Salam sejatera pembaca FS. Kali ni aku nak kongsi kisah memandu sorang-sorang. Kedegilan aku memang makan diri sendiri huhuhu.. arwah mak masa tu larang aku balik awal pagi tapi sebab rindu dah tak tertahan dengan mak dan adik-beradik, aku tak dengar nasihat.
Korang pernah tak dengar lagu Ambalamba nyanyian Aishah? Aku mesti pasang lagu tu berulang kali sebab rentaknya catchy. Di tengah lagu tu (bridge) ada suara orang lelaki Afrika. Bahasa Afrika, mungkin Swahili. Apapun, aku nak cerita apa yang aku nampak dan kaitan lagu ni.
Hari aku balik tu bukan hari minggu jadi jalan memang sangat lengang. Aku ambil keputusan balik awal pagi, dalam pukul 2 pagi sebab hajat nak sampai pagi, nak ajak mak pergi pasar beli lauk. Hajat hati nak makan sedap-sedap. Jadi aku pun balik seorang diri. Bukan tak biasa sebab job ke ceruk mana pun aku akan memandu sorang diri.. Kalau job tu kena handle dua orang baru aku bawa staff aku. Cuaca pun baik, kalau hujan di tengah jalan pun hujan renyai-renyai.
Perjalanan hingga ke Tapah biasa saja, kenderaan sangat jarang dan kadang-kadang untuk beberapa lama hanya aku sorang di jalan membelah gelap malam. Lepas Tapah kan kita akan mendaki bukit sehinggalah sampai Ipoh. Seingat aku kiri kanan hanya hutan kan. Sekali sekala aku memotong lori besar-besar. Bas ekspress atau lain kenderaan malam tu sangat jarang, kalau ada hanya dari arah bertentangan. Depan dan belakang aku hanya gelap dan lebuhraya yang membelah hutan belantara.
Sambil memandu, aku akan pasang lagu dan ikut menyanyi. Bohong kalau kata tak rasa seram . Sorang-sorang, gelap pulak tu. Kereta aku mula mendaki dan kerana tak banyak kenderaan waktu tu, aku pasang lampu tinggi. Masa tu, aku dah nampak Lata Kinjang, kira dah nak sampai dah kat area Gua Tempurung. Aku ingat lagi, bila sampai kat situ, lagu-lagu Aishah dah mula kedengaran di mp3 aku.
Sambil mendaki aku menyanyi, kadang-kadang kuat, melalak tak ingat dunia. Jalan yang masih mendaki dan aku ingat pada satu tempat tu, banyak betul pokok pisang liar yang tumbuh di tepi lebuhraya. Sedang asyik menyanyi, lampu kereta aku tersuluh satu susuk seperti seseorang baru keluar dari hutan pisang tu. Aku tukar lampu rendah dan semakin dekat, jelas ia susuk seorang lelaki terlompat-lompat memegang sesuatu berbalut kain putih. Mungkin beg plastik, getus hati aku. Dalam hati, mana ada manusia berani berjalan di tengah malam, di tengah hutan dengan gelapnya, sejuknya, bahayanya. Sah sahlah bukan manusia. Terlompat-lompat pula tu.
Bila semakin dekat, “lelaki” itu menoleh. Matanya berkilat-kilat bila disuluh memantulkan cahaya berwarna putih. .Kerana terkejut dengan saiz matanya yang besar, aku pun tekan minyak secara refleks. “Lelaki” tu tiba-tiba berhenti, berdiri tegak di tepi jalan dan matanya memandang tepat ke arah aku. Bila dah dekat, walaupun seimbas, dengan jelas aku boleh lihat kenapa seluarnya kotor. Rupa-rupanya kesan darah, dan aku nampak jelas kaki kanannya tiada. Mata aku menyorot pulak ke bungkusan yang dipegangnya tu. Dalam bungkusan tu, aku nampak jelas kaki terjulur sedikit dan tapak kaki yang pucat kekuningan. Sempat dia menyeringai bila aku betul-betul berada di tepi dia. Aku pun tak tahu kenapa aku gatal sangat nak pandang. Jantung aku berdegup laju dan mula menyesal tak mahu mendengar nasihat emak.
Terkejut dan takut, aku tekan minyak dan meluncur laju meninggalkan entiti tu yang masih tercegat memandang aku. Dalam hati, janganlah dia kejar atau tumpang kereta aku. Sekali sekala aku tengok juga cermin pandang belakang, manalah tahu ada “penumpang”. Alhamdulillah tiada. Aku beristighfar banyak-banyak memujuk hati yang takut. Aku kuatkan volume radio ikut menyanyi lagu Aishah untuk menepis rasa takut dan terkejut. Untuk beberapa lama, aku masih mampu mengawal takut dan kereta aku walaupun aku memandu dengan laju.
Sampailah aku ke kawasan Gua Tempurung kerana aku cam jurangnya besar dan dalam.
Tiba giliran lagu Ambalamba. Bila dengar muzik intro aku kuatkan lagi kerana aku suka percussion lagu tu. Nyanyi punya nyanyi, sampailah ke tengah lagu yang ada suara lelaki Afrika tu. Sebutannya berbunyi “Muzik! Arikayo..hey… oh dia pun masuk” yang diulang dua kali. Ini part kegemaran aku dan aku akan ikut apa yang dinyanyikan. Bila lepas “oh dia pun masuk”, penyanyi tu akan ulang sekali lagi sebut benda yang sama. Gaya aku nak buka mulut menyebut bait tu, di belakang aku, aku dengar orang menyanyi “oh dia pun masuk!”.. Suara lelaki betul-betul di belakang aku berbunyi macam sayup-sayup tapi sangat jelas. Suara lelaki, bukan suara penyanyi.
Terkejut pakcik nak oi….. tak dapat nak bayang. Semangat aku macam terbang meninggalkan aku. Mujurlah dalam terkejut tu, aku masih mampu mengawal kereta. Kalut dan gabra aku jadinya. Aku off kan radio tu dan mula membaca ayatul Kursi. Apa yang sialnya, benda tu ikut aku baca tapi bila ayat terakhir, dia senyap. Bunyinya sayup-sayup tapi memang jelas seolah-olah dia sedang berbisik di telinga.
Ayat terakhir aku ulang tiga kali dan sah tiada suara mengejek yang meniru aku membaca kalimat Allah tu. Tiba-tiba aku rasa kereta aku macam terhenyak sedikit, macam ada benda berat landing atas bumbung tapi tiada bunyi, dan kereta jadi semakin berat. Ah sudah bisik hati aku. Sial sungguh benda ni, mungkin dia dapat hidu ketakutan aku. Rasa takut mula menguasai diri aku, aku jadi seram sejuk dan dah buntu apa lagi nak dibuat kecuali teruskan memandu dan beristighfar sebanyak-banyaknya.
Dalam beberapa minit juga aku rasa kereta aku berat hingga kereta aku keluarkan bunyi macam salah masuk gear (aku pakai kereta auto). Menderam semacam. Tak cukup dengan tu, benda atas bumbung kereta aku mula mengetuk-ngetuk bumbung kereta. Bummm…..bumm. bummmm… tiga kali. Masa ni telinga aku dah berdesing gila-gila. Aku kuatkan hati dengan berdoa semoga benda atas bumbung tu tinggalkan aku. Dalam ketakutan tu, aku jerit “janganlah kacau aku! Aku tak kacau kau!”.
Dalam aku berperang dengan ketakutan, di depan ada suluhan lampu dari sebuah lori dari arah bertentangan. Lampu tinggi beberapa kali dan hon dari lori tu, barulah aku rasa kereta aku dah tak berat macam tadi. Sekonyong-konyong aku perasan ada macam kain putih melayang di sebelah kiri, melayang turun ke gaung dan hilang dalam gelap malam. Semuanya tersuluh dari lampu lori tu. Terima kasihlah pada pemandu lori tu. Allah saja balas budi awak.
Bila desingan telinga hilang, aku nampaklah bukit batu kapur menandakan dah dekat dengan Ipoh. Aku bersyukur pada Allah, kerana diberi kekuatan. Kalau aku tak kuat, mungkin aku dengan kereta aku dah sama-sama terjun gaung. Dan Alhamdulillah, aku selamat sampai dan sempat bawa mak aku ke pasar. Benda ni aku tak ceritakan pada dia, kalau tak memanglah kena leter habis-habisan… Tapi sampai sekarang aku masih lagi memandu sendirian ke mana-mana. Emak aku pun dah 8 tahun meninggal, tapi bila aku balik kampung, aku takkan lupakan peristiwa malam tu bila aku lalu kawasan tu untuk ke utara.
Sekian dari aku.
.Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lain kali nk pergi mana2 kena berteman x leh berseorangan .. takut berlaku perkara yang tidak diingini.sekian
Best sangat!
Area situ mmg lain mcm sikit bro…ni bkn sajer teman dgr citer org…mmg betul pon..teman dh pernah kn kt situ…ms tu dok blk merempit….naik motor lg…tp sbb ms tu budak2 lg…mn reti takut…yg dok ilang nyawa pon ramai kt situ…aper pon itu pengalaman….yg x melalui mn nk tau…
Gaya penceritaan sangat baik. Pakej ngan lagu Aishah lg. Br tau lagu ni 😅
baca ayat kursi 9 wakaf.
bengong mung ni. org dgr la ayat2 kursi bila mlm . dah tahu kat hutan g menyanyi melalak watpa
Kenapa selalu baca kisah yg kena kacau ni bila dlm perjalanan buka lagu ..ce sepanjang jalan dengar AL quran.. xde le lalai
Kawasan karpal singh xciden dan kawasan tu jugak ade alphad jatuh gaung
Penyampaian terbaik. Best dan sgt menyeramkan.
Puji diri sendiri ke tu
3/10 dh blambak cite mcm ni…. balik sorang diri jln hiway, telinga bdesing la, bunyi guli la, hijab tbuka la… etc.
still better dari kau yang tahu kondem je tp habuk pun takde. mana kisah kau yang RARE sgt tu kalau ada? bak dtg.
Wow seram baca kul 12.40 pagi…aku selalu sendirian memandu jauh pasang lagu kuat2 kasi rasa cepat sampai tapi taklaa kul 11mlm ke atas..
Jelmaan apa macam tu…tak leh nak imagine..selalu pontianak…ni lelaki….pulak
siap ada yang menumpang tuuu….seram beb…aq yg lalu bukit kor mlm2 pun tkut dhh….hahahahah
nasib baik lori dari seberang hiway sana boleh nampak apa ada atas kereta kau kat seberang sini hiway yg 4 lane tu.
dkt bahagian dpn semua kenderaan kan, ada la satu benda ni tau. kita panggil dia ‘headlight’. biasanya kalau on benda tu, mmg jadi terang pastu kita boleh nampak depan. dah la siap boleh tukar tinggi rendah, lagi la senang nampak. bagus kan siapa yg cipta benda tu?
best lagu ambalamba tu….tp yela seram bila ade yg mengacau n menumpang.semoga kita semua dilindungi dari benda yg x elok..aamiin..
nek penah lalu kat jalan yang sebelom sampai ke terowong menora..masa tu kol 3 pagi…suasana mmg gelap gila, lengan dan sunyi.. tiba2 dlm 100 meter ke depan nampak kereta tersadai melintang tgh jalan..fuh, berderau drh..depan dlm 50 meter ada lagi kereta elok benti tgh2 jalan..dok pikir knp la dia tak pasang lampu hazard ke ape erk, buat nya org terempuh…seram gilerrr
Ramai tak tau pasang lagu2 ni atau menyanyi sebenarnya memanggil jin atau setan dtg kat kita Tp tu jugak la hobi Org2 muda bila tgh drive.. Bila dah kena kacau baru ingt Tuhan.. Baru kelam kabut pasang CD Quran atau baca surah2..sendiri jemput namanya.. Jadikan teladan ya.. Gi mana2 terutama mlm pasang rukyah sepanjang jln.. Sambil tu diri sendiri baca surah2 atau zikir
Weh seram ni. Cara penceritaan pun bagus.
Terasa seram bile bace ni. Lain kali jangan balik kampung tengah2 malam. bahaya laa awakk.
pernah dgr crite yang tempat tu ada perkuburan orang asli yang diorang tak sempat pindah abis masa pembinaan lebuhraya tu. tp mmg tempat angker ble bas atau lori eksiden mmg ada yg mati.
Sedihnya mak dah pergi 😥 Semoga mak tenang di sana. Aamiin.
alhamdulillah selalu jgk dlu drive sorang kl-jitra…xde pape berlaku…