Mengikuti Adikku Pulang

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca dan penggemar admin Blog Seram Fiksyen Shasha ini. Terima kasih sangat-sangat terutama buat admin blog sekiranya cerita saya ini di siarkan dan di kongsikan buat semua pembaca. Syukur Alhamdulillah.

Baiklah, sebelum bercerita dan berkongsi kisah saya ini maka seeloknya saya akan membahasakan diri ini dengan perkataan “Aku” supaya nampak lebih santai sikit. Ok kisah ini daripada adik aku sendiri namun In sya Allah DIALOG dalam bentuk perenggan ni mungkin dalam 70% benar kerana 30 % lagi samaada terlupa atau tertambah atau diada adakan untuk mengambarkan KEJADIAN 99 % benar-benar berlaku.

Maka terlebih dahulu aku nak bagitahu nama aku adalah Shamir (nama samaran sebenar ku) dan nama adik aku pula Katid (nama samaran sebenar dia). Baiklah, mungkin tak berapa seram bagi pembaca yg jenis pemberani macam adik aku yg baran ni. kisah ini kisah benar yg aku nak cerita kan dan kongsikan buat pembaca dan peminat blog Seram Fiksyen Sasha ini. Ini adalah kisah dan pengalaman adik aku sendiri yg mana aku juga berada di tempat kejadian.

Kisah ini berlaku di salah sebuah kampung tempat aku tinggal di negeri Perak dekat saja dengan bandaraya Ipoh dari arah selatan tapi maaf saya takkan bagi tahu lokasi sebenarnya haha. kisah ini terjadi pd tahun 2014/2015 yg mana ketika itu umur saya sekitar 24/25 tahun maaf aku dah lupa tahun dan tarikh kejadian yg tepat.

OK, kisah ini berlaku di rumah pusaka arwah tok aku yg terletak di atas tanah pusaka arwah opah aku yg mana kami sekeluarga tujuh beranak sudah lama tinggal bersama dan mak aku tinggal di kampung ni sejak kecil lagi sampai lah sekarang ni, maknanya kami tinggal di kampung tok dan opah sebelah mak aku. baiklah aku merupakan anak yg sulung daripada 5 adik beradik dan kisah yg ak nak cerita kan ini adalah dari pengalaman adik aku sendiri yg no 3 tu iaitu adik lelaki aku yg muda 2 tahun daripada aku, dia ni jenis terkenal di kalangan ahli keluarga aku yg suka cakap besor tapi pandai bersilat (maafkan lah abg kamu ni ye Katid jika kamu terbace dan aku terkutuk kamu dalam blog ni haha). Badan adik lelaki aku ni lebih sasa dan lebih tinggi daripada abangnya yg sulung iaitu aku kalo aku bertumbuk dengan dia nescaya aku tumbang dulu haha.

Kejadian ini berlaku ketika mana aku dan adik aku tidur di bahagian atas rumah pusaka arwah tok aku. sebelum tu aku nak ‘details’ kan sikit bagaimana keadaan rumah arwah tok aku ni supaya korang boleh mengimaginasi suasana nya dengan tepat In Sya Allah. Baiklah, rumah ni terdiri drpd 2 tingkat. Di bahagian tingkat bawah rumah adalah binaan batu manakala di bahagian tingkat atas pula adalah binaan papan. Kalau korang nak bayangkan macam mana rumah kampung yg aku tinggal ni, korang bolehlah kaji atau lihat rumah tradisional melayu Perak, Selangor, Johor dan Kedah etc., tapi di bahagian bawahnya pula ditambah dengan binaan batu. Ha, macam tu lah rumah yg kami tinggal sekarang ni.

Sekarang ni, tinggal la kami lima beranak daripada tujuh beranak sebab dua orang lagi iaitu adik aku yg no 2 iaitu adik perempuan aku yg tua daripada aku setahun dah berkahwin dan tinggal bersama suami dan anak-anaknya, manakala yang seorang lagi no 4 iaitu adik perempuan aku yg berkerja sbg guru taska tinggal di rumah sewanya di Ipoh maka tinggallah kami 5 beranak. rumah pusaka arwah tok aku ni sederhana tak besar dan tak kecil tapi cantik bercat warna hijau muda d bahagian atas dan warna merah jambu di bahagian bawah, so memang nampak menarik. Opps, sorry terlebih cerita pulak haha.

OK, sebelum kejadian seram ni berlaku, Sepatutnye adik aku no 3 tu dah tidur sekali di tingkat atas tapi aku sorang je tidur di tingkat atas di bahagian ruang tamu manakala 3 ahli keluarga aku iaitu ibubapa aku dan adik bongsu lelaki aku tidur dibahagian tingkat bawah di bilik masing-masing manakala adik lelaki aku no 3 tu masih belum pulang lagi entah kemana perginye si jebon tu mungkin lepak dengan member-membernya dan gemar lepak sampailah lewat pagi. OK, kejadian ni berlaku ketika aku separuh tidur (tidur-tidur ayam atau separuh sedar). Lalu aku terdengar bunyi deruman kereta Myvi adik aku menandakan dia dah pulang.

Sebelum aku tidur aku tak kunci pintu masuk bahagian rumah tingkat atas agar memudahkan adik aku terus masuk tanpa mengetuk pintu (Unlocken the door at night, Please do not try this at home). So adik aku sampai jer rumah, ‘parking’ kereta, dan terus naik serta masuk ke dalam rumah bahagian tingkat atas. So aku sedar dalam keadaan mamai yg adik aku masuk tapi aku hairan yg dia terus tidur tanpa basuh kaki ataupun mandi terlebih dahulu, dalam hati aku lantak ko ler aku nak teruskan tidur. Dia terus tidur atas katil yg terletak di ruang tamu manakala aku pula tidur atas tilam dekat lantai bawah bahagian ruang tamu maknanya kami berdua tidur di bahagian ruang tamu atas cuma dia di atas katil manakala aku di atas lantai. tapi aku tidur di sebelah bahagian kaki katil adik aku, maaf jika ‘detail’ sangat.

Apabila selang sejam dua jam begitu ketika aku tengah sedap tidur tiba-tiba aku terkejut mendengar bunyi kuat macam benda terhempas atau terhumban ke arah pintu lalu aku terus bingkas bangun dari tempat tidur aku lalu aku dapati adik aku sedang berdiri di sisi katilnya sambil memandang ke arah pintu dan dalam keadaan yg sangat marah. Waktu tu aku boleh nampak jelas, sebab suasana ketika tu di mana keadaan ruang tamu walaupun gelap dan dipadam lampu tapi masih jelas ditemani samar-samar cahaya lampu jalan warna oren dan cahaya lampu putih berenda di luar halaman rumah, so aku tak banyak bunyi dan terus aku tanya adik aku tu ” weh katid ape dah jadi?? kenape ni ?? bunyi ape tu ?? ” dan adik aku jawab apa taw ” aku ade ternampak kelibat 2 ekor pocong berdiri tegak di tepi katil “. lepas tu aku tanya lagi dalam keadaan cuak dan terkejut..”

“Deme buat ape ?? ” lalu adik aku jawab ” mase aku tengah tidur mengereng (ke kanan) tiba-tiba aku tersedor yg belakang badan aku rase macam diusap-usap secara kasar atau ditenyeh (loghat Perak) jadi aku toleh ler dan pusing belakang lalu aku terkejut tengok 2 ekor yg mana seekor pocong sedang merapati muke die kebelakang aku seolah-olah macam sedang tunduk ” ruku’ ” sambil cube mengosok muke die kat belakang aku sementare seekor lagi pocong sedang tegak berdiri di belakang seekor pocong yg tengah tunduk tu, kedua dua nye sedang tengok (memerhatikan) aku sambil seekor lagi tgh tenyeh mukenye kt belakang aku “.. aku mencelah ” Hush bior beno kamu Katid ??”. pastu adik aku sambung cite ” Ape lagi aku menyirap le marah kat 2 ekor pocong tu, jadi aku terus bangun,mencapai bangku meja belajor dekat sebelah katil tu lalu aku kejor dan nak hayun kat 2 ekor pocong b**i last-last pocong-pocong tu bertempiaran lari lintang pukang tak tentu arah lalu terus menghala ke arah pintu depan dan aku hayun dengan bangku tapi tak kena cume bangku tu terpelanting ke arah pintu,manakala pocong-pocong tu berjaya menghilang diri, kalo aku dapat ler pocong-pocong ni, memang nayeee !!”..

Pastu aku nasihatkan adik aku ni ” Dah ler sabo-sabo, lain kali sebelum tidur basuh kaki atau mandi, ini idok, balik je rumah terus masuk dan terus tido, mane le tak segala jembalang sudi tumpang dan mengikut kamu balik.” Ketika itu jam lebih kurang 2 pagi dan aku tak pasti samaada adik aku sebelum sambung tidur dek selepas di ganggu pocong tu samada dia mengucap atau membaca ayat2 suci sebelum tidur atau terus sambung tidur tapi memang tiada gangguan lagi lepas tu Alhamdulillah.

Begitu lah ceritanya yg menurut saya yg tak seberapa seram ni. Semoga para pembaca terhibur In sya Allah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Amirul Khan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

80 thoughts on “Mengikuti Adikku Pulang”

  1. Wey… trus terang ckp, citer ni tk berapa nk seram.. tp gmbr tu buat aku seriau.. apsal la korang bleh ltk gmbr mcm tu admin ooiii… memang susah la aku nk tdo mlm nanti… korang taw tk.. gmbr tu mcm something jer..

    Reply
    • woi ISA
      Kau kalau dh tahu pengecut x pyh la bc,
      bc surat khabar je ckup..
      Tak payah duk semak kt page ni.
      Ngada2 btul..!!!
      Kemain lg sound2 admin psal pic tuh..
      Animasi je pn,bukan real.
      ISA BELA btul lah kau nih…..
      TQ

      Reply
  2. hahahha… wlaupn I niy bukn ore perak tpi I phm la jgak ape yg adx deme cerite tu .. hahaha.. lawak la.. berani beno si katid tuh ea.. enjoy this story.. mula2 ingt seram sgt sbb gmbar ats tuh, buat I trkjut glew uolsss.. nsib x trcmpak fon, huhu

    Reply
    • haha kan sy kata citer tak seram mane pun. tp babak hayun kerusi tu real haha. xsangka lak dia leh wat cam tu. terkejut sy time tu

      Reply
  3. aje ganaih beno katid… ate boleh le temankan kume nk megholoh memalam.. abg mirul kalo berani pon boleh temankan juge…

    Reply
  4. nasib baik x bukak cite ni malam td..huhuhu..gambar tu seram noks..
    sekali tgk konfem xleh tido..ade aku tido mata bukak je nnt..

    Reply
  5. maaf jike buat sesetengah readers tak faham terutama readers yg bukan org perak sbb loghat bahasa berbelit dan bercampur dgn bahasa melayu baku, mungkin korang xpaham loghat perak tapi bagi org perak diorang mesti faham ape yg ditulis in sya Allah, lain kali jika sy nk menulis sy akan pastikan bahasa melayu baku tak berbelit dgn loghat negeri disertakan dgn translate ke bahasa melayu baku, papepun thanks sume..

    Reply
  6. pocong tu silap kacau orang la..patut nye kacau la abang nye yg tido bawah tu..
    huhuhu..berani btl katid tu..boleh tahan keseraman nye..bertambah seram bile bayangkn gmbr kt atas tu dok tenyeh2 badan katid..kipidap writer..7/10..

    Reply
  7. peh..giler berani si katid tu…boleh dye bantai baling kerusi kat pocong..aq xdpt bygkn camne pocong tu lari lintang pukang..ahaha

    Reply
    • maaf sy tersalah explain ketika tu, nak cepat taip punya pasal, time tu kerja mlm, jika readers yg bijak dia akan anggap itu kesalahan “simple”.

      Reply
      • “jika readers yg bijak dia akan anggap itu kesalahan “simple”.

        *perbuatan memandang rendah kpd org lain smada secara terang-terangan ataupun kiasan(berlapik) adalah tercela disisi islam..

        Reply
        • tidak menghargai sesuatu adakah ia perbuatan mulia di sisi islam ??? apakah semua manusia itu sempurna ??? tidakkan..

          Reply
        • tp betullah writer ni ckp.. kesalahan simple and boleh fikir logik je kot.. takde pun sampai ‘pening membacanya’

          yg mengomen atas tu pun mcm sengaja nk cari point aje..

          Reply
          • Caca, U tak menyibuk pun, thanks kerna back up sy, mende simple je kan, xyah ler nak kecoh2 pe bagai.. Betul kata u caca memang orang tu sengaja nak cari point, mungkin orang tu kekurangan kasih sayang kot sbb tu dia cari point. ahaks ahaks ahaks

  8. xbole imagine pocong tu lari lintang pukang..mmg kite xperlu tkot pon dgn bnde tu…sbb kite manusia sebaik baik kejadian..tu cuma ganguan syaitan semata-mata.sbb kt dunia, bukan hnya kita sahaja yg mendiami bumi Allah ni..

    Reply
  9. kau ni mst pengecut kan?teloq hang tadaa kaa?bgan adik sdiri pon takut … apa daaa .. size bkn penentu kekuatan baii … penakut btul .. tuiiiii

    Reply
      • Bro amirul… aku rasa ada org dh guna nick name aku la… tekejut jgk aku.. aku tk komen apapa pun.. tetiba jer tngok nama aku ada org guna… aku rs org ni guna nama samaran lain mcm ‘jesus’ & ‘jesus christ’…

        Reply
        • …ﺍﻟﻔِﺘْﻨَﺔُ ﺃَﺷَﺪُّ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻘَﺘْﻞِ… fitnahlebih kejam dari pembunuhan …
          (al-Baqarah: 19)

          Reply
          • “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (al-Humazah:1). bagaimana dengan dosa memaki dalam ayat al Quran ni wahai bro isa profil alien cokelat ?? ko bawa ayat al quran ttg dosa orang memfitnah padahal ko juga memfitnah yg aku pengecut dengan adik aku sendiri.. ko faham ke tak maksud perkataan “haha” ??? bahawa ia sekadar gurauan dan tak berti aku takut dgn adik sendiri, sebab tu aku minta ko be a smart reader bro.. ???. xpe aku maafkan ko wahai bro isa profil alien cokelat.. manakala isa profil alien hijau.., hai bro, xpe aku faham bahawa ia bukan ko.. dah sume be cool, be relax..

  10. Part dia baling kerusi and pocong tu lari lintang pukang buat sis ketawa sorg-ii dkt ofis ni .. hahaha.. terus jadi tak seram tau.. hahaha

    Reply
    • Boleh tanye adik sy sbb dah sembang dia mcm tu, apepun anggap saje dua ekor pocong tu berlari sambil melompat-lompat tak tentu arah, takkan ler nak details sangat sembang time babak tgh panas-panas seram tu adoyai sis haha, lagi pun sy dah gtaw ” In sya Allah DIALOG dalam bentuk perenggan ni mungkin dalam 70% benar kerana 30 % lagi samaada terlupa atau tertambah atau diada adakan untuk mengambarkan KEJADIAN 99 % benar-benar berlaku.”

      Reply
  11. mmg berani benor katid sama mcm pakcik aku .. berani gila .. dia pernah bagi pelempang kat genduruwo @ hantu raya smpai patah gigi natang tu …

    Reply
    • wah dasyat ler pkck mike.. teman begitu kagum sekali dgn pkck mike, pkck mike kire kire nyee seangkatan dgn pengkomen2 si ayah singkong, dgn pak tam fara kamaruddin dalam ruangan komen ni, masing2 de lawan langsuyo, vempayee(ponti), pkck mike pulok melawan si hanturayee n adik teman fights pocong. haha leh ler tubuhkan team ghostbuster tak lame lagi

      Reply
  12. woi ISA

    Kau kalau dh tahu pengecut x pyh la bc,
    bc surat khabar je ckup..
    Tak payah duk semak kt page ni.
    Ngada2 btul..!!!
    Kemain lg sound2 admin psal pic tuh..
    Animasi je pn,bukan real.
    ISA BELA btul lah kau nih.

    TQ

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.