Misteri Rumah Teres Simpang Pulai (BAHAGIAN 2)

Assalamualaikum, masih ingatkah lagi kisah rumah teres di Simpang Pulai? Seperti yang telah aku janjikan tempoh hari yang aku akan sambungkan kisah seram selanjutnya pada korang semua. Berbalik pada malam itu iaitu malam di mana aku dan anak kedua aku yg ketika itu berumur 5 tahun telah menyaksikan satu kejadian yang tak penah kami lihat selama ini di mana tiba-tiba saja perhiasan rumah aku iaitu siput yang aku beli di Sabah yang selama ini aku gantung sebagai hiasan di antara ruang tamu ke ruang makan seakan-akan digoncang oleh angin kuat dengan kuatnya hingga jatuh ke lantai. Berterabur, pecah siput hiasan aku…

Ketika itu aku benar-benar rasa yang makhluk itu telah menyahut cabaran aku. Di dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu betapa kali ini seluruh badan aku menggigil dan meremang bulu roma aku sehinggakan aku rasa seperti nak termuntah. Tetapi anak aku tak pulak rasa takut, mungkin dia tak faham tentang apa yang telah dia saksikan tadi. Cuma anak aku bertanya, ”mak, kenapa hiasan tu jatuh? siapa yang buat??”. Bila aku terdengar suara pertanyaan anak aku itu baru aku tersedar yang aku tak perlu takut pada permainan makhluk itu sebab aku perlu kuat demi keselamatan anak-anak aku. Ketika itu juga semangat aku kembali pulih dan pada saat itu juga aku arahkan anak aku masuk bilik tutup pintu dan tidur. Allhamdulillah anak aku patuh arahan aku.

Kali ni aku benar-benar keseorangan dalam menghadapi kejadian seram macam ni. Kalau nak menangis pun, memang tak la.. aku bukan jenis menangis untuk perkara sia-sia macam ini. Bagi aku ia pun makhluk Allah. Aku terus ambil penyapu untuk bersihkan lantai rumah, aku bukan apa takut juga kulit siput tu ada yang tajam susah la kalau anak-anak aku terpijak. Baru saja aku pegang penyapu, satu lagi kejadian yang aku tak sanggup nak fikir. Korang tau tak, saat aku toleh ke arah ruang tamu tiba-tiba frame ayat kursi yang aku gantungkan di dinding berpusing menggikut putaran jam, hanya dua kali pusingan dan frame itu pun jatuh ke lantai.

Sekali lagi barang kesayangan aku dijatuhkan. Dan kali ini seluruh badan aku seolah-olah kaku di saat itu. Hanya Allah saja tempat aku meminta pertolongan. Korang bayangkan lah sendiri perasaan aku ketika itu..dan di saat itu lah baru aku rasa nafas aku semacam tersangkut-sangkut sehinggakan aku dengar degupan jantung aku sendiri. Kali ini aku terus ke ruang tamu dan duduk di atas sofa sambil berfikir, “kenapalah suami aku ambil rumah ini. Asyik-asyik aku je yang hadap benda-benda ini. Aku dah bosan, betul-betul bosan. Benci, semua ada”. Bukannya apa, kalau aku sorang tak apa tapi aku bimbang keselamatan anak-anak aku.

Jam dinding menunjukkan pukul 3:41 pagi. Saat ni aku benar-benar mengantuk dan aku tak sedar yang aku tertidur dan bila terjaga jam menunjukkan pukul 6 pagi. Macam biasa la aku bangun dan menjalankan rutin harian aku. Hari ini aku tekad nak tanya seseorang tentang kawasan tempat kediaman aku dan aku dapat maklumat dari penduduk asal sini iaitu seorang lelaki dah berusia hampir 70 tahun. Katanya kawasan ni memng agak misteri, tambahan lagi rumah yang aku diami. Katanya lagi kenapa lah aku pilih rumah itu sedangkan rumah itu memang dah lama kosong dan amat menakutkan siapa saja yang memandang. Cuma pakcik itu berpesan pada aku jaga dan pastikan anak-anak masuk dalam rumah sebelum waktu maghrib.

Pakcik tu juga pesan jangan biarkan rumah itu sepi dari bacaan ayat alQuran, dan sekarang baru aku faham kenapa rumah ini tak ada siapa pun yang sanggup diami selama ini. Cuma aku je yang tak bernasib baik. Tapi tak apa lah… benda dah jadi nak buat macam mana. Sudah sekian lama aku hadapi bermacam-macam kejadian seram dalam rumah itu, sedar tak sedar dah 6 tahun aku diami rumah itu. Pada tahun 2005 suami dapat surat pertukaran kerja ke salah sebuah kem di ibu kota.

Maka berakhir lah kejadian-kejadian seram dalam hidup aku. Siapa yg tak gembira. Tapi ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Rumah di Kuala Lumpur tu lebih besar dari rumah di Simpang Pulai. Rumah jenis berkembar dan mempunyai halaman yg luas terbuka tanpa berpagar. Rumah peninggalan British lama. Cantik kawasannya, cuma rumah aku tu penuh dengan segala pokok yang tumbuh menjalar di dalamnya. Tapi pada hari aku mula masuk ke rumah baru tu sudah ada orang bersihkan dan sapu cat serta potong pokok-pokok yang tak diperlukan. Masuk je lorong dalam rumah tu aku dah dapat rasakan sesuatu yang aku pernah rasa.

Dan kalau korang nak tahu kisah seterusnya tunggu episod yang akan datang yang bertajuk, “Rumah lama peninggalan British”. Percayalah segala yang aku kongsikan di sini adalah kisah-kisah seram yang pernah aku alami sendiri.

17 thoughts on “Misteri Rumah Teres Simpang Pulai (BAHAGIAN 2)”

  1. kak klu boleh cite ketiga tu abiskn. pjg pon pjgla.. xkesah. kami sgop baca. 1 hari sntuk baca pn xpe.. puas ati.. ok.. btw cite akk seram. mudah d fahami xmelalut.. troskn berkarya..

    Reply
  2. ye kak… akk tulis panjang2 je trus..sy mmg mencintai cerita yg oanjang bejela ni..kejap je sy baca..klu yg pendek ni mcm xsempat nk tarik napas dah abis kak… nak panjang mcm novel pun sy terima.

    Reply
  3. ADMIN,
    SILA PANTAU CERITA SEKERAT-SEKERAT MACAM INI,
    KENAPA DILULUSKAN JUGA,
    HARITU ADMIN KELUAR STATEMENT CERITA TAK HABIS TAK AKAN DIKELUARKAN,
    ADMIN PILIH BULU KE?
    KE ADMIN YANG TULIS NI?

    DAH CERITA PENDEK-PENDEK PUN NAK SAMBUNG JUGA KE?
    KALAU MALAS TAK PAYAH MENULIS

    SEKIAN

    Reply
  4. Ha ah…mcm pernah ade dh terbace rumah lama peninggalan british kat FS ni…writer same ke????ke tajuk je same cerita lain? Hmmm sokong gak, pendek sgt ceritanye…sambung je laaa

    Reply
  5. Alah, biarlah , cerita pun dah tamat, yg penting cerita baru tu tak bersambung langsung. Maknanya penulis paham lah . Apa lah, relax sudah. Apa2 pun cerita ni mantap! Saya suka cerita ni.. dan mmg logik . Keep it up kak!!

    Reply

Leave a Comment