Mimpi Bersambung

Assalamualaikum. Thank you in advance admin kalau penulisan aku disiarkan. Nama aku Tisa (nama samaran), berumur 20 lebih dan belum berkahwin. Actually apa yang aku nak ceritakan lebih kepada pengalaman yang aku alami and lately benda ni macam sedikit menganggu walaupun tidak keterlaluan.

Masa umur aku 19 tahun, aku pernah bermimpi aku mengandung. Sampai sekarang aku masih ingat macamana perasaan kasih dan sayangnya pada kandungan aku walaupun cuma mimpi. Sounds weird, right ? Disebabkan masa tu first time aku mimpi macam tu so aku tak cerita dekat sesiapa. Aku buat tak tahu sampailah mimpi tu bersambung. Aku mimpi lagi tapi dalam mimpi tu aku tengah menyusukan bayi atas riba aku sambil diperhatikan seseorang di tepi aku. Aku tak tahu siapa sebab tak nampak muka. And then, aku still buat tak tahu lagi sebab aku tak nak ambik tahu ada something wrong pada aku tapi aku still curious so aku google everything yang berkaitan dengan mimpi aku. Aku baca artikel, tgk ceramah ustaz dalam youtube tentang tanda-tanda mimpi aku. Semua jawapan yang sama iaitu saka. So aku tertanya-tanya, kenapa aku ? Tapi still aku tak cerita dekat sesiapa apa yang aku alami.

Umur 20 tahun, aku sambung belajar. Kehidupan aku berjalan macam biasa dan aku dah tak mimpi lagi benda pelik macam tu tapi dia tunjuk tanda lain. Masa tu cuti sem, aku plan dengan sorang kawan nak keluar makan and aku pergi pick up dia dekat rumah. Aku namakan kawan aku ni Hani. Masa aku sampai, Hani tengah bersiap so aku decide nak tunggu je dalam kereta. Dalam 10 minit macam tu, dia datang and bukak pintu belakang. Aku pelik kenapa pulak nak duduk belakang. Hani cakap masa dia tengok kereta aku dari rumah dia, dari jauh dia nampak ada someone dekat tepi aku dalam kereta so dia assume yang aku bawak orang lain. Dia just nampak hitam je maybe macam orang minyak gitu. Bila dah sampai dekat kereta aku baru dia tengok takde orang. Aku buat tak tahu lagi sebab malas nak fikir banyak. Lagipun benda mimpi-mimpi tu dah lama.

Cerita tak habis kat situ je. Bila aku balik uni, ada satu kes histeria dekat block aku. Aku ajak housemate aku pergi tengok sebab first time kes histeria berlaku depan mata. Orang dah ramai depan rumah dia. Aku masuk rumah tu, aku tengok mangsa histeria ni dah dekat ruang tamu di kelilingi housemate dia. Aku namakan dia Sue. Aku ambik tempat dekat kepala Sue, duduk bersila dan baca yassin. Sue meronta-ronta sebab dia nak bangun lari keluar dari rumah. Ada beberapa orang pelajar lelaki yang datang dan cuba halang dekat pintu sementara tunggu ustaz datang. Tengah meronta-ronta, tiba-tiba Sue dongak kepala dan pandang aku dengan pandangan mata yang tajam. Aku dah cuak tapi aku tunduk teruskan bacaan yassin. Dia pandang aku lama kot. Aku habiskan bacaan dan cabut lari dari rumah dia. Seriously, masa tu aku tak syak apa-apa pun.

Kejadian lain pula, housemate aku nampak aku atas katil tengah duduk bersila sambil menunduk. Ceritanya macam ni, bilik kami bersebelahan dan kami memang tidur tak tutup pintu so boleh nampak sesiapa yang keluar masuk bilik masing-masing. Dalam bilik aku, aku dapat katil double decker bahagian atas. Aku dan roommate decide nak susun katil menghadap tingkap and tiap malam kami selalu bukak langsir sebab nak bagi cahaya lampu dekat koridor luar masuk so takdelah bilik gelap sangat sebab aku tak boleh tidur dalam gelap. Pagi tu dalam pukul 3, kawan aku si Nana dari bilik sebelah bangun nak ke tandas. Dia keluar dari bilik dia dan dia sempat toleh ke dalam bilik aku. Dia nampak aku tengah duduk bersila menghadap tingkap dalam keadaan menunduk tapi cuma hitam which means dia tak nampak warna baju aku. Dia just nampak hitam je. Dia buat tak tahu sebab dia sangka aku tengah study. Hahaha. Oke, orang hitam lagi. Hee ~

Lepas bertahun berlalu, semua macam oke je sampailah tahun lepas. Aku mimpi lagi dan ianya bersambung lagi. Aku tengah dukung bayi tu dan bayi tu dah besar. Maybe dalam lingkungan 7-8 bulan. Di belakang aku ada someone yang cuba rampas bayi tu dalam dukungan aku. Aku menangis sebab orang tu macam paksa aku serahkan bayi tu tapi aku taknak bagi. Aku pernah cerita pada kawan aku tapi diorang macam tak percaya. Some of them look at me with kind of face like Iā€™m too obsess with supernatural things so aku dah malas nak cerita dekat sesiapa. Tulis dekat sini jelah, at least aku boleh baca pandangan and komen-komen korang tentang cerita aku ni.

Tahun lepas, aku stay rumah sewa dengan beberapa orang kawan sebab dah last sem so senang nak ke kelas walaupun rumah parents aku agak dekat dengan uni. Sambungan mimpi tu masa aku stay rumah sewa. Oke, sambung. Lepas mimpi tu, aku mimpi lagi tapi bukan pasal bayi. Aku mimpi orang hitam yang kawan-kawan aku pernah nampak. Dalam mimpi tu, aku tengah bersiap nak ke kelas. Aku keluar dulu untuk hidupkan kereta sementara tunggu kawan-kawan aku bersiap. Aku bukak pintu dan depan rumah sewa aku tu ada orang hitam tu tengah bertenggek atas semacam pokok yang ditebang tapi dah reput sikit. Hitam dan takde muka tapi yang aku tahu dia lelaki. Macam tu lah yang aku ingat. Aku kaget dan aku tanya dia siapa. Dia tak cakap siapa dia tapi dia cakap nak ikut aku. Aku cakap tak boleh sebab aku nak pergi kelas. Dia cakap tak ape sebab aku sorang je boleh nampak dia, orang lain tak nampak. Dalam mimpi tu aku tak rasa takut pun. Aku tanya lagi, macamane kau nak ikut sebab kereta aku dah penuh dengan kawan-kawan aku. Mamat ni cakap lagi dia akan duduk belakang.

Masa nak pergi, mamat ni memang betul-betul ikut dan aku ingat lagi macamana dia duduk bertenggek atas riba kawan aku dekat tengah. Huuu ~ sampai je dekat kampus, kami berpecah sebab kelas lain-lain. Guys, ni aku dalam mimpi lagi. Kot korang keliru. Oke, aku pun ikut belakang library masa tu untuk kelas. Aih, mamat ni ikut lagi and then dia cakap ada benda nak bagitahu. Dia suruh aku pilih antara dua, first; ikut dia and dia akan bagi apa sahaja yang aku nak. Second; kalau aku taknak ikut dia, dia nak bagi satu ilmu pada aku. Aku tak sempat decide sebab aku tersedar dari tidur. Aku cerita dekat sorang akak ni, dia senior aku. Aku namakan dia Kak Yus. Kak Yus pernah kena buatan orang so dia percaya cerita aku. Kak Yus cakap nasib baik aku sempat sedar dari tidur masa mamat hitam tu offer dua benda tu. Aku pun tak tahu kenapa Kak Yus cakap macam tu and aku malas nak ambik tahu. Kak Yus suggest aku tanya pada ustaz yang pernah rawat dia so aku pm ustaz tu. Dia cakap dia boleh scan aku melalui nama berbintikan mak. Aku bagi nama, ustaz tu cakap ada saka dengan aku. Ada 25 ekor jin yang datang daripada nenek moyang aku dulu-dulu. Entah betul ke tidak. Dari cerita umi aku, nenek moyang aku dulu orang Siam yang ada ilmu dalam tarian makyong.

Bila dah habis belajar, aku bagitahu parents aku nak pergi berubat sebab aku nak tahu apa yang sebenarnya yang tak kena dengan aku. Ustaz yang kami pergi berubat tu pulak cakap ada 2 ekor dengan aku. Satu baik dan satu jahat. Ada bunian tua berjanggut panjang dan bertongkat yang datang dari Gunung Stong. Dia cuba nak bagi something pada aku tapi macam tersekat sebab ada aura jahat yang lain which means pakcik tu nak bagi something yang baik. Aku tak tahu apa yang dia nak bagi, aku cuma dengar dan angguk je sebab macam susah nak percaya. Bila dah balik dari berubat, lately benda tu macam merimaskan. Aku nak tidur pun susah sebab bila aku cuba nak tidur, datang suara merengus. Aku sejenis tak boleh tidur terdedah maksudnya aku kena letak something atas badan aku macam selimut ke bantal ke sebab aku pernah tidur terdedah macam tu and ada bayang yang lindung lampu tidur aku.

Semua ni berlaku lepas aku berubat. Aku dengar orang berbual dekat dapur rumah aku sebab bilik aku dekat dengan dapur. Walaupun butir perbualan tu aku tak dapat tangkap tapi aku dengar dengan jelas orang berbual. Sometimes, malam-malam dengar ada orang berlari tepi bilik aku macam kejar-mengejar. Pernah jugak masa aku tidur, ada bayang someone yang jenguk aku tidur. Masa tu aku tidur ayam so aku boleh nampak bayang tu. Dia jenguk kejap lepas tu pergi and last week aku mimpi lagi orang hitam tu. Dalam mimpi tu, dia pukul sepupu aku. Aku tengok dengan perasaan takut tapi aku tak boleh bergerak. Dia pukul sepupu sambil tengok pada aku dengan senyuman sinis. Korang rasa apa yang dia cuba sampaikan ? Tu mimpi aku paling latest setakat ni. Oke lah, nanti aku sambung lagi kalau ada perkembangan kisah aku ni. Harap korang faham sebab aku tak pandai sangat nak cerita dengan penulisan. Hahaha. Assalamualaikum.
-tisa

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Maruko Chan
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 comments

  1. sama la, aku pun selalu mimpi macam tu dan paling latest aku mimpi sesat dalam perkampungan, macam bunian ah tapi bila aku cerita kat family. takde sape yang percaya šŸ˜‚

    1. Kadang mimpi tu seolah nk menyampaikan sesuatu. Kita ja yang tahu dan faham.

      Cuma nya, arwah Wan pernah pesan, sebelum tidur baca tiga qul dan doa sblm tidur.

      Dan pernah juga berpesan, jangan terima apa-apa yang diberi dalam mimpi. Contoh yg paling igt, sikat nak cermin. Saya tk berapa pasti kenapa, and apa hubungkait nya dgn mimpi.

      1. allahu masih ingat lagi masa mimpi sesat kat perkampungan tu, orang dalam mimpi tu ada offer barang masa dia hantar balik. katanya kalau ada masalah boleh guna barang tu untuk panggil dia. nasib baik la tak ambik.

  2. Erm…
    Kerap juga jadi gini dulu…
    Bersambung berhari hari…

    Sampai tak rasa mcm nk tidur malam.

    The worst part is bila housemate pun alami mimpi yang hampir serupa….

  3. Saya pernah ternampak dan bercakap dengan bayang-bayang hitam. waktu tu saya mamai-mamai nak tidur. tiba-tiba saya nampak bayangan hitam belakang pintu, tak nampak muka, cuma nampak kepala pakai topi dan bentuk badan je macam tengah bermain menyorok-nyorok belakang pintu dengan saya, saya ingat itu bapak saya, saya pun cakap tak nak main lah, dah ngantok, Lepas tu terus saya terpejam tidur. Bayang hitam tu berdiri membatu je tak balas pun kata2 saya. Esoknya saya tak ingat nak tanya bapak saya…sampai saya besar tiba-tiba saya teringat terus rasa takut & meremang..balik ni saya nak tanya bapak saya adakah itu dia atau tak?.

  4. pergi laa berubat kalau main dengan saka ni bahaya takut nanti bila dah lama and benda tu dah selesa and dah sebati dengan kita takut nanti susah nak buang dia..saka2 ni tak boleh buat main laa..hati2 yaa..apa2 pun nice story and cepat2 sambung cerita yaa..pergi berubat tau jangan pandang benda tu remeh temeh jaa..takut risiko dekat diri sendiri jaa and orang yang terdekat..

  5. Assalamualaikum boleh tak awk wasap sy no pakcik yang boleh scan tu sebab sebenarnya sy dh 4tahun sakit belakang sy syak kne buatan orang sebab penah pegi hospital pakar cek xda apa2. No fon sy 01128627618 anne tq.

  6. Baru-baru ni mimpi antara nak tido. Rasa suami balik rumah tengah2 malam dah siap-siap nak tido tetiba teringat suami kat kampung jaga mertua seminggu. Terus terjaga tengok jam pukul 3 pagi. Anak pon menangis. Meremang terus nasib cepat sedar

  7. G berubatla dik…cri ustaz yg btul2 pndai rawat org sblm jd lg truk. Saka nie klau dh sebati ssh nk keluarkn. Dh berubat nt smbung balik cite ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *