#MissHada – Bangun! Lepaskan Aku!

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar, pembaca FS sekalian? Harap kalian sihat walafiat. Ini merupakan kisah pertama saya di sini. Saya berharap agar admin FS siarkan cerita saya ini.

Ini merupakan kisah seram yang benar berdasarkan apa yang nenek saya ceritakan pada saya dan apa yang telah saya lalui juga. Saya berharap agar kalian semua mengambil iktibar daripada kisah ini. Ceritanya berlaku beberapa tahun lepas. Tahun bila saya sudah lupa tapi saya rasa masa itu saya masih belajar di sekolah menengah. Sekarang sudah lanjut pengajian di sebuah IPTA di Perak.

Begini ceritanya…

Datuk saya merupakan seorang yang gemar mengumpul barangan antik dan terpakai sejak zaman muda mak saya lagi. Barangan yang dikumpulnya memang tidak boleh di sentuh langsung, kiranya kalau nenek atau mak saya mahu mengemas atau tegur datuk saya, dia akan mula naik marah. Degil sangat Datuk. Semua barang-barang tersebut di simpan dalam kotak. Cuba bayangkan, sudah beberapa tahun dan dekad mengumpul ‘sampah’ dari luar, rumah mereka dah dipenuhi sangat dengan kotak-kotak sampai sekarang saya tengok pun dah jadi macam dalam tempat stor Ikea. Duduk di ruang tamu dah jadi tak selesa sebab barang-barang dalam kotak-kotak tersebut mengeluarkan bau hapak dan ada kalanya beberapa kotak itu ada keluar bau ikan hanyir semacam.

Deria Datuk tidak berfungsi elok seperti dahulu ( umur sudah mencecah pertengahan 80-an), jadi dia memang tak ambil kisah. Tetapi kami terutamanya nenek boleh rasakan ada sesuatu yang tidak elok di dalam beberapa kotak-kotak tersebut.

Nenek tidak ambil peduli pun tentang hobi pelik Datuk sebab dah ‘fed up’ kena marah, jadi dia tak tahu dari mana Datuk ambil barang tersebut. Datuk pernah kongsi yang dia selalu pungut barang antik yang telah dibuang atau ditinggalkan di tepi jalan kawasan perumahan dan rumah-rumah lama yang terbiar kosong. Ha, hebat dan berani kan Datuk saya? Nenek buat tidak dengar sahaja tetapi mak saya sudah tidak boleh tahan dan Datuk kena ‘sound’ teruk daripada dia. Yalah, sudahlah ambil barang dari rumah terbiar lepas itu di simpan buat koleksi. Entah-entah ada ‘benda’ yang lekat kat barang tersebut….

Okay, barang Datuk yang saya nak cerita sekarang ni adalah penyebab rumah mereka jadi huru-hara. Ciri-ciri barang ini adalah antik dan merupakan patung marble ‘authentic’ yang saya pasti adalah untuk kegunaan ritual. Saya ada sekali nampak patung ini semasa Datuk membelek kotak. Tiba-tiba sahaja bulu roma saya meremang. Pada masa itu, saya dah rasa tak sedap hati. Pelik juga rupa patung itu, macam rupa hantu jembalang hodoh pun ada. Nasib baik semangat saya kuat… tetapi neneklah yang paling malang.

Untuk pengetahuan sekalian, saya biasanya tinggal rumah mereka masa cuti sekolah sahaja dan saya ‘occupy’ bilik master sebab ada study area untuk saya. Nenek dan Datuk tidur di bilik kedua dan ketiga yang ada ‘shared bathroom’. Gangguan bermula apabila nenek tidur dalam bilik saya berseorangan (lepas berkelahi dengan Datuk rasanya). Dalam jam tepat 2 pagi, nenek tiba-tiba bangun tersentak. Badannya dibasahi dengan peluh sejuk, berasa lenguh sekali dan dia tidak boleh gerak langsung. Nenek pasti dia macam ditindih oleh sesuatu. Mata nenek yang agak rabun tertumpu kepada satu lembaga yang berdiri di hujung katil.

Berdasarkan cerita nenek, dia ingatkan Datuk masuk bilik, sebab rupa dan fizikal lembaga itu macam mirip Datuk sedikit. Nenek menegur ‘Datuk’ beberapa kali tetapi dia hanya berdiri tegak dan keras macam patung sementara matanya hanya melekat pada nenek sahaja. Pada masa itu, nenek sudah rasa lain semacam sudah. Nenek cuba menoleh kepalanya kearah kanan, dan apabila dia sudah berjaya berbuat demikian, Nenek tiba-tiba menjerit….kerana terkejut melihat lembaga itu duduk bercangkuk tepi kanan katil, mukanya pula hanya beberapa inci sahaja daripada muka nenek!

Rupa lembaga itu tidak ada langsung mirip Datuk. Mukanya seakan-akan lelaki tua, kulit kerepot yang melampau dan ada kesan bakar yang teruk. Matanya bulat terjegil dan berwarna merah darah. ‘Dia’ kelihatan sangat marah.

‘Hoi, *****! Bangun! Lepaskan aku sekarang!’ Lembaga itu memarahi nenek dengan muka yang amat bengis dan suara yang garau metallic. Bahasa yang dipertuturi oleh lembaga tersebut adalah Cina berdialect Hokkien. Nenek adalah keturunan Cina Hokkien, jadi dia faham apa lembaga itu berkata.

Nenek tidak endahkan lembaga tersebut. Dia mula membaca ayat-ayat perlindungan yang diberi oleh sami dahulu (Nenek beragama Buddha). Namun, lembaga itu tidak melepaskannya. Sekali lagi dia jerit tepat-tepat di telinga kanan Nenek. ‘Lepaskan aku sekarang! Lepaskan…!” Nenek terus baca dengan kedua-dua matanya pejam. Setahu Nenek, kehadiran lembaga itu semakin lama semakin hilang, mungkin disebabkan sudah ‘give up’ menganggu Nenek. Akhirnya, ‘dia’ sudah tiada dan Nenek bolehlah gerakkan badannya. Semasa Nenek turun katil, pintu tandas bilik master dihentak kuat macam bunyi bom dari dalam. Nenek masa itu tidak boleh tahan lagi lalu dia cepat keluar dari bilik master dengan suis air cond tidak tertutup dan terus masuk ke biliknya.

Keesokan harinya, Datuk marah Nenek kerana tidak tutup suis pasalnya tetapi Nenek dah terlalu takut sudah mahu layan kerenah Datuk. Tambah lagi, dia sudah mula ada demam. Dia cepat-cepat call saya. Masa itu saya di rumah mak pada hujung minggu. Nenek bercerita lah kejadian semalam sambil menangis. Hati saya sudah berdegup kencang mendengarnya sebab sebenarnya saya sudah ada mimpi yang jelas tentang ini dua hari sebelum kejadian ini berlaku (nota: kelebihan saya ini akan diceritakan pada episod yang akan datang).

Raut wajah mak saya sudah berubah apabila dia mendengar cerita tersebut. Kami berdua segera ke rumah mereka. Mula-mula kami pergi ke bilik master saya itu. Masa ini, saya rasa bilik saya ni sudah jadi sangat suram dah walaupun tingkap dah terbuka luas oleh Datuk awal pagi tadi. Memandangkan semangat saya ini di kira paling kuat dalam keluarga, saya masuk bilik itu dulu. Mak pula di bawah cuba berubat Nenek yang semakin parah demamnya dan akhirnya terpaksa bawa nenek pergi ke klinik. Jadi, di bilik hanya tinggal saya dan Datuk, yang dari tadi ikut saya naik atas. Alasannya, mahu belek kotak.

‘Hold on a second, belek kotak?’ Sekarang ini aku sudah terang-terang dah nampak kotak-kotak milik Datuk tersusun dekat dinding tepi katil. Aku tanya lah Datuk, ‘Sejak bila Datuk letak kotak-kotak di sini?’

‘Sejak kamu habis bercuti di rumah Datuk seminggu yang lepas. Ruang bawah sudah penuh, jadi Datuk letak barang-barang dekat sini.’

Aku mendengus perlahan dan beranikan diri membuka sedikit beberapa kotak-kotak di situ. Akhirnya, saya sudah cari punca gangguan nenek semalam iaitu barang yang ada di dalam sebuah kotak coklat pudar bersaiz sederhana yang agak ‘familiar’ bagi saya. Auranya sangat lain, kuat dan bersifat negatif. Saya tidak perlu membuka untuk tahu isi kandungan dia sebab setahu saya ini lah kotak di mana Datuk simpan patung ritual itu. Pada masa ini, Datuk ingin mengambil kotak tersebut. Dia mahu mengalihkannya ke bawah pula.

‘Apalah Datuk ni, dah nyanyuk agaknya’, fikir saya. Disebabkan saya cucu kesayangan Datuk, maka dia pun biarkan saya pegang kotak itu selepas memujuknya beberapa kali. Tindakan yang seterusnya pula saya terus call ustaz selaku guru agama Islam saya dari darul syifa’ untuk ‘bersihkan’ bilik master saya sebab saya dah mula rasa tidak sedap hati tinggal kat bilik ini berseorangan memandangkan Datuk sudah turun.

Lagipun nak pagar bilik ini saya tidak boleh buat berseorangan sebab tidak mampu dan perlukan pakar seperti ustaz untuk membuang jin. ‘Benda’ ni pun kuat juga melawan. Nak dipendekkan cerita, ustaz sudah pagarkan bilik master itu dengan azan, ayat kursi, ayat tiga Kul dengan ayat surah pendinding daripada jin. Patung ritual tersebut telah dipindahkan, mungkin telah di hapuskan (saya tidak pasti di mana) dan sejak hari itu, tiada lagi gangguan di dalam rumah tersebut terutamanya di bilik master.

Sebenarnya, saya sudah sendiri awal-awal lagi pagarkan bilik itu, siap tabur lada dengan minyak kasturi dan daun limau serta melaungkan azan di setiap penjuru semasa cuti sekolah…disebabkan hari itu Datuk membuta sahaja bawa balik barang pelik macam patung ritual itu dari tempat yang ‘kotor’. ‘Benda’ itu pastinya terseksa kerana adanya pendinding ayat suci Al-Quran itu dalam bilik master, jadi dia cuba nak serang and masuk ke dalam badan nenek saya malam itu. Terperangkap lah ‘benda’ itu jadi dia sangat marah.

Sejak kejadian gangguan tersebut, nenek dah bertambah pulih. Mak dan nenek senyap-senyap buang semua barang-barang dan koleksi kesayangan Datuk itu apabila dia tidur pada sebelah petang. Saya pula tolong sekali kemaskan dan alhamdulilah, rumah mereka sekarang ini sudah hampir bersih, tinggal sahaja nak jual surat khabar lama yang telah disimpan sejak tahun 80an! Haha, Datuk oh, Datuk…

Pengajarannya, jangan jadi macam Datuk, pandai-pandai kutip barang walaupun nampak cantik dan mahal dekat tepi jalan mahupun rumah terbiar sebab mungkin barang-barang tersebut adalah harta pusaka peninggalan nenek moyang orang lain dan ada ‘benda’ yang duduk menghuni di dalam barang tersebut.

Sekian sahaja coretan saya dan terima kasih kerana membaca!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

miss hada
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

25 comments

  1. Itulh kan.. hobi punya psl.. Alhamdulillah sekurang2nya dpt jgk ‘mslh’ yg dtg kat kluarga awak dselesaikan..

    1. Datuk masih kumpul barang tapi sudah kurang. Alhamdulilah, setakat ini tak ada ‘benda’ yang menggangu nenek dan datuk saya.

      1. Mongol ini berada di banyak tempat, berasmilasi dan menggunakan budaya setempat sebagai identiti. Contoh mongol di India dikenali sebagai Munghal. Barat mengelarnya sebagai Moor.

    1. Hi, saya bukan mualaf. Muslim since birth. 🙂 Mak saya convert to Islam sejak sebelum kahwin dengan ayah saya.

  2. Kan die ckp mak die yg convert islam.so atok ngan nenek die dgn agame asal.penulis muslim sejak lahir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.