Mengajar Di Sekolah Thailand

Selamat Sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Yang pertama, saya kena mohon maaf kalau saya tersilap tatabahasa kat sini. Saya Chinese, so harap harap dapat ampun kalau Bahasa yang digunakan formal sangat, dan saya minta tunjuk ajar kalian. Kisah nie bermula semasa saya menjadi volunteer di Thailand. Mungkin barangkali anda dengar, tengok atau pernah mengalami citer citer hantu di Malaysia tapi ni kisah bermula di Thailand.

Masa saya kecik, kawan kawan, jiran jiran selalu share macam macam citer kat saya terutama di sekolah asmara, lebuhraya Karak dan pokok pisang. Walaupun saya Chinese, saya masih percaya kepercayaan benda benda ‘kotor’ nie. Saya pernah terkena sekali saya tingkatan 3, terpijak ‘jin pokok’ dan muntah muntah selama 1 minggu berturut-turut sebab masa itu guna short cut balik dari sekolah. Memang x boleh dinaifkan. Chinese Sifu kata nasib saya sangat tinggi, so memang susah terkena benda macam itu. Tapi 365 hari, mestilah ada 1 hari memang x ONG la.

Tapi citer hari nie, bukan kisah nie. Kisah bermula di sini, kepada yang lemah semangat, yang ibu pregnant, anda dinasihatkan jangan baca semasa berseorangan. Pada tahun 2014, saya baru habis belajar degree dan plan nak spent some time untuk year gap for relax. Selama 3 tahun belajar bersungguh sungguh, akhirnya dapat juga sijil itu. So, planning nak gi some short trip for few month.

Tapi of course gi trip kena ada duit juga. So cari work holiday, terjumpa satu job ‘high paid English teacher’ kat Thailand. Happy gila bila dah tau accept and perlu 6 month di Thailand. Sebagai experience, why not give a try. So mula mula sampai kat Bangkok, Thailand. Macam biasanya, sebab dah selalu gi Bangkok untuk short trip, walaupun tak beberapa fasih dalam Bahasa thai, tapi yang mengajar di sana ialah English. Dipendekkan citer, saya telah dihantar ke bahagian timur Thailand berhampir dengan Laos and Cambodia. Tempatnya saya tak nak beritahu la (rahsia). Dalam experience semasa mengajar situ, macam macam saya lalui, sehingga saya bagitau diri sendiri, jangan takut, saya x ganggu dia, dia x ganggu aku.

Kawasan macam Kedah, kampung area. Setiap kali saya pasti kena lalu balik ke dorm saya kena jalan 2 km dari sekolah lalu 1 sawah padi yang besar. Pada mulanya saya berjalan seorang diri, ada 1 kumpulan budak-budak bermain, saya tak berapa perasan sebab setiap kali saya lalu situ, saya tidak tengok diorang sebab saya on Facebook all the time. KL City boy, so ada satu hari sekolah mintak saya buat extra class untuk pelajar. So class tamat around 6 pm, masa itu hp pun dah abis bateri so terpaksa jalan dan tengok sawah view. Nampak budak-budak itu bermain bola. Pastu tengok la diorang main, teringat masa I dulu dulu main baling-baling selipar.

TAPI tiba-tiba terperasan ada satu budak baling bola itu ke arah kiri di mana tiada orang, dan tiba-tiba bola tu terlantun balik semula, TERKEJUT saya. Dalam hati WTF~!@#$%^ macam-macam sudah dalam pikiran. Sebab bola itu, bukan bola yang ringan, bola sepak yang selalu orang main. Sape yang ada di sana? Saya tengok ada 7 budak-budak tapi bayang-bayang kat jalan ada 8 ja. Pastu laju-laju saya patah balik ke sekolah, dan budak-budak tu panggil, “พี่ชาย, พี่ชาย“ ( abang abang ). Confirm la, saya x jawab. Saya pun terus jalan cepat-cepat hingga ke kawasan orang ramai. Kalau you kat my point, apa yang you akan buat???

Dalam hati kata, sape itu? Xkan saya rabun. Terpikir bola itu dan bayang bayang. Anda mungkin tidak percaya, tapi nie benar benar saya punya experience. Sejak hari itu, I tak akan lalu kawasan itu, terpaksa jalan jauh sikit elak kawasan tu. Dalam experience itu, I bagitau kawan thai saya. Dia kata biasanya di kawasan kampung, ibubapa ada yang membela anak hantu untuk melindungi budak-budak mereka dari diculik. Kalau masa itu, saya terjawab panggilan budak-budak itu, roh saya akan dipukau di Thailand mengikut kepercayaan orang thai, kalau saya terpandang balik atau jawab. Nasib baiklah tidak. Pastu saya cuba Google, ada case before di Thailand, foreign teacher missing sebab benda tu.

So sebagai lesson, kalau ada nak gi Thailand, jika anda ternampak benda-benda kotor, then dia panggil you, jangan pandang, jangan jawab, kalau tak anda boleh dipukau di Thai. Sebenarnya, selama 8 bulan kat Thailand, of course nie baru permulaan. Ada few cases that change my life. Kalau anda ingin tau, banyak citer tentang bende-bende pelik kat Thailand. Nantikan bahagian seterusnya. Sorry lambat sedikit, sebab bila nak tulis balik, terpikir dan berasa sejuk and seram macam ada orang mengintai dari belakang. And sorry for my tatabahasa ye. Thanks for reading.

ThaiKL91

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

25 thoughts on “Mengajar Di Sekolah Thailand”

  1. Keep it up. Kagum sangat sebab chinese pun buleh share dekat fiksyen shasha. Thanks for your information tentang kena pukau tu. Hope u dapat sambung cerita u cepat cepat ye hehe

    Reply
  2. Pasni sambung gune hashtag #cikguchinese tau…
    Heheheheheh…

    Alamaaakkk…
    Akak ni dhler manusia peramah+high of curiosity…
    Camne ni nk menahan diri dr menyahut+menoleh klu org panggil…
    Huhuhuhuuu…

    Cikguuuu…
    Sekolah Asrama tau bkn sekolah asmara…
    Nnt akak terbyg Cikgu Love plak…
    Heheheheheh…

    Reply
  3. Beraninya you !
    Patutlah mereka tawarkan high paid, mungkin sebab kawasan tu terlalu pedalaman dan berisiko..

    Nanti share cerita lagiii yer teacher! Hehe

    Reply
  4. Yes please! I want to read more of Thai’s ghost stories especially your own experience. I ada kawan mix Thai + Malaysian Chinese, her family selalu bagi makan “anak hantu” kat rumah. She said her mom called it “Ghua zai” or something. Not sure if it’s a Chinese or Siamese belief.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.