remy menasihati aku, sungguh aku sudah terpesong jauh dari landasan agama aku sendiri, demi kesenangan atas dunia yang aku kejarkan sanggup aku menduakan Allah, yang ini aku akan jadikn pengajaran dalam hidup aku, tidak sekali aku mahu mengulangi lagi kesilapan aku. Aku serik. Jika boleh diundurkan masa, pasti aku tidak bersetuju dengan Mayang. Semuanya sudah pun terlambat.

“Baiklah Mi, aku ingat pesan kau, tapi ade lagi satu benda ni”.

“Mende lak Boh royak la”.

“Kau ni…minat Justin Bieber eh ?”. Krik..Krik..Krik…. Sunyi.

Catatan 14 :
11 Sept 2017 @9:50p.m.

Selepas kami berborak panjang di kedai minom aku menghantar Remy kerumahnya. Aku memberhentikan keretaku didepan pagar.

“Eh Mi, boleh ke kau duduk rumah ni lagi ?”.

“Boh jangan risau, yang ade dalam tu taw la ambe nak kerja kan..”.

“Kau duduk sorang ke ?”.

“Eh tak la…ambe duduk 3 orang dalam rumah ni, semua saing-saing lame dulu same sekolah”.

“Aik ? tak kan diorang tak perasan kau malam tadi kene kacau ?”.

“Mane nak perasan..diorang semua mana ade dalam rumah ni semalam, semua da balik ke kampung ade hal, hok lagi 2 tu adik beradik..masalah keluarga gamoknye tu ?”.

“Berani kau Mi, kalau kau tak boleh aku sewakan hotel, kau nak tak ?”.

“Tak payah Boh, ambe ok..esok saing ambe balik da sini, boleh la kite teruskan misi kite menghalau si Mayang tu..”.

“Owh kawan yang tu duduk sekali dengan kau la ea ?”.

“Ha ah…eh jap Boh ! Ikut mane mu masuk pagi tadi ?”.

“Pintu depan tu tak kunci, aku masuk je laaa”.

“Patut la, semalam da kelam kabut sampai ambe lupe nak kunci pintu, ade hikmahnye gok tu”.

“Da Mi, kau rehat la, aku nak telefone bos jap lagi, aku nk mintak cuti 2 hari tuk kau dengan aku”.

“Bereh ah gitu, senang sikit Boh sendiri yang mintak cuti”.

“Aku tak boleh tinggalkan kau sorang Mi hadap natang ni, aku tido rumah kau malam ni eh ?”.

“Eh tak payah la Boh, susah ke mu je mari teman ambe..ambe bereh je ni..”.

“Noo..noooo aku nak gak teman kau malam ni, ape nak jadi, jadilah ! tapi aku kene balik rumah dulu amek baju, kau tunggu aku yer ?”.

“Kalau gitu molek ah, ambe pun sebenarnye pun takut-takut gak ni ! Ni Boh da ofer lega la sikit. Hehehehe”.

“Ingat kebal sangat da tadi..hahaha, ok kau tunggu aku, jap lagi aku datang”. Aku pun berlalu pergi pulang ke Puchong. Aku menceritakan segalanya yang berlaku pasal Remy dan tujuan aku mahu bermalam disana kepada isteriku, walaupun dihalang isteriku, aku tetap mahu bermalam dirumah Remy, walau apapun yang bakal terjadi, biar aku sendiri yang tanggung. Ini semua salah aku sendiri. Setelah siap berkemas terus aku bergerak pergi ke rumah Remy semula. Sebelum sampai disana aku singgah dikedai beli segala barang kudapan. Sampainya dirumah Remy aku lihat pintu hadapan sudahpun terbuka luas. Aku memberi salam dan terus masuk kerumah memandangkan Remy ada diruang tamu menonton TV. Aku meletakkan semua barang kudapan di atas meja.

“Amboi Boh beli segala ni nak pergi mana ?”.

“Ni stock buat kite overnite malam ni, aku pasti kite akan berjaga sampai kepagi”.

“Hahahaha, pandai Boh planning, Boh, saing ambe gerak petang ni balik sini, harap pukul 1 ke 2 pagi sampai la diorang tu”.

“Alhamdulillah, lega bile dapat tahu kawan kau da ondeway balik sini, harap inilah harapan terakhir kite nak menghapuskan si Mayang tu”.

“Insyaallah Boh…kita jangan la mengharap sangat dengan pertolongan dari die tu, kite serah belaka ke Allah, kalau Dia tak izinkan memang dok leh jadi”.

“Betul tu Mi, da sekarang nak buat ape je ni ?”.

“Kite tunggu, sementare tu kite solat kite mengaji mintak tolong pade Allah moge semua urusan kite semuanya selesai, lagipun ade barang die dalam ni ha mari tengok kite”.

“Barang ape pulak tu Mi, ade lagi ke sekarang ?”.

“Ade lagiiii, tu mu tak nampak kepala dok ngintai belakang birai dapur tu ?”. Aku terus menoleh ke birai dapur, disitu ada langsir yang diletakkan bagi memisahkan ruang dapur ke ruang tamu. Memang jelas bentuk kepala yang mengintai kami diruang tamu. Hanya kepala.

“Allah…………………………………”. Itu sahaja aku mampu ucapkan sambil aku menyapu muka dengan telapak tangan aku sendiri. Aku mengalih pandangan aku ke kaca TV. Aku lihat Remy tenang sahaja. Aku da mula meremang sejuk-sejuk panas badan aku rasakan.

Hari siang sudah pun melabuhkan tirai cahayanya, kini senja menjelma. Waktu magrib sudah pun tiba waktunya, aku mula membersihkan diri, mengambil wuduk dan berjemaah bersama Remy di biliknya, hati aku tenang kali ini bila bersembahyang bersama Remy, kemudian kami mengaji Al-quran. Semasa bacaan Al-Quran, kami dapat mendengar bunyi-bunyi usikkan yang ntah dari mana datangnya. Semuanya berlaku didapur. Remy tenang dengan bacaannya, aku yang da mula resah gelisah. Steady sungguh mamat ni. Mungkin aku ada sebagai temannya ? atau dia memang sudah biasa dengan hal sebegini. Sesudah kami membaca Al-quran, kami menuju ke ruang tamu merehatkan badan sambil menonton TV, kudapan telah pn terhidang.

“Lapo nasik la pulak..”. Aku mengomel.

“Boh nok nasik ke ? Kalau nak nasik ambe masak nasik, tapi lauk biase-biase je la ye, sebab ambe tak berapa terrer nak masak gulai”.

“Mi, waktu yang orang kate genting ni, kau goreng telur pun da syukur Alhamdulillah”.

“Kalau gitu bereh ah, kejap je masak nasik dengan goreng telur”.

“Cun, aku tolong kau masak nasik kau goreng telur”. Aku mahu mengikut Remy kedapur, tak sanggup aku ditinggalkan diruang tamu keseorangan.

“Mari !!”. Remy bangun menuju ke dapur, diselakkan langsir di pintu dapur, diikatnya lalu diselitnya ketepi.

“Langsir ni dok leh duduk sini lagi da, bnde tu suke ngintai ikut sini, sekarang die tak boleh ngintai da ! hahahaha”. Remy cube bergurau.

“Mulutttt…kang betol die datang baru kau tahu..”. Hanya gelak kecil yang Remy berikan. Sesudah kami selesai makan, kami menuju semula ke ruang tamu. Kami berborak panjang. Kami Isyak bersama. Malam kian larut, kawan-kawan Remy belum lagi sampai, gangguan dari makhluk tak diundang kian menjadi, kami mula tidak selesa. Lalu kami mengambil langkah lepak diluar rumah. Kami bercerita pasal kerja, tidak mahu membuka cerita pasal Mayang, takut disebut dia kembali datang. Remy yang dari tadi duduk diatas motor bingkas bangun. Kemudian dia mengarah aku masuk kedalam rumah, bila ditanya dia hanya diam, aku menoleh keluar memerhatikan keadaan sekeliling, mungkin ada sesuatu yang dapat dilihat Remy, jenuh aku memerhati tanda tak puas hati, aku cuba focus disatu sudut dimana ada beberapa batang pokok pisang tidak jauh dari depan rumah sewa Remy. Kemudian muncul satu susuk putih hanya mengiringkan badan seolah mengintai. Terus aku masuk kedalam menutup pintu !.

“Nampak da ke ? Ambe royak da masuk mu degil nak tengok gok !”.

“Kepala hotak die mengintai camtu, berderau d***h aku weh, semua barang dok mengintai kite ni da kenapeee..”.

“Tu semua dia punya, mari sini tengokkan kite Boh, harap malam ni sampai la saing-saing ambe tu”.

“Mohon cepat la sampai, aku makin lame makin tak tentu arah da ni”.

“Sabar..itu semua ujian dari Allah, Dia nok kite ingat die sentiase tak kire guane keadaan sekalipun. Mari kite duduk dalam bilik, kite mula mengaji, mane tahu dapat kurangkan sikit semua gangguan yang mari ni”.

“Ok la Mi, sebelum yang kat luar tu masuk baik kite mengaji”.

Jarum saat aku rasakan jam. Terasa sungguh lama waktu malam. TV dihadapan sekejap terbuka, sekejap tertutup. Pintu bilik kami diketuk berkali, bunyi-bunyi didapur seolah ada yang mengamok, bayang mundar mandir dapat dilihat dibawah pintu bilik. Memang ada sesuatu diluar sana yang marah dengan kami. Bunyi pintu hadapan kedengaran, seperti seseorang mahu membuka kunci, aku mula merapatkan badan dengan Remy, Remy menenangkan aku. Kemudian senyap semuanya.

“Tenang Boh, takdok mende tu, die tok leh masuk dalam ni, biala die kacau kite ikut luar”.

“Tapi die nak masuk da Mi, Ya Allah Mi, aku takut da ni”. Aku terbayang pocong yang aku nampak diluar tadi ingin masuk kedalam rumah.

“ASSALAMUALAIKUM……..”.

“Allah Mi……………die bagi salammm..” Aku da mula menggelabah sampai aku genggam lengan si Remy.

“Boh…..jangan takut, tu saing ambe sampai da ! Jom keluar”.

“La yeke ? Alhamdulillah….lucut jantung aku Mi !”. Kami berdua keluar melihat kawan-kawan Remy yang sudah pulang. Lega seperti air mengalir keseluruh badan. 2 orang remaja muda dihadapan aku, berseluar skinny, bertshirt Supreme bertopi jenama Gshock dikepala. Yang lagi seorang lebih kurang sama. Atas bawah aku melihat mereka. Betul ke ni ? Kami bersalaman sambil memperkenalkan diri masing-masing. Yang si abang Musa, si adik pula Malik.

“Sebelum kite mula kerja, bagi aku bersiap dulu, aku nak bersolat sunat kejap, panas dalam rumah ni..Mi !! natang mende mu bawak balik ni ha ?”. Si abang bersuara.

“Natang ni la ganggu aku dengan brader ni…yang ni baru anok..mak nye ade dekat rumah brader ni”. Balas Remy.

“Kejap yer semua, bagi ambe selesai urusan dulu. Nanti kite cerita”. Sambung si abang. Adiknya tidak bercakap lalu masuk kedalam biliknya.

Kami menunggu diruang tamu menunggu si abang selesaikan urusannya. Aku memandang Remy. Remy tersenyum melihat aku yang terdiam tapi muka berkerut penuh dengan tanda tanya.

“Kenape lak Boh ? Takut lagi ke ?”

“Takut tu memang ade, tapi kawan kau tu betul ke leh tolong kite ?”.

“Insyaallah boleh…kenapa ? dari pakaiannye je ke da leh agak orang nya macam mane ?”.

“Ha ah, macam orang biase, aku ingat style2 imam muda yang selalu dalam TV tu”.

“Don’t judge a book by it’s cover Bohhh…jangan cepat jatuh hukum atas pemakaian seseorang itu, die ni sek masjid..tapi kaki Dota ni Boh…hahahaha”. Tergelak Remy bile melihat aku yang kurang yakin dengan kawan dia. Kemudian Musa keluar dari biliknya. Melipat lengan jubahnya kesiku, lalu dia duduk didepan kami. Bersih penampilan dia.

“Hok natang dalam ni ambe halau da belaka, yang tadi ade kat pokok pisang depan tu larik tak tahu pergi mana. Okeh marilah kite bercerita dari mula benda ni, ambe nak tahu dari mana asal si syaitan ni”. Musa mulakan bicara.

“Begini…….”. Aku meceritakan kesemuanya kepada Musa, Remy memasang telinga. Kemudian aku melihat Musa tersandar dikerusi, seperti mengeluh selepas dia mendengar cerita dari aku.

“Berattt…berattt…sungguh berat kes mu ni brader.. Dari awal mu da tahu akibat berjanji dengan syaitan ni, kenape la mu teruskan…xpela, benda da pun berlaku, kite usehe dan tawakal kepada Allah semoga Dia bantu kite dalam urusan menghapuskan siMayang ni, pasal tuan lama si orang tua tu jangan dipanjangkan, biar die teruskan hidup dia”. Musa bangun sambil membetulkan kopiahnya. Dia berlalu kedapur mengambil barang seperti uncang. Didalam itu ada garam kasar yang sudah dibacakan ayat-ayat Al-Quran.

“Kalau die degil, ni makan dieeeee.. Sudah ! Mari kite kesana”. Musa mengangkat uncang tersebut didepan kami.

“Malam ni gak ke ustat ?”. Aku terkejut sebab Musa mahu kesana malam ini jugak ! Malam sudah pun larut.

“Malam ni gak kite cube, nak tunggu sampai bile lagi”. Musa sudah berjalan ke pintu keluar dari rumah.

“Kalau macam itu jom la kita semua kesana, naik kereta saya”. Aku mempelawa.

“Mari !!”. Kami bertiga menuju kerumah sewaku, si adik ditinggalkan dirumah tidak mahu mengikut dengan alasan esok mahu bangun pagi kerana bekerja.

Didalam kereta kami tidak banyak berborak, Musa memegang tasbih duduk dibelakang, Remy disebelah aku bermain dengan telefonenya. Sesudah kami sampai dibawah, kami keluar dari kereta dan naik keatas, sampai didepan pintu, aku membukanya, gelap segelapnya.

“Haaaa Mi, kau masukkan bukakkan lampu, aku takut la”.

“Baru mu takut ya….”. Musa dibelakang bersuara. Aku tertunduk malu dikenakan ayat sebegitu. Remy masuk dahulu dan membuka semua lampu didalam rumah. Musa bersuara lagi.

“Tutup pintu !! ape yang akan muncul nanti mintak tolong,..tolong jangan lari tinggal kan ambe yer, terutama mu Zuri, aku nak mu sendiri bercakap dengan die yang mu tak nak da ke dia ? Boleh tak ni ?”.

“Boleh Ustat, saya akan cuba berdepan dengan dia”. Walau aku yang paling takut dalam kami bertiga.

Musa terus ketengah ruang tamu duduk bersila. Musa sudah mulakan usaha memanggil Mayang. Aku diarahkan duduk disebelah Musa, aku mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran dari musa, sungguh merdu bunyi dia. Ibarat suara diradio yang diputar siaranya. Gangguan kecil sudah mula kedengaran, ketukkan pertama bermula dibilik air hadapan. Aku lihat Musa masih memejamkan matanya, tangan dia ligat membilang tasbih. Lampu didalam rumah kian malap, seperti bayang yang menghalang. Pintu bilik air terhempas kebelakang ! Kosong. Kemudian sikit demi sedikit bayang Mayang kelihatan. Keluar perlahan dari bilik air.

“Berani kau Zuri !! Berani kau bawak manusia ni kemari menghalau aku !!”. Bentak Mayang yang kemarahan.

“Wahai jin yang terlaknat oleh Allah, sesungguhnya manusia dan golongan kamu amat terlarang sekali menjalinkan hubungan. Aku kemari mahu memisahkan kau dengan dia, aku datang menghapuskan kau dari muncul lagi ditempat ini. Tempat kau bukan disini lagi”.

“Hahahahahahhaha..hahahahahahahhahahaha, usah tunjuk kuat wahai ustat, sedangkan yang dibelakang itu telah aku kalahkan, inikan pule kau..”. Remy tertunduk malu.

“Semua yang terjadi atas kehendak Allah, kami semua hanyalah utusan dariNya bagi menolong sahabat kami”. Musa.

“Tempat aku dsini, diaaaa….dia sudah berjanji dengan aku menjadi tuan aku, die sendiri menyeru aku, die sendiri memberi aku makan”. Musa mencuit aku, memandang aku, diarahkan matanya sahaja cukup untuk aku tahu yang Musa menyuruh aku pula yang bercakap.

“Mayang dengar sini, yer..memang aku sudah berjanji dengan kau, tapi sekarang aku tidak perlukan kau lagi, kau sudah mula menggangu keluarga aku, dengan ini aku mahu membatalkan semua syarat perjanjian dan aku bukan lagi tuanmu”. Aku memberanikan diri, walau apapun aku kena kuat berhadapan Mayang dengan jelmaan yang amat menakutkan.

“Kau sudah dengar bukan dari tuan empunya badan ? Dia tak mahu lagi kau disini, aku akan menolong dia bagi menghapuskan kau”.

“Kalau begitu, kau tanggung la azab ni Zuri, kau langgar perjanjian !! Kau akan m**i !!”.

Aku tercampak kebelakang, nafas aku tersekat, aku tidak mampu bernafas, tercungap aku, sakit ibarat mahu m**i, Remy meriba kepala aku dipehanya, dia meletakkan tangannya didada aku, membacakan sesuatu, namun nafas aku masih tersekat-sekat. Allah…seksa aku kali ini. Aku lihat Musa sudah pun bagun melaungkankan azan, Mayang mula berpusing di atas ceiling menjerit mengilai. Kemudian dia duduk mengcangkung ditepi TV. Musa mula melongtarkan garam kasar ke Mayang, Mayang jatuh kelantai mengeliat seperti kepanasan. Musa mengarahkan Remy kedapur menadah air didalam mangkuk dan kembali memberi kepada Musa. Terkumat kamit Musa membacakan sesuatu kearah mangkuk yang sudah berisi air itu.

“Kau mahu lagi ?”.

“Arghhhhh…belum cukup lagi manusia, belum cukup…”. Mayang berdiri dan mendapangkan tangannya, mahu menuju kehadapan Musa. Musa mengelak serangan dari Mayang. Mayang melekap di penjuru ceiling ruag tamu.

“Kau degil yer…”. Musa melempar lagi garam kasar ke arah Mayang, jatuh tersembam Mayang ke lantai, tanpa berlengah lagi, Musa menyiram Mayang dengan air dipegangnya. Menggelupur Mayang ibarat dipanggang di atas api bara. Terdengar laungan yang cukup kuat !

“Arghhhhhhhhhhh sakit….sakittt……”. Musa menyimbah lagi air ditangannya. Tiada belas kasihan lagi keatas Mayang. Mayang berubah sikit demi sedikit, Mayang berubah masa awal aku menyeru dia dahulu, dia kembali sempurna, berkain putih nipis ketat membalut tubuh, dengan perlahan dia mengensot ke arah Musa. Musa terpegun.

“Kasihanilah aku wahai manusia, aku sakit…aku sakit dengan perbuatan mu, sudah..sudah lah…”. Suaranya merdu, merayu menagih simpati. Aku lihat Musa terdiam kaku, tangan Mayang melingkari kaki Musa. Ah sudah ! Musa !!!

“Musa !!!!”. Remy menjerit kearah Musa bagi menyedari Musa dalam khayalan mindanya, Musa pula sudah dikaburi matanya. Musa tersentak terus kebelakang.

“Allahu Akbhar, Allah…………”. Musa mengucap panjang. Musa mengarahkan Remy kedapur semula menadah air lagi didalam mangkuk.

“Tak sanggup pula aku mahu menyakiti seorang wanita, licik mainan kau syaitan, sungguh licik, bermain dengan emosi aku, tapi syukur aku tidak terus khayal dengan penampilan kau !”. Remy datang dan menghulurkan air yang ditadah tadi. Mayang kembali bangun dan ketawa berdekah-dekah. Seronok betul dia mempermainkan ustat dihadapan dia.

“Sanggupkah kau wahai manusia…”. Mayang menggeliat manja, dilentokkan seluruh tubuhnya menggoda Musa. Musa kebelakang.

“Allah ! hok ni yang ambe kaloh ni ! natang sungguh laaaa….”. Musa megalihkan perhatiannya ketempat lain sambil membaca ayat Al-Quran kearah air yang dipegangnya. Remy ? Remy terus khayal bila aku yang sudah separuh nyawa melihatnya duduk melutut dibelakang Musa.

“Semua !! zikir dalam hati, jangan sekali berhenti, ulang-ulang baca Ayat-Qursi. Dia mula mempermainkan akal fikiran kite”. Musa menyedarkan Remy dibelakangnya, dalam kepayahan aku terus berzikir di dalam hati, Remy mula bersila dan memejamkan mata. Musa terus menyimbah lagi air ditangan kearah Mayang, menggelupur Mayang berpusing diperbaringan seperti ular yang dipancung kepalanya. Kemudian dia merangkak menuju kebilik air depan. Belum sempat dia sampai sekali lagi Musa mencurahkan air dibelakangnya, terus berubah Mayang kerupa asal. Dia mengensot menuju kebilik air. Tapi terlambat, Musa sudah pun berdiri didepan pintu bilik air.

“Belum kah kau serik Mayang ?”.

“Sudah la tu manusia, aku mengaku kalah, tapi biarlah aku tinggal disini, aku tidak lagi menggangu dia”.

“Tidak…tempat kamu bukan disini, kau tak layak hidup dengan golongan manusia, aku kemari bagi menghapuskan kau”. Musa mengarahkan Remy mengeluarkan 1 botol kaca yang kosong. Musa membaca lagi ayat-ayat Al-Quran, Mayang terus menerus menggeliat kepanasan, dicurahkan lagi sehingga habis air ditangan. Mayang meraung kepedihan.

“Sudahhhh….aku kate sudahhhh….aku da cukup terseksa, bukankah aku cakap aku sudah mengaku kalah tadi, kenapa kau terus menerus menyeksa aku ? sudah lah, cukup…berhentilah membaca ayat itu, cukup..cukup..aku panas….”. Rintih Mayang.

“Ini semua akal kau sahaja bagi kami kasihan kepada kau ? tidak, aku akan mengusir kau keluar dari rumah ini, tapi bukan bererti kau bebas ! Kau aku akan masukkan kedalam botol ini dan aku buang kau disungai !”.

“Aku tak mahu…aku tak mahu,sini tempat aku, aku mahu tinggal sini, lepaskan aku, aku janji tidak akan menggaggu manusia lagi..tolong aku merayu..”.

“Aku tak akan percaya dengan kata mu Mayang !! Selagi kau disini aku yakin kau akan kerap mengganggu manusia dan terus menerus mencari tuan yang baru bukan ?”.

“Tidakkk….aku tidak lagi menggangu mereka, aku berjanji..percayalah kataku wahai manusia”.

“Sudah la, akan aku masukkan kau kedalam botol ini”. Musa duduk bersila semula, diletakkan botol didepannya dalam keadaan berbaring dan muncung dihalakan didepan Mayang. Aku melihat Mayang terbaring kesakitan dan asap putih halus diatas badannya. Kepanasan dengan air bacaan dari Musa mungkin. Musa membacakan ayat Al-Quran,kemudian tangannya seolah menarik-narik sesuatu, aku melihat Mayang sikit demi sedikit disedut kedalam botol. Selepas semuanya masuk kedalam dengan pantas Musa menutup mulut botol tersebut. Terus dibalut dengan kain putih dan diikat m**i.

“Fuhhhh…berehhhh….kuat natang ni ! Mi, terima kasih sedarkan aku tadi, kalau tak, jatuh berterabur iman aku”. Musa mengambil nafas panjang sambil berpusing melihat kami.

“Berehhh jah Bohh…ambe pun terkulat-kulat gak tadi. Patut ekpong Boh Zuri ikut kate si Mayang tu. Hahahahahahaha”. Remy pula menoleh kearah aku yang memegang dada. Nafas aku semakin pulih, tapi tetap senak didada.

“Gini ah, semuanya sudah selesai, Mayang da tak ada lagi didalam rumah ni, aku nak kamu Zuri, tolong bersihkan rumah ini dengan amalan mu, sinarkan dengan cahaya iman mu, bersembahyang lah, meriahkan lagi dengan alunan suara mengaji Al-Quran didalam rumah ini. Insyaallah… semua itu tidak mungkin akan berlaku lagi selepas ini”. Musa memberi aku nasihat.

“Terima kasih ustat sebab tolong saye selesaikan masalah ini ustat, insyaallah saye akan ikut cakap ustat. Terima kasih banyak ustat..terima kasih….”. Aku menagis dipeha ustat.

“Jangan begitu Zuri..”. Musa memegang bahuku dan menegakkan aku.

“Jangan berterima kasih dengan ambe Zuri, berterima kasih dengan Allah, ambe hanya utusan darinya menolong kamu, cube ingat balik, semua ini ketentuan dariNya, pertemuan mu dengan Remy ade hikmahnya. Semua ini sudah ditakdirkan. Harap mu lepas ni munasabah diri. Dekatkan diri dengan Allah, kembali ke jalanNya. Insyallah, berkat dalam hidup kite”.

“Baiklah ustat”. Aku mengesat air mata tanda syukur yang tak terhingga. Ada betul kata Musa, pertemuan aku dengan Remy ada hikmahNya. Begitu indah semua aturanNya. Kami keluar dari rumah dan turun terus menuju kekereta. Botol yang tadi ustat simpan didalam poket jubahnya. Kami mula menuju pulang kerumah sewa mereka. Di dalam kereta kami berborak.

“Ustat, nak tanya, botol tu nak buat ape nanti ? Ade ape yang saye boleh tolong ustat ?”.

“Tak perlu, botol ini nanti ambe akan buang kesungai. Mu tak payah risau, mu jalankan hidup mu seperti biase, ingat pesan ambe tadi”. Musa bersuara dibelakang.

“Boh lepas ni jangan risau la deh, bereh belake da, harap Boh kembali ke Jalan Allah, jangan diulang lagi perkara yang sama, payah da Boh nak elok semula, ini Allamdulillah dapat gak halau dengan izin Allah”. Remy memberi aku nasihat yang sangat berguna.

“Degar tu Zuri, jangan lah mu ulang kembali peragai yang lama, bile da susah golongan macam kami ni la yang kamu nak cari, da terhantuk barulah nak terngadah. Bila senang lupa semua, golongan macam kami tidak lagi dipandang, ibarat kami jauh terkebelakang tidak seiring dengan kamu semua, menganggap kami sebagai penghalang demi kebebasan kamu. Cuma perlu beringat, nak suke pun berpada-pada lah, atas batasan dalam islam, islam ni mudah, tapi jangan ambik mudah. Susah guane pun, carilah Allah !.Haaa gituuu Bohhhhh..”. Musa memberi aku ceramah yang paling tajam, terus menusuk kedalam hati. Jatuh lagi airmata aku, sungguh aku terkesan dengan kata-kata mereka.

“Baiklah ustat, Mi, saye janji, saye janji depan kamu berdua dan Allah, saye tak kan lagi buat perkara macam ni lagi ! saye janji”. Aku bagai disemburkan dengan satu semangat. Aku genggam janji aku, aku mahu mahu berubah !

“Baguslah begitu..Alhamdulillah…”. Serentak Musa dan Remy menjawab pertanyaan aku. Sampainya didepan rumah, Musa menjemput aku masuk kedalam, waktu subuh telah pun hampir. Alang-alang boleh berjemaah sekali. Aku mengekori dari belakang. Aku melihat mereka, sungguh tenang mereka ini. Ibarat tiada masalah yang menimpa mereka. Mereka masih lagi bergurau walau dengan kejadian tadi. Kami menunggu waktu subuh bersama diruang tamu. Baru aku sedari yang rumah mereka ini seperti terang dari sebelumnya. Kami berborak pasal kejadian tadi.

“Zuri, memang awal mu jumpe si Mayang tu memang begitu ke rupa dia ?”. Musa.

“Yer ustat !, mase memula Mayang muncul begitu lah keadaan dia”.

“Kamu lihat lah betapa liciknya mainan syaitan ini mengaburi mata kite, die muncul begitu supaya kite senang dengannya, selesa dengannya. Tapi disebalik itu mu sendiri sudah tengok tadi bukan ?”.

“Sudah ustat, memang mengerikan, kalau la die mula-mula datang dengan rupa asalnya, sumpah ustat !! sumpah saye tak kan menyeru dan buat perjanjian dengan dia”.

“Jadi lepas ni, jadikan ini pengajaran buat mu, jangan lah lagi mudah terperdaya dengan tipu daya mereka. Jadi kamu kene ingat, setiap kesusahan yang kamu alami, itulah ujian dari Allah, kembalilah bersujud kepadaNya, dia mahu kite memujiNya selalu, die sayangkan kite, itu sebab die jatuhkan ujian ini semua, supaya kite berbalik pada Dia dan memohon meminta pertolongan dariNya”.

“Baiklah ustat, saye sudah jauh terpesong dari agama islam, saye mahu kembali dekat dengan Allah, saye tak kan lagi terhasut dengan tipu daya syaitan lagi. Remy kembali keruang tamu dengan air t.o panas. Kami menhirupnya perlahan sambil berehat. Waktu subuh sudah pn tiba. Kami berjemaah bersama. Sesudah selesai semuanya. Aku mahu mengundurkan diri pulang ke rumah. Didepan pagar kami bersalaman.

“Boh kire beruntung anok bini selamat, nasib mu royak awal, tu kalau lambat lagi tu memang tak tahu ape akan jadi lagi”. Remy memegang bahu aku.

“Sudah la Zuri, pulang lah kerumah, berehat lah, ambe harap jage lah anak bini, sesungguhnya itu amanah dari Allah. Jagelah sebaik yang mungkin”. Musa.

“Ambe akan ingat semua pesan-pesan dari deme..Eh ! tercakak ganu puloppp..hahahaha”. Aku tergelak kecil. Longat ganu aku tak menjadi.

“Hahahahaha…kemah keming !!”. Remy pula ketawa.

“Ustat, ade satu lagi…”.

“Ahhh sudohhh….masolah ape lagi tu Zuri !”. Terperanjat Musa.

“Eh bukan..bukan.. Nak tanye… DOTA tu amendenye ??”.

“Tak ade pape, itu cume game aje, mu jangan dengar sangat kate si Remy tu ! hahahahahaha”. Kami ketawa bersama. Aku merasakan seperti sudah berkawan lama dengan mereka. Aku sungguh selesa bersama mereka. Ibarat kawan yang cukup rapat. Selepas memberi salam, aku menuju pulang, aku teringat kembali kisah aku sebelum ini, menitis lagi air mata aku. Dengan kediginan sejuk pagi, masih berkabus fajar mula menyising, kelihatan sinar matahari timbul. Sinar itu ibarat satu sinar baru dalam kehidupan aku. Satu sinar bahagia demi aku dan juga keluarga aku.

CAHAYA SINARAN BARU BERMULANYA DISINI.

Catatan 15 :
13 Sept 2017 @8:35p.m.

Sampai dirumah, aku berjumpa isteriku, aku mahu menceritakan segala-galanya didepannya, tapi sebelum itu aku mengajaknya pulang kerumah sewa kami dahulu, bagi mengemas semua barang yang perlu dibawa, aku memberitahunya yang kami tidak akan duduk disini lagi. Isteriku langsung tidak membantah, mungkin sudah lama dia terniat memang mahu meninggalkan rumah ini. Barang-barang yang lain aku tinggalkan begitu sahaja, tak mampu hendak dibawa pulang sebab aku berkereta. Lagipun ini bukanlah dari hasil yang halal. Hanya pakaian sahaja yang kami bungkuskan dan membawa pulang. Semuanya sudah pun selesai. Aku bercerita dengan isteriku semua tentang kejadian sebelum ini. Marah sungguh isteriku bila aku berterus terang dengannya. Aku faham keadaan dia bila dia dapat tahu yang suaminya membela jin untuk kesenangan hidup. Tak apalah, ini bahagian aku. Orang perempuan ni tak ada lah lama mana dia merajuk. Esok lusa angin dia baiklah tu. Aku nekad ! Aku mahu bersihkan semua ni kembali.

Keesokkan harinya, aku memberitahu Remy yang aku mahu berjumpanya di opis. Aku menunggu Remy, sudahnya Remy sampai terus aku membawa dia masuk kedalam bilik bos. Aku bercerita pasal Remy dengan Bos kesungguhan dia bekerja dan dia layak mengambil alih kedudukan aku. Aku meletakkan surat berhenti kerja serta merta. Atas perbuatan aku ini mereka saling terkejut. Bos aku menyuruh aku menceritakan alasan atas perletakkan jawatan aku dalam syarikat ini. Aku menipunya yang aku mahu berpindah ketempat lain. Selepas itu aku keluar bersama Remy dari bilik Bos.

“Boh Zuri….mu nak gi mana ni Boh…..sape nok teman ambe kerja Boh, jangan gini Boh, ambe selesa da dengan mu..”. Mata Remy berkaca.

“Mi, aku nak lepaskan semua ni Mi, aku nak mula yang baru, ni semua bukan usehe aku sendiri, jadi aku dah promo kau depan Bos, kau amiklah peluang ini majukan diri, jangan jadi macam aku Mi”.

“Boh..tolong lah Boh, jangan lah berhenti kerja, ini semua useha mu gak..jangan gini Boh ! da, lepas ni kerja ape lagi Boh nak buat sara anak bini ?”.

“Tak ape Mi, aku nekad dengan keputusan aku, rezeki aku ade kat luar sane, Mi, jage diri Mi, kerja sungguh2 ! banggakan mak ayah kau”. Terus aku keluar meninggalkan Remy terpinga-pinga.

Aku pergi kerumah sewa aku, aku mencari orang yang boleh buat plaster simen. Aku mahu membuat partition wall dibilik air hadapan. Bukan aku mahu menutupnya, tapi aku mahu menambah selapis lagi dinding disitu. Selepas mendapat orang yang boleh buat aku terus keluar pergi kekedai motor dan kereta terpakai. Aku jual semula kereta dan motorku. Kemudian aku keATM pula, aku keluarkan semua baki yang ada didalamnya. Sejumlah wang yang banyak aku simpan didalam beg. Aku kerumah sewa aku semula, sudah siap partition yang aku pesan. Kemudian aku masukkan kesemua duit dalam lapisan itu, orang simen masih ade diluar, aku arahkan mereka turun dahulu. Selepas semuanya selesai, aku mengarahkan mereka naik bagi menghabiskan kerja yang terakhir. Menutup semua permukaan. Biarlah duit haram ini berkubur disini. Siapa yang mengjumpainya, anggaplah rezeki untuk dia. Aku sudah pun berhenti sewa disini. Aku menutup pintu bilik air hadapan. Biarlah semua menjadi kenangan.

Aku berlalu pulang kerumah mertuaku. Rajuk isteriku belum reda. Aku baring sambil berfikir, aku perlu keluar dari sini mencari ketenangan diri, aku mahu bertaubat dan kembali kejalan yang diredhai. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan, badan aku rasakan kotor dari sumber yang tidak halal. Aku WhatsApp Remy.

“Mi, bagi nombor ustat aku nak”.

“Ade masalah lagi ke boh ?”.

“Tak ada, aku cuma nak berterima kasih dengan dia”.

“Owh…nanti ambe send contact kt sini”.

“Okeh Mi, terima kasih Mi tolong aku selama ni, harap umur panjang kita jumpa lagi yer. Assalamualaikum sahabatku”.

“Waalaikumsalam..insyaallah Boh !”.

Tidak sepatah pun aku bercakap dengan isteriku. Aku hanya lihat dia menagis sedih. Sudah ku pujuk namun ditepisnya dari aku menyentuh dia. Sungguh jijiknya dia terhadap aku. Dengan perlahan aku bangun mengemaskan pakaian aku. Aku mahu keluar dari sini. Bukan aku lari dari masalah antara aku dan isteriku. Tapi aku mahu mencari ketenangan diri. Aku whatApp Musa tanda berterima kasih dan aku meminta nombor ustat-ustat yang boleh membimbing aku semula. Musa memberi aku alamat disekolah lamanya. Dia minta aku kesana.”

“Tuntutlah ilmu, carilah tuhan disana Zuri, yang penting sabar dan ikhlas”. Musa.

Aku harap dengan perjalanan ini mampu mengubah aku dari yang lebih baik. Sebelum aku keluar dari rumah aku tulis sekeping surat dan aku letakkan diatas meja.

“MAAFKAN ABANG SAYANG ATAS PERBUATAN ABANG, ABANG KELUAR MENCARI TUHAN, MEMBERSIHKAN DOSA, JAGALAH DIRI BAIK-BAIK, JAGALAH MIKA DENGAN KASIH SAYANG, SATU HARI NANTI ABANG AKAN PULANG. ABANG JANJI.
SAYANG:
ZURI.

Catatan Akhir :
16 Sept 2017 @10:15p.m.

Bermula episod aku merantau kenegeri orang demi menuntut ilmu agama, aku pergi ke alamat yang Musa bagi. Sampai disana aku disambut mesra. Aku diajar ilmu ugama, mengaji, bersembahyang dengan khusyuk. Aku diberi ceramah-ceramah tentang akhirat. Sungguh besar ilmu Ya Allah.. Aku mula membina dalaman dengan ilmu-ilmu islam, sebagai benteng menempuh hidup kelak. Aku mempelajari dengan bersungguh-sungguh, telah aku berjanji aku akan mengubah diri aku sendiri.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, banyak yang bertanya khabar tentang diri aku sekarang, ada yang aku melayan, dan ada juga aku tak hiraukan. Aku masih setia menanti mesej dari isteriku. Tidakkah dia sayang padaku lagi ? Aku pasrah. Aku mencari lagu Amy Search, layan jiwang sekejap lah memalam ini. Aku membuka youtube dan aku taip lagu SEROJA.

“Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri”.

“Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi”.

PUTERI SEROJA…

“Tettt…tettt……” Handpone kayu screen retakku berbunyi. Ipong jual da.

Aku keluar dari web youtube, 1 pesanan dari Applikasi Wechat. Aku membukanya. Terus aku menekup mulut dengan telapak tanganku tahan menangis. Mengalir airmata halus dibawah kelopak mataku. Mesej…..mesej dari isteriku.

“ABANG…BALIK LAH, TAK RINDU KAT KAMI KE..AYANG DA MAAFKAN ABANG..”. Dihantar bersama gambar mereka berdua berselfie diatas katil. Aku terus membalasnya.

“MAAFKAN ABANG YANG, BUKAN SEKARANG, ABANG BELUM HABIS BELAJAR LAGI, AYANG JANGAN RISAU YER, ABANG PASTI PULANG”.

Aku menangis kegembiraan keseorangan dibilik. Aku tak sabar melihat anak dan isteriku yang aku rindukan sangat-sangat. Tapi sebelum itu aku mahu habiskan dulu pengajian aku disini. Perlukan aku menamatkan catatan ini ? Aku rasa perlu. Sekian.

CATATAN TAMAT.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#Zuri

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

61 thoughts on “Mayang – Bahagian Akhir.”

  1. Nice…! Byk pengajaran bole diambil…
    Cuma kita kena sentiasa ingt,, setiap rezeki semuanya datang drpd Allah SWT.. Bukan dr jin, bukan dr manusia.. Bersyukurlah seadanya…

    Well done writer.. ??

    Reply
  2. Kenapa aku rasa yg cerita ini adalah cerita sebenar dan bukan hanya rekaan semata2?
    Terima kasih penulis…Cerita Tuan sangat menarik…

    Reply
  3. Ending sedih. Sayu je baca.. yang part ustaz terkhayal tu sy suka sebab realistik. Hrap jurijemputan ni boleh menulis lagi cerita yang lain. all the best to you

    Reply
  4. Ujian dan musibah merupakan sentuhan kasih sayang daripada Allah SWT?
    Dengan itu,
    bersabarlah dalam menghadapinya,
    Tersenyumlah dikala sedih.☝️?

    Reply
  5. wah serius rse mcm blh ‘rasa’ semua penceritaan. ade yg nk buat cter kat tv tak??

    ending mendebarkan tp semua happy ending. terbayang zuri dh m**i ke ape ke..huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.