#MissT: Rupa-rupanya kau yang… (2)

Assalamualaikum warga FS. Aku turut bersedih apabila #SiCelupar nak berhenti menulis di FS. Tapi yang lebih penting, aku nak settlekan beberapa persoalan dan ketidakpuashatian warga FS terhadap cerita yang pernah aku tulis sebelum ni.

Bagi mereka yang mengatakan aku miang, gedik dan sebagainya, aku terima. Cuma perkara ini berlaku di luar kawalan dan jangkaan aku. Tidak pernah sekali aku menggunakan kecantikan untuk main-mainkan lelaki. Bagi yang rasa cerita aku tergantung, aku minta maaf juga.

Tapi apa yang aku nak bagitau ialah memang Syed yang sihir aku. Now, aku akan sambung permainan psikologi aku untuk berhadapan dengan Syed.

Bagi aku, nak berhadapan dengan orang macam Syed ni tak mudah. Aku ambil pendekatan untuk tak menggelabah dan cuba bertenang sehabis baik. Itu juga nasihat daripada Jafni. Ohh ya, waktu tu aku masih belum bagitahu ibu tentang sakit aku dan masalah aku sebab ibu masih bersedih atas pemergian ayah pada Mac 2015. So, aku settlekan masalah ni sendiri.

2015 (U** Terengganu)
2 minggu sebelum peperiksaan sem akhir berlangsung, aku pulun study sebab aku jenis yang slow sikit bila bab-bab menghafal ni. Roomate aku mek klate tu pun study jugak selang satu meja dari aku. Dia ni jenis yang study mulut bercakap. Cakap English pun slang kelantan dah aku dengar. Kadang-kadang aku gelakkan dia, dia sembur aku dengan ridsect. Roommate aku sorang lagi study atas. Meniarap, bantal tongkat dagu. Masing-masing khusyuk study. Tiba-tiba, pap!

Aku: Eh, korang! Apesal lampu tiba-tiba mati ni! suluh jap, suluh jap! Aduh…kipas pun mati ni. Blackout la ni!
Aku: Wei, tolong la suluh jap. Handphone aku atas katil, tak nampak ni. Tu torchlight dalam drawer almari aku tu ambik jap, Ika (mek klate).
Aku: Ish, kalau ye pun takut, jangan la senyap je. Tepi sikit, aku nak ambik torchlight.

Aku pun meraba-raba meja nak ke almari ambik torchlight. Raba punya raba, sampai la ke meja si Ika ni. Kosong. Raba lagi dekat kerusi, kosong. Ish mana pulak Ika ni. takkan la lari baring sekali dengan Yuni (roommate 2) kot kat lantai. Aku pun mengundur ke belakang sikit sambil kipas-kipas kaki aku.

Kot-kot la tersepak si Ika dengan Yuni kat lantai. Sepak, kosong. Sepak-sepak lagi, kosong. Aku depakan tangan, kangkangkan kaki then aku pusing 360 darjah. Satu objek pun aku tak langgar atau sentuh. Aku pusing laju lagi, masih kosong. Sah bilik aku kosong! Zappppp berderau jantung. Terus raba-raba ke almari capai torchlight. Tikkk!

Aku nyalakan torchlight. Tempat pertama aku suluh, meja study Ika. As expected, kosng. Aku suluh lantai, kosong jugak. Yuni takde, kertas-kertas dan buku-buku dia pun takde. Aku bukak pintu nak jengah koridor, yang menyala Cuma lampu kecemasan.

Itu pun hidup segan mati tak mahu cahayanya. Tapi aku pelik, kenapa yang lain senyap je? Apesal diorang tak kecoh-kecoh blackout? Aku pun pergi dekat katil capai phone. Aku send message dekat floor rep aku. Dia reply dengan satu imej…

Notis: Dimaklumkan bahawa pada 12 Jun 2015, pihak kolej akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di bilik suis utama. Oleh itu, pihak kolej akan mematikan semua sumber elektrik bermula jam 10 malam hingga jam 2 pagi. Pelajar dinasihatkan supaya tidak menggunakan apa-apa sumber cahaya yang berbahaya terutama lilin demi keselamatan warga kolej yang lain. Terima kasih.

Earth Hour paling lama dalam rekod. 4 jam tanpa elektrik! Macam mana la aku tak perasan notis ni. Patutla budak-budak lain senyap je. Diorang dah prepare la tu. Tak pun pergi lepak kolej lain. Aduh… dah pukul 10:30 ni. Nak tunggu lagi tiga jam lebih masak aku dalam bilik panas ni. Zapppppp darah berderau balik bila teringat “Ika” dan “Yuni” yang study sama-sama dengan aku tadi. Aku selitkan torchlight dekat kerawang-kerawang katil. Aku bukak yasin.

Kebetulan wudhuk aku masa isyak tadi belum batal. Yasin sebesar dua tapak tangan tu aku pegang kemas dan mulakan bacaan. Masa aku nak teruskan bacaan pada muka surat ketiga, aku ternampak cahaya handphone dekat katil Ika. Melihat kepada cahaya tu, seperti ada orang yang tengah pegang sebab cahaya tu terapung. Bukan terletak. Aku toleh dan amati betul-betul cahaya tu. Memang nampak macam orang main phone.

Aku: I I I Ika dah dah dah balik? Bi bi bila ma maa sukk? (terketar-ketar)
Ika: hmmmmm
Aku: O o orang cari Ika dengan Yuni tadi. (masih terketar-ketar)
Ika: hmmmm
Aku: O o orang sambung baca sikit lagi. I I I Ika nak ti ti ti do dulu tido la (Allah, tak hilang ketarnya)
Ika: ~~~~~~~

Tapi, aku tak sambung bacaan yasin aku. Aku capai phone dan call Ika. Kalau betul Ika dekat dalam bilik ni. Mesti ada ringtone lagu “Heartbreak” nyanyian Demi Lovato. Tut tut. Tut tut. Tut tut. Ringtone orang katil sebelah tak berbunyi. Aku matikan panggilan. Aku toleh katil Ika, masih ada cahaya tu. Aku dail semula. Tut tut. Tut tut… hello, nim! Mu gi mano aku call mu dai tadi mu senyak. Hok tut tut, tut tut. Mu gi mano? Damn!

Aku: I I I I I I I ka ….astaghfirullahalazim.. I I I Ika ke tu? (makin kuat ketar)
Ika: Ho la. Aku la roommate mu hok kalut sekali ni. Aku ni dai tadi call mu. Aku kek kolej Jannah ni. Male ni aku tido sini. Uuuuuuuu dok sangguk aku dok bilik paneh tu Nim. Blackout male ni. Mu kek bilik ko? Yuni ghoyak tadi dio tak balik jugok. Mu oke ko Nim?
Aku: huuuuuu uuuuuuu…. Huuuuuuu uuuuuu…huuuuuu uuuuuuuu….
Ika: Nim, mu nangeh ko? Kami mintak maah Nim. Kami call mu. Mu tak angkak. Gini Nim, mu call Kak Mik deh? Mu gi bilik dio ko. Mu jange dok bilik kalu mu takuk. Mintak maah deh.
Aku: huuuuuuuu uuuuuuuuu…huuuuuuu uuuuuuuuu.

Tut tut tut.

Aku menangis bukan sebab aku terkilan Ika dan Yuni tinggalkan aku dekat bilik sorang-sorang. Tapi masa aku tengah dengar Ika explain sebab dia tak balik bilik tu, aku nampak benda tu bangun..

Macam mana aku tahu? Sebab cahaya tu makin tinggi. Cahaya tu bergerak ke arah aku. Tapi aku tak nampak kelibat apa yang pegang cahaya tu sebab gelap sangat. Cahaya torchlight cuma cukup-cukup nak terangkan surah yasin yang aku pegang. Benda tu makin dekat.

Masa tu jugak bau busuk menerjah hidung aku yang dah mula tersumbat dengan hingus sebab aku nangis. Aku tundukkan muka aku sambil toleh ke tempat lain. Surah yasin yang aku pegang akhirnya jatuh dek tangan aku yang menggigil terlalu kuat. Benda tu berdiri sebelah aku. Aku rapatkan badan ke dinding menjauhi benda tu. Masa tu jugak tangan dia mula hinggap dekat rambut aku dan bersuara “Tasnim…mu buke soghe-soghe dale ni…aku ado kek sampeng mu”. Allahuakbar…tolong Syed. Stop it. Zasssssss benda tu hilang! Bilik masih gelap. Aku berlari ke bilik Kak Mik.

Aku: Kak Mik, tolong saya kak. Ada benda dalam bilik saya.
Kak Mik: Eh, Tasnim! Masuk-masuk. Kamu duduk dulu. Kak Mik nak nyalakan lilin.
Aku: Eh, kolej tak bagi pasang lilin kak. Nanti terbakar.
Kak Mik: habis tu nak dapat cahaya dari mana? Berapa ekor kunang-kunang kamu nak tangkap?

Aku: hmmmm…torchlight saya tertinggal dalam bilik. Akak tak takut ke duduk dalam gelap?
Kak Mik: Akak dah biasa. Lepas cerai, memang hidup akak dah gelap.
Aku: Sorry kak.

Kak Mik: hahahahahaha…akak gurau je Tasnim.
Aku: Akak niiiiiiiiiiiii…kak, saya tumpang tidur sini malam ni ye?
Kak Mik: Boleh. Tapi kenapa kamu duduk bilik sorang-sorang? Akak rasa dekat floor ni kamu je yang ada. Yang lain pergi study kolej lain rasanya. Floor rep pun takde. Kamu tak baca notis ke?

Aku: saya tak baca kak. Tak perasan pun. Roommate saya pun tak bagitau kak.
Kak Mik: Aiiiii, masa mesyuarat jawatankuasa, si Zulaikha tu beria-beria bagi cadangan buat penyelenggaraan malam ni sebab dia kata tak ramai ada dekat kolej sebab masing-masing nak study kolej lain. Ada yang dah habis kuliah tu siap balik kampung lagi. Takkan dekat roommate dia sendiri dia tak bagitau?

Aku: Ika bagi cadangan tarikh malam ni?
Kak Mik: Iye….sebab tu akak terkejut kamu ketuk bilik akak. Akak ingatkan bilik kamu kosong. Si Ika tu cakap roommate dia pun balik kampung malam ni. Kamu tak jadi balik kampung ke?
Aku: bila masa saya cakap dengan dia saya nak balik kampung?
Kak Mik: Manalah akak tau.
Aku: Akak, pinjam phone. Nak call Yuni.

Aku call Yuni.

Aku: Hello Yuni. Awk kat mana?
Yuni: Saya dekat luar ni. Tido rumah kawan. Tak berani la duduk bilik sorang-sorang. Hehehe. Tasnim dekat mana? Sampai kampung dah? Ni no phone sape?
Aku: Yuni, listen. Saya tak balik kampung dan tak pernah cakap nak balik kampung.

Yuni: Eh, Ika cakap Tasnim balik kampung. Lagipun minggu depan study week kan. Sebab tu Yuni tak balik bilik. Ika pun tak balik.
Aku: Saya ada dekat kolej ni. Tak apalah Yuni, jumpa nanti. Bye.

Aku dah dapat tangkap permainan Ika. Aku rasa Ika ada kena mengena dengan konflik aku dan Syed. Aku dapat rasakan Ika orang tengah Syed. Apa yang menguatkan lagi andaian aku adalah setiap kali aku diganggu, mesti ada kaitan dengan Ika. Kalau benda tu tak menyerupai Ika, dia kan bersuara macam Ika. Dah banyak kali dah. Tapi aku abaikan Ika dulu. Aku nak jumpa Syed!

Aku: Kak Mik, saya nak tidur sekejap. Nanti tolong kejut saya pukul 5 boleh?
Kak Mik: Boleh. Tidurlah dulu.
Aku: Aaaaaa lagi satu kak, nanti pagi nak pinjam phone lagi tau.
Kak Mik: Bolehhh…

Pukul 5:10 pagi, aku send satu message yang panjang dekat Syed pakai phone Kak Mik. Dalam message tu aku cerita dekat dia yang aku kena ganggu lagi. Aku cakap aku takut dan aku nak jumpa dia pukul 9 pagi esok. Kalau dikira betul-betul, Syed cuma ada masa 4 jam untuk datang jumpa aku.

Kalau betul Syed dah balik KL, dia takkan sempat sampai sharp pukul 9. Message aku yang panjang-panjang tu cuma nak ganggu konsentrasi dia tentang waktu. Dia reply dengan satu emoji thumbs up dan kami bertemu keesokan harinya pukul 9 sharp!

Aku: Syedddd!!! Happy dapat jumpa ko. Sorry la kalau aku susahkan ko jauh-jauh datang sini dari KL. Cepat jugak ko sampai ek. KL-Terengganu 4 jam je ko bedal. Mesti laju gila bawak kereta. Heheheheh.
Syed: Dah biasa jalan sini. Cepat la sampai.
Aku: dah biasa jalan sini? Elehhhh cakap macam duduk area sini je ko ni.

Syed: apehal ko nak jumpa aku? malam tadi berjela-jela message. Ko kena kacau semalam teruk ke?
Aku: hmmmm teruk..benda tu dah mula menyerupai Ika, roommate aku. Macam mana Syed?
Syed: pegi berubat la wei. Risau aku tengok ko.
Aku: hmmmmm ye aku memang kena berubat. Cuma aku nak siasat dulu sapa yang buat aku.
Syed: Dah ko tak pergi berubat, macam mana ko nak tau sape buat. Lagi senang la dia nak kacau ko.

Aku: Yeke? Eh, ko nak tau satu benda tak?
Syed: ape?
Aku: Aku jumpa Jafni dekat sini! Kitorang sama uni rupanya! Tak sangka betul la.
Syed: Jafni ex ko mase form6 dulu ke?
Aku: haah, dia la. Kawan ko mase dekat kem dulu. Dia dah cerita sebab ko pindah kem.
Syed: Hah? Dia bagitau kenapa family aku pindah? (Masa ni Syed nampak terkejut sangat. daripada duduk macam orang malas, tegak jadinya)

Aku: Haah. Aku pun sangka sampai macam tu sekali. Terkejut aku dengar cerita Jafni.
Syed: Dia cerita apa? Ko jangan caye la. Di buat-buat cerita tu.

Aku: laaaaaa. Takkan aku tak caye. Dia cakap family ko kena sihir dengan orang dekat-dekat situ jugak. Sebab tak tahan sangat la family ko pindah. Takkan la dia nak buat cerita. Kalau dia buat cerita, dia cakap family ko yang main sihir. Hehehehe.
Syed: ohhhhhhh… aaaaaaaa….haaaaaaa betul la tu apa yang Jafni cakap.

Aku: Sian ko. Tapi kenapa ko tak pernah cerita?
Syed: Pernah ke ko nak dengar cerita aku sedangkan ko asyik bercerita pasal lelaki.

Perbualan kami terhenti, aku tersentak dengan kata-kata Syed. Mungkinkah sebab aku tak pernah bagi perhatian dekat Syed, itu jadi alasan dia sihir aku? aku kena cari lagi puncanya. Mustahil sebab tu je. Lepas kami diam, aku mulakan perbualan semula.

Aku: Eh, wei! Jom pergi short vacay nak? Alang-alang ko dah ada dekat sini kan. Ko cuti lama tak? Aku tak faham sangat jadual UITM ni. Kitorang exam, korang belum. Korang cuti, kitorang kuliah. Sekarang tengah cuti ke?
Syed: aaaaaaa haah cuti.. Aku cuti lama jugak. Boleh nak vacay. Pergi mana?

Aku: alaaa Pulau Perhentian jela. Tak jauh sangat. Tapi taknak la kita berdua je. Aku ajak roommate aku, Ika. Ko ajak la Jafni. Dia pun mesti dah lama nak jumpa ko.
Syed: aaaaaa ko arrange la.
Aku: Okay set!

Hari yang aku rancang dah tiba. Hari tu kami berempat ke Pulau Perhentian untuk ambil angin. Tapi niat aku lebih kepada nak menguji Syed dan Ika. Aku nak tahu sama ada diorang kenal ataupun tidak. Waktu tu, dua hari sebelum minggu exam means jumaat dan sabtu. Aku tetap teruskan rancangan since 1st paper aku mula lewat sikit.

Aku tak tahu kenapa Ika tak tolak ajakan aku. Padahal exam dia start selasa. Mungkin Ika pun ada agenda dia sendiri. Lepas solat jumaat, aku dengan Ika gerak ke pulau. Kami sewa kereta. Aku taknak naik dengan Syed sebab just in case jadi apa-apa, aku boleh balik sendiri. Syed pulak, aku suruh ambik Jafni dekat kolej dia. Tapi, Jafni dari semalam tak balas message aku.

Masa sampai dekat sana, aku nampak kereta Syed. Tapi Jafni takde. Aku tanya Syed mana Jafni. Syed cakap Jafni nak gerak sendiri. Dia taknak naik Syed. Aku fikir, mungkin Jafni pun fikir langkah keselamatan yang sama macam aku. masa Ika turun, aku pandang muka Syed. Dia tengok Ika dalam dua tiga kali then dia tunduk sebelum pandang aku balik.

Syed: Gila cantik tempat ni! ko dah book bilik belum?
Aku: aku tak cakap aku nak stay malam ni.
Syed & Ika: HAH! (sambil pandang muka aku)
Aku: laaaaa…yang korang terkejut sangat kenapa ni? kan aku cakap short vacay. So, just make it short okay! Kita lepak-lepak sini sekejap then malam kita balik okay! (aku gerak ke depan tinggalkan Ika dengan Syed…sambil tu aku keluarkan phone konon-konon nak selfie.

Tapi tak, aku pegang phone sebab nak tengok apa diorang buat belakang aku. As expected, diorang bercakap-cakap. Tangan si Ika ke atas ke bawah ke kanan ke kiri gaya orang politik)
Aku: weiiiiiii..cepat la! (kelam kabut diorang lari) hahahaha.

Jujur aku cakap moment-moment dekat Pulau Perhentian semuanya FAKE! Aku bertahan untuk jalankan misi aku je. Aku masih bimbang Jafni masih belum sampai. Call tak angkat. Message tak balas. Aku teruskan juga misi aku tanpa Jafni.

Aku: bluerrrkkkkkkkkk…..bluerrrkkkkkkk (aku pura-pura nak muntah)
Ika: Nim, mu oke ko? Mu nok muntoh ni. Syed, gi cari plastik ko apo-apo jola!
Syed: okay! Okay!

Aku: (berhenti jap nak muntah) Ika, mana Ika tau nama dia Syed? Saya belum kenalkan korang lagi kan?
Ika: aaaaaa. Eh, mu ni. Tadi mu ghoyak namo dio Syed. Lupo mu ni.
Aku: bluerkkkkkkk (yang ni memang rasa nak muntah betul dengar jawapan si Ika. Sumpah aku tak sebut langsung nama Syed. Takkan la aku nak spoiledkan rancangan aku by mention his name!).
Ika: Nim, mu gi toilet ujung nun! Cepak!

Aku pun berlari pergi toilet yang agak jauh jugak la..Memang tak logik orang nak muntah boleh berlari sejauh tu. Lepas aku fikir sehabis baik masa dalam toilet, aku jumpa semula Syed dengan Ika. Hari dah nak senja masa tu. Aku cakap aku muntah lendir hijau hitam dengan rambut. Muka Syed dengan Ika tiba-tiba berubah macam tak percaya. Kat sini, aku mula syak, diorang pelik aku muntah benda tu sedangkan diorang tak hantar pada waktu tu.

Aku dah mula frust dengan Ika. Lebih tepat lagi aku dah mula menyampah dengan diorang berdua.

Aku: dah la, dah nak senja. Kita pergi surau dulu, lepas tu kita dinner. Lepas tu kita balik. Jafni pun mungkin tak datang.
Ika: Okay Nim.
Syed: nanti korang cari aku dekat kereta. Aku tunggu sana.
Aku: Okay.

Dalam surau, sementara tunggu waktu maghrib. Aku Cuma diamkan diri. Ika sebelah aku. Badan aku rasa sejuk. Kepala aku berpinar-pinar. Kali ni aku tak pura-pura. Dalam samar-samar aku terpandang tingkap surau. Allahuakbar! Allahuakbar!

Aku menjerit-jerit manakala pocong yang sedang tercongok dekat tingkap tu masih terlompat-lompat sambil pandang aku. Orang lain cuba tenangkan aku sampai la pocong tu hilang bila azan berkumandang. Ada sorang makcik lapkan peluh aku dan dia minta aku tukar telekung sebab dah basah bahagian kepala dek peluh aku. tapi yang aku perasan, Ika hilang! Aku batalkan niat nak berjemaah. Aku solat dulu sebab aku nak cari Ika. Selesai solat, aku keluar surau dan pergi ke kereta. Sampai dekat kereta, Syed dengan Ika takde.

Tiba-tiba, zaappppppp ada benda melintas laju depan aku. Belum sempat aku fikir apa enda tu, zapppppp lagi sekali dia melintas. Lepas tu zapppppppppppp bahu aku ditolah dari belakang dan aku jatuh tersungkur. Kepala aku terhantuk dekat rim tayar. Tiba-tiba aku nampak Syed melambai-lambai tangan panggil aku. masa tu Syed ada di kereta selang dua buah kereta dari aku. Tapi Syed atas bumbung kereta.

Aku tahu tu bukan Syed. Aku unlocked kereta dan masuk. Aku capai yasin dalam dashboard dan aku baca. Tiba-tiba aku nampak bayang dekat tepi aku. tepi tingkap belah pemandu. Aku pejam mata dan sambung bacaan kerana aku dah hafal bahagian tu. Ktakkkkk! Pintu kereta aku macam aku orang bukak. Aku masih pejamkan mata dan sambung bacaan.

Betul, benda tu tak takut dengan kalimah suci yang aku lafazkan. Ktakkkkk! Ktakkkkk! Ktakkkk!… tiga lagi pintu dia bukak. Aku tak tahu orang atau apa sebab aku sangat takut. Tasnimmmmmm…immmm…immmmmm… Tasnimmmm immmm immmm…ada suara yang memanggil. Aku cuba buka mata dan aku menyesal sangat sebab benda tu tengah bertenggek dekat boot depan.

Mencangkung, dan bergoyang ke kiri dan kanan. Allahuakbar! Allahuakbar! Benda tu hilang. Tasnimmmmmm immmmm immmmmm….serentak tu ada tangan merangkul leher aku. tangan yang sejuk dan kasar. Aku hantuk kepala aku dekat streng sampai hon berbunyi sebab aku nak lepaskan rangkulan tu. Zappppppp kelibat tadi melintas lagi. Aku cuba hidupkan enjin untuk lari. Dalam terketar-ketar ada satu lagi tangan pegang tangan aku. Syed!

Aku: Tolong la Syed, lepaskan aku. Apa dosa aku pada kau! Kalau aku berdosa sekalipun, tolong la maafkan aku. (aku menangis sambil merayu pada Syed).
Syed: (genggam tangan aku dengan kuat) Aku sayang kau Tasnim. Sumpah aku sayang kau.

Aku: kenapa kau tak prnah cakap kau suka aku! aku pernah tanya kau dulu setan!
Syed: (rentap kepala aku) kenapa kau sibuk dengan lelaki lain sedangkan aku ada dengan kau! Kenapa kau perlukan lelaki lain sedangkan aku mampu jaga kau! Kenapa kau asyik bercerita pasal lelaki-lelaki lain tapi kau tak pernah fikir perasaan aku!

Aku: sebab aku anggap ko kawan Syed. Aku anggap ko kawan.
Syed: pergi mampos dengan kau punya kawan! Aku korabnakan macam-macam untuk ko! Cuma kawan je ko anggap aku!
Aku: Jangan disebabkan kelemahan dan kebaculan ko, ko buat orang macam ni setan!

Syed lepaskan kepala aku…Syed tunduk. Aku ambik kesempatan tu tendang Syed dan hidupkan enjin kereta. Aku kesat air mata aku dan aku drive ke balai polis. Waktu aku keluar dari tempat tu, aku nampak Ika. Dia cuma berdiri kaku. Sampai di balai polis, aku buat laporan polis tentang kekasaran Syed. Walaupun aku tahu Syed akan bertindak lebih ganas, aku tetap buat laporan demi keselamatan aku buat sementara waktu.

Sejak kejadian malam tu, aku jadi trauma. Setiap sentuhan daripada orang, aku rasakan seperti ancaman Syed. Disebabkan itu, aku dimasukkan ke hospital. Waktu itulah ibu tahu apa yang terjadi kepada aku. Ibu pun pelik macam mana aku boleh drive lepas apa yang berlaku. Aku tak dapat ambik peperiksaan sem 5. Aku terpaksa extend pengajian.

Aku redha sebab apa yang berlaku adalah atas tindakan aku sendiri dan ketentuan Allah SWT. Syed? Aku tak tahu dia di mana. Sihir yang dia hantar sikit-sikit telah dibuang semasa aku berubat. Aku taknak cerita proses berubat tu sebab sama sahaja seperti yang pernah dikongsikan oleh penulis-penulis lain. Ika? Dia ada datang melawat aku sakit. Dia minta maaf dekat aku sebab bersubahat dengan Syed. Ika ada cerita dia sendiri. Nanti aku ceritakan. Korang bagi aku masa sebab sekarang aku masih study . Extend la katakan!

Khamis (sehari sebelum trip ke Pulau Perhentian)

Polis: Jafni?
Jafni: ye, saya encik. Kenapa encik?
Polis: kenal Syed Ghimam?
Jafni: Kenal, encik.
Polis: dia buat laporan awak pecah masuk kereta dia dan curi barang dia. Awak kena ikut kami pergi balai ni. Malam ni tido lokap dulu. Kes curi ni.
Jafni: Allahuakbar. Saya tak curi apa-apa encik.
Polis: jadi betul la awk pecah masuk kereta dia?
Jafni: hmmmmm.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

43 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.