Assalammualaikum pembaca FS! Nama Aku Din. Aku di sini ingin bekongsi cerita tentang yang berlaku di atas kawan kerja aku. Moga kita dapat menjadikan kisah ini sebagai iktibar dan muhasabah diri masing-masing. Kisah ini diubahsuai susunan katanya oleh adik perempun aku. Sebab melayu aku hancur banyakkkk.Maaf ye.
Baiklah aku intro sikit tentang keperibadian kawan kerja aku sorang nih. Dia seorang perempuan yang memang lain dari yang lain. Kami bekerja di bahagian Engineering hampir 12 tahun. Maknanya sekian lama jugalah aku dah kenal masak perangai dia. Maklumlah dari muda dah kenal,dah saling memahami dan dah tahu baik buruk masing-masing. Aku dan dia sekarang dah macam family termasuk family dia dan family aku jugak. Kami agak Rapat. Rapat sebagai Kawan je la kan. Nak melebih dia tak layan…wkwkwkw!
Kenapa aku cakap dia lain dari yang lain?Dia seorang yang tegas dengan pendirian dia.Keje baginya commitment.Family pon baginya commitment.Kawan pon bagi dia commitment.
Dia memang banyak yang disayangi.Kawan2 kerja,boss,client,family dia,adik beradik dia dan kawan2 luar dia..semua amat menyayangi dia.Dia suka membantu,menolong,pandai memasak..pandai baking kuih-muih dan kek2. Sedap wei air tangan dia. Semua bangsa kt keje nih bedal lauk pauk dan kuih muih dia. Status dia di company kami bekerja.. dia adalah “Director management”.
Waktu awal dia mula bekerja dia upgrade diri dia sambil bekerja sambil dia bersekolah untuk dapatkan certificate macam2 bidang nak upgrade diri dia. Alhamdullilah Murah rezeki dia..! Dia suka bersedekah baik dari segi wang,makanan atau lain.. dia suka membantu sape2 yang memerlukan pertolongan.
Kalau korang suro aku explain luaran dia.. hmm memang idaman lelaki la.. Kecil molek.. putih.. melentik oops. Perfect lah.. raut muka garang-garang manis. Berlesung pipit. Muka kacukan cina dan bugis.. Mak dia cina.. Bapak bugis melayu. Suara dia serak-serak basah.. sedap wei kalau dengar dia nyanyi.. lentokkk!! Tapi dia ni perangai ada mcm tomboy sikit.Kalau orang buat dia marah habis da mcm genie keluar jug. Dia minat dengan motor. Motor kecik motor besar semua dia beli. Kereta je satu biji. Setahu aku perempuan ni suka kereta sebab ialah ber-aircon kan senang nak jaga make up takut cair. Tapi dia ni lain.. pergi kerja candi aje.. tak bermake up,pakaian rugged kadang bawak motor pi keje pakai selipar je wkkwkwkwkwk! Sampai office baru la dia berdandan.. hah tapi tulah baju2 ofis dia, tumit tinggi semua dah standby kat bilik office dia. Ah macam transformers gitu.!
Dia ni akan gunakan kereta dia bila hujan je atau selalunya pekerja yang ambil dari rumah dia dan naik kereta company. Best hidup dia!Aku ni cuma manager site je. Tu yang aku rapat dengan dia sebab..apa2 urusan keje kita berdua harus bersama. Cuma satu je pelik. Dia tak suka boyfriend2. Dia bukan lesbian tau. Dia tk minat. Lelaki bagi dia kalau sebagai kawan dia ON. Lau melebih dia taklayan. Mungkin sebab dia tak ada masa. Bekerja. Bersekolah. Business lain. Side business lain. Dia mengutamakan waktu terluang untuk keluarga dan adik beradik dia.
Ok nama dia aku pangil nama samaran je la kan .. nama dia moi. Moi nih ada satu abang dan satu adik perempuan. Kedua-dua nya sudah pun berkahwin. Jadi hanya moi sorang lah yang duduk dengan mama ayah dia. Moi ni anak manja ayah dia. Yela dia sorang anak perempuan yang masih bawah tanggungjawab ayah dia.. Aku agak rapat dengan ayah dia sebab kita kaki memancing. Moi ni pun kaki mancing jugak tau.. sebab dia rajin ikut ayah dia pergi memancing waktu kecil2 dulu. Rezeki dia memang murahlah.. asal pergi memancing dia jeee lah dapat ikan2 kasar,best2! Aku ni madang umpan kena gigit ngan ketam je.. takpelah derma jugak tu wkwkkwwkk!
Ok cerita dia macam ni. Disebabkan kami agak rapat. Kami senang berkongsi masalah, berkongsi pemikiran. Berbahas dan bertekak kadang tu macam nk rub dia pun ada wkwkwkkwkw. Degil! Lagi lagi bab jodoh. Aku nih bukan apa.. risau dah sama2 menuaaaaa.
Kerja2 juga. Jodoh mesti kena usaha. Tapi nanti bila aku bebual pasal topik nih dia jadi bingit jadi marah jadi malas nak dengar. Kadang tu tiba dia datang kat aku.
“ din! aku ada kenal satu lelaki ni tau.. ok ah.. macam ok.. dia ajak aku p dinner.. aku keluar lah p makan dengan dia malam tadi.. time makan malam tu.. aku tiba2 suka ah dengan cara dia.. very gentleman.” wah aku dengar pun tersentuh, first time wei dengar dia ckap macam tu..
aku pun jawablah “ alhamdullilah moi.. apelagi go je la.. mana tahu jodoh..” usik aku.
“ eh kau ni, go apa nya?? aku cakap je suka cara dia.. bkan go go go! apelah kau ni!”
eh jadi marah plak dia. Aku pun ketawa lah diam kan je.
Lat berapa minggu.. aku buka topik ni.
“amacam lelaki ko date sikit ari?” tanya aku.
Moi tengok aku lalu jeling. “ entah. dia tknak kawan.. “
Aku.. “hah!??? tknk kawan?”
“ah ah dia nk melebih.. aku belah dulu la. Lom kenal tol2 nak lebih.. gila ajak tunang terus??seram aku.. “
Aku yang dengar dia membebel aku ketawa macam nak mampos.
“eh moi kau ni lecehlah. Cakap okay. Suka cara dia.. gentleman la apela. deh podah. Dah bagus dia ajak tunang.. lau dia nak main2 dia dating kau jek.” kata aku selamba.
Moi biasalah kan..dia angkat kaki belah dari situ. Selalu gitu lah kita.Dengan mama ayah dia pun gitu. Apalagi kalau aku yang ceramah. Sampai aku tak kuasa da.. nak jadi anak dara tua lantak kau la moi.
Aku pula bila ada perempuan. Ada masalah dengan perempuan .. wah pandai betol moi nasihat kan. Memang mujarab pon nasihat dia. Wkkwkwkkww. Tapi pelik kenapa nasihat aku tak mujarab kat dia kekekeke.
Ok ni yang paling aku tak sangka selama ni.
Pada bulan december tahun lepas, company aku hantar kami ke philippines bersama kakitangan yang lain atas urusan kerja yang harus disiapkan dalam jadual yang singkat.
Boss kami menyediakan sebuah apartment tiga tingkat di philippines. Kami ada dalam 7 orang. Kesemuanya Tiga perempuan dan empat lelaki termasuk aku dan moi.
Setibanya di sana, kami semua berasa kurang selesa.. mungkin sebab rumah apartment tu dah terlalu usang walaupun peralatan dan pelengkapan dalam rumah itu kelihatan ditukar baru. Moi dan dua lagi staff perempuan cina bersetuju mengambil bilik yang berada di bahagian tingkat dua kerana kemudahan mereka menggunakan tandas. Kami yang lelaki telah pun diberikan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga mereka yang perempuan. Jadi kami yang lelaki pun ambil keputusan untuk memenuhi bilik di tingkat paling atas.
Kami berada di sana selama 5 hari. Hari pertama, semua nya okay. Cuma kami saling menegur terdengar bunyi air sinki di dapur bawah tiada yang menutup nya. Nanti salah satu dari kami lah yang akan bersilih ganti turun naik tutup air sink tu.
Hari kedua. Aku bangun nak solat subuh. Aku nampak kelibat moi di tingkat dua luar bilik berdekatan anak tangga. Dia bertelekung sedang berjalan menuruni anak tangga. Aku fikir dia baru habis solat subuh nak ke dapur buat air kot. Aku panggil dia.
“moi… kau da solat subuh?”’ Moi pusing ke arah aku dan senyum.
“dah.. baru je. kau??”
“nak solat ni.. terlambat lak sadar. Kau nak buat air ke?” tanya aku.
“ah ah .. kau nak ke? aku buatkan..”
“ah boleh lah.. kopi o je. Yang lain masih tido ke?”
“yup dorang masih tido.. kul 730 baru aku kejut dorang..” aku pon okay je terus solat.
Selesai solat, aku turun ke dapur.
Moi yang tengah busy mengadap email kat hp dia tersentak lihat aku masuk dapur.
“kau apesal? terkejut macam beruk” tanya aku ketawa kecil. Moi jeling aku lalu dia cakap perlahan.
“kau leh tido ke kat dalam uma ni?”
“boleh .. da penat aku tido je. Kenapa?”
“smlm bila sampai aku da rasa lain kt tandas tingkat dua tu..”
“lain ape? kau rasa ape??”
“entah macam ada orang dalam toilet dengan aku.. lain la rasa panas jeeee. maksud aku panas macam .. hmm aku diri kat sink toilet nak cuci tangan . Sebelah kanan aku rasa panas je tapi kiri tak.. “ aku pun pelik la apa yang dia cakap ni? Tak pernah dia macam tu.
“ish takde papela.. toilet tu aku tengok kecil sempit sangat .. tu yang rasa panas agaknya..”
padahal bila aku guna tandas tu pun rasa lain macam..cuma tak rasa macam yang moi rasa. Aku teros diam.
“hah kau apesal senyap. kan? betul kan rasa lain..!?” aku ketawa kecik.
“ni bukan tempat kita moi.. jadi rasa lain kot.. kau solat amik wuduk je lau kau rasa tak sedap ok.. sebab kau tu perempuan lemah sikit..” bila aku cakap macam tu aku ingat kan dia melawan. Dia angguk terus tuka topik bab keje.
Senang cakap. Macam macamlah yang berlaku.. panjang aku nak cerita. Pendek kan cerita.. selesai urusan keje kita balik ke rumah tanah air masing2 ceh!
Balik outstation nih kita dapat la cuti dua hari dari company. Hari pertama balik rehat..Moi asyik call aku cakap dia kurang sihat sejak balik dari philippines. Aku tanya la kenapa. Dia cakap hati dia tak tenteram. Dia rasa hati dia laju. Macam takut sesuatu. Tapi dia sendiri tak tahu ape yang dia takutkan. Malam nya moi kata dia masuk ke tandas rumah dia. Dia rasa kepala dia pening berputar.. dia kata mungkin kurang rehat. Bila dia baringkan diri dia atas katil tiba2 dia tercungap2 terus keras kejung kaki tangan dia belah kanan. Ayah dia terus call ambulan.
Doktor check tak ada pape melalui ujian darah dan ecg. Doktor cuma cakap tak cukup rehat stress.. kena sakit anxiety’s yang menyebabkan urat saraf menjadi tegang kerna sukar bernafas. Aku pun berikan dia sokongan dan nasihat supaya jangan pikir bukan2 mungkin memang dia penat pun sebab tak cukup tidur waktu outstation. Esok nya dia hubungi aku lagi..
“din kau ada no ustaz? Ayah aku tanya.. “
“ustaz? untuk ape?”
“ustaz rawatan. untuk aku. “
“la kenapa dengan kau?”
“tadi malam aku kena lagi.. tapi kali ni da lain din..”
“lain ape moi.. kau jangan ikut kan sangat.. kan doc da cakap kau kena anxiety’s.. kau tak kawal boleh gila tau.. “ marah aku. Sebab aku nak dia kuat semangat.
“bukan la din.. aku tak boleh tidur bilik aku.. aku tidur aku kena lagi.. tadi malam aku rasa ada orang baring sebelah aku dia mendengus.. buat suara ‘hisssssssssss’ seram din!aku bilang ayah.. ayah pun sendiri cakap sejak aku balik semalam muka aku lain.. tapi aku tengok sama je muka aku ni.. “ aku nak ketawa pon ada. Curious pun ada.
“moi jap lagi aku datang rumah kau.aku call ustaz nih dulu..”
“ok din thank you.. cepat okay. sebab aku penat rasa hati aku laju macam ni..”
“ye okay kau tunggu aku datang.”
Lepas isyak, aku datang ruma moi bersama Ustaz. Aku beri salam.. mama dan ayah moi menyambut kami di pintu.
“moi mana aunty ?” aku tanya kepada mama moi.
“moi dalam bilik aunty tengah rehat..kejap aunty panggil dia.. “ kata mama moi.
“lama moi tunggu din tadi.. katanya din datang bawak ustaz.. “ kata ayah moi.
Aku pun memperkenalkan ayah moi dengan ustaz yang bersama aku.
Mereka berborak agak rapat. Tak lama moi keluar dari bilik. Memang la pucat lesu muka moi nih.. lain macam. Aku tiba rasa kesian satu macam tengok wajah dia. Moi hanya melihat aku. Sikit pun dia tak alih kan mata dia ke arah ustaz.
“moii ni ustaz aku da bawak ni.. kau okay moi?”
“ okay la sama jugak.. salam ustaz” kata moi dan senyum sinis.
Aku ni rasa lain sangat macam dia berpura macam tak suka kehadiran ustaz. Tapi dia yang beria-ia suruh aku pangil ustaz.
Ustaz tenung dia sekejap dan kumat kamit sambil scan moi atas bawah dan sambil itu dia berborak dengan ayah. Aku ni pun jadi terdiam macam moi nih tak kenal aku.
Dalam 8-10 minit ustaz bertanya kepada moi. Apa jadi apa rasa sebenarnya. Alhamdullilah moi boleh bercerita ape berlaku sejak pulang outstation walaupun tersekat-sekat. Tiba-tiba dia menangis. Mama moi terus memeluk moi dan menyuruh istighfar. “ nape moii.. cakap je ngn ustaz..”
Ustaz terdiam tiba ustaz bersuara.
Ustaz mengatakan kepada ayah moi..
“ benda ni da lama da dengan dia dari kecik lagi.. “ ayah moi , aku dan mama moi tersentak mendengar.
Sambung ustaz tu lagi.. “ benda yang dari outstation memang ada dengan dia ikut balik.. ada 5 orang ikut dia balik.. “ aku terkejut beruk wei. . kenapala aku tak percaya cakap moi..!
Ayah moi pun bersuara.. “ benda dari kecik tu benda apa ustaz? “
Ustaz menjawab ringkas. “ keturunan.”
lalu ustaz tu kumat kamit scan mama dan ayah moi.
Ustaz bertanya.. “ anak popan ni satu je ke?”
Ayah moi pon jawab.. “ dua ustaz. yang ni no dua. no satu abg. no 3 adik perempuan..”
Ustaz mengangguk “ perempuan ni lemah.. benda senang masuk tumpang.Benda ni suka dengan perempuan je.. nasib dia tak baik.. benda ni damping dia dari kecik.. nanti abg bawakan saya anak perempuan abg lagi satu ye.. “ ayah moi hanya mengangguk.
Aku dan ayah moi ternanti2 penjelasan seterusnya.
“ Hmm yang ni kawan kerjanya kan?” aku mengangguk.
“abang tak kisah kan saya bercerita takut ni aib keluarga.. “ tanya ustaz kepada ayah moi. Aku pun berasa kurang senang aku minta izin keluar dari rumah moi dulu. Tapi ayah moi menolak.
“takpe din duduk je.. cik tak kisah.” aku duduk kembali.
“ baiklah.. abang ada simpan apa2 pusaka ke..”
soal ustaz kepada ayah moi.
Ayah moi mengerutkan kening. “takde ustaz.”
Ustaz bangun berjalan sekeliling rumah bersama tasbih nye dan mengumat kamit.
“Ada simpan pedang ke keris?”
Ayah moi terdiam terus mengangguk.
“Pedang ke?”
Ayah moi mengangguk pantas dan berjalan menuju ke pintu store dan mengeluarkan pedang yang berada di dalam store berpuluh tahun dulu. Ayah moi beri kepada ustaz tu.
“Kenapa simpan?Ni milik siapa?” soal ustaz.
“ni barang mak saya ustaz.. peninggalan arwah bapak.. waktu mak jual rumah nak pindah.. dia ada letak barang2 dia di rumah anak2 dia.. yang pedang ni memang mak saya bagi suro simpan.. “ jujur ayah moi jawab.
Ustaz mengangguk dan menggelengkan kepala nya..
“ ni saya kosong kan pedang nya dulu ye.. izin kan saya ke tandas untutk bersihkan dan buang kan segala kejahatan yang ada dalam pedang ni..” ayah moi dan mama moi mengangguk. Moi pulak sedang terlena di atas sofa sambil menunggu untuk dirawat.
Dalam lima belas minit, ustaz kembali ke ruang tamu..
“ni yang damping duduk dalam diri anak awak ni.. jinn. Jinn api. Lelaki. Dia memang suka perempuan je. “
Tercengang aku. Apelagi mama ayah moi.
“dia da sayang sangat dengan anak awak. Selalu di damping dipeluk.. da sebati.. susa ni dia nak lepaskan ..” patotla moi ni tak suka lelaki yang nak rapat.. Ada lelaki duk dalam badan dia tu..
“da kawin anak dia ni?” tanya ustaz.
“ yang ni belum ustaz.. yang no 3 da.. dia sorang belum kawin..”
Ustaz tu sambung.. “ benda ni keje dia mengacau.. setan kan. Keje dorang kat dunia ni mengacau manusia.. yang da kawin dia boleh kacau kasi pecah belah keluarga..uma tngga bercerai berai.. panas baran. Bertengkar.. ada yang diganggu tidak boleh dapat anak. yang lom kawin dia buat damping. Buat teman. Tapi tak boleh ye.. benda ni dia alam dia.. Insyaallah allah lindung kamu semua.. “ jelas ustaz itu pendek.
“..patot la anak perempuan saya yang da kawin ada macam2 masalah ustaz.. tpi alhamdullilah jodoh masih panjang.. izin allah.” tambah ayah moi menggelengkan kepalanya.
Ustaz mengangguk “ betul tanpa izin allah benda takkan jadi.. kita kena yakin dengan kuasa allah.. bukan kuasa mereka. Apa yang boleh kita buat.. rajin solat jemaah.. zikir.. baca quran.. solat 5 waktu. Itulah pendinding kita.”
Sambungnya lagi.
“Ni arwah bapak nya ada mengamalkan ilmu kebal melalui pedang tadi. Ada yang Tidak dijalankan sempurna. Maka benda itu memang da lama hidup dengan keluarga abg. Cuma tak nampak.. dia sikit2.. takpe kasi saya rawat anak abang dulu.. “
Moi yang sedang lena dikejutkan mama nya. Moi rasa bertenaga sikit walaupun dapat lelapkan mata sekejap je.
Ustaz tu pon berkata “ adik.. adik letak dua tangan adik atas meja ni ye. kaki rapat.. mata tutup.. saya nak bacakan ruqyah.. adik tak payah baca.. adik fokus dan menghayati je ..”
Moi mengangguk.
Dalam 5 minit. Tangan moi menggeletar sebelah kanan.. Tapi dia tidak bersuara. Hanya raut mukanya kelihatan mengerut dan air mata meleleh laju keluar dari kedua dua matanya. Ustaz itu meminta kain untuk diletak atas kepala moi.. supaya tiada sentuhan kulit antara ustaz dan moi. Ustaz tu juga kuakan kayu dan rotan.. dikebas2 hujung kaki hujung jari dan belakang badan. Barulah moi menangis pekik dengan kuat .. dalam 10minit reda.. ustaz menyuruh moi buka mata..
“ adik biasakan kena migraine? sakit2 kepala..? sendi belakang badan pinggang?” moi mengangguk pantas.
“tu bukan sakit biasa ye.. tu normal tempat benda2 duduk.. kesian.. memang selalu nmpk rasa benda bukan2 kan?” moi mengganguk lagi..
“takada yang percaya kan?” moi senyum kecik dan angguk.
“memang benda ni orang tk tahu tk percaya memang susa nak percaya dia ingat karut.. tapi kita kena tahu benda ni ciptaan allah jugak dia memang wujud.. sebab tu kita kena dinding diri kita ye jangan diperdaya..yakin kuasa allah swt.”
Aku ni sebenarnya nak tahu tentang benda 5 ekor tu dah dihalau belom. Risau aku! kekeke
Ustaz pon menerangkan..
“adik ni dari kecik dia da dalam diri adik.. apa2 adik nak buat yang baik semua setengah jalan.. betulkan? bila adik da peringkat membesar .. da makin lemah.. sebab apa? sebab ‘qarin’ adik da terbuka luas. Da macam magnet. Benda jahat dalam badan adik.. mana2 adik pergi tempat kotor semua ikut kua masuk kua masuk macam entertainment.. jadi yang balik outstation ni.. adik langkah masuk uma apartment tu je dorang da sambut masuk badan adik ni.. sebab rumah tu memang banyak yang duduk yang tak bole dilihat dengan mata kasar .. sana memang kepercayaan bangsa dorang mengamal kan benda2 ghaib untuk dijadikan penunggu.. oleh sebab badan adik ni kotor.. dorang tak suka dorg tak terima benda jahat dalam badan adik.. tu dorang tumpang sampai ke sini.. alhamdullilah selesai tak ada apa2 .. ingat yakin dengan allah ye.. bila adik balik ke rumah ni… adik da ditegur luar uma adik dengan nenek tua. Ada tiga nenek tua dan 5 tok sami dalam badan adik jadi berlawan dengan jinn dalam badan adik ni.. tu yang kita lemah tewas. Takpe serah pada allah.. insyaallah moga jauh dari kejahatan.. “
Ahhh cam tula . Aku tak tahu nak comment cakap apelagi. Satu pengajaran. Aku masih tak boleh move on dengar ini semua. Satu iktibar. Alhamdullilah moi da beransur pulih semangat. Adik dia juga da selamat melalui rawatan dengan ustaz tu. Jangan tanya aku macam mana kes adik dia pulak. Aib orang ye tak boleh lah cerita banyak-banyak.. Alhamdullilah yang baik datang dari allah. Yang jahat dari kelalaian diri sendiri.
Orang2 islam ingat la..Solat pendinding kita.
Wslsm .peace.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hambar.
are u singaporean? anyway, intro pnjang btol..sometimes tak faham bahasa yg digunakan..keep it up!
Tuan penulis ni tk nk kawen ke dengan moi tu? Hahaha
Bagus citer ko ni..nasihat ko yg last tu biasa2 je tp berbekas kt hati aku ..nasib baik la adik ko susun atur balik bahasa melayu ko…kan?
tak,skang kau bile nk kawin dgn moi?
Dia memang banyak yang disayangi-mintak adik penulis bljr lagi mperbetulkan bhs tu..-Dia memang disayangi ramai-ayat itu lbh sesuai drp bnyk…
doakan untuk saya dgn pasangan..pasangan sy pon mengalami mcm ni jugak..insyallah xlama lagi kami pergi berubat..
Sakit hati betul baca. Dah perbetul pun macam ni, tak perbetul ntah tak boleh baca. Tak pandai mengarang tu lain cerita, sebab tak semua orang pandai mengarang. Tapi ini,….
Aku baca atas saje. Jalan cerita macam best. Sorry kalau terasa dengan komen aku. Apapun jangan jemu nak kongsi cerita lagi kat fiksyen shasha ni. Usaha tangga kejayaan.
xpayah nk bajet mcm kau penulis,cba kau share pengalaman kau n then biar org nilai penulisan kau
still byk yg x betul ayat tu wlu dh diubah…
aah. ko dah kawen dengan moi ke belum? hahaha
Ko ajak je la moi tu kawen habis cerita. Jgn tunggu lama sgt.
Walaupun org komen ayat tak betul bagai, aku still boleh baca and boleh faham. Setakat salah tatabahasa skit2 aku boleh accept sbb aku tau yang menulis dalam ni bukan novelis bagai. Tapi kita kena hargailah usaha mereka untuk kongsi cerita. Sikit2 cacat tu buat tak nampak je. Kalau kita sendiri menulIs belum tentu dapat puaskan hati orang.
Cerita menarik bro. Teruskan berkongsi. Ermmm.. Tak berminat ke nak usha moi..hehehe
ajak la moi kawin mesti dia terima…hahaha
citer best tp nak google translate jap
letih nk bce bai. meleret2 cerite xsmpi2 lg
ini bukan novel keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka yang korang nak komen pasal tatabahasa penulis. aku rasa ramai yang boleh paham apa yang cuba disampaikan dan ceritanya menarik cuma ending tak berapa clear what happened to Moi.